♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 30, 2010

Bila 2 menjadi 3

*juliet le sweetheart is

today!

Selamat tinggal 20-an...

Oh... terasa tua diri ini bila angka 2 tu sudah bertukar 3!

Oh... terasa sangat janggal nak menyebut, "usia saya 30 tahun"

Oh... terasa segala kedut dan uban dah mula ada... ;p

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah swt kerana diberi peluang mencapai usia ini. Bersyukur atas segala limpah kurnia dan rahmat dariMu, ya Allah.

Tuesday, June 29, 2010

Sold out!

Kelmarin enche Neezam keluarkan e-mail ke yahoogroups Desa Bundoora dan vmpg, menjual barang-barang rumah kitorang; alatan elektrik dan elektronik, perabot, barangan keperluan bayi, toys dan macam-macam lagi. Ada juga yang kitorang bagi foc jer. Dan alhamdulillah, hari ni, semua barang-barang tersebut telah mempunyai tuan yang baru. Terima kasih kepada semua para pembeli yang budiman.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi sikit-sikit barang yang tak terjual lagi sebab terlupa nak listkan. Kebanyakannya kitchen utensil jer; periuk belanga, senduk, sudip, pinggan, mangkuk, cawan, gelas dan ada lah serba sedikit lagi barang-barang dapur. Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah contact enche Neezam samada call ataupun e-mail. First come... first serve! Harga sudah tentulah murah! Murah! Murah!

Monday, June 28, 2010

Bertambah lagi

Yang

D.U.A

bakal menjadi

T.I.G.A

Alhamdulillah...

You might also like...

1
2008
.
1
My kg
.
1
Hari Keluarga
.

Saturday, June 26, 2010

Preston market... untuk keakhir kalinya?

Sejak Naufal lahir, aku memang jarang ke pasar. Biasanya enche Neezam akan pergi sorang jer; beli daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau enche Neezam gi sorang-sorang, cepatlah sikit aktiviti membeli-belah, berbanding kalau aku ikut sekali dan berarak sekali dengan Niesreena dan Naufal.

Tapi hari ni, aku ikut gak sekali enche Neezam ke pasar sebab mungkin hari ni hari terakhir ke pasar, sebab lebih kurang tiga minggu jer lagi nak balik Malaysia. Insya Allah...

So, tadi, selain membeli barang-barang keperluan dapur, enche Neezam sempatlah snap gambar kat sekitar Preston Market ni. Dan kalau enche Neezam yang asyik dok tangkap gambar, sudah tentulah kat setiap gambar tersebut akan ada seorang model yang cun melecun. Saper lagi... kalau bukan *juliet le sweetheart, his comel montel wifey. Hehehe... sila jangan muntah! ;p

~@ Preston Market. Niesreena tu nguap ke haper ek? ;p ~

~Salah sebuah kedai Vietnam yang ada kat Preston market ni~

~Kedai roti vege~

~Macam-macam ada...~

Yang turut sama diheret ke pasar hari ini... saper lagi kalau bukan...

~Kakak Niesreena~

~Dan Naufal yang dah berwajah baru. Hehehe...~

Preston market ni terletak lebih kurang 5km dari rumah kitorang. Kat sini lah tempat selalu kitorang membeli barang-barang basah. Beli ikan, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pasar ni beroperasi dari hari Rabu sehingga hari Sabtu. Dan kalau hari Sabtu, memang ramai sangat orang sebab bila petang Sabtu, para peniaga biasanya akan lelong murah barang-barang jualan diorang. Sana sini peniaga berteriak, "One dollar per bag! One dollar per bag!". Semua nak menghabiskan barang jualan diorang sebab hari Ahad sehingga hari Selasa pasar akan tutup.

Kat sini jugak ada beberapa buah kedai Vietnam. Kat kedai-kedai Vietnam ni lah biasanya kitorang dapatkan barang-barang Asia seperti cili padi, tahu, paste tomyam, ikan masin, berbagai-bagi jenis rempah dan banyak lagi. Meggi dari Malaysia pun ada dijual kat sini.

Oh ya... durian pun ada dijual kat kedai Vietnam ni, tapi kitorang tak pernah beli sebab sebiji aud$20++! Sangatlah mahal! Begitu jugak manggis dan rambutan. Mahal sangat. Kalau teringin nak makan manggis dan rambutan, biasanya kitorang beli dalam tin jer. Jadilah... sama jer pun rasanya... kepuasan menikmati buah tu jer lah yang kureng... ;p

Cerita pasal rambutan, teringat insiden kawan aku kat pasar. Kawan aku ni tengah pilih-pilih buah rambutan. Sekali tu datang sorang minah saleh ni kat dia dan berkata, "is that a sea creature?" Tergelak kawan aku tu dibuatnya. Sian betul minah saleh tu. Huhuhu...

Hmmmm... kalau buah-buahan seperti anggur dan pisang, harganya berubah-ubah mengikut musim. Kalau macam sekarang ni, musim sejuk, harga buah-buahan sangat murah! Aku beli pisang sekilo 80 sen jer. Dan memang pisang elok. Tapi kalau masuk summer, harga pisang boleh naik sehingga aud$7.99 sekilo! Hmmm... masa tu terpaksalah puasa makan pisang. Hehehe...

