♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Covid19. Show all posts
Showing posts with label Covid19. Show all posts

Tuesday, October 5, 2021

Niesreena 1st vaccine

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... semalam Niesreena selesai dapat 1st dose vaccine di sekolah. 


Alhamdulilah semuanya dipermudahkan walaupun sistem penggiliran agak tak teratur. Dengan warga KKM dan vaksin sampai lambat kat sekolah. Kesian cikgu-cikgu berpeluh-peluh nak kawal para pelajar yang semakin ramai dan ibubapa yang asik dok tanya kenapa tak start lagi. Termasuklah aku.

Apapun, bila dah start pemberian vaksin, semua jadi cepat. Orang kata, zap zap zap jer siap.

Dah sehari ni tengok Niesreena ok jer. Tak der demam. Alhamdulillah. Sebelum nak ambik vaksin pun dah suruh Niesreena hari-hari makan vitamin C dan banyakkan minum air.

Insya Allah second dose Niesreena lagi 3 minggu kat sekolah jugak. Masa tu dah naik sekolah dah. Harap-harap tak payah dah lah ibubapa kena datang lagi masa tu.

Monday, August 16, 2021

Oximeter

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sekarang rata-rata rumah cari Oximeter. Termasuklah kitorang.

Memula rasa macam tak der keperluan, tapi sejak Allahyarham Siti Sarah dimasukkan hospital sebab kandungan oxigen dia menurun akibat C19, terus rasa benda ni satu keperluan waktu-waktu macam ni. 

Aku cuba survey, of course first place mestilah kat Shopee. Pening jugak nak cari. Bukan sebab apa, sebab banyak sangat dan range harga pun terlalu berbeza. Ada yang semurah RM15 dan semahal RM200! Aku tengok function lebih kurang sama jer. Konfius betul!

Dalam whatsapp group dengan jiran-jiran pun diorang konfius gak dengan harga. Ada farmasi yang jual terlalu mahal, ada yang sederhana tapi tak lah terlalu murah seperti di Shopee.

Pastu aku bagitaulah kat enche Neezam, tak tau nak pilih yang mana. Ada jenis yang sama, sebijik sebujuk pun harga sangat berbeza. Aku rasa sellers memang main harga waktu ni sebab orang ramai tengah cari bendalah ni.

Tetiba enche Neezam kata dia dah order dah... dari Shopee gak. RM17 jer. Alhamdulillah... jimat duit aku. Huhuhu...

So, beberapa hari lepas bendalah ni sampai.


Function sama seperti yang lain jugak... boleh check paras oksigen dan satu lagi heart beat. Mungkin yang mahal sikit ada warranty kot. Yang ni memang tak der lah.

Setakat ni ok jer. Tengok lah berapa lama ia bertahan.

Sebut pasal arwah Siti Sarah, diam tak diam dah seminggu dah arwah meninggalkan kita. Honestly aku pun rasa terkejut dan sedih sangat bila dapat tahu dia meninggal. Masa tahu dia dimasukkan hospital dan ditidurkan tu, rasa macam... ya Allah... sayu dan takut sangat kalau dia tak dapat diselamatkan. Sebab sebelum ni aku ada terbaca beberapa kes yang sama, ibu memang tak dapat diselamatkan. So, takut jugak kalau Siti Sarah dapat pengakhiran yang sama.

Setiap hari mesti nak check IG Shuib. nak tengok update tentang arwah. Sampailah pagi Isnin lepas, dapat tahu Siti Sarah dah meninggal dunia. Ya Allah... rasa sedih sangat. Terbayang anak-anak dia. Aku pun tak tau kenapa. Aku bukan kenal arwah personally, tapi aku ikutlah IG arwah dan Shuib.

Ish... memang sedih. Pastu, tengok update sampai arwah dikebumikan hari tu. Memang rasa sayu dan sedih semacam. Pastu terbaca pulak kisah-kisah kebaikan arwah. Ya Allah... memang menyentuh perasaan.

