♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 17, 2010

Pukul berapa datuk harimau?

Siapa punya anak harimau ni? Hahaha... anak rimaukulah...

Comel tak?

Eeeee... mestilah comel!!!

Kepenatan dan beradu... ZZZZzzzzz...

Baju 'tigger' ni dulu baju Niesreena. Naufal dah muat pakai. Hehehe...

Memandangkan Naufal dah masuk usia setahun lebih, di sini aku nak cerita progress Naufal setakat ini...

Alhamdulillah, sekarang Naufal bukan takat boleh berjalan, tapi dah boleh berlari. Laju jer! Aku pulak yang penat nak mengejar. Lebih-lebih lagi bila lepas mandi, nak pakaikan diaper dan baju, kejap jer baringkan Naufal, Naufal dah bangun dan berlari. Ayoooo... Nak siapkan Naufal sekarang memang satu task yang mencabar! Mencabar jiwa dan raga serta keimanan! Hahaha...

Dah pandai mintak susu... "Nak tutu... nak tutu..." Perkataan pertama Naufal! Hahaha... comel jer... Oh ya... selain mintak susu, Naufal jugak pandai panggil Niesreena! "Tatak!". Maksudnya kakak. Cute! Cute! Cute!

Mulut makin bising. Tapi vocab ntah hapa-hapa jer lah kan. Gugu gaga baba tata... mama jer aku tak dengar lagi!

Pandai turun katil dan sofa dengan sendiri. Memula Naufal akan tengok dulu ketinggian, pastu bepusing dan ulurkan kaki dulu. Bila dah berjaya turun, Naufal akan seronok sangat! Sambung berlari dengan bergelak sakan. Dan biasanya, dapat jer turun dari katil atau kerusi, Naufal akan tepuk tangan! Hooray untuk diri sendiri!!!

Dah pandai melambai. Setiap kali enche Neezam ke office, aku, Niesreena dan Naufal akan turut enche Neezam pergi kat depan pintu. Salam, cayang-cayang cikit, lambai... Naufal macam dah tau jer rutin. Bila aku dokong dan enche Neezam dah siap kat depan pintu, Naufal akan lambai dulu. Kalau dengar orang cakap "bye... bye...", Naufal akan melambai jugak.

Pandai bermain! Pandai sepak bola dan segala hapa yang boleh disepak. Pastu Naufal ikut jer macam mana Naufal tengok Niesreena main. Main masak-masak. Naufal tuang air dari teko ke dalam cawan. Hahaha... Pastu kalau jumpa pen, Naufal akan try lah menulis. Macam-macam lagi lah... Terima kasih kat kakak Niesreena sebab pandai ajak dan ajar Naufal main. Naufal ikut jer lah macam mana Niesreena main.

Dapur dan bilik air tetap jadi tempat favorite Naufal. Pantang bukak pintu, mesti Naufal terjah. Nasib baik dapur ada pintu. Kalau tak terpaksalah pasang penghadang!

Apa lagi ek? Tu jer kot. Kalau ingat lagi nanti aku tambah...

Oh ya... selain tu... ada gak perangai Naufal yang aku tak gemar. Naufal suka tonggeng botol susu bagi susu keluar kat atas lantai atau tempat-tempat yang sewaktu dengannya! Bila susu dah keluar, Naufal akan main-main dengan susu tu. Disapu-sapu dan ditepuk-tepuknya susu tu.

Dan satu lagi, Naufal suka sangat menangis masa tengah tidur. Adoiii... tak larat nak layan! Ntah hapa yang disedihkan sangat ntah! Bagi susu tak nak... bagi puting pun tak nak. Kalau siang satu hal lah kan. Tapi bila buat perangai tengah malam... adoiiii... sangat menguji kesabaran!

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana dikurniakan Niesreena dan Naufal. Walau macam mana pun diorang buat perangai, aku tetap sayang sangat kat diorang. Dioranglah penghibur hati aku... dan enche Neezam jugak... i love you so much! ^*

7 comments :

heda said...

hehehe.. comelnya anak rimau ko tu?? leh jual x?? hahahha.. anak² kita tu lah penghibur hati.. walaupun pelbagai ragam, ada kalanya geli hati dibuatnya..

heda said...

hehehe.. comelnya anak rimau ko tu?? leh jual x?? hahahha.. anak² kita tu lah penghibur hati.. walaupun pelbagai ragam, ada kalanya geli hati dibuatnya..

Juliet Le Sweetheart said...

betul tu heda... setuju sangat!
walaupun kadang kala mengeluh sebab penat melayan kerenah diorang, tapi diorang jugaklah penghibur hati...

ICA said...

Julie, ayoyo...adorablenya Naufal ni... Sama like my daughter yg dok panggil kakak dia..."tatak"...so cutekan...

Juliet Le Sweetheart said...

cute sangat!

Anonymous said...

anak rimau kesejukan eek..cute....

Intan said...

aler comenyer baju ni...nak..nak..

back to top