♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, September 29, 2019

Meroti cokelat

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dah beberapa kali meroti. Alhamdulillah... semuanya menjadi. Hari ni first time try roti cokelat.

Menjadi jugak walaupun resepinya olah sikit dari roti putih biasa. Gebu gebas!

Neeyaz memang suka makan coklat. So, bila dia tengok coklat-coklat jer roti ni. Terus cakap "nak coklat".

"Yummy" katanya. Nampak tak tangan dia kat bawah tu tunjuk apa?

Tuesday, September 17, 2019

Bread maker

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Enche Neezam kemain banyak bawak balik barang dari shoppee hari ni. Tapi aku dah expect dah... macam biasa... susu dan pampers Neeyaz. Enche Neezam memang beli kat shopee sebab murah katanya...

Tetiba enche Neezam suruh aku bukak sekotak lagi. Adoiii... dah lah tengah sibuk memasak... Waktu tu lah jugak dia nak suruh bukak sekotak lagi ni. Tak sabar-sabar... Suruh bukak sendiri tak nak.

Aku pulak punyalah bodoh. Tak der nak suspect plan orang tu ni. Huhuhu...

Sekali bukak tengok...

Yey! Bread maker! Tak mintak pun... hahahahha...

Tapi alhamdulillah... sangat menghargainya. Dia tahu bini dia ni memang minat masak. So, dia nak suruh try buat roti pulak. Huhuhu...

Thank you my dearest husband. Love you so much lah!

Ni yang tak sabar nak beli tepung roti plak ni.

Saturday, September 14, 2019

Amanah Lentur Peribadi Pekerja

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... Artikel terakhir enche Neezam di akhbar Harian Metro sisipan Minda disiarkan hari ni. Sedihnyer. Banyak jugak artikel yang enche Neezam dah kongsikan diruangan ni. Tapi rezeki sampai kat sini jer. Insya Allah, kalai ada rezeki di masa hadapan, kiter akan bertemu lagi.

Artikel penuh ada di bawah. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Amanah Lentur Peribadi Pekerja

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan kes penjualan sijil kelahiran dan MyKad kepada warga asing yang didalangi oleh pegawai kerajaan berpangkat tinggi di sebuah organisasi kerajaan di Pulau Pinang. Beliau didakwa dengan 11 pertuduhan iaitu dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25(1)(i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Semua ini dipercayai kerana pegawai yang terlibat gelap mata dengan laba yang diperoleh sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Namun sayang, inilah perbuatan tidak beretika, melampaui batasan undang-undang dan membuktikan hilangnya harga diri si tertuduh kerana tidak menjaga amanah yang diberikan kepadanya oleh rakyat dan negara.

Perkataan amanah itu asalnya daripada bahasa Arab. Dari segi lughah atau bahasa dapat ditakrifkan sebagai setia, kepercayaan atau lurus. Namun, daripada konteks yang lebih mendalam, amanah difahami sebagai kepercayaan yang diletakkan oleh seseorang individu kepada pihak lain dalam memelihara atau menjaga sesuatu perkara sama ada yang bersifat nyata atau tidak nyata. Sifat amanah dikatakan sebagai sesuatu beban yang tidak terpikul dan telah ditolak oleh makhluk-makhluk Allah SWT yang lain, namun disanggupi oleh manusia untuk memikulnya. Ia berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: ''Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan' (surah al-Ahzaab, ayat 72).

Sifat amanah sangat berkait rapat dengan keimanan seseorang. Seseorang yang beriman memiliki sifat amanah dan menerima segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan jujur. Amanah yang dijunjung oleh manusia meliputi pertamanya amanah kepada Allah SWT. Ia termasuklah menunaikan segala kewajipan yang dituntut kepadaNya, melaksanakan amal ibadah dengan ikhlas dan berterusan, dan menjaga keimanan supaya sentiasa subur.

Konteks amanah yang kedua adalah amanah sesama manusia. Ia meliputi perkara-perkara seperti memberikan hak kepada orang yang berhak, menepati janji, bersikap adil dan saksama, bercakap benar, dan melakukan ihsan kepada masyarakat sekeliling. Sifat amanah ini adalah merupakan antara empat sifat-sifat wajib yang ada pada Rasul selain Siddiq (Benar), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Sifat amanah Nabi Muhammad SAW merupakan model nilai-nilai murni yang sempurna dan unggul yang harus diterapkan dan diteladani dalam kehidupan.