Apapun, Allah dah merancang yang terbaik buat arwah. Pengakhiran yang dicemburi, dengan kisah-kisah kebaikan arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Monday, July 26, 2021

Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sekarang ni bila rindu kat emak abah, mesti nangis. Tapi tak nak call emak... sebab tak nak emak plak yang nangis. Tunggu rasa boleh control emosi, baru call. Buat macam biasa... gelak-gelak. Tak nak mak abah sedih dah susah hati.

Tapi bila tengok angka Covid-19 kat Malaysia ni makin hari makin naik, rasa kecewa, geram dan marah sangat. Dah puas duduk rumah tapi kenapa angka hari-hari makin naik jugak? Mana silapnya?

Nak marah pun tak tau nak marah kat saper.

Hari ni kes cecah 17k... giler... giler...

Tadi call emak... entah macam mana tercakap gak kat mak "Julie rindu sangat kat emak abah"... terus nangis...

Suara emak kat hujung talian pun dah sebak-sebak...

Emak kata "emak pun rindu kat Julie dan semua... sabar dan doa jer lah. Insya Allah boleh jumpa lagi. PM kata siapa yang dah suntik 2 dose mungkin akan dibenarkan merentas negeri."

Hmmmm... iyer jer lah tu... jangan harapan palsu jer sudahlah...

Bilalah boleh balik jenguk mak abah ni. Hari-hari doa semoga esok lebih baik dari hari ni. Hari-hari doa keselamatan dan kesihatan mak abah dan adik-adik yang jauh tu. Risau... lebih-lebih lagi sebab kawasan perumahan mak kat KL tu banyak sangat kes dan orang-orang yang positif covid tu tak reti nak duduk diam-diam kat rumah. Masih berani jalan sana-sini. Geram betul! Manalah kes tak asyik naik jer...

My little Khairunns kat rumah ni pun dah bosan duduk rumah, rindu nak berjalan. Tapi nak buat macam mana. Terpaksalah terperuk jugak kat rumah. Main kat luar rumah pun aku tak berani kasi. Kesian anak-anak mama.

Penat dah rasa duduk rumah. Aku pun kerja hari-hari masak sampai tak der idea dah nak masak apa.

Semalam enche Neezam beli petai... ada ikan pari dalam peti ais... buat ikan pari bakar.


Nak resepi, kat sini 

http://juliescookingwithluv.blogspot.com/2021/07/ikan-pari-bakar-sambal-petai.html

Tiba-tiba share resepi plak... tiberrrrr... huhuhu...


Thursday, July 22, 2021

Sukarelawan PPV USIM

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Bukan aku... tapi enche Neezam...


Dari pukul 7.30 pagi tadi dah keluar rumah untuk bertugas sebagai sukarelawan di PPV Usim hari ni. Tadi dalam pukul 7.30 malam baru sampai rumah.

Seronok katanya... banyak dapat pengalaman baru. Bestnya... aku pun jeles. Tapi risau gak. Jadi sukarelawan ni jumpa ramai orang. Ada kat sesetengah PPV tu, yang positif Covid pun ada berani datang nak dapatkan vaksin. Ajer giler kan...

Tapi alhamdulillah... hari ni enche Neezam kata semuanya smooth dan tak der lah kes pelik-pelik sangat.

Oklah... simpan sini sebagai kenangan anak cucu... huhuhu...







Wednesday, July 7, 2021

We are complete vaccinated! Yey!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... lega dah rasanya... kitorang dua-dua dah lengkap vaksin 2nd dose. 


Urusan vaksin sama macam masa 1st dose hari tu, cepat dan senang. Tak sampai 40 minit dari sampai di klinik kesihatan sehinggalah dibenarkan balik.






Sama macam 1st jab hari tu, lepas kena cucuk bahagian lengan yang kena cucuk tu memang ada rasa lenguh-lenguh... sangat... hingga sekarang ni.

