♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Wednesday, August 4, 2021

Topup jajan PKP

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Berapa lama jer lah boleh tahan...


Sejak PKP tahun lepas, laju jer licin jajan. Nak buat macam mana... bertabah jer lah... huhuhu...


Sunday, June 13, 2021

Spring cleaning @ #dbestari16

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni ada orang nak masak. So, kiter fokus mengemas rumah jer lah ya...

Orang perempuan ni kalau kemas rumah memang lama. Konon nak kemas ala kadar jer, tapi habis semua dipunggah dah dibersihkan.

Alih kabinet tv, konon nak vakum jer belakang kabinet, tapi habis wayar-wayar dibuka semula dan diikat balik kemas-kemas... vakum kat celah-celah pokok, daun-daun pokok pun semua kena lap. Vakum dan mop semua celah-celah yang boleh... 

Budak sorang ni sibuk gak nak enterframe.

Bukak laci bebudak ni simpan snack, memang abih sepah kat situ. Semua main humban masuk jer... Kalau mama diorang ni tak susun elok-elok, memang gitu jer lah rupanya sampai kesudah... Dah kemas dan organise ni pun ntah berapa lama jer lah tahan... 😅


^^^ Before ^^^


^^^ After ^^^

Kipas ni pun kena tenyeh bagi kilat semula.


^^^ Before ^^^


^^^ Tada... after! ^^^






Settled!


Inilah workstation selalu aku buat sushi setiap pagi. 😁

Alhamdulillah... late lunch... enche Neezam hidangkan nasi dangang. Ya Allah... memang sedap giler!

Thank you, husband 💋

Aku memang bodoh buat nasi dagang. Bukan buat-buat bodoh... memang bodoh betul! Huhuhu...

Lepas makan, solat, sambung pulak ke bilik tetamu. Inilah bilik tetamu, bilik solat, bilik mainan Neeyaz, bilik enche Neezam berkurung bila ada lecture online.

Mop dan vakum jer kat sini... tapi yang tak boleh tahan tengok mainan Neeyaz yang dah beranak-pinak ni. Sampai tak boleh tutup dah bekas mainan dia. Adehhhh... ni nak kena beli bekas mainan baru atau nak kena buang mainan ni??? 🤔

Next, bilik study... Biasanya bilik study ni Niesreena dan Naufal yang kemas. Tapi kemas diorang tak sama dengan kemas mama dia. Dan selalunya bila mama dia kemas, datang dengan pakej mebebel sekali. Memang bernanahlah telinga memasing...

Bilik study ni sepatutnya ialah wet kitchen, tapi sebab kitorang dah buat wet kitchen lain kat belakang, so bilik ni kitorang buat bilik studylah... So, semua buku-buku belajar bebudak ni ada kat sini. Tak bawak naik bilik. Tak lah bilik bersepah dengan buku.

Tapi Niesreena memang ulat buku, so bilik dia pun banyaklah buku jugak.

Last sekali baru usik bilik iron aka bilik simpanan toto, comforter, cadar, sarung bantal, bantal, selimut, langsir, towel dan segala mak nenek yang sewaktu dengannya... siap vakum dan mop, reorganise balik segala mak nenek kat rak... baru sedap mata memandang.

Adoiiii penat giler...

Ni tak usik lagi dapur basah. Esok esok jer lah kiter sambung. 

Monday, May 31, 2021

Stay Home... Stay Safe...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Esok start Malaysia lockdown.

Stay home & stay safe uollssss...

#dbestari16 #rumahneezamjulie

Sunday, October 25, 2020

Hasil tangan sejuk

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Korang percaya tak kadang-kadang orang kata, ada orang tangan sejuk, tanam apa semua menjadi. Ada orang tangan panas, tanam pokok senang hidup pun tak hidup-hidup. Huhuhu... Tak tau lah betul ke tak, kan.

Tapi aku kalau tanam apa-apa, memang tak hidup. Enche Neezam tanam, insya Allah menjadi.

Haaa... ni gambar-gambar bawah ni semua pokok-pokok yang enche Neezam tanam. Ada bayam brazil, pegaga, daun kunyit, pokok limau purut, pokok kari, pokok cili, pokok pandan dan macam-macam lagi lah...















Banyak jugak kan... semuanya di tanah sekangkang kera kat tepi rumah ni. 

Seronok bila ada pokok-pokok macam ni. Nak pakai, petik jer. Tak der pening gi kedai ke hapa. 

Ni dah kembali ke pkp balik ni, bolehlah enche Neezam tambah lagi koleksi pokok dia.


Thursday, September 10, 2020

Finally arrived... my wall iron...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... akhirnya sampai jugak.


Lama giler weh tunggu. Dari awal bulan May. Sepatutnya sampai bulan Julai. Tapi dah Covid-19 kan. Semua tertangguh.

Tapi tak perlah... asalkan sampai.

Alhamdulillah... memang puas hati. Wrap elok. Condition elok. Besar. Unexpected. Overall memang puas hati. Harga pun memang murah berbanding kat SSF yer. Huhuhu...

Ni ntah bila pulaklah nak gantung ni. Kena tunggu enche Neezam free. Kalau ikut hati aku nak drill jer sendiri. Tapi tak reti. Huhuhu... So bersabarlah yer. Hujung minggu ni kiter paksa enche Neezam gantung wall iron ni.

Paksa jangan paksa! Hehehehe...

Saturday, April 11, 2020

Meja makan ke meja ping pong

#pkp #mco #day11p2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tempoh PKP ni, macam-macam cara dicari untuk isi masa kat berkurung kat rumah. Enche Neezam ada beli beberapa peralatan bersenam kat rumah. Dah tu, nak jog dah tak buleh.

Kali ni enche Neezam beli bet ping pong pula. Habislah meja makan jadi meja ping pong.

Ni first time aku main ping pong. Best jugak. Tapi bukan penat pukul bola... penatnya kutip bola... huhuhu...

back to top