Misalnya, dalam urusan pekerjaan, Baginda SAW mengendalikan perniagaan dengan penuh amanah, tanpa mengamalkan penipuan serta bertanggungjawab semasa membantu perniagaan Saidatina Khadijah binti Khuwailid (yang kemudiannya menjadi isteri baginda). Inilah resipi kejayaan unggul dalam kaedah bekerja yang bukan sahaja menunjukkan budi pekerti Rasulullah SAW yang mulia, bahkan telah berhasil memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada perniagaan Saidatina Khadijah.

Jelasnya, sifat amanah Rasulullah SAW ini terserlah sebagai salah satu nilai-nilai murni dalam Islam yang menjadi tunjang kejayaan dan kesempurnaan seseorang ketika bekerja. Sebagai pekerja, seseorang itu perlulah memenuhi dan mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi atau majikannya. Umumnya masa, tenaga, kepakaran dan idea merupakan antara elemen yang disumbangkan oleh seseorang pekerja kepada organisasi. Begitupun, setiap sumbangan yang diberikan atau kerja yang dilaksanakan itu perlulah turut didasari oleh nilai-nilai keperibadian murni yang digariskan Islam termasuklah sifat amanah. Dalam membicarakan tentang sifat amanah ketika bekerja, tidak dapat tidak seseorang pekerja wajib memenuhi kedua-dua amanah kepada Allah SWT dan amanah sesama manusia. Ia jelas diisyaratkan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Surah al-Anfal, ayat 27).

Sebagai hamba Allah yang beriman, walau sesibuk mana sekalipun kita bekerja, hak-hak kita terhadap Allah perlu dilunaskan, apatah lagi jika ianya adalah membabitkan soal amal ibadah, keislaman dan keimanan kita. Islam telah memberikan rukhsoh atau keringanan dalam hal-hal tertentu pada waktu-waktu tertentu bagi umatnya yang giat melaksanakan pekerjaan bagi memajukan diri. Misalnya, jika seseorang melaksanakan tugas jauh di tempat lain melangkaui jarak dua marhalah, dia dibolehkan untuk menjamak dan/atau mengqasarkan solat fardhunya. Misalan ini merupakan suatu keringanan yang istimewa diberikan kepada umat Islam agar dapat terus tawaduk melaksanakan amanah untuk beribadah dan melunaskan tanggungjawab pekerjaannya. Namun, bagi segolongan daripada kita yang tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah SWT ini, jika diberikan keringanan sebanyak manapun, pasti akan sekadar 'mengambil ringan' hal-hal beribadah terutamanya yang fardu kerana kononnya terlalu fokus terhadap kerja-kerjanya.

Sesungguhnya, pekerja yang amanah dan meletakkan syariat Islam sebagai pegangan semasa bekerja akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram)." Manakala pekerja yang tidak berhati-hati dalam menjaga amanah adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang munafiq. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ada tiga tanda munafiq: Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati (Muttafaqun'Alaih).

Friday, September 13, 2019

ABC by Neeyaz

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ni lah antara rutin  sebelum tidur.

🎼ABC Song 🎵🎶🎵 by my baby Neeyaz 😘

Walaupun biji butirnyer masih berterabur lagi... tapi still ok lah.... huhuhu...

Mama love you so much sayang...

Thursday, September 12, 2019

Lasagna for today

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni tak sihat. Tapi tekak ni kemain nak makan lasagna. Huhuhu...

Buatlah sebekas... layan tekak.

Tengoklah... diorang pun terlebih excited dari mama diorang ni.

Alhamdulillah... sedap lasagna buat sendiri. Ikut selera sendiri. Cheese pun sebukit. Huhuhu...

Nak resepi? Nanti insya Allah aku sharekan kat blog masakan aku yer.

Sesambil tu, bolehlah follow instagram masakan aku kat instagram.com/juliescookingwithluv untuk dapatkan resepi-resepi mudah dan tips-tips. Kiter masak senang-senang jer...

