♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Khairuns Homestay D'Bestari. Show all posts
Showing posts with label Khairuns Homestay D'Bestari. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

Yang penting kita... Njoi!!!

Alhamdulillah...

Rezeki lebih dari homestay... kiter labur pada homestay semula...

Setelah berbulan-bulan bertahan dengan aerial dalam rumah untuk dapatkan siaran, akhirnya kitorang putuskan untuk pasang saluran berbayar untuk dapatkan siaran yang lebih baik untuk para pelanggan yang menginap di Khairun's Homestay D'Bestari.

Ye lah... Memula dulu nak test market. Kalau ada demand, barulah boleh upgrade sikit-sikit. Ye tak? Start ari tu dah melabur beribu-ribu untuk homestay sebagai permulaan. So, hari ni, melabur untuk aerial tv pulak!

Sebelum kitorang putuskan untuk pasang Njoi ni, aku ada tanya kat kengkawan kat fb, satelit tv mana yang terbaik dan yang lebih penting, menjimatkan! Astro atau Unify?

Then, ada kawan yang suggest Njoi ni. Cuma sekali bayar, RM328, then bulan-bulan tak perlu bayar apa-apa dah! Actually RM328, untuk decoder terpakai dan ada 6 bulan warranty. Kitorang ambik decoder baru. So, kena bayar RM428 dan ada setahun warranty.

Dengan Njoi ni, kiter dapat 23 saluran TV dan 20 saluran radio. Ok lah kan...

Njoi jugak menyediakan perkhidmatan prabayar, maksudnya, kalau kiter nak tambah channel lain, kiter boleh order. Tetapi kena dapatkan kad prabayar Njoi kat dealer diorang.

Dan hari ni, Khairuns Homestay D'Bestari dah ada Njoi!

Harap-harap oklah!

Clear sangat siaran!

Suka!

Harap-harap mereka yang bakal menginap pada masa akan datang akan rasa lebih berpuas hati.

So, korang, kalau mencari homestay berdekatan Nilai, KLIA, KLIA2, LCCT, Sepang atau Salak Tinggi ke, bolehlah hubungi aku atau enche Neezam yer...

\(^-^)/

Khairuns Homestay D'Bestari

Sunday, October 19, 2014

Home sweet homestay

Semalam sibuk mengemas rumah. Hari ni sibuk mengemas homestay - tukar-tukar cadar, bersihkan rumah, vakum, mop dan topup apa yang patut. Get ready untuk guests dalam minggu depan.

Terima kasih pada yang sudi menginap di Khairuns Homestay D'Bestari.

Korang kalau cari homestay kat area Nilai-Sepang-KLIA, mehlah dok sini. Jom like fb homestay kami kat bawah ni.

Khairuns Homestay D'Bestari

y(^^)y

Alhamdulillah... rumput pun dah kembali hijau menggebu. Seronok tengok!

Bunga-bunga pun semakin banyak!

Happynya...

Hmmmm... Tapi yang tak bestnya... rumput 'alien' pun tak kurang banyaknya!!!

Apa lagi! Operasi habis-habisan lah tadi!

Eh... enche Neezamlah yang operasi membanteras 'alien' kat luar... aku wat kerja kat dalam jer... sejuk sikit... huhu...

y(^^)y

Sunday, September 21, 2014

Mowing day!

Alhamdulillah... cantik cuaca hari ni! Sangat sesuai untuk memotong rumput!


Kitorang sayang dan suka sangat dengan rumput karpet kitorang ni. Menghijau dan menggebu.


Cuma memang kecewa bila tengok daun-daun pokok buluh jiran sebelah yang kering-kering bersepah kat rumput kitorang yang menghijau.

Hmmm... tapi nampak gayanya, pokok buluh jiran sebelah dah dipotong pendek. Alhamdulillah... tak lah sakit hati dalam beberapa bulan ni kot, sebelum pokok buluh dia rendang balik.


Rumput dah panjang. Jom kiter kasi potong!




Niesreena dan Naufal pun turut membantu.



Apa yang penting?!

KERJASAMA!!!



Enche Neezam trim pokok kesayangan dia. Memang enche Neezam yang arif pasal tanaman ni. Aku.... tak pandai langsung. Tolong siram jer bolehlah. Heehehe...



