♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Convocation. Show all posts
Showing posts with label Convocation. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Throwback Thursday | Convocation UTM

Sejak seminggu dua ni, kat facebook ramai kawan-kawan yang muatnaik gambar konvo. Tahniah korang!

Aku pun baru-baru ni muatnaik dan update tentang konvo suami tercinta, Dr Neezam...

Tapi hari ni, just nak terkenang-kenang sikit masa aku dan buah hati aku konvo kat UTM suatu masa dahulu. Huhuhu...

Beza tak muka kitorang 11 tahun dahulu dan sekarang? Beza sangat kan... Lagi comel kan sekarang? Comellah sangat... Hahaha...

Kat UTM dulu aku ambik bidang sains komputer majoring in software engineering. Tapi bila kerja, lari bidang... Mungkin bukan rezeki dalam bidang tu...

Nway... rindu sangat kat UTM Skudai... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat jatuh cinta...

Hehehehe...



Tuesday, October 22, 2013

Present to you...

My beloved husband,

Dr. Khairunneezam bin Mohd Noor

Alhamdulillah... inilah hari yang aku dan Dr Neezam nanti-nantikan.

Dikala pertama kali melihat Dr Neezam memakai jubah dan bertopi bonet, membuat aku berasa bangga dah terharu sangat!

Aku harap sangat Niesreena dan Naufal ada disamping kitorang pada saat itu, pasti Niesreena dan Naufal akan tersenyum bangga dengan kejayaan ayah diorang.

Aku jugak harap mak dan ayah Dr Neezam ada kat situ masa konvo. Mesti diorang pun akan tersenyum bangga!

Aku harap emak dan abah aku dan semua ahli keluarga kitorang dapat berkumpul bersama-sama di La Trobe University, Melbourne, Australia, pada hari yang bermakna ni, meraikan kejayaan Dr Neezam! Tapi aku percaya... walaupun diorang jauh, diorang tetap berasa bangga dan gembira!

Inilah saat yang paling bermakna!

Tak dapat gambarkan perasaan di saat itu. Melihat Dr Neezam berjalan bangga menerima sijil di atas pentas.

Alhamdulillah... syukur! Syukur padaMu Ya Allah... Ya Rahman... Ya Rahim... Allah yang maha besar... Allah yang maha agung...

Dr Neezam bersama supervisor, Dr Suzanne Young, yang banyak membantu Dr Neezam selama beberapa tahun ni. Thanks Suzanne!

Perjalanan Phd Dr Neezam tak mudah. Kalau orang lain boleh habis dalam 3, 4 tahun untuk dapatkan Phd, tapi Dr Neezam ambil lebih daripada tu. Banyak halangan yang terpaksa Dr Neezam harungi. Tak mudah! Masalah dengan research, masalah dengan supervisor-supervisor, masalah dengan writing, masalah dengan duit...

Aku tengok sendiri... betapa suami aku berusaha keras untuk capai matlamat dia yang satu ni. Keluar awal pagi ke office, balik rumah lewat malam. Mengharung sejuknya winter, panasnya summer. Aku tenggok suami aku berjaga siang dan malam menyiapkan writing. Aku tengok dia stress, aku tengok dia menangis. Aku diberitahu berita sedih, aku diberitahu berita gembira. Aku tengok jatuh bangunnya dia. Pada satu tahap Dr Neezam down sangat. Buat aku takut, tapi aku tahu, dia lagi takut...

Kadangkala... kitorang tengok ke 'atas'... senangnya orang lain buat Phd - genap 3, 4 tahun dah siap! Smoothnya perjalanan dia... mudahnya urusan dia... Perasaan jadi cemburu tapi bersangka baik dengan Allah swt. Pasti ada hikmah disebalik semua dugaan dan itulah pembakar semangat untuk Dr Neezam cepat-cepat siapkan Phd dia! Tangkis semua ujian dan halangan!

Kadangkala... perlu jugak tengok ke 'bawah'... orang lain yang dah bertahun-tahun masih struggle lagi! Banyaknya masalah orang tu... lebih teruk dan lebih tak bernasib baik dari apa yang Dr Neezam hadapi... Kesian... Alhamdulillah... ujian yang Allah bagi ni tak seteruk diorang... Alhamdulillah!

Beberapa bulan lepas, aku tengok Dr Neezam menangis lagi. Menangis gembira kerana akhirnya segala penat lelah dan susah payah Dr Neezam sampai ke penghujungnya. Bak kata Dr Neezam, "akhirnya dah hilang batu besar atas kepala! Akhirnya air mata darah dan berhenti mengalir!"

Aku dan Dr Neezam percaya segala masalah dan cabaran dalam menyiapkan Phd adalah ujian kecil dari Allah. Bilamana kiter dapat atasi ujian tu dan akhirnya menerima ganjaran dariNya, kiter akan berasa gembira dan sangat-sangat menghargai hasilnya.