Monday, September 9, 2019

Teruk jerebu di KLIA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Petang tadi pusing-pusing dekat dengan rumah jer. Menghabiskan sisa-sisa cuti yang tak kemana-mana ni.

Gi KLIA... bawak my baby Neeyaz gi tengok kapal terbang. Excited betul Neeyaz tengok kapal terbang yang kemain banyak tengah berlepas. Bising mulut... sebijik macam ayah dia...

Tapi memang nampak sangat jerebu teruk.

Kat KLIA ni ada beberapa spot untuk tengok kapal terbang berlepas dan mendarat. Petang ni kitorang lepak kat Anjung Tinjau, tempat kapal terbang berlepas. Ada banyaklah kapal terbang naik. Boleh kata setiap 2 minit, satu kapal terbang berlepas.

Ada satu kawasan lagi, tempat kapal terbang landing. Lagi besar kapal terbang atas kepala. Tapi kat situ tak der proper parking dan kapal terbang landing tak banyak. So, lama kena tunggu.

So, korang kalau nak ke kawasan ni, bolehlah waze Anjung Tinjau KLIA. Insya Allah boleh sampai sini.

Sunday, September 8, 2019

Fotokopi 'rompakan terhormat'

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Nampak gayanya, isu syarikat suratkhabar terpaksa gulung tikar ni terkena jugak tepias pada penulis atau kolumnis macam enche Neezam ni. Mungkin ini artikel-artikel terakhir enche Neezam diruangan ni. Lepas ni Harian Metro akan guna penulis dalaman diorang je.

Pihak akhbar tak der lah cakap yang diorang ada masalah kewangan ke hapa kan... tapi kitorang agak jer lah. Ye lah... artikel yang diberikan keruangan akhbar ni bukan free free. So, kalau guna penulis sendiri, lagi boleh jimat, kan?

Apapun, kitorang tetap akan sokong akhar Harian Metro dan akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lain di Malaysia. Kepada Harian Metro, bagi pihak enche Neezam, terima kasih kerana memberikan salah satu platform untuk enche Neezam berkarya dan mengembangkan nama beliau. Semoga terus success dan terus utuh di pentas berita.

Alhamdulillah. Hari ni artikel enche Neezam masih lagi disiarkan di akhbar Harian Metro. Seperti biasa di sisipan Minda. Mungkin ini yang terakhir? Atau ada lagi di minggu depan?

Artikel penuh di bawah. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

FOTOKOPI 'rompakan terhormat'

Umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Begitulah ibaratnya dengan perniagaan atau kedai-kedai cetakan atau juga sinonim dengan perkataan ‘xerox’ atau fotokopi. Masakan tidak, ‘industri bersandarkan pendidikan’ seperti ini memang menjadi tumpuan, terutamanya dalam kalangan pelajar di di institusi pengajian tinggi (IPT) sejak sekian lama, dan ironinya budaya fotokopi ini masih ada. Budaya ini sudah seakan-akan meresap sebati dalam masyarakat kita seolah-olah budaya dan amalan ini dibenarkan dan amat sukar dibendung daripada terus berleluasa dari satu generasi ke satu generasi. Ia masih dan tetap menjadi salah satu pilihan pelajar yang 'evergreen' dan kelihatan 'halal' dalam memiliki buku, makalah, sumber rujukan dan apa sahaja dokumen berkaitan dalam kuliah, walau pun tidak seketara fenomena serupa pada 10-20 tahun yang lalu.

Kita selalu juga tertanya-tanya, mengapa pelajar di IPT masih menggunakan cara tersebut untuk membuat salinan nota kuliah mereka? Masakan tidak, semurah 3 hingga 5 sen sahaja harga untuk sesalinan dokumen bersaiz kertas A4, ia dianggap kaedah termurah, mudah dan cepat untuk mendapatkan maklumat daripada buku teks, buku nota malah modul yang digunakan oleh mereka dalam sesi perkuliahan. Ini adalah satu bentuk 'langkah penjimatan' yang cukup disukai oleh pelajar. Kelihatannya wang saku dan biasiswa/pinjaman boleh digunakan untuk tujuan lain seperti tambah nilai talian internet, makanan, pengangkutan dan lain-lain.

