♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label 9 Miracle Months. Show all posts
Showing posts with label 9 Miracle Months. Show all posts

Tuesday, April 25, 2017

Minggu 36 | Sesi penyerahan tugas... bila nak mula bercuti?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Minggu ni dah masuk minggu yang ke-36. Lagi 2 minggu jer lagi nak bersalin dan 6 hari jer lagi nak bekerja. Insya Allah... kalau baby tak plan nak keluar awal. Huhuhu...

So, last week dah tahu bila tarikh untuk c-sec. Bila dah tahu tarikh, bolehlah buat persediaan bila nak mula cuti bersalin. Tak nak lah awal sangat dan tak nak lah terlalu lewat sebab aku pun sekarang ni memang dah tak larat dah nak drive lama-lama.

Aku pun dah contact HRD mintak diorang kirakan tarikh cuti maternity aku. Alhamdulillah... lepaslah seminggu raya... kalau tak puas cuti raya nanti bolehlah tambah seminggu lagi. Huhuhu... Macam aku, kerja swasta, maternity leave cuma 2 bulan sahaja. Kan best kalau sama dengan gomen; 3 bulan. *sigh*

Yang penting, bila dah tahu tarikh bersalin, kiter kena inform awal-awal kat boss supaya boss bolehlah bersedia dengan ketiadaan kiter nanti.

Dalam masa-masa macam ni aku memang sibuk sangat kat office. Kalau boleh sebelum tinggalkan office untuk cuti bersalin nanti, nak siapkan semua kerja. Tapi memang tak mungkinlah kan? Kerja mana pernah habis!

Pagi tadi boss dah mintak aku list down semua current tasks aku untuk diserahkan kepada rakan sekerja. Rasa macam bersalah jugak, sebab kerja aku menimbun, kerja dia pun menimbun. Tapi alhamdulillah... dia terima dengan hati yang terbuka... Love you CN!

Walau apapun, Insya Allah, dalam masa beberapa hari jer lagi yang ada ni, aku akan cuba slash down list kerja mana yang boleh. Chaiyok!

Baby pulak sekarang ni memang tersangat aktif dalam perut. Kalau dulu baby gerak masa aku terjaga jer. Tapi sekarang, waktu aku tengah tidur pun baby aktif bergerak jugak hingga terjaga aku jadinya.

Dan baby memang suka bergerak atau  menendang waktu aku tengah makan. Mungkin baby nak sampaikan mesej "Stop makan mama! Dalam ni dah sempit!". Huhuhu...

Berat aku pulak... actually, sepanjang mengandung hingga ke minggu 35, berat aku maintain jer. Tak der lah naik sangat. Seriously naik 2 kilo jer dari berat sebelum mengandung. Berat baby pun continuously naik. Tapi perut memang nampak besar giler.

Cuma sejak akhir-akhir ni berat naik mendadak. Dalam beberapa minggu ni naik lagi 3 kilo! So total berat badan naik berbanding sebelum mengandung ialah 5 kilo! Sementara nak tunggu bersalin ni, ntah berapa kg lagilah nak naik.

Tapi sepatutnya aku tak payah nak risau sangat.

Sebab... masa mengandung Niesreena dulu lagi teruk... naik 20 kilo! Huhuhu... Lepas bersalin turun 10 kilo jer... sadis betul! Huhuhu... Tapi tak per lah... janji baby sehat, cukup khasiat.... aku gemuk-gemuk pun janji suami sayang. Huhuhu... Alhamdulillah...

Insya Allah aku akan mula bercuti next week iaitu pada 3hb May. So, 4hb aku boleh berehat, 5hb appointment dengan doktor bius, 6hb siap-siapkan diri, 7hb 'check-in' kat hospital Putrajaya dan 8hb is the birthday!

Semoga dipermudahkanlah segala urusanku. Ameen!

Monday, April 17, 2017

Minggu 35 | Dah dapat tarikh lahir untuk baby Khairun

السلام عليكم

Sejak kebelakangan ni sangat tak sempat nak update blog sebab busy sesangat!

Kat office busy nak menyiapkan list kerja yang panjang. Hopefully dapat siapkan sebelum menjelang 'due date'. Tapi... tak der maknanyerlah nak habis, kan? Tapi sekurang-kurangnya, tak nak lah tinggalkan kerja yang berlambak. Kesian orang nak cover...

Bila balik rumah, lepas mandi, terus terbaring atas katil. Pasang air-cond sejuk-sejuk. Oh... nikmatnya!

