♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Wednesday, December 26, 2018

Transformasi ruang makan dan dapur kering 2013-2018

Dah penghujung tahun 2018. Cepat betul rasa tahun ni. Tup tup dah hujung tahun.

Alhamdulillah... tahun 2018 ni baik-baik ajer. Banyak benda yang dapat dicapai dan banyak benda jugak yang sekadar tinggal angan-angan. Huhuhu...

Apa yang tinggal anggan-angan? Tentulah azam yang sama setiap tahun... nak KURUS! Muahahahhaahahha... Memang entah bila dapat capai. Kui kui kui... Makin gemuk ada lah... Enche Neezam yang makin kurus. Ishhh... jeles! Tapi malas nak ikut dia jogging. Cam ner? Heheheh...

Tak per lah... chubby pun chubbylah... janji happy... makan sedap... husband sayang... hahahaha... kata-kata nak sedapkan hati.

Insya Allah... kita bawak azam tersebut ke tahun depan plak. #azam2019

Selain nak kurus... huhu... salah satu azam tahun 2018 ni ialah nak decor-decor ruang tamu. Konon nak pasang panel tv... nak tampal tv kat dinding... nak beli perabot yang dah lama aku aim... tapi bahagian lain plak yang terdeco. Semuanya gara-gara sebab dinding ruang makan tercomot. So, fokus bertukar dari ruang tamu, ke ruang makan plak. Tapi deco ruang makan ni bukan mengambil masa setahun ni ajer. Malah bertahun-tahun! Tapi berkat sabar... alhamdulillah... impian terlaksana.

Kitorang pindah masuk rumah January 2013. Dulu masa dapat kunci memang first aim nak pasang kabinet dapur dulu. Tapi belum ada rezeki lagi. Bagi kewangan stabil dulu.

So, sabar jerlah dengan dapur yang besar tapi apa pun tak der... huhuhu...

Meja makan pun comel jer. Alhamdulillah cukup untuk kami berempat masa tu.

Macam rumah bujang jer kan. Huhuhu...

Tahun 2016, ada rezeki lebih sikit kitorang renovate dapur. Tambah dapur basah kat belakang dan dapur basah sedia ada kitorang jadikan bilik study.

Dapur basah.

Dapur kering.

Then baru mampu nak pasang kabinet dapur idaman. Memula angan-angan nak buat island kat tengan-tengah dapur tu, macam rumah omputeh. Huhuhu... tapi bila fikir-fikir balik... buat kaunter jer lah. Better!

Dapur memang kawasan yang paling aku suka kat rumah sebab tempat makan! Dan jugak tempat aku selalu mengajar Niesreena dan Naufal buat kerja sekolah... sampailah sekarang... walaupun dah ada balik study.

Lepas raya tahun ni, dinding kat ruang makan tu comot sikit. Lap-lap tak boleh hilang. Nak cat separuh kang pelik plak dinding tu jadinya. Terus timbul idea nak decor dinding kat dapur. Ingat nak pasang wallpaper... tapi bila survey kat kedai, tak der plak design yang berkenan.

Bila tengok-tengok kat youtube pasal wall decor, tiba-tiba terjumpa plak pasal wainscoting. Tanya upah kontraktor buat, memang mahal! So, aku buat sendiri! Diy jer. Jimat!

Belajar buat kat youtube. Nampak senang. Gigih ukur dan buat kira-kira. Pastu cari kayu. Pasang sendiri.

Dua hari... settle tampal wainscoting kat dinding dan cat. Aku tampal wainscoting... enche Neezam tolong cat.

Pastu diy tampal cermin kat dinding. Cermin-cermin tu aku beli kat kedai Eco jer. So kos untuk cermin-cermin ni cuma RM40 jer.

Then pasang lampu led bawah kabinet tu. Lampu beli kat Mr DIY.

Pastu tukar lampu gantung dan tampal frame agar dinding tak nampak kosong sangat.

Alhamdulillah... tukar sikit-sikit, decor sikit-sikit, akhirnya jadilah hasilnya macam sekarang.