Dan kat sinilah selalunya terjumpa atau terserempak dengan kawan-kawan senegara, samada dah lama kenal, baru kenal, macam kenal, tak pernah kenal mahupun tak hengen nak kenal! Ngeh ngeh ngeh...

~Enche Neezam terserempak dengan kengkawan yang dah kenal... Abe Azhar dan Mr. Hairil~

Dan kalau dah ke Preston market ni, tak sah kalau tak singgah ke kedai halal kat sini. Kat kedai ni lah biasanya kitorang dapatkan bekalan ayam dan daging halal dengan harga yang agak murah dan berpatutan. Kepak ayam sekilo aud$2.50 jer. Murah kan?

Ingat lagi dulu, masa baru mulakan hidup kat Melbourne ni, gi Preston market naik tram dan jalan kaki lebih kurang setengah km. Siap dokong lagi Niesreena. Bila dah beli barang, berbimbit-bimbitlah aku dan enche Neezam bawa barang balik. Jalan jauh dan naik bas. Tapi sekarang dah berubah. Alhamdulillah, lepas setahun kitorang duduk kat sini, baru terpikir nak beli kereta. So, senanglah sikit.

Hmmmm... banyak yang dah berubah sejak tahun pertama kitorang tiba di Melbourne dengan sekarang ni. Banyak sangat! Nantilah aku cerita di post-post akan datang pulak k!

Friday, June 25, 2010

Handsome boy

Hari ni dengan tekad dan tawakalnya, aku telah meng'alter' rambut Naufal. Selamba... aku dah rimas tengok rambut Naufal panjang. Kalau tak, kadang tu aku ikat jer rambut Naufal, tapi dah macam perempuan plak aku tengok. Comel pulak tu! Kiut miut! Pastu tetiba terdetik kat hati aku ni nak pakaikan Naufal skirt Niesreena yang dah kecik. Ish! Tak boleh jadi ni! Mau jadi sutun anak jantan aku sorang ni kang kan?

So, mau tak mau... aku decide untuk potong jer lah rambut Naufal yang dah panjang tu. *Sebelum imaginasi aku memperempuankan Naufal menjadi lebih parah! Hahaha...*

Dengan hanya berbekalkan gunting pemotong ikan dan jari-jari yang masih ekzema, aku dengan tekadnya telah menggunting pendek rambut anak jantan aku! Muahahahhaha...

SEBELUM

Dan SELEPAS hasil tangan aku yang amatur dan kreatif... Muahahhaha...

Layaaaaaaannn...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ready?

Jeng... jeng... jeng...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Taaaadaaaaa!!!

*Harap maaf. Kualiti gambar sangat tidak memuaskan sebab si kecik ni tak retilah nak duduk diam ketika mama dia berusaha nak tangkap gambar dia. Harap maklum!

Habis pendek! But not so bad, kan? Hehehe...Yang penting, Naufal still comel, handsome, kiut dan miut... Hahaha... Sila jangan jelous! ;p

So, ada sesaper nak cari barber? Meh aku guntingkan! Ada berani???!!!

Thursday, June 24, 2010

All the way from France!

HE is sooooo happy today! Woot! Woot!

HE

adored

admired

dreamed of

looking for

this thing for a long long time...

And now, at last, jatuh terjelepuk on his arms!

Just arrived this morning, all the way from France.

Guess what in it?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Levi's

501 BIG E

Selvedge @k@ kepala kain

And the love letter!


Wednesday, June 23, 2010

Si dia ke Canberra

Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun. Goreng bihun untuk suami tercinta wat bekalan ke Canberra. Sebenarnya, bukan tak der makanan halal kat Canberra tu, tapi enche Neezam nak makan air tangan isteri jugak... hehehhe... so sweet...

So, pukul 3 pagi tadi, enche Zafiri dengan baik hatinya telah menghantar enche Neezam ke Tullamarine Airport. Enche Neezam ke Canberra sebab nak ke Kedutaan Malaysia kat sana. Nak renew passport. Enche Neezam balik hari jer. Tak tidur kat sana pun. So, enche Neezam ambil first flight dari Melbourne ke Canberra dan akan balik dengan flight terakhir, tiba kat Melbourne lebih kurang pukul 8 malam nanti. Insya Allah...

Sebenarnya, kesian kat enche Neezam sebab ke sana sorang-sorang jer. Hati ni rasa melonjak-lonjak jer nak ikut, nak temankan. Tapi pada masa yang sama, tak sampai hati pulak nak tinggalkan si comel duorang ni kat orang. Huhuhu... So, tak perlah... Enche Neezam pun tak kesah nak ke sana sorang-sorang. Aku jer yang over. Hehehe...

Pagi ni jer dah beberapa kali enche Neezam call, bagitau status terkini dia kat sana *cewah* dan jugak bertanyakan pasal budak-budak.

Semoga segala urusan enche Neezam kat Canberra tu dipermudahkan dan berjalan lancar. Dan yang penting, aku doakan semoga perjalanan enche Neezam selamat, pergi dan balik. Amin...

Ps: beginilah jadinya kalau isteri jarang berpisah dengan suami. Si suami baru outstation sehari, dekat jer pulak tu, tapi si isteri dah risau dan tak keruan macamkan berpisah berminggu-minggu! Layankan jer lah... huhuhu...

back to top