Anak-anak nak bermanja pun kena cari mama diorang dalam bilik.

Bila balik kerja memang terasa penat sangat. Pinggang pun sakit, mungkin sebab memandu hampir 100 km setiap hari.

Alhamdulillah... nasib baik enche Neezam memahami. Panggil aku turun bila nak makan dan solat jemaah. Kerja rumah semua enche Neezam buat. Dari memasak, mengemas hinggalah mengajar anak-anak, buat kerja sekolah. Thank you sayang... Mama memang tak larat sangat sekarang.

So, hari ni aku dan enche Neezam cuti sebab ada appointment kat hospital Putrajaya.

Bukan check-in tau... huhuhu...

Hari ni just nak tetapkan tarikh bersalin.

Mungkin ada yang tahu yang aku akan bersalin secara c-sec. Sebab apa? Sebab anak pertama dan kedua dulu c-sec. History keluarga pun, emak dan adik c-sec jugak. So, doktor kata baby ketiga ni kena c-sec jugak. Memang tak der rezeki nak normal. This is not my choice but I have to.

Tapi tak per... bersalin normal atau ikut tingkap... Yang penting, baby selamat dan sihat. Insya Allah... Ameen...

Ok balik pada cerita appointment kat HPJ. Aku sampai kat hospital jam 8.30 pagi. Appointment pukul 9 pagi. Kalau ikutkan nak sampai lebih awal, tapi pagi-pagi ni jem dengan orang pergi kerja.

Sampai jer kat hospital, enche Neezam drop aku kat depan lobi dan dia pergi cari parking. Masuk tengok orang beratur panjang untuk ambil nombor. Redha dan redah. Walaupun beratur panjang, tapi laju jer.

Aku dapat nombor 2110... ada 49 nombor lagi nak sampai ke nombor aku. Jauhnya lagi! Huhuhu... Tu yang start nombor 2xxx. Ada yang start nombor 1xxx, 3xxx, 4xxx... Huish... Lama lagi nak tunggu ni!

Redha...

Cari tempat duduk. Alhamdulillah... banyak kosong. Tetiba aku perasan, mesin yang sebut nombor dan kaunter tu, dari aku masuk tak berhenti-henti panggil nombor. Laju jugak! Dalam seminit tu,lepaslah 15-20 nombor. Ye lah... ni untuk pendaftaran sahaja. Sebab tu laju dan kaunter pendaftaran memang banyak.

Tak sampai setengah jam, nombor aku naik. Buat pendaftaran, pastu gi timbang berat dan check tekanan. Then, terus ke Kaunter A iaitu Klinik O&G. Tak berapa ramai orang. Tempat duduk pun banyak kosong.

Enche Neezam sampai dengan bawakkan roti. Dia tahu bini dia ni selalu lapar. Huhuhu... Enche Neezam kata susah nak dapat parking. Yup! Hospital Putrajaya ni memang susah giler cari parking sebab parking space limited jer.

Tunggu sekejap jer, then giliran aku pulak jumpa doktor. Tak sempat nak tengok nama doktor.

Doktor tanya serba sedikit tentang pregnancy history yang lepas-lepas. Family history. Penyakit dan alahan. Then scan baby. Macam biasa, baby besar 2 minggu tapi alhamdulillah semuanya nampak sehat. Uri kat atas. Kepala nearly engaged. Baby pun dah besar 2.9 kg. Padahal hari Khamis lepas pun ada scan kat KK, berat baby 2.5 kg. Huiiissshhh... hampir setengah kilo naik dalam masa beberapa hari ni.

Bila doktor tengok semuanya ok, doktor pun bukak kalendar dan bagi tarikh.

Aku pilih hari Jumaat... tapi hari Jumaat penuh pulak. So... terpaksalah pilih hari yang lain.

Alhamdulillah... dah dapat tarikh.

Aku maklumkan pada family aku dan mertua. Diorang semua buat plan bila nak datang untuk jaga aku dan baby, serta Niesreena dan Naufal sepanjang aku kat hospital nanti. Terharu...

Kalau ikutkan, aku tak nak menyusahkan orang lain. Tapi alhamdulillah... ada je tangan-tangan yang nak membantu. Bersyukur dan terharu sangat!

So, ada beberapa minggu jer lagi sebelum nak jadi mama beranak tiga ni.

Alhamdulillah... segala persediaan dah lengkap. Insya Allah...

Cuma tengah nak cari SCR7 warna merah tak jumpa-jumpa ni! Saper nak belanja? Angkat tangan! Huhuhu...