<

Biasa barang-barang decor yang aku beli pun murah-murah jer. Macam frame-frame dan alas-alas tu sumer aku beli kat Mr DIY yer, ayat kursi tu dah lama dah beli online, lampu kat Nilai 3 harganya tak sampai RM100 pun, pokok pisang tu kat Cowbow RM35 jer. Kalau ikutkan berkenan yang SSF punya, tapi harga diaaaaa... hmmmm... tak per lah... Nak rumah cantik, tak semestinya kena pakai barang mahal. Setuju tak?

Alhamdulillah... bersyukur atas rahmat yang Allah berikan. Settle lah dekor dua bahagian ni. Satu jer lah... kalau korang perasan, langsir jer tak bertukar-tukar. Huhuhu... Tak per lah... ok lagi... Baru 5 tahun, lagi 5 tahun baru kiter tukar yer. Boleh?

Tengah kumpul duit sikit-sikit. Insya Allah azam 2019 kiter decor ruang tamu plak. Ruang tamu sekarang memang simple habis. Saper nak tengok transformasi ruang tamu? Jom follow blog juliet le sweetheart ni yer. ❤

#dbestari16 #rumahneezamjulie

Friday, November 6, 2015

November gateway

Besok... dekat jer...

Next week... jauh sikit...

Next 2 weeks... lagi jauh...

Semua tempat Niesreena dan Naufal tak pernah sampai. Eh tak! Destinasi next week tu, Niesreena dan Naufal pernah sampai tapi 4 atau 5 tahun lepas. Harap-harap diorang akan enjoy cuti-cuti Malaysia kali ni.

Next 3 weeks????

.

.

.

.

.

.

Gi tengok aurora!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hahahaha... in my dream!

Insya Allah... suatu hari nanti... kalau ada rezeki...

Have a great weekend everyone!

Tuesday, September 29, 2015

Like I'm Gonna Lose You

Aku jarang suka lagu lagu ni. Tapi lagu ni, memang best!

I dedicate this beautiful song to my beloved husband...

L❤ve y❤u s❤ much, baby!

Like I'm Gonna Lose You - Meghan Trainor ft John Legend

Wednesday, March 18, 2015

Patah tumbuh, hilang berganti...

Antara barang kesayangan aku yang hilang masa kes pecah rumah aku ari tu ialah beberapa utas jam tangan. Memang agak payah hidup tak pakai jam tangan sebab aku jenis kalau keluar mesti pakai jam tangan.

Disebabkan tak der masa dan tak der mood nak gi survey jam tangan kat kedai jam, so, cara mudah dan pantas adalah survey melalui online jer. Dan haruslah di lazada.com.my! My favorite online shopping hub nowadays!!! Yeah!!!

Survey punyer survey punyer survey... Hmmmm... memang ada banyak sangat jam yang aku berkenan! Coach... cantiknya!!! MK... gorgeousnya!!! Fossil... stylooonyer!!! Tissot... uish... mahalnya! Huhuhu... Tak per... Tak per... Masuk sumer dalam wishlist dulu!

Tetiba terjumpa jam tangan yang sebijik macam aku punyer yang kena kebas tu! Dan harganya pun jauh lebih murah daripada harga enche Neezam belikan dulu. Hmmmmm... nak yang ini lah!

Bagitau enche Neezam... aku nak beli jam yang sama dengan jam tangan lama.... Enche Neezam pelik, suruh cari lain. Tapi... kalau korang tak tau... aku ni jenis sentimental sikit... Sebab beberapa tahun dulu jam tu enche Neezam yang hadiahkan sempena birthday. So, kalau beli yang sama, kira masih ada lagi lah hadiah tu.... Sentimental sangat kan??? Huhuhu...

Sebab sentimental jugaklah... segala surat-surat cinta aku yang bertahun-tahun eloooookkk aku simpan. Sehinggalah mak aku senyap-senyap jer buang, masa aku kat Melbourne dulu. Haiiiisssshhhh... Baru nak tunjuk kat anak cucu... Huhuhu...

Ok! Balik kepada cerita jam tangan!

Aku nak place order. Tapi was was. Ok ker beli jam tangan online ni? Kang sampai kang tiruan ke... ada defect ke... Tak pasal susah nak tukar.

So, aku google...

'Beli jam tangan di lazada'

Enter!