Hari ini, aku tengok Dr Neezam sangat gembira! Aku sangat bangga dan sangat bersyukur. Inilah pengakhiran yang sangat lama dinanti-nantikan dan Insya Allah, diharapkan menjadi titik permulaan sesuatu yang baru... yang lebih baik. Amin...

Today, I may say that I am very proud to introduce to you, my beloved husband, Dr. Khairunneezam Mohd Noor. With all the hard works, he's really deserved the tittle... And I'm really happy for him!

Abang,

Congratulations!

And

I love you so much!

Wednesday, October 16, 2013

Worldless Wednesday | The Day!

Monday, November 12, 2012

Majlis Ihtifal & Konvokesyen Khairunniesreena

Malam Khamis yang lepas telah berlangsungnya hari Ihtifal & Konvokasyen para pelajar tadika Islam Miftahul Ulum 2012. Majlis ni berlangsung di Staffiled Country, Golf & Resort.

Bukan main lagi tadika sekarang kan... Buat majlis kat hotel. Masa zaman aku dulu majlis bukak khemah depan tadika jer. Huhuhu... Aku pun dulu tadika Kemas jer. Manalah nak gi hotel-hotel ni kan...

Ok! Dah melalut... Balik pada kisah convo Niesreena.

Majlis sepatutnya bermula jam 8.30 malam. Tapi sebab perasmi datang lewat 15 minit, so 8.45 malam baru majlis start.

Malam tu ada banyak sangat persembahan daripada para pelajar comel-comel ni. Dari pelajar 4 tahun hinggalah 6 tahun. Niesreena ajer masuk 3 persembahan; koir, bahasa bermadah dan tarian moden!

Memang tak sabar nak tengok Niesreena buat persembahan sebab Niesreena tu pemalu. Tak tau lah macam mana gayanya dia buat persembahan depan orang ramai. Sedangkan kitorang suruh dia buat rehearsal kat rumah pun dia malu!

Akhirnya masa yang dinanti-natikan pun tiba. Memula Niesreena menyanyi koir. Lagu 'Kami Guru Malaysia' yang dah ditukar lirik memuji guru-guru Miftahul Ulum. To thanks all the teachers of course!

Then persembahan kedua Niesreena; bahasa bermadah. Macam-macam gelagat aku tengok! Terjengket kiri, terpusing kanan!

Persembahan terakhir Niesreena; tarian moden! Lagu anak kampung! Laaaa... macam tak caya itu Niesreena. Kemain goyang lagi! Hehehehhe... Jom tengok & enjoy the video!

Muka Niesreena masa tu memang malu-malu sangat! Obvious! Tapi dia dapat menari dengan baik! Cewah! Dak Naufal plak siap bagi sokongan moral. Kemain jerit dia untuk kakak dia, "Reena! Reena! Cepat Reena! Cepat!" Apa yang cepat ntah. Dia ingat kakak dia tengah dok lumba agaknya... Klakarlah... Naufal... Naufal...

Macam-macam persembahan dan gelagat budak-budak disajikan malam tu. Klakar sangat! Ada tu yang siap dah ready nak naik pentas tapi nangis plak sebab nervous! Huhuhu...

Lepas persembahan, barulah majlis penyampaian hadiah dan sijil bermula...

Penggal ni Niesreena dapat nombor 3. Alhamdulillah... Last time, Niesreena dapat nombor satu. Masa tu Niesreena masuk kelas 6; kelas dengan budak-budak 5 dan 6 tahun yang first time masuk tadika. Naik penggal baru yang lepas, Niesreena masuk kelas 2 dan kali ni dapat nombor 3. Oklah... syukur alhamdulillah... Niesreena dapat catch up banyak dalam masa setahun jer dia masuk tadika.

Hmmmm... tahun depan Naufal pun akan kitorang hantar ke tadika yang sama jugak. Cam ner lah gayanyer ek? Naufal tak sama dengan Niesreena. Niesreena lembut dan senang nak handle, memang jauh beza dengan Naufal. Hmmmm... paham-paham sendiri lah yer... huhuhu...

~Cute boy on the blog~

Tahun depan, Niesreena akan masuk tahun 1. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, Niesreena dan Naufal nampak gayanya cepat belajar. Bijak macam ayah! Dan mama jugak! ;p Harap-harap satu hari nanti masing-masing dapat ikut jejak langkah ayah. Belajar tinggi-tinggi... Amin...

Ish... jauh berangan dah kan? Semua angan-angan 20 tahun lagi! Huhuhu... Nway... we are the proud parents!

~Pic was snapped Naufal. Kemain rendah lagi gambar...~

Thursday, August 20, 2009

Convo adik @ UTM Skudai

Hari Isnin yang lepas adik konvo kat UTM Skudai. Hari ni baru dapat tengok gambar adik konvo. Lambat tol upload gambar. ;p

Seronoknyer tengok diorang; mak dan abah serta adik-adik. Semuanya happy! Kan best kalau aku bleh join sama. Abah pun sanggup terbang balik dari Sabah untuk tengok konvo adik.