Sunday, April 9, 2017

Minggu 34 | Checklist beg ibu dan bayi ke hospital

Officially... minggu ni dah masuk minggu ke 34. Dah 8 bulan setengah dah!

Insya Allah... ada lebih kurang 4 minggu jer lagi aku akan terbaring kat OT. Huh... Perasaan bercampur baur. Takut nak kena operate but at the same time tak sabar sangat nak jumpa baby! Excited!

Baby pun semakin aktif bergerak dalam perut. Kekadang memang rasa tak tahan sangat, rasa senak. Tapi seronok bila tengok perut bergerak-gerak. Kejap-kejap berbenjol jer perut. Keras! Entah apalah baby tengah buat kat dalam nun.

So! Minggu ni baru sibuk nak sediakan beg untuk ke hospital. Actually dari usia kandungan masuk 7 bulan ari tu, nurse dah nasihatkan supaya dah buat persiapan beg ke hospital ni. Sebab bila kandungan dah cecah 7 bulan, maksudnya bila-bila jer baby boleh keluar... mungkin secara emergency. So, persediaan awal memang sangat penting. Dan beg ibu dan baby ni sepatutnya dah tersimpan terus dalam kereta.

Tapi... biasalah aku... busy dan penat jer rasa...  Tak sempat nak sediakan beg.

Hujung minggu ni, kuatkan semangat jugak nak kemaskan barangan untuk dibawa ke hospital.

Disebabkan aku bersalin secara c-sec, kenalah expect duduk kat hospital lebih kurang 3 hari. So, barang keperluan pun mestilah extra daripada orang bersalin normal.

Checklist beg ibu

Penting

✿ Buku kesihatan
✿ Kad pengenalan
✿ GL - dah siap print walaupun boleh buat eGL.

Kesemua benda penting ni memang aku bawa hari-hari kemana-mana aku pergi dalam beg tangan.

Barangan kelengkapan

✿ Baju berbutang depan 2/3 pasang - biasanya bila di hospital, kiter kena pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital. Apapun, sediakan je baju sendiri. Pastikan berbutang di hadapan untuk memudahkan proses menyusu baby nanti.
✿ Kain batik 5 pasang
✿ Tudung sarung, anak tudung 2 helai & cover lengan
✿ Baju sejuk 1 helai
✿ Stokin 3 helai
✿ Selipar
✿ Maternity bra
✿ Disposable panties
✿ Maternity pad
✿ Bengkung - untuk yang bersalin c-sec, pastikan dapatkan bengkung khas untuk c-sec
✿ Tuala
✿ Toiletries - berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka, feminin wash, etc...
✿ Minyak angin/panas @ pilis/param
✿ Pam susu - biasanya hari pertama dan kedua, susu tak banyak sangat. Tapi sediakan ajer pam susu. Aku cadangkan (1) pam susu manual jenis silikon. Aku jugak sediakan (2) pam susu auto sebab kalaulah ada rezeki susu banyak dalam sehari dua lepas bersalin, bolehlah pam untuk stok. Aku beli pam susu auto yang kecil je buat masa ni. Senang nak bawak kemana-mana... Kalau ada rezeki susu melimpah ruah, kite cari yang heavy duty pulak yer...

✿ Telekung - untuk kegunaan sebelum bersalin
✿ Nursing cover
✿ Plastik baju kotor

Lain-lain

✿ Botol air panas
✿ Air zam-zam
✿ Pati halia
✿ Handphone + charger + power bank
✿ Milo 3-in-1 atau susu

Checklist beg baby

Ke bilik bersalin

❤ Baju lengan panjang
❤ Lampin
❤ Mitten & booties
❤ Topi
❤ Kain bedung

Masukkan dalam satu beg kecil. Senang suami nak cari dan bawa ke bilik bersalin nanti.

Barangan kelengkapan baby

❤ Baju dan seluar lengan panjang 5/6 pasang
❤ Baju lengan pendek 3 pasang
❤ Barut 3 helai
❤ Mitten / booties / cap
❤ Set mandian baby
❤ Minyak yuyi
❤ Tuala & tuala kecil
❤ Lampin
❤ Kain bedung
❤ Wet tissue
❤ Termometer
❤ Bantal kecil
❤ Botol susu

Abang Naufal pun nak enterframe jugak. Bagilah can kat baby mama ni. Tak lama jer lagi nak jadi anak bongsu... pasni nak jadi abang...

Siap semua barang!

Masukkan semua ke dalam beg. Nanti campak dalam kereta.