Akan hal ini, kebiasaannya, pensyarah akan mengusulkan buku-buku tertentu untuk dibeli oleh pelajar kerana ia dijadikan teks rujukan dalam kuliah. Namun, harga buku rujukan tertentu adalah agak mahal atas sebab pelbagai faktor seperti ia rujukan utama dalam bidang pengajian tertentu, diimport dari luar negara, ditulis oleh penulis tersohor dan sebagainya. Maka sudah tentulah para pelajar akan ada perasaan 'tersepit' antara dua pilihan keutamaan, mahu membeli dan memiliki buku rujukan original tersebut atau untuk terus berjimat-cermat dalam penggunaan wang ringgit. Dalam perspektif ekonomi, isu ini berkait dengan teori 'kos melepas' atau Opportunity cost di mana para pelajar akan cenderung memilih untuk membuat salinan fotokopi lantaran rasa tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut.

Begitu pun, para pelajar harus memahami bahawa buku rujukan yang difotokopi itu adalah satu usaha jangka panjang oleh penulis karya akademik tersebut. Ia terhasil daripada pengetahuan, pengalaman dan kajian yang dihasilkan secara mutlak oleh penulis yang telah menghabiskan banyak masa, titik peluh dan buah fikiran untuk dikongsi oleh masyarakat dan khususnya mereka yang mempelajari bidang ilmu yang sama. Tidakkah para pelajar terfikir bahawa hasil ilmiah ini secara perundangannya mempunyai nilai 'hak milik' yang absah kepada penulisnya? Seterusnya, apakah tidak disedari bahawa penulis-penulis buku ini layak untuk menerima ganjaran hasil jualan buku-buku mereka hasil titik peluh mereka sendiri?

Begitu juga dengan hak syarikat percetakan yang telah bertungkus-lumus menjalankan proses perniagaan mereka bagi menjual buku-buku ini demi keuntungan dalam perniagaan mereka. Untuk itu, apabila hasil ilmiah ini difotokopi sewenang-wenangnya, ia adalah satu bentuk rompakan terhormat kepada hak milik penulis asal buku tersebut dan ini adalah satu gejala tidak beretika yang sungguh berleluasa dalam arena keilmuan yang cukup mulia iaitu di institusi pengajian tinggi.

Bukan sahaja ia satu kesalahan di sisi etika dan undang-undang, dalam Islam sendiri ia adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan syariat apabila hasil karya ilmiah ini dicetak semula tanpa keizinan penulis dan syarikat percetakan yang merupakan 'tuan punya' karya tersebut. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya “ Halal Dan Haram Dalam Islam” menyatakan bahawa Islam mengharamkan seorang muslim membeli sesuatu yang sudah diketahui, bahawa barangan tersebut adalah hasil rompakan atau hasil curian, ataupun sesuatu yang telah diambil dari orang lain dengan jalan yang tidak betul. Ini kerana perbuatan tersebut adalah menyamai amalan membantu perompak, pencuri selain ianya melanggar hak-hak orang lain, serta melanggar undang-undang berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang membeli barangan curian, sedangkan dia mengetahui bahawa barangan tersebut adalah satu hasil curian, maka dia bersekutu dalam dosa yang cacat” (Riwayat al-Baihaqi).

Untuk itu semua pihak harus bertindak dan bertanggungjawab dalam mencari solusi terbaik sebagai jalan penyelesaian bagi membendung masalah fotokopi ini daripada terus berleluasa. Antara alternatif yang ingin dicadangkan oleh penulis adalah seperti mana berikut. Pertama, semua pihak terutamanya pelajar IPT harus faham dan hadam dengan perkiraan hukum daripada perspektif Islam. Terdapat pelbagai pandangan telah diutarakan oleh ulama’-ulama’ kontemporari dalam merumuskan hukum dan kaedah membendung fenomena fotokopi ini.

Ada ulama’ yang menyatakan bahawa perbuatan fotokopi ini haram dan tercela. Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram)” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, Riwayat Ibn Hibban). Hadis ini satu isyarat jelas yang melarang umat Islam menjalankan perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, maka perbuatan memiliki sesuatu seperti buku rujukan secara tidak sah juga diibaratkan sebagai memperoleh sesuatu dengan haram.