Hmmmmm... Ada jugak lah beberapa blogger yang pernah beli jam di lazada. Sumer puas hati. Ok! Bolehlah kan?!!!

Aku google jugak nama supplier jam tu, Mediaqlo Enterprise. Tapi tak der info dan review yang berkaitan. Cuma kat detail jam tu kat lazada, dia memang kata item is 100% genuine guaranteed!

Lagipun jam yang aku nak beli ni pun tak lah mahal sangat. So, kalau ada defect ke, tiruan ke, redha jer lah... Lain kali jangan beli lagi!

So! Dengan lafaz

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

aku pun order!

Dan 2 hari lepas, posto! Posto!

Yey! Dah sampai!

Alhamdulillah... Jam elok... Molek... Comel... Tak der calar ke, defect apa pun tak der...

Petang tu, aku bawak jam tu gi kedai jam untuk potong tali. Aku sempat tanya kat penjual tu samada jam aku ni ori ke tak sebab aku beli online. Dia kata original! Alhamdulillah... Dalam kedai dia pun ada jual jam yang sama. Harganya RM60 lebih mahal daripada yang aku beli. Tersenyum aku melihatnya...

So, this is my 3rd purchase with lazada. Oh tidak! Bahaya ni... Akan datang mesti ada yang ke-4, ke-5, dan seterusnya... huhuhu... enche Neezam sila bersedia... (^^")y

First time ari tu aku beli 2 benda terus; klik sini. Aku rasa dalam masa terdekat ni aku akan terklik butang 'ORDER' lagi kot!

Oppppssss... terklik kat jam MK yang gorgeous tu!!!

Teeeeeeettttttttttttttttt!

Ps:- Cepat cepat beli jam tangan sebelum 1 April! Jam tangan pun kena gst tau!!!

Monday, September 15, 2014

Something for myself...


From JPO today!

Yehhie!

(^-^)


Friday, June 13, 2014

I'm sorry and good bye...

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Insya Allah... aku, suami dan mertua akan bertolak ke tanah suci esok malam.

Dikesempatan ini, dengan ikhlas dan rendah diri
aku ingin memohon maaf kepada semua kaum keluarga, kengkawan dan sesiapa sahaja yang pernah terasa hati atau sakit hati pada aku. Mungkin ada ketelanjuran kata dan perilaku serta salah silap aku yang mengguris perasaan korang, samada sengaja ataupun tidak.

Kebetulan, malam tadi pun malam Nisfu Syaaban, jadi marilah kita sama-sama membuka lembaran baru dengan berbaik sangka dan semua yang baik-baik belaka.

Kosong-kosong yer... Meh peluk sikit!

\(^-^)/

I'm really sorry and please forgive me...

Mohon doakan agar perjalanan dan urusan kitorang kat sana dipermudahkanNya dan baik-baik sahaja. Aku sangat berdebar-debar untuk menjadi tetamu Allah swt. Until now, I'm still can't believe that I'm going.

Terima kasih kepada emak abah tolong jagakan Niesreena dan Naufal sepanjang permergian kitorang ni.

Niesreena dan Naufal,

Mama dan ayah akan rinduuuukan sangat dengan Khairun berdua. Jaga diri dan kesihatan baik-baik dan jangan menyusahkan Wan dan Atok abah. I love you both sooo much!

Insya Allah... kitorang akan bertolak bersama-sama para pelajar USIM yang terlibat dalam program mutawif kali ni. Doakan kitorang selamat pergi dan selamat balik yer...

Blog juliet le sweetheart ini tidak akan berupdate dalam tempoh 2 minggu ni. Insya Allah... bila balik nanti aku akan cuba update. Kalau ada rezeki dan berkesempatan, aku akan cerita pengalaman aku kat sana.

Insya Allah...

Once again... please accept my sincere apologies and good bye.

Monday, June 9, 2014

Persediaan Awal Mental Sebelum Pergi Menunaikan Ibadah Haji atau Umrah

Assalamualaikum wbt

Insya Allah... aku dan suami serta mertua akan menjejakkan kaki ke tempat suci ini dalam masa beberapa hari lagi.

Alhamdulillah... Rasa macam tak percaya dan terharu sangat bila diberi kesempatan dan jemputan dariNya. Harap-harap umur aku masih panjang dan sihat supaya berkesempatan ke sana.