Kalau nak sediakan sikit-sikit pun ok jugak. Kalau tak cukup barang nanti mintak jer lah suami tolong bawakkan kemudian dari rumah. Cuma, bagi aku, kalau dah lengkap bawa semua lagi bagus. Tak lah husband susah payah nak cari nanti.

Siap dah beg nak ke hospital!

Baru rasa lega sikit.

Selain daripada persediaan beg untuk ke hospital. Ibu-ibu pun kena buat persediaan fizikal diri sendiri sebelum tiba masa kelahiran nanti, iaitu:-

(1) Potong rambut - kalau rambut terlalu panjang, eloklah potong rambut. Paling-paling pun sehingga paras atas bahu. Sebab nanti senang bila kiter nak bersihkan diri - tak perlu nak shampu rambut lama-lama dan rambut pun masih boleh diikat ketat-ketat untuk elakkan angin.

(2) Potong bulu di bahagian sulit - biasanya doktor atau nurse akan bagitau hal ni kat ibu beberapa minggu sebelum bersalin. Pastikan bahagian ni dibersihkan sebelum ke hospital. Kalau tak nanti, nurse atau MA yang akan bersihkan. Lagi maluuuuuu!

(3) Barang kemas - tanggalkan semua barang kemas dan simpan di tempat yang selamat di rumah. Jangan dah sampai kat hospital baru sibuk nak tanggalkan... takut tercicir atau salah letak... nangis tak berlagu laaa... Simpan elok-elok di rumah dan pastikan selamat. Sebab waktu berpantang nanti ada ramai tetamu yang datang ke rumah.

Itu jer lah yang terlintas difikiran ni. Ada apa-apa lagi tak yang tertinggal?

So... get ready!

Friday, March 31, 2017

Minggu 33 | Misi mencari stroller idaman

Alhamdulillah... usia kandungan dah masuk minggu yang ke 33! Memang dah terasa sarat sangat.

Setakat ni barangan kelengkapan baby yang penting-peting dah sedia. Sekarang baru fikir nak cari stroller untuk baby.

Stroller! Penting ke tidak?

Bagi aku memang sangat penting sebab kitorang ni kaki berjalan. Tak laratlah kalau nak asyik berdokong baby jer kan. Lagipun ni belum bersalin pun dah ada plan nak berjalan ke sana sini lepas bersalin nanti. So, stroller memang perkara wajib.

Actually, setiap kali sebelum membeli barang kat kedai, aku suka baca review dulu. Especially dari lazada. Kalau kat lazada best! Sebab boleh tengok banyak dan bermacam jenis barang. Kalau macam cari stroller ni, ada banyak sangat patern dan jenama stoller yang ada dan lengkap dengan harga. Pastu boleh compare harga. Tengoklah sepadan tak dengan kemampuan kiter. Kalau ada yang aku berkenan, aku akan google dan cuba cari review kat blog-blog pulak.

Biasanya bila dah jumpa barang kat lazada, dah compare harga bagai, aku akan beli terus jer dari lazada. Tapi untuk stroller ni, barang besar, so aku was-was sikit, walaupun tengok review bagus. Aku nak tengok sendiri depan mata saiz dan materialnya. Kalau boleh nak cari yang kecik jer. Yang tak banyak makan ruang belakang kereta.

So, bila cari-cari stroller yang sesuai, tetiba hati macam terpaut sangat kat stroller Sweet Cherry SCR6. Baca review stroller pun macam ok. Rupa pun cun! Harga pun tak der lah sampai beribu-riban!

Kat lazada buat masa ni out of stock.

Aku tahu produk Sweet Cherry ni biasanya ada jual kat AEON. So, ada satu malam tu, aku ajaklah enche Neezam ke AEON Seremban 2. Tapi aku tak bagitaulah aku nak cari SCR6 ni. Huhuhu...

Bila sampai kat baby section kat AEON, dari jauh lagi dah nampak kelibat SCR6 ni.

OMG! My stoller idaman!

Pastu tengok dekat-dekat ada tanda harga besar kemain kat stroller tu

RM599

Seriously?!

Aku tanya kat sales girl India kat situ "ada offer ke ni?". Dia kata "ya kak. Harga asal RM899. Offer sampai hujung bulan March sahaja!"

Gumbiranyalah rasa hati ni. Wajib beli! Tapi...

Enche Neezam berkenan stroller lain pulak...