Ada sesetengah pendapat lain pula yang membenarkan amalan ini atas dasar keperluan yang amat mendesak seperti masalah kesempitan kewangan atau keperluan yang meruncing untuk mendapatkan naskhah yang asal, dengan bersandarkan kepada Kitab al-Ashbah Wa al–Nazhoir iaitu : "Suatu keperluan boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus". Ini bermaksud perbuatan fotokopi ini adalah dibenarkan bagi kegunaan peribadi sahaja dan bukanlah bagi tujuan mengaut keuntungan atau tuntutan berupa faedah-faedah lain yang mana ianya adalah berlawanan dengan tujuan asal.

Kedua, kaedah kedua adalah dengan meminta keizinan untuk membuat salinan daripada penulis dan syarikat penerbitan buku yang dikehendaki. Namun, keizinan mungkin sesuatu yang sangat mustahil untuk diperoleh, lantaran faktor royalti dan keuntungan yang telah dikira-kira oleh pemilik karya. Ketiga, dicadangkan agar institusi pengajian tinggi dapat menambahkan lagi kuantiti buku-buku rujukan yang diperlukan pelajar di perpustakaan masing-masing supaya ia dapat dipinjam dan dijadikan rujukan pelajarsepanjang semester/pengajian. Pensyarah perlu bekerjasama dengan bekerjasama rapat dengan pihak perpustakaan dalam mencadangkan buku-buku rujukan yang sepatutnya dari semasa ke semasa.

Keempat, para pelajar harus kreatif dalam menggunakan sumber di internet dalam mencari buku-buku rujukan berbentuk elektronik. Banyak laman sesawang yang mengumpulkan pelbagai genre buku rujukan yang tersohor dan terkini untuk dimuat turun secara sah kerana pengendali laman web tersebut kebiasaannya telah mendapat keizinan daripada para pemilik asal karya-karya akademik tersebut. Kelima, para pensyarah harus tegas dalam memastikan gejala fotokopi buku ini tidak terus berleluasa dengan memberikan nasihat sewajarnya kepada pelajar. Pensyarah turut boleh menggunakan sebaik mungkin sistem pangkalan data yang kebanyakannya telah dibina oleh institusi pengajian masing-masing yang boleh memuatkan nota-nota kuliah, slaid pembentangan, bahan rujukan dalam pelbagai bentuk yang telah dimuat turun daripada internet dan sebagainya.

Monday, September 2, 2019

My boys cycling day

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Petang ni enche Neezam bawak Naufal dan Neeyaz turun ke taman.

Abang dia bawak basikal, si kecik tu pun nak berbasikal jugak.

Terkedek-kedek jer bawak basikal tu.

Puas hatilah bawak gi main taman sekejap.

Masalahnyer si kecik ni, kalau dah bawak ke taman, tak reti nak balik. Huhuhu...

Ngamuklah kejap bila ajak balik.

Tapi dia redho jer lah... Kalau tak kena tinggal kat taman sesorang.

Sunday, September 1, 2019

Pusing-pusing Seremban

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tiga hari cuti, kitorang tak der plan nak kemana pun. Semalam satu hari suntuk kat rumah. Rasa buat kerja rumah tak habis-habis. Penatnya, Ya Allah!

Haiissshhh... tak buleh jadi.

So, hari ni kitorang keluar jugak. Lepas beli barang dapur kat Mydin Seremban 2, kitorang lajak ke Seremban pulak. Bawak Neeyaz ke park yang selalu kitorang bawa Niesreena dan Naufal masa diorang kecik-kecik dulu - kat depan Klana Resort.

Lama jugak lepak kat sini. Bagi puas hati.

Lagipun park kat sini redup jer dan park dia pun boleh kata besarlah.

My baby Neeyaz excited first time dapat main buaian. Taman kat rumah tak der buai. Hmmmm... naper tak der ek? Macam tak lengkap jer taman permainan tak der buai. Huhuhu...

Ehemmm... tapi bukan Neeyaz jer excited naik buai. Ayah dan abang dia pun sama. Huhu...

<

Ish ish ishhhh... Berpeluh-peluh masing-masing.

At the end, bila ajak balik, budak kecik ni refuse jugak. Tak puas-puas lagi main. Adoiaiiii...

Mama dah penat ni nak oiii... moh ler kiter balik... next time kiter datang lagi yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top