Bila enche Neezam maklumkan yang visa kitorang akhirnya lepas just a few days ago, aku rasa macam...

"Ya Allah... so... betullah aku akan ke sana?"

Honestly, aku rasa sedikit gementar.

Kenapa? Mungkin kerana mentally terasa masih belum bersedia.

Tapi alhamdulillah... aku diberi kesempatan dariNya kali ini dan aku harus bersiap sedia. Aku bersyukur sangat. But yet... I'm so so so nervous!

Bila enche Neezam kata, dia nak bawa aku gi umrah, aku mulakan persediaan dengan membaca. Of course - online. Cari artikel dan travelblog yang berkaitan.

Aku terjumpa 1 post blog ni, tentang Persiapan dan Persediaan Awal Mental dan Spiritual Sebelum Pergi Menunaikan Ibadah Haji atau Umrah dari blog Shafiqolbu. Isinya sangat bagus! Ringkas dan padat! Sedikit sebanyak membantu aku dalam usaha menguatkan persiapan mental aku sebelum ke sana.

Aku nak kongsi kat sini sebagai panduan untuk diri aku sendiri dan sebagai rujukan pada masa akan datang. Khas juga buat korang semua yang kebetulan singgah kat blog aku ni.

❤ ❤ ❤ ❤ ❤

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Banyak yang perlu disediakan dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Persiapan awal mental dan rohani terutamanya mesti dititikberatkan supaya pemergian ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah.

Dalam usaha meraih Haji Mabrur, maka para bakal haji diharapkan dapat melakukan pematangan sikap, ikhlas, sabar, saling membantu dan amalan beragama. Hendaklah difahami betul-betul segala perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah haji dan umrah mahupun persiapan rohani dan jasmani (spiritual dan fizikal).

Persiapan Awal Mental Dan Spiritual

Membersihkan dan mensucikan diri secara rohani atau spiritual boleh dilakukan dengan cara seperti bertaubat dan memohon ampun kepada Allah سبحانه وتعال, memperbaiki kekhusyukan solat, mengeluarkan zakat dan mohon kemaafan orang lain. Iaitu memperbaiki hubungan dengan Allah سبحانه وتعال dan antara sesama manusia sebagaimana huraian ringkas di bawah ini:-

✿ 1 ✿ Syahadah

Perbetulkan iktikad dalam memaknakan syahadah. Biar setiap urat dan saraf kita benar-benar merasai getarannya apabila melafazkan kalimah ‘lailahaillallah muhammadur rasulullah’ kerana Syahadah itu janji hati kepada Allah سبحانه وتعال.

Allah Azza wa Jalla berfirman:-

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, merekalah orang-orang yang benar.”

(Surah Al-Hujuraat: Ayat 15)

✿ 2 ✿ Ikhlas Niat

Dalam menunaikan tuntutan Allah سبحانه وتعال untuk mengerjakan Haji dan Umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim, perlulah dibersihkan hati dari segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana Allah سبحانه وتعال. Jadi niat ini semestinya diselidiki selalu dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.

Niat sebenarnya pergi menunaikan ibadah Haji dan Umrah hanya melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعال dan mengharapkan keredhaanNya semata-mata. Dengan itu haruslah ditanamkan semangat dengan perasaaan tulus dan ikhlas serta belajar bebaskan diri dari segala tekanan duniawi yang akan memberatkan fikiran sepanjang perlaksanaan haji.

Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata:-

“Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)

✿ 3 ✿ Tingkatkan Amalan

Jika sebelum ini amat jarang atau belum pernah melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya, maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan dan keterpaksaan yang akhirnya memaksa diri melakukannya juga.

Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan. Maka tiadalah penambahbaikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat ke tanah suci kerana latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.

✿ 4 ✿ Muhasabah Diri

Dekatkan diri kita kepada Allah سبحانه وتعال seperti perbanyakkan istighfar dan sentiasa melakukan Qiamullai seperti melakukan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Tahajud, Taubat dan Hajat untuk membantu kita bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى. Mengetahui sikap negatif dan pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan berusaha membuang sifat-sifat yang buruk dan tercela.