Sweet Cherry jugak... model pun lebih kurang sama dengan SCR6, jenis 3 roda cuma roda belakang dia kecil, sama saiz dengan roda depan. Kalau SCR6 ni, roda depan saiz dia kecil, yang dua belakang besar sikit. Harga stroller yang enche Neezam berkenan tu RM499 jer. Alaaaaa... beza RM100 jer!

Tapi... alhamdulillah... nasib baik ada salesgirl India tu. Dia tengok aku berkenan yang lain, enche Neezam berkenan yang lain, terus jer dia buat strategi pemasaran dia. Cucuk jarum baeeeeeek punyer!

Dia kata SCR6 tengah ada offer dan boleh save RM300! Then berbanding dengan stroller yang enche Neezam berkenan tu, SCR6 ni boleh pusing seat dia mengadap ke belakang. Maksudnya, baby boleh mengadap kiter masa kiter tolak stroller tu. Yang enche Neezam berkenan tu tak buleh pusing.

Dan seat dia boleh tukar dengar car seat Sweet Cherry SCR7, macam kat gambar atas ni. Cuma car seat tu harga dia berasingan. Masa tengah offer hari tu kalau seingat aku dia kata RM217.

Baik punyer marketing strategy. Hehehehe...

Akhirnya, enche Neezam mengalah dan redho.... huhuhu... kitorang ambik jugak SCR6 ni. Yahooo!!!

Well... mom's choice is always the best! Hehehhehe...

Mission accomplished!

Pasal car seat tu... actually offer dia agak menarik jugak. Boleh jadi stroller dan car seat. Cumanya salesgirl tu kata car seat tu sesuai untuk newborn hingga baby 1 tahun jer. So, macam sekejap jer lah boleh pakai kan. Tapi actually, aku macam nak grab jugak sebab aku pikir, lepas setahun nanti boleh cari car seat lain dan yang itu boleh jual as preloved ke kan. Tapi masa tu kat situ, warna merah dah out of stock. Tinggal warna putih dah hijau jer. Hmmm... tak nak lah.

Aku tengok-tengok kat lazada pun ada jugak car sear SCR7 ni. Harga hanya RM211 jer! Ingat nak grab jugak satu tapi sekarang ni out of stock jugak yang warna merah. Hmmmm... kalau ada nanti... aku akan beli jugak satu.

Shhhhhh... Jangan bagitau enche Neezam tau! Hehehehe...

Bagi aku dan enche Neezam, stroller ni memang satu keperluan, bukan sekadar kehendak. Lebih-lebih lagi kitorang ni memang jenis suka merayap.

Dulu masa mengandungkan Niesreena pun, awal-awal lagi kitorang dah cari stroller. Masa tu nak merantau ke Melbourne. So, memang cari kat Malaysia sebab takut stroller kat Melbourne mahal.

Ni first stroller yang kitorang beli.

Jenama apa ntah. Aku pun dah tak ingat.

Tapi stroller ni memang bagus. Lama kitorang pakai, sampailah Naufal lahir kat sana jugak, 3 tahun kemudian.

Yang aku suka sebab stroller ni ada penutup kaki tu. So, masa winter, baby akan rasa warm jer dalam stroller.

Bila dah ada 2 orang anak, kitorang cari stroller yang boleh naik dua-dua anak pulak.

Senang... tolak sekali jer. Tapi stroller ni besar dan agak berat. Masuk kereta Charade kitorang yang comel tu, penuh bonet!

Bila balik Malaysia sekejap, kitorang cari stroller lain. Yang lebih handy, lebih ringan. Senang nak angkut turun naik tramp. So, kitorang pilih Sweet Cherry.

SCR berapa ntah ni, aku pun tak ingat. Memang ringan dan senang sangat nak pasang dan lipat. Kitorang memang suka stroller ni. Tapi masalahnyer... bila budak berdua tu tidur, sorang jer boleh letak dalam stroller, sorang lagi kena dukung.

So, cari stroller lain lagi.

Next, stroller 'payung' 2 seated!

Lagi ringan. Lagi handy. Dua-dua orang boleh duduk!

The best stroller we ever had!

Yang bawah ni stroller last masa kat Melbourne. Rasanya beli kat garage sale atau jumpa tepi jalan jer kot. Tak ingat dah. Hehehehe...

Panjang pulak post kali ni... Nak cerita pasal stroller jer. Hehehehe...

Apapun... Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak stroller idaman untuk baby Khairun yang bakal tiba. Memang puas hati sangat bila dapat apa yang kiter nak. Lebih-lebih lagi dapat diskaun banyak dan orang yang bayar! Hehehehe...

Terima kasih enche Neezam sebab tunaikan impian mama... Love you so much lah!!!

