♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Wednesday, December 26, 2018

Transformasi ruang makan dan dapur kering 2013-2018

Dah penghujung tahun 2018. Cepat betul rasa tahun ni. Tup tup dah hujung tahun.

Alhamdulillah... tahun 2018 ni baik-baik ajer. Banyak benda yang dapat dicapai dan banyak benda jugak yang sekadar tinggal angan-angan. Huhuhu...

Apa yang tinggal anggan-angan? Tentulah azam yang sama setiap tahun... nak KURUS! Muahahahhaahahha... Memang entah bila dapat capai. Kui kui kui... Makin gemuk ada lah... Enche Neezam yang makin kurus. Ishhh... jeles! Tapi malas nak ikut dia jogging. Cam ner? Heheheh...

Tak per lah... chubby pun chubbylah... janji happy... makan sedap... husband sayang... hahahaha... kata-kata nak sedapkan hati.

Insya Allah... kita bawak azam tersebut ke tahun depan plak. #azam2019

Selain nak kurus... huhu... salah satu azam tahun 2018 ni ialah nak decor-decor ruang tamu. Konon nak pasang panel tv... nak tampal tv kat dinding... nak beli perabot yang dah lama aku aim... tapi bahagian lain plak yang terdeco. Semuanya gara-gara sebab dinding ruang makan tercomot. So, fokus bertukar dari ruang tamu, ke ruang makan plak. Tapi deco ruang makan ni bukan mengambil masa setahun ni ajer. Malah bertahun-tahun! Tapi berkat sabar... alhamdulillah... impian terlaksana.

Kitorang pindah masuk rumah January 2013. Dulu masa dapat kunci memang first aim nak pasang kabinet dapur dulu. Tapi belum ada rezeki lagi. Bagi kewangan stabil dulu.

So, sabar jerlah dengan dapur yang besar tapi apa pun tak der... huhuhu...

Meja makan pun comel jer. Alhamdulillah cukup untuk kami berempat masa tu.

Macam rumah bujang jer kan. Huhuhu...

Tahun 2016, ada rezeki lebih sikit kitorang renovate dapur. Tambah dapur basah kat belakang dan dapur basah sedia ada kitorang jadikan bilik study.

Dapur basah.

Dapur kering.

Then baru mampu nak pasang kabinet dapur idaman. Memula angan-angan nak buat island kat tengan-tengah dapur tu, macam rumah omputeh. Huhuhu... tapi bila fikir-fikir balik... buat kaunter jer lah. Better!

Dapur memang kawasan yang paling aku suka kat rumah sebab tempat makan! Dan jugak tempat aku selalu mengajar Niesreena dan Naufal buat kerja sekolah... sampailah sekarang... walaupun dah ada balik study.

Lepas raya tahun ni, dinding kat ruang makan tu comot sikit. Lap-lap tak boleh hilang. Nak cat separuh kang pelik plak dinding tu jadinya. Terus timbul idea nak decor dinding kat dapur. Ingat nak pasang wallpaper... tapi bila survey kat kedai, tak der plak design yang berkenan.

Bila tengok-tengok kat youtube pasal wall decor, tiba-tiba terjumpa plak pasal wainscoting. Tanya upah kontraktor buat, memang mahal! So, aku buat sendiri! Diy jer. Jimat!

Belajar buat kat youtube. Nampak senang. Gigih ukur dan buat kira-kira. Pastu cari kayu. Pasang sendiri.

Dua hari... settle tampal wainscoting kat dinding dan cat. Aku tampal wainscoting... enche Neezam tolong cat.

Pastu diy tampal cermin kat dinding. Cermin-cermin tu aku beli kat kedai Eco jer. So kos untuk cermin-cermin ni cuma RM40 jer.

Then pasang lampu led bawah kabinet tu. Lampu beli kat Mr DIY.

Pastu tukar lampu gantung dan tampal frame agar dinding tak nampak kosong sangat.

Alhamdulillah... tukar sikit-sikit, decor sikit-sikit, akhirnya jadilah hasilnya macam sekarang.