✿ 5 ✿ Taubat Nasuha

Bertaubat atas kesemua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah سبحانه وتعال serta meninggalkan segala yang makruh dan perbuatan-perbuatan mungkar. Bersihkan diri dari segala dosa dan perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan dengan melakukan Solat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى.

Jika seseorang itu bertaubat daripada dosa kepada Allah سبحانه وتعال, maka hendaklah memenuhi syarat-syarat Taubat Nasuha:-

☑ Menyesal atas segala perbuatan dosa
☑ Segera meninggalkan perbuatan dosa tersebut
☑ Berazam tidak akan melakukan lagi dosa-dosa itu
☑ Jika berdosa kepada sesama insan, maka hendaklah memohon maaf dari orang tersebut dan jika dia mengambil hak seseorang, maka hendaklah dia memulangkan hak mereka itu

✿ 6 ✿ Perbaiki Kualiti Solat

Jika tahap solat kita masih sama seperti ketika belajar di sekolah dahulu, kita perlulah memperbaiki dan meningkatkan kualiti solat terutama mutu bacaan dan tajwid agar lebih khusyuk dan betul.

Rasulullah ﷺ bersabda:-

“Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”

Memperbanyakkan solat sunat adalah antara langkah memperbaiki kualiti dan menambah kekhusyukan solat fardhu kita. Dalam solat juga terdapat zikir dan doa yang kita pohonkan, maka berdoalah dengan khusyuk dan yakin, bukan dengan sambil lewa.

✿ 7 ✿ Banyakan Berpuasa

Puasa dapat menundukkan nafsu dan menjadi perisai nafsu manusia, maka perbaikilah kualiti puasa fardhu kita dan banyakkanlah berlatih dan melakukan puasa sunat. Sekiranya ada puasa yang belum diqadha atau dikeluarkan fidyahnya, tunaikanlah semampu mungkin. Begitu juga dengan puasa nazar yang belum ditunai, maka laksanakanlah secepat mungkin.

✿ 8 ✿ Belajar Bersabar

Sifat sabar amat diperlukan dalam melaksanakan ibadah haji, Sikap ini bahkan mulai diuji sebaik seseorang memutuskan untuk berangkat ke tanah suci. Semua urusan memerlukan kesabaran, baik pada menunggu giliran haji, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran, mengikuti manasik haji dan sebagainya.

Di tanah suci sendiri, ketika berkumpulnya jutaan jemaah dengan pelbagai ragam, tabiat dan kebiasaan yang berbeza dan akan ada saja perilaku yang boleh menimbulkan kemarahan jemaah. Bersabarlah demi ketaatan kita kepada Allah سبحانه وتعال.

✿ 9 ✿ Kawal Perasaan

Kesabaran juga membentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau sahabat kita sendiri. Ada kalanya pertengkaran antara suami atau isteri dan sebagainya akan sering berlaku apabila tidak dikawal dengan rasa sabar dan syukur.

Adakalanya di tanah suci, hati kita terdetik berkenaan sesuatu, ia akan berlaku tanpa disedari, maka belajarlah sejak di tanah air lagi agar mengawal perasaan, sentiasa berfikiran positif dan bersifat husnuzon.

Jauhilah sikap suka mengkritik segala perkara atau sering merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah سبحانه وتعال yang mahu melihat akan tahap amarah dan kesabaran kita.

✿ 10 ✿ Jihad Kasih Sayang

Bagi seorang wanita menunaikan haji menuntut pengorbanan tinggi kerana fitrah mereka yang dianugerahi sifat pengasih dan sensitif dengan jarak perpisahan terutama terhadap anak dan keluarga. Pengorbanan besar terpaksa dilakukan demi mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعال.

Rasulullah ﷺ bersabda:-

“Jihad orang tua, kanak-kanak, orang lemah dan orang perempuan ialah haji dan umrah.”

(Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Oleh itu, wanita Islam hendaklah berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji. Cita-cita untuk menunaikan haji mestilah dekat di hati kita.