Sunday, March 26, 2017

Minggu 32 | Persediaan bilik berpantang

Alhamdulillah... hari ni genap dah 8 bulan!

Beberapa minggu jer lagi nak jumpa dengan si baby comel ni.

Tak sabar dah mama.

Walaupun ada sebulan jer lagi nak bersalin, tapi bila jumpa orang kat luar, ramai yang tegur "tengah tunggu hari ker? Perut besar dan nampak macam dah jatuh." Waaaa... terserlah sangat lah perutku yang extra besar ni. Huhuhu...

Aku pun sebenarnya dah rasa semakin tak larat dah nak bawak perut besar ni. Nak berjalan banyak pun tak larat, turun naik tangga pun dah tak larat, driving gi kerja pun rasa macam dah tak larat. Hmmmm... ambik cuti sebulan awal boleh tak? Huhuhu...

So, sementara masih larat dan dilarat-laratkan ni, semalam aku dah mula prepare bilik untuk berpantang, keluarkan baju-baju dan keperluan baby yang baru beli yang masih dalam beg-beg plastik, mendobi baju-baju baby dan kemas-kemas sikit apa yang patut.

Bilik berpantang kali ni kat tingkat bawah. Senang. Tak payah nak turun naik tangga.

Actually, ni bilik tetamu. Tiga bilik lagi... master bedroom, bilik Niesreena dan bilik Naufal sumer kat atas. Tapi dah bersalin nanti, Niesreena dan Naufal kata nak sama-sama tidur kat bilik bawah ni dengan baby.

Boleh... boleh jaga baby sekali tengah malam. Hehehehe...

Setakat ni alhamdulillah... segala keperluan asas untuk baby dah boleh kata lengkap laaa. Yang asas-asas jer dulu. Letak jer kat rak macam ni senang capai baju-baju.

Bila dah susun-susun, baru terasa nak cari bakul-bakul kecik untuk letakkan barang yang kecik-kecik macam barut, mittens, topi, stokin dan lain-lain yang kecik-kecik tu lah.

So, kitorang ke Nilai Home Center. Dapatlah bakul-bakul putih tu. Just nice! Sepadan dengan rak. Actually rak pun beli kat tempat yang sama... a long time ago!

Bekas pampers ni pun beli kat tempat yang sama. Very handy. Satu pack pampers boleh campak jer terus kat dalam bekas tu.

Penutup bekas ni boleh tolak ke dalam. So, waktu nak ambik barang, atau susun barang dalam tu tak perlulah nak pegang penutup dia. Bagus kan?

Bekas ni ada tiga saiz. Yang aku punyer ni paling besar. Boleh susun bertingkat-tingkat kalau beli lebih dari satu. Sangat tersusun!

Barang-barang lain, aku masuk jer dulu dalam bakul. Nanti carilah tempat yang sesuai nak letak.

Lega dah siap kemas barangan baby. Lepas ni nak kena kemas beg untuk ke hospital pulak!

Friday, March 17, 2017

Minggu 31 | Nak ikat ke tidak? BTL...

السلام عليكم

Hari ni kandungan aku dah masuk minggu ke 31.

Insya Allah... lebih kurang 7 minggu jer nak bersalin ni. Perasaan bercampur baur; nervous + excited! Hahahaha...

So, macam yang aku pernah cerita sebelum ni, baby aku memang terlajak sehat... membesar bagai johan dalam perut ni haa...

Ikut ukuran scan... baby besar 2 minggu. Sebab apa besar? Aku pun tak sure... doktor pun tak berapa sure... Dah buat ujian kencing manis, minum air gula 2 kali sebelum ni memang normal. Alhamdulillah... Hmmmm... Insya Allah tak apa-apa... cuma baby memang happy membesar jer kot. Huhuhu...

Disebabkan baby besar, so semalam, aku ada appointment dengan doktor pakar O&G, Dr Suriyati, kat klinik kesihatan untuk tentukan bebetul usia baby dalam kandungan. Lama jugaklah jumpa doktor kali ni. Banyak jugaklah soalan-soalan tentang sejarah kesihatan keluarga yang doktor tanya. Doktor jugak buat detail scan. Lama betul scan kali ni. Sebabnya doktor scan bebetul detail dan baby aktif pulak bergerak masa scan tu. Susah nak cari anggota badan.

Terkejut aku bila doktor kata baby besar 3 minggu. Huh! Semakin membesar! Tak tahu lah nak cuak atau nak happy. Huhuhu... Berat dah 1.9 kg. Tapi alhamdulillah... baby nampak normal dan sihat. Dengar degupan jantung baby pun normal. Baby pun dah tak songsang. Yey!