Tapi enche Neezam lain plak. Ada macam rasa demam-demam sikit dan rasa lesu. Harap-harap esok dah ok lah.

Tak sabar nak tunggu giliran anak-anak pulak. Semoga semuanya dipermudahkan.

Saturday, January 16, 2021

Sessi persekolahan 2021 ditangguhkan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Beberapa hari lepas aku cakap kat enche Neezam, aku risau bebudak akan start gi sekolah minggu depan memandangkan kes Covid-19 yang semakin tinggi. Lebih-lebih lagi kat Selangor ni. Mencanak-canak kes baru Covid-19 setiap hari.


Aku tengok kat My Sejahtera pun dalam 1km radius kawasan aku ni ada 13 kes baru! 

Adoi aiii...

Kalau budak-budak ke sekolah, memang lagi banyaklah kes baru setiap hari. Macam manalah nak kurang. 

Tup... tup... petang tadi dengar berita kata sessi persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula pada 20hb Januari, hari Rabu ni akan ditangguhkan. Ya Allah... alhamdulillah...


Honestly, aku memang lega bila budak-budak ni tak perlu ke sekolah sebab kes banyakkan sekarang. Tapi at the same time, aku kena prepare diri jugak untuk hadap Niesreena dan Naufal punya kerja sekolah. Dah lah tahun ni memasing nak ambil peperiksaan penting.

Niesreena ok lagi... dia pandai belajar sendiri dan kalau ada masalah baru dia akan refer pada aku dan enche Neezam. Naufal... hmmmm... kalau belajar laju kemain. Kerja sekolah sekejap jer siap. Tapi yang aku risaukan, masuk ke tidak dalam kepala hotak tu. Huhuhu... aku memang kena bagi lebih masa untuk tengok Naufal belajar. 

Nampak gayanya aku pun kena ambik masa belajar dulu apa yang diorang belajar sebelum mengajar diorang. Kira kena sama-sama belajarlah. Silibus bebudak sekarang ni bukan macam kiter dulu. Memang mencabar sangat-sangat. 

Aku bersyukur jugak bila kerajaan announce sebelum diorang naik sekolah. Daripada dah naik sekolah then tetiba kena tangguh pulak kan. Sekurang-kurangnya tak perlu nak bayar duit transport lagi. Macam tahun lepas, walaupun berbulan tak naik van sekolah aku tetap bayar yuran penuh sampai hujung tahun. 

Hmmmm... satunya sebab kesian kat kakak transport sebab ni jer punca pendapatan diorang (agaknyalah...) dan aku rasa tak baik pulak kalau tak bayar. Bila dah jadi macam ni, aku kesian jugak dengan pengusaha bas sekolah. Kalau sekolah tangguh, orang pun tak lah guna van sekolah, memang tak der incomelah kan. Hmmmm... kesian...

Apa-apapun, ramai sebenarnya yang terkesan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia sekarang ni. Orang hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan... Aku pun salah seorang daripadanya... Huhuhu... Tapi tu lah... kiter usahakanlah cari jalan lain nak survive.... Insya Allah...

Semoga tahun ni hilanglah Covid-19 ni. Giler rindu nak jalani hidup normal macam dulu...

Tuesday, May 12, 2020

Back to work

#pkp #mco #day14p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ya Allah! Setelah lebih dua bulan tak jejak kaki ke office, hari ni i'm back to office! Serius rasa nervous dari semalam tau. Tak tau macam mana keadaannya nak balik bekerja ke office. Dah lah last week memang the whole week aku cuti. Mesti email pun berlambak. Huhuhu...

Jalan raya pagi tadi memang smooth giler. 40 minit jer dari Sepang ke Shah Alam. Seronoknyer lahai kalau tak ngandap jem macam ni.

Sampai office, kat luar office, pak cik keselamatan dah buat tanda 1 meter beratur nak masuk office for social distancing. Bila masuk office kena ambik temperature dan isi form.