✿ 11 ✿ Tolong-Menolong

Kerap berlaku suatu keadaan kita diminta untuk memberikan pertolongan kepada orang lain yang memang perlu dibantu khususnya bagi mereka yang selalu uzur. Lakukan bantuan dengan segera. Jangan ragu-ragu kerana dengan pertolongan yang diberikan, maka nescaya Allah سبحانه وتعال akan membalasnya dengan membantu anda.

Percayalah bahawa orang-orang yang banyak membantu orang lain dengan ikhlas, segala urusannya akan menjadi mudah dan lancar, dan ajaibnya dia akan terhindar dari pelbagai kesukaran. Yang penting niat menolong dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan kecuali redha Allah سبحانه وتعال semata-mata.

Rasulullah bersabda:-

“Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari r.a.)

✿ 12 ✿ Berinfak Dan Bersadaqah

Lakukan infak dan sedekah dengan hati yang ikhlas. Bersedekah bukan terhad kepada harta dan wang ringgit sahaja, anggota badan, tenaga empat kerat, lisan dan senyuman turut boleh disumbangkan dalam kehidupan seharian. Bersedekahlah membantu orang-orang miskin dan mereka yang memerlukan yang ditemui ketika dalam pejalanan atau jiran-jiran kita bagi melatih diri menjadi pemurah dan melembutkan hati.

Allah سبحانه وتعال juga berfirman:-

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ ۖ قُلْ مَا أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 215) 

Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar ra., ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku:-

“Berinfaklah atau memberilah dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan memperhitungkannya untukmu.”

(Hadis Riwayat Muslim r.a.)

✿ 13 ✿ Hindari Riak

Elakkan diri dari perasaan riak, ingin dipuji, takbur, sombong merasa hebat, ingin bergelar dan dipanggil haji atau hajah. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال dan lakukan semuanya itu dengan taqwa.

Allah سبحانه وتعال berfirman:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah سبحانه وتعال dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 264)

✿ 14 ✿ Memahami Sifat-Sifat Mahmudah dan Mazmumah

Mengetahui dan memahami sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang tercela. Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela. Jaga tiga perkara; Mulut, Telinga dan Mata selalu ingat amalan kerana Allah سبحانه وتعال. Bukan untuk riak, ujub dan sombong, jujur dalam perbuatan dan kata-kata.

Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata:-

“Aku datang kepada Rasulullah ﷺ, Baginda bersabda, “Apakah kamu datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata, “Ya.” Baginda bersabda “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.”

(Hadits Hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan Sanad Hasan)

✿ 15 ✿ Meminta Maaf

Mohon maaf kepada orang ibu bapa, suami isteri, anak-anak, saudara-mara, keluarga dan kaum kerabat. Bermaaf-maafan sesama kaum muslimin tidak kira saudara, sahabat atau jiran tetangga samada ada berbuat salah atau tidak dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.

Begitu juga, jika kita ada menzalimi orang, terambil harta orang, hendaklah dipulangkan harta tersebut, atau kita minta supaya dihalalkan.

Rasulullah ﷺ bersabda:-

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

✿ 16 ✿ Keredhaan Ibu Bapa dan Suami

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan ibu bapa dan suami, walaupun tidak sewajarnya ibu bapa atau suami melarang anak atau isterinya daripada ibadat haji yang wajib.

Rasulullah ﷺ bersabda:-

“Keredhaan Allah سبحانه وتعال terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah سبحانه وتعال terletak pada kemurkaan ibu bapa.”

(Hadits Riwayat At-Tirmidzi r.a.)

✿ 17 ✿ Teman Perjalanan

Bagi kaum wanita pula ditambahkan syarat iaitu mestilah mendapat izin suami atau walinya dan mesti ditemani mahram. Harus mendapatkan mahram atau teman yang soleh yang dapat menasihati dan membantu kita ketika dalam kesusahan atau melakukan kesilapan. Mencari teman dan rakan yang baik dalam perjalanan. Sebab kadang-kadang ada teman ketika di sini baik, tetapi di Makkah berbalah. Ada juga insiden suami isteri berbalah atau bermasam muka. Kadang-kadang perkara tersebut tidak masuk akal tetapi berlaku. Sebagai contoh, ada suami isteri yang bercerai selepas melakukan ibadah haji.