Akhirnya doktor Suriyati kata usia kandungan sehingga hari ni ialah 31 minggu berdasarkan saiz panjang kaki baby. Kata doktor, biasanya ukuran bahagian ni yang paling tepat. Cuma lain-lain bahagian baby macam kepala, perut, badan, tangan memang besar antara 2-3 minggu.

So, compomlah usia baby 31 minggu dan due date aku ialah 20 May. Cuma sebab aku akan cser so due date akan cepat 2 minggu. Tarikh sebenar bakal diketahui bila dah jumpa dengan doktor kat Hospital Putrajaya 17 April akan datang ni. Insya Allah...

Selain tentukan usia kandungan, doktor jugak tanya samada aku merancang ini adalah anak yang terakhir. Hmmmm... actually, aku dah bincang pasal benda ni dengan suami, mak dan mak mertua aku. Diorang kalau boleh semua nak kitorang tambah at least seorang lagi. Aku pulak masih berkira-kira... ye lah... sebab aku yang nak kena carry baby 9 bulan dalam perut kan... tapi aku fikir, kalau dapat sorang lagi pas ni... kalau dapat perempuan best gak; 2 perempuan, 2 lelaki.

Enche Neezam pun kalau boleh nak ada seorang lagi. The more the meriah katanya! Huhuhu...

Tapi at the same time, aku fikir, sekarang umur aku 37, by the time boleh ada anak lagi at least kena gap 3 tahun. Huh! Masa 40 tahun nak mengandung lagi?

Seriously?

Larat ke nak bawak perut masa tu? Sekarang ni pun dah rasa macam dah tak larat.

Nanti aku umur 50 tahun, anak baru umur 10 tahun. Bila enche Neezam pencen, anak tak habis belajar lagi?! Gulp... betul ke nak anak lagi lepas ni?

But yet... kalau boleh aku nak anak lagi! Jeles tengok orang anak ramai-ramai. Masa kecik memang penat nak jaga tapi dah besar seronok adik-beradik ramai ni.

Bila aku bagitau doktor yang aku merancang untuk ada seorang anak lagi selepas ni. Doktor terus cakap "Wow..."... Hmmmm... apa maksudnya tu? Mesti dia kagum dengan cita-cita aku. Huhuhu...

Memandangkan aku akan c-sec untuk kali ketiga lepas ni dan faktor usia... doktor Suriyati sebagai doktor pakar memang tak menggalakkan aku untuk ada baby lagi lepas ni dan mencadangkan untuk aku melakukan kaedah bilateral tubal ligation (BTL) atau bahasa pasarnya 'ikat' jer.

Dia bagitau antara risiko-risiko yang mungkin berbahaya untuk aku mengandung lagi lepas ni. Antaranya ialah keguguran dan kerosakkan rahim. Panjang lebar jugak doktor jelaskan risiko-risiko. Tapi pada masa yang sama... aku terfikir "ada jer kawan yang cser tapi anak sampai empat-lima".

Aku bagitau doktor yang aku tak boleh buat keputusan sekarang dan benda macam ni kena berbincang betul-betul dengan keluarga terutamanya suami.

Selain kaedah ikat ni, doktor jugak mencadangkan kalau aku tak nak ikat, aku boleh guna Intrauterine Device atau IUD. Dengan kaedah ni, diorang akan letak satu alat kat dalam rahim. Erk... macam seramlah pulak.

Dan satu kaedah lagi ialah dengan menggunakan Implanon.

Implanon ni pulak ialah satu implan yang ditanam di bawah kulit lengan untuk mengelakkan kehamilan.

Dengan kedua-dua kaedah ni, boleh mengelakkan kehamilan antara 3-5 tahun. So, kalau merancang untuk hamil lagi, boleh keluarkan ajer bendalah tu kat klinik.

Tapi kalau ikat... maksudnya... aku memang tak kan boleh mengandung lagi. Kalau nak mengandung lagi pun, kena lakukan pembedahan untuk buka semula ikatan dan agak menyusahkan lah kan... nak kena buat pembedahan lagi bagai...

So, sekarang ni, dah beberapa kali berbincang... tapi masih tak conform lagi dengan keputusan. Insya Allah sebelum ke Hospital Putrajaya nanti kitorang akan cuba buat keputusan akhir.

Apapun... rezeki daripada Allah... kiter merancang, Allah yang menentukan. Yang terbaik ialah buat solat istiharah. Insya Allah... keputusannya... korang akan tahu nanti...