Pokok bunga ni dulu kitorang tanam sikit jer. Sekarang dah jadi banyak dan banyak naik bunga-bunganya! Suka!




Alhamdulillah... sebelum maghrib kitorang sempat settlekan rumput. Penatnyer weh! Ingatkan senang jer potong rumput, rupa-rupanya... adoii... beratnya nak tolak mesin tu!


Setiap kali lepas potong rumput, rumput akan jadi kuning. Sebab... rumput tak potong dah tinggi sangat! So rumput yang bahagian bawah tu tak dapat cahaya matahari dan menjadi kuning. Kira kurang zat lah!

So, korang kalau nak rumput sentiasa cantik dan hijau, sebelum rumput naik tinggi, cepat-cepatlah potong. Kenalah rajin yer...

Rumput dekat dengan tepi dinding masih tak sempat nak dipotong lagi. Kena potong pakai gunting. Lepas ni nak tabur baja dan bagi minum air cukup-cukup. Barulah rumput akan menghijau kembali!

\(^^)/

Friday, August 29, 2014

Khairuns Homestay D'Bestari @ Sepang/Nilai

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat semua!

Akhirnya projek yang aku dan enche Neezam usahakan telah mula dipromosikan.

Inilah...

 Khairuns Homestay D'Bestari

Since kitorang tak tinggal kat rumah ni dan tak kan tinggal kat sini dalam beberapa tahun ni, Insya Allah, so kitorang decided untuk jadikan rumah kitorang ni sebagai homestay. Memula tu rasa macam sayang, sebab rumah baru. Tapi... dari dibiarkan kosong... biarlah ada penyeri sekali sekala, kan?

So, sesiapa yang berminat/mencari homestay di sekitar kawasan KLIA, KLIA 2, LCCT, USIM, Inti College, Nilai College, Manipal University, Sepang, Salak Tinggi, Nilai dan Nilai 3, Cyberjaya dan Putrajaya bolehlah contact kitorang.

Rumah ni terletak di Taman Desa Bestari, Kg Salak, Sepang.

Jarak ke lokasi yang berdekatan

** 8 km ke USIM & Bandar Baru Nilai
** 5 km ke Salak Tinggi
** 15 km ke LCCT
** 15 km ke Nilai 3
** 11/12 km ke KLIA2 / KLIA
** 25 km ke Cyberjaya
** 30km ke Putrajaya / Bangi
** 30-35 km ke Port Dickson / Bagan Lalang
** 40 km ke Banting

Rumah semi-D 1 1/2 tingkat, 3 bilik tidur dilengkapi dengan katil double bed, almari, kipas, lampu dan air-cond. 3 bilik air, satu mempunyai water heater.

Dapur dengan kelengkapan peti sejuk, cerek elektrik, pinggan mangkuk, peralatan dan dapur memasak. Ruang tamu dengan televisyen dan seterika. Kawasan luar yang selesa untuk bersantai. Ada rumput karpet gebusss boleh baring-baring. Hehe...

Kawasan rumah mempunyai pengawal keselamatan, berhampiran dengan surau dan taman permainan kanak-kanak, kedai/warung makan siang dan malam, kedai runcit, 99 speed-mart, klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, stesyen minyak, kompleks sukan KLIA (bowling, badminton, snuker), Giant, Mydin, bank dan lain-lain.

Insya Allah... kalau ada rezeki, kitorang akan improvekan lagi rumah ni.

So, korang, kalau berminat nak stay kat sini, bolehlah hubungi aku atau suami yer.

019.2772.191 - Dr Neezam

Boleh juga hubungai kami melalui fb Khairuns Homestay D'Bestari di

https://www.facebook.com/khairunshomestaydbestari

Aku jugak sedang cuba membangunkan blog untuk homestay kitorang ni. Nanti singgahlah ke

http://khairunshomestay.blogspot.com/

Insya Allah... semuanya masih bertatih lagi. Kitorang baru nak mula, baru nak belajar-belajar.

Silalah bagi sokongan dan tunjuk ajar yer, kengkawan...

y(^^)y

back to top