✿ 18 ✿ Bersangka Baik Kepada Allah

Baik sangka, menurut Abu Muhammad al-Mahdawi, adalah membuang prasangka buruk (qath’ul wahm). Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Rasulullah ﷺ bersabda:-

“Allah سبحانه وتعال berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu.” 

(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ berkata tiga hari sebelum wafatnya:-
“Jangan seorang di antara kamu mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.”

(Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah سبحانه وتعال. Jika kita bermohon kepada Allah سبحانه وتعال, maka hendaklah bersangka baik jika apa yang diharapkan tidak terlaksana. Mungkin Allah سبحانه وتعال mahu beri yang lebih baik lagi.

Firman Allah سبحانه وتعال :-

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَ‌هُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ‌ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah al-Baqarah, ayat 216)

✿ 19 ✿ Istiqamah

Perjalanan suci yang di redhai Allah tidak terlepas daripada berbagai cabaran yang hanya akan dapat di atasi oleh semangat yang tinggi, bersabar, tidak berputus asa dan beristiqamah.

Rasulullah ﷺ telah bersabda:-

“Amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.”

(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Istiqamah sangat penting dalam semua hal. Rasulullah ﷺ menyuruh kita istiqamah dalam membuat kebaikan, juga dalam melihat kecacatan dan membaikinya. Beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara amar makruf nahi mungkar haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan niat itu hendaklah ikhlas kerana Allah سبحانه وتعال.

✿ 20 ✿ Bekalan Taqwa

Segala persediaan dari kelengkapan “material” seperti wang ringgit, tempat penginapan, makan-minum jika tidak disertai dengan bekalan taqwa, maka dibimbangi ibadah haji dan umrahnya itu akan hilang dari matlamat asalnya iaitu kerana Allah سبحانه وتعال.

Pastikan para jemaah membawa bersama-sama bekalan taqwa sebagaimana firman Allah سبحانه وتعال :-

وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ

“Dan hendaklah kamu membawa bekal secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.” 

(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat -197) 

Abdullah bin Umar r.a. apabila melihat rombongan haji sedang melalui satu jalan, beliau berkata:-

“Pada hari ini, para jemaah haji menjadi semakin berkurangan dan pengembara-pengembara semakin bertambah ramai.”

Maksud beliau adalah, kekasih Allah سبحانه وتعال yang sebenar semakin berkurangan sementara mereka yang tidak ikhlas telah bertambah dengan ramainya. Beliau menyeru ke arah sederhana dan menjauhkan segala kemewahan dan keseronokan.

Setiap jemaah haji hendaklah menunjukkan tanda keghairahan mencintai Allah سبحانه وتعال dan bukannya tanda cinta kepada kecantikan yang dihiaskan.

Rasulullah ﷺ bersabda:-

“Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana naik haji umat aku kerana 4 perkara:

Orang kaya naik haji kerana melancong,
Orang pertengahan naik haji kerana beniaga,
Orang miskin naik haji kerana meminta-minta,
Orang Qari dan Ulama naik haji kerana riya’dan nama.”

(Hadis Riwayat Ad Dailamy)

✿ 21 ✿ Tawakal

Tawakal adalah penyandaran hati dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال. Amat perlu ditanam dalam diri dengan sifat bertawakal sebelum berangkat ke tanah suci bagi menghadapi pelbagai kerisauan, kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan ibadah Haji dan Umrah, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya dan mendatangkan manfaat kecuali Allah سبحانه وتعال semata.

Menurut pendapat Imam Ghazali r.a:-

“Tawakal membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapai kesusahan atau ketika menghadapi waktu yang sukar dan genting dalam hidup ini. Pada ketika ini, hati perlu di teguhkan seteguh-teguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwa.”

Penutup

Tujuan sebenar kita menunaikan Haji atau Umrah ialah untuk memperbaiki jiwa. Maka kita perlulah membuat persediaan awal yang mantap agar kita mendapat suatu kebaikan yang amat besar daripada ibadat Haji dan Umrah tersebut.

Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya. Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, iaitu pembaikan yang berterusan. Oleh itu jemaah perlu secara sedar untuk berniat melakukan persiapan rohani, mental dan spiritual kerana ianya akan membersihkan diri dari segala cacat dan cela.

