♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Laman. Show all posts
Showing posts with label Laman. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

WW | Kusyuk layan rumput!

Saturday, October 15, 2016

Khairuns Little Hanging Garden

Eceh... Garden sangat kan... Hahhaha... Baru ada 4 pot.

Jadilah... sebagai permulaan. Kayuh pelan-pelan... Nanti kiter tambah lagi yer.

Konon-konon nak buat herbs garden. Setakat ni baru ada pokok daun kesum, pokok daun kucai dan daun bawang kat situ. Insya Allah kalau ada rezeki nak tambah lagi; pokok daun selasih ke, pokok cili ke, apa-apa jer lah!

Kitorang gantung kat tembok belakang rumah yang sekangkang kera tu jer.

Hmmm... sambil cuci pinggan nampak lah hijau-hijau sikit kononnya...

Thanks enche Neezam untuk projek kali ni. Saya suka! Saya suka!

y(^-^)y

Monday, September 26, 2016

Yey! Rumput baru!

Sebelum dan selepas

Alhamdulillah...

Lama tunggu... akhirnya hari ni barulah tokey rumput sempat datang tanam rumput kek rumah den.

Actually... sebelum raya haji ari tu diorang dah siram racun, cuma tak berkesempatan nak tanam rumput jer lagi. Busy gamaknya...

Mati dah hutan kat rumah aku ni.

Semalam Sham Laman Hijau datang menghijaukan semula laman kitorang.

Actually last time pun SLH jugak yang tanam rumput rumah ni. Tapi bila kitorang pindah sekejap beberapa tahun lepas, rumput dah tak terjaga. Terus naik hutan. Sedih betul. Padahal sebelum ni rumput kat laman kitorang ni memang gebu gebas sangat!

Tapi tak perlah... citer lama...

Kali ni kita buka buku baru. Laman baru... ku lihat hijauuuuuu....

Lepas ni jaga betul-betul naaaa...

Pokok bunga yang kitorang tanam dulu tu, apa ntah nama dia, boleh klik sini, kitorang tak tanam lagi dah sebab cepat sangat membiak. Memang cantik tapi lama-lama jadi banyak dan ambik ruang. Nanti kita cari pokok dalam pasu jer lah yer...

Alhamdulillah... memang puas hati dengan perkhidmatan Sham Laman Hijau. Rumputnya memang berkualiti. Rumput yang ditanam ni jenis Taiwan Grass Gred A. Harga.... hmmmm... special untuk kitorang... hahhaha...

Untuk dapatkan perkhidmatan SLH ni, korang boleh gi kat fb dia di

https://www.facebook.com/shamlaman.hijau

atau contact terus Abe Sham ni di 012-368 0272.

Sebut katakunci 'Rumput rumah KM Noor' dan korang akan dapat potongan sehingga 90%!!!

.

.

Hahahahah... acah jer!

.

.

Call lah SLH, Insya Allah korang akan puas hati macam kitorang...

y(^-^)y

Monday, August 29, 2016

Renew laman

Rindu sangat dengan rumput rumah kitorang yang menghijau dan gebu gebas satu ketika dahulu.

Laman kitorang, laman yang paling menghijau kat taman perumahan kitorang.

Tapi sekarang...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sayang betul... :(

Laman banyak dicerobohi pokok-pokok lain dan lalang-lalang.

Ni semua gara-gara rumput tak terjaga masa kitorang pindah keluar dari sini dulu. Masa mula-mula rumah jadi homestay masih terjaga lagi. Lepas tu, lama kelamaan, tak terjaga. Masa menjadi kekangan. Tak sempat nak belai, tak sempat nak bagi air, apatah lagi nak bagi baja. Sian rumput...

Sekarang dah pindah masuk rumah semula setelah 2 tahun lebih tinggalkan rumah. Insya Allah... kitorang nak hijaukan semula laman ni.

Hari Jumaat yang lepas rumput dah diracun. Insya Allah dalam beberapa hari lagi, laman akan berwajah baru!

Tungguuuu..

Saturday, December 20, 2014

Weird weekend!

Memang hujung minggu ni adalah hujung minggu yang sangat PELIK buat aku dan enche Neezam.

Sebab...

Khairunniesreena dan Khairunnaufal tak der kat rumah.

Dan aku dan enche Neezam pun tak der plan kemana-mana. Dua-dua mati kutu kat rumah. Huhuhu...

Bila anak-anak tak der kat rumah, rumah terasa sunyi sangat.

Dan...

KEMAS SANGAT!

Huhuhu...

Kalau Niesreena dan Naufal ada, pagi-pagi lepas mandi dan breakfast mesti diorang tengah lepak tengok tv sambil baring-baring dengan bantal besar fave diorang

Kalau Niesreena dan Naufal ada, atas sofa dan meja makan mesti ada jer mainan dan lego tak berkemas lepas main.

Kalau Niesreena dan Naufal ada, mesti meja study penuh dengan buku-buku dan alatulis.

Kalau Niesreena dan Naufal ada, mesti petang-petang tengah dok main bola atau badminton kat laman belakang rumah.

Kalau Niesreena dan Naufal ada, kitorang akan dok breakfast dan minum petang kat sini, sambil tengok monyet atas bukit. Monyet tengok kitorang minum. Huhuhu...

Bila mama dan ayah dah membebel barulah dapat rumah kemas macam ni. Baru nak kemas mainan, baru nak kemas buku. Hmmm... memang power bebelan mama. Dan diorang pun suka dengar kot.

Huhuhu...

Hmmmm.... tapi sekarang terasa rumah

KOSONG dan SUNYI sangat!

Rindu sangat kat Niesreena dan Naufal!

Dan bosan-bosan kat rumah, petang tadi enche Neezam bawak aku gi dating. Ngeeee...

(^^)

Makan jer pun.

Insya Allah hari Khamis ni baru dapat jumpa Niesreena dan Naufal.

Rindu sangat kat diorang!

back to top