Friday, March 10, 2017

Minggu 30 | Batuk yang memenatkan

Ya Allah! Minggu ni, sehari jer aku kerja...

Isnin settlekan urusan kat Hospital Putrajaya. Selasa demam dan batuk... Rabu rasa macam sehat sikit, aku gi kerja. Tapi rasa letih dan tak sehat jer kat office. Batuk berpanjangan dan semakin teruk, sampai terkencing-kencing! Khamis ke klinik semula dan dapat mc sehingga hari Jumaat.

Actually dah mula batuk sejak beberapa minggu yang lepas, tapi tak lah teruk sangat. Aku dok makan madu jer nak hilangkan rasa batuk. Tapi bila batuk dah jadi semakin teruk, makan madu pun tak jalan, sampai demam-demam, akhirnya terpaksalah ke klinik jugak.

Dapat ubat batuk dan ubat sakit kerongkong, memang melegakan!

Harap-harap berehat panjang kat rumah ni, batuk akan berkurangan dan hilang terus!

Teringat masa mengandungkan Naufal dulu. Sejak mengandung dari usia 4 bulan hinggalah sehari sebelum bersalin, asyik batuk jer. Makan ubat batuk pun tak menjadi. Orang kata batuk tu sebab pembawakan budak.

Masa nak bersalin tu memang risau sangat. Sebab aku bersalin cser. Kalaulah batuk teruk lepas bersalin, mahu terbukak semula jahitan. Oh! Seram!

Tapi alhamdulillah... walaupun pagi sebelum bersalin masih batuk-batuk, tapi lepas bersalin memang batuk terus hilang. Bersyukur sangat!
Kali ni... harap-harap tak lah macam tu lagi. Penatlah batuk...

(-_-)

Monday, March 6, 2017

Minggu 29 | Nak bersalin kat mana?

Hmmmm... nak bersalin kat mana ek?

Memandangkan aku bermastautin di Sepang/Nilai... So, doktor kata aku boleh pilih samada untuk bersalin di Hospital Putrajaya, Hospital Serdang atau Hospital Seremban. Memang aku awal-awal lagi prefer hospital kerajaan. Sebab aku akan bersalin c-sec. Kalau kat private, mesti mahal giler. Lagipun dengan gunakal GL enche Neezam, kalau ada rezeki bolehlah duduk di ward kelas pertama. Insya Allah... Kalau tak dapat first class, second class pun ok. Asalkan semuanya selamat...

Sebenarnya aku ambik masa yang lama jugak fikir nak bersalin kat mana... baca pengalaman orang bersalin kat ketiga-tiga hospital melalui blog dan juga kawan-kawan.

Akhirnya, hari Khamis lepas, masa check-up kat KK, doktor tanya nak bersalin kat mana? Aku decided untuk bersalin di Hospital Putrajaya. Sebab pertama, Hospital Putrajaya paling dekat dengan rumah dan jalan nak ke sana pun tak jem. Kedua, jiran depan rumah pun bersalin c-sec dan gunakan gl jugak di hospital yang sama dan dia kata semuanya smooth and convenient. Dia pun dapat ward 1st class juga. Husband boleh teman bermalam sama-sama kat hospital... ni yang paling buat aku lega dan berharap sangat dapat 1st class jugak.

So, doktor sediakan surat dan refer aku ke Hospital Putrajaya. Surat tu aku perlu bawa ke Hospital Putrajaya dalam masa terdekat untuk tujuan booking.

Hari ni, aku ambik cuti untuk ke Hospital Putrajaya. Ingatkan dapat jumpa doktor terus hari ni. Rupanya buat appointment jer dulu. Insya Allah 17 April nanti baru ke sana semula untuk berjumpa dengan doktor.

Pada hari tersebut nanti, doktor akan berikan tarikh untuk aku bersalin. Memandangkan aku akan bersalin secara c-sec, so, aku memang expect tarikh untuk aku 'serah diri', iaitu pada minggu ke 38. Biasalah kalau bersalin c-sec, memang kena cepat 2 minggu sebelum tarikh EDD.

Semakin hari, semakin dekat dengan due date, semakin bercampur baur perasaan ni. Excited dengan kehadiran ahli keluarga baru tapi pada masa yang sama takut jugak bila pikir perut ni nak kena potong lagi untuk kesekian kalinya. Huhuhu...

Harap-harap semuanya dipermudahkanlah... Ameen Ya Rabbal Alamin...

back to top