Dengan demikian kita dapat berangkat dalam keadaan bersih dan suci. Terlepas dari segala beban duniawi yang akan membebankan fikiran sepanjang perjalanan menunaikan ibadah haji.

Usahakan agar perjalanan rohani ini boleh berjalan dengan baik dan lancar serta berharap ibadah hajinya mendapatkan redha Allah سبحانه وتعال dan menjadi haji yang mabrur sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:

“Haji yang mabrur tiada ganjarannya yang sesuai melainkan syurga.”<

(Hadis Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Banyak pada diri aku yang perlu diperbaiki...

Tuesday, June 3, 2014

✿ Kaison ✿

Korang... kalau orang pompuan, mesti suka tempat ni! Gerenti!

Kaison!

Yup! This is my fave place too! Everytime balik KL mesti ajak emak cuci-cuci mata kat Kaison Festival City. Konon cuci mata... Tak sah kalau duit tak terbang!

Huhuhu...

Korang, orang pompuan, kalau tak pernah jejak kaki kat Kaison ni... huh! Ruginya...

Well, kat Kaison, macam-macam barangan deko rumah ada kat sini. Perkataan 'Kaison' tu sendiri bermasud home@rumah, so, of course lah tempat ni banyak barangan deko rumah. Daripada barangan perhiasan dan deko hinggalah barangan untuk DIY. Sumer ada!

Yang menariknya, bagi akulah, barang-barang kat Kaison ni comel-comel! Manalah tak besar nafsu aku membeli.

Tak cayer? Jom cuci mata... Gambar-gambar ni aku snap khas untuk korang. Huhuhu... (^-^)y

Antara yang menarik kat sini ialah gambar perhiasan yang pelbagai!

Kat bawah ni, gambar 3 in 1! Kalau ada dinding yang luas, sesuai sangat letak gambar-gambar ni.

Ok! Yang kat bawah ni sangat menarik!

Mix and match, 7 in 1! Gambar seragam tapi tak sama, kira adik-beradiklah cuma saiz berbeza. Sesuai untuk dilekatkan kat picture wall atau kat tangga. Dan harganya pun tak lah mahal sangat!

The young lady in the pic is my beloved mom. Berkira-kira nak beli atau tak... Beli jangan tak beli! Gunalah motto aku pakai... "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!"

Huhuhu...

This one my fave!

Nice, cute and tidy kan... Saper nak belikan untuk aku angkat tangan! Birthday aku bulan ni!!!

Hehehehe... Tak malu!

Terdapat jugak pelbagai jam dinding yang comel-comel gitew! Jam dinding cupcakes dan Eiffel Tower tu baru RM19.90. Ok sangat kan?!

Orait! Kat bawah ni sekarang menjadi kegilaan!

Font!

Korang pun nak benda ni, betul tak? Cepat grab kat Kaison! Yang kecil tu harganya RM1.90 satu. Yang besar tuuuuu... tak ingat! Huhu... Tapi lebih kurang harga seggit dua cam tu lah. Tak mahal pun!

Kat sini jugak ada dijual pelbagai jenis wallpaper dan kertas tint cermin. Macam-macam corak yang menarik. Ada banyak pilihan.

Tempat letak majalah ni comel kan?!

Kalau letak kat bilik Niesreena, comel sangat!

Macam-macam lagi ada kat sini. Dan seriusly... harga kat Kaison ni masih mampu milik lagilah. Taklah tak masuk akal sangat.

Cuma ada jugak aku jumpa barang kat sini harganya RM15.90 tapi jumpa sebijik barang yang sama kat Mr DIY baru RM8.90. So, pandai-pandailah survey sebelum berbelanja yer kengkawan. Tapi jangan survey lama-lama. Nanti tak sempat nak grab...

Huh! Hujung minggu lepas, aku sempat menjelajah ke Kaison, Ikea (Ikea tengah reno, tak best!), Mr DIY dan Daiso. Hahaha... Jalan-jalan cuci mata dengan emak. Memang terbaik! Bersih mata kena cuci... Bersih gak purse, habis duit! Huhuhu... Sssshhhhh... jangan bagitau enche Neezam!

So, korang, antara Kaison, Mr DIY dan Daiso, yang mana satu menjadi pilihan hati?

back to top