"Adik,

Congrats!
Dua tahun lagi sarung jubah UPM lah pulak ek.
^_^"


*juliet le sweetheart : teringat masa aku sarung jubah yang sama beberapa tahun yang lalu...


Saturday, August 18, 2007

Tahniah Joy! Chaiyuk adik!

Untuk kali ketiganya, mak menjejakkan kaki ke Dewan Sultan Ismail, UTM Skudai hari ni. Tujuan yang sama seperti mana mak duduk di dalam dewan tu dua kali beberapa tahun yang lalu.

Pertama kali mak masuk ke DSI dengan abah masa aku terima ijazah aku. Kali kedua masa adik aku, Joy, konvo untuk diploma dia. Dan hari ni mak sekali lagi duduk di DSI untuk tengok Joy terima ijazah dia pulak. Insya Allah, tiga tahun lagi, mak akan sekali lagi duduk di dewan yang sama untuk tengok adik pulak terima ijazah dia, sementelah adik pun sedang study kat UTM.

Yup! Ketiga-tiga adik beradik aku sambung belajar kat UTM. Termasuklah hubby aku. Hehehhehhe…

Hari ni abah tak ikut untuk tengok Joy konvo sebab kaki abah yang masih belum sembuh. So terpaksa berehat kat rumah jer. Masa Joy konvo diploma dulu, abah datang tapi tak masuk ke dewan. Abah bagi peluang untuk adik masuk (sebab 2 orang untuk satu family jer yang boleh masuk ke dewan konvo) dan tengok abang dia naik ke pentas untuk terima diploma. Kononnya sebagai perangsang untuk adik aku yang masa tu masih sekolah lagi supaya dia dapat ikut jejak langkah abang dan kakak dia ni lah kononnya. Dan alhamdulillah adik dapat jugak masuk U dan kat U yang sama plak tu. Tak berkembang langsung. Hehehehhehe…

Konvo Joy kali ni mak masuk sorang jer, tak berteman memandangkan abah tak dapat nak ikut. Actually adik pun berada di dewan yang sama gak tapi dia ikut okestra, main piano yang mengiringi sepanjang upacara konvokesyen. So, dia duduk kat tingkat atas dewan tu.

Aku dapat jugak tengok Joy pakai jubah dan mortar board dia masa adik call melalui 3G tadi. Tak sangka dapat jugak tengok Joy yang segak dengan jubah dia. Nampak happy jer dia. Mak pun nampak happy sangat. Mana tak nya… tu lah yang dia harap-harapkan dari kitorang adik-beradik selama ni – ‘belajar biar sampai masuk universiti, genggam ijazah, so, tak der orang akan pandang rendah pada kita’. Tu lah kata-kata perangsang mak selama ni.

Joy, nasib memang menyebelahi dia. Dia tak susah-susah cari kerja tapi kerja yang datang cari dia. Company cina yang Joy pernah kerja sebelum dia sambung belajar dulu offer dia kerja semula. Seminggu selepas habis jer final exam, Joy dah mula kerja dengan gaji yang memang best untuk fresh graduate. Dapat kereta dan laptop company dan beberapa elaun termasuklah elaun untuk topup handphone. Giler ar… Aku dulu 6 bulan nganggur sebelum dapat kerja tetap dengan gaji best. Huhuhuhu…

Apa-apapun aku gembira untuk Joy. Aku harap dia berjaya dalam hidup dia. Aku tahu… Satu kenangan pahit dalam hidup dia dulu telah mengubah hala tuju dia ke destinasi yang sekarang ni. Dan aku juga berharap hasrat dia untuk mendapat gelaran IR akan terlaksana suatu hari nanti. Aku jugak berdoa agar adik dapat menghabiskan pengajian dia dengan baik dan bertahan dengan dean list dia hingga ke akhir semesta nanti.

Amin…

Dan untuk diri aku! Aku tak nak berhenti belajar setakat ni jer. Insya Allah kalau ada rezeki aku masih bercita-cita lagi untuk sambung master dan kalau ada rezeki lagi, kalau panjang umur aku jugak nak sambung PhD macam hubby aku. Semuanya bergantung pada usaha, masa, duit dan yang penting doa. Betul tak? Buat masa ni aku terpaksa kuburkan dulu hasrat untuk sambung belajar sebab nak tumpukan perhatian untuk puteri kitorang yang sorang tu. Insya Allah bila sampai masanya, akan ku kerah otak aku untuk bekerja supaya tak terus tepu seperti sekarang ni!!!

Sunday, April 20, 2003

My convocation @ UTM

Tak sempat nak scan lelain gambar masa graduation sebab tak guna camera digital. So, ni jer lah gambar yang sempat nak upload kat fotopages. Yang lain ada dalam album.

Masa ni aku graduate untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) major dalam kejuruteraan perisian, Neezam plak graduate untuk Masters HRD dan Joy untuk Diploma Kejuruteraan Awam.

*Ini bukan entry pertama aku yer... Post ni aku import daripada fotopages aku... sebab... klik kat sini :)

back to top