Kat office aku ni amalkan free seating. Tapi dalam tempoh mengawal Covid-19 ni, kitorang digalakkan untuk fixed seating. Alaaa.. walaupun free seating, aku memang selalu duduk tempat yang sama jer. Bos pun siap dah tolong reserved tempat biasa aku duduk. Huhuhu... 


Hari ni tak ramai orang kat office. Cuma ada 11 orang jer kat level aku ni out of almost 100 staff. Memang sunyi dan lengang giler. Nasib baik ada Puteri dan kak Sabariah sederet meja dengan aku. Tak lah rasa sunyi sangat.

Surau pun digalakkan guna seorang jer untuk satu masa. Sepanjang masa kat office, kitorang wajib pakai mask.


Tengah sibut buat kerja tadi, tetiba Niesreena whatsapp.


Hahahaha... sian baby mama. Dah lama asyik berkepit dengan mama jer kan. Bila mama tak der, dah tercari-cari. Tak taulah macam mana kalau nak hantar ke taska semula nanti. Takut nangis jer. Huhuhu...


Tapi kejap tu dia ok dah. Enche Neezam bagi lollipop. Lupa terus kat mama. Huhuhu...


Balik kerja tadi, tengok enche Neezam dah siap masak untuk berbuka. Alhamdulillah... thank you sayang. Aku lepas mandi, terus tidur. Letih betul rasa hari ni.








Wednesday, May 6, 2020

Happy 3rd Birthday, my baby Neeyaz!

#pkp #mco #day8p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 13

Alhamdulillah... hari menginjak usia Neeyaz yang ke-3 tahun. Ya Allah... rasa cepatnya masa berlalu. Dah tiga tahun dah sekecik ni. Rasa macam baru jer belah perut ni, keluarkan dia. Comel sangat!

Neeyaz sekarang dah pandai sangat bercakap. Setiap hari ada jer perkataan dan keletah baru dia. Dan yang paling best, dia suka bercakap bahasa Inggeris. Kitorang tak ajar pun. Neeyaz belajar sendiri melalui tv, cerita-cerita yang dia tengok. Antara siri tv kegemaran dia dari rangkaian Cocomelon, Bandanamu, Toy Car Cartoons, Gecko's Garage dan English Singsing. Tapi yang paling aku tak boleh tahan, Neeyaz suka nau tengok siri Diana and Roma. Aku tengok bosan. Huhu...

Dan hari ni jugak, baru aku memandu balik. Sejak dari PKP phase 1 bermula hari tu, aku memang tak keluar rumah langsung. Dua bulan terperap dalam rumah. Sekarang ni PKPB dan kes Covid-19 dah berkurangan, aku beranilah nak keluar.

Hari ni keluar dengan Niesreena gi KIP Mall Kota Warisan. Gi cari kek dan hadiah birthday untuk baby Neeyaz (eh... baby lagi ker? Huhu... always my baby) dan juga abang Naufal. Hari tu birthday Naufal, masih PKP, takut nak keluar. So hari ni kiter celebratelah untuk kedua-dua baby boy aku ni.

Dua-dua minat kereta. So, mama dan ayah belikan kereta mainan untuk diorang. But at the end of the day, Neeyaz ngamuk nak abang Naufal punya. Hahahahah... Abang Naufal punya kereta control lagi best.

Lepas habis solat terawih, kitorang celebrate birthday Neeyaz dan Naufal. Nyanyilah sikit untuk diorang dan potong kek.

Untuk iftar, aku tak der buat menu special pun. Tak der idea dah nak masak apa. Aku buat nasi lemak. Naufal request nak ayam goreng macam ayam geprek aku buat hari tu.

Enche Neezam jer buat pencuci mulut special hari ni - lompat tikam dan pulut mangga.

Dah siap masak semua baru perasan, menu berlemak-lemak hari ni. Huhuhu...

Bertambah-tambahlah lemak kitorang. Enche Neezam tak per lah... dia eksesais. Aku? Non hadooooo... bertambah lemak tepu den... Huhu...

back to top