<

Biasa barang-barang decor yang aku beli pun murah-murah jer. Macam frame-frame dan alas-alas tu sumer aku beli kat Mr DIY yer, ayat kursi tu dah lama dah beli online, lampu kat Nilai 3 harganya tak sampai RM100 pun, pokok pisang tu kat Cowbow RM35 jer. Kalau ikutkan berkenan yang SSF punya, tapi harga diaaaaa... hmmmm... tak per lah... Nak rumah cantik, tak semestinya kena pakai barang mahal. Setuju tak?

Alhamdulillah... bersyukur atas rahmat yang Allah berikan. Settle lah dekor dua bahagian ni. Satu jer lah... kalau korang perasan, langsir jer tak bertukar-tukar. Huhuhu... Tak per lah... ok lagi... Baru 5 tahun, lagi 5 tahun baru kiter tukar yer. Boleh?

Tengah kumpul duit sikit-sikit. Insya Allah azam 2019 kiter decor ruang tamu plak. Ruang tamu sekarang memang simple habis. Saper nak tengok transformasi ruang tamu? Jom follow blog juliet le sweetheart ni yer. ❤

#dbestari16 #rumahneezamjulie

Wednesday, September 5, 2018

Projek cermin kedai eco - tips & tricks

Projek terbaru diy deco rumah. Pasang cermin kat bawah kabinet.

Alhamdulillah... puas hati! Puas hati sebab kos hanya RM40 sahaja. Tu pun ada beli cermin lebih sebab takut ada cermin rosak ke kan. So, cermin lebih tu nanti kita pasang kat tempat lain plak lah.

Peralatan yang aku perlukan untuk projek kali ni hanya cermin dan gam sahaja.

Gam tu pun aku guna yang lebih masa buat projek wainscoting ari tu.

Aku beli cermin-cermin kat kedai Eco. Harga sekeping cermin cuma RM2 sahaja. Jumlah cermin yang diperlukan ialah 20 keping.

Saiz cermin

Kat kedai Eco ada dua saiz cermin macam ni. Aku ambil yang saiz besar - 23cm x 30cm. Kebetulan letak dua cermin ni bawah kabinet tu, elok jer pulak saiz tinggi dia. Huhuhu...

Frame cermin ni plastik jer. So boleh gunting jer dan keluarkan frame dia.

Untuk buang bingkai, kena hati-hati dan penuh kesabaran sebab cermin ni actually nipis jer. So, takutlah pecah plak cermin. Thanks to facebook Kelab kaki deco barang eco / mr diy. Sebab join fb ni dapat tips buka cermin ni. Ada banyak idea deco diy kat fb ni. Kreatif betul diorang.

Di sini aku nak kongsi tips untuk pasang cermin ni.

Memandangkan cermin ni cermin murah, so cermin ni sebenarnya memang nipis. So kena hati-hati bila kendalikan cermin. Dan ukuran cermin tak semua sama. Of course ada saiz yang sama tapi ada jugak yang beza dalam 1-2mm. Sikit jer beza.

So, sebelum tampal cermin, kena pastikan ukuran cermin mana yang sesuai ditampal.

Nak tampal pakai tape atau gam?

Cermin ni memula aku tampal pakai double sided tape. Tiada masalah bila pasang dua cermin yang pertama. Tapi bila masuk cermin ketiga... masalah...

Masalahnya ialah kalau pakai double sided tape, kalau dah terlekat, susah nak buka dan betulkan kedudukan kalau cermin senget atau bertindih. Nak tarik semula cermin agak susah sebab double sided tape kuat dan cermin nipis. Takut bila tarik semula cermin kang pecah pulak.

So, aku suggest gunakan gam. Kalau guna gam of course lebih kuat dan bila kita tampal cermin, kita masih boleh adjust kedudukan cermin sementara nak tunggu gam kering. So, hasilnya lebih kemas.

Seriously aku puas hati sebab hasil tangan aku sendiri dan harga jauh lebih murah. Quality wise... kena redholah... mungkin kalau upah kontraktor akan dapat cermin yang lebih baik tapi harga takkan dapatlah semurah ni kan. Huhuhu...

Bertahanlah dulu dengan cermin murah ni. Lima enam tahun lagi... kalau ada rezeki tukarlah yang berkualiti sikit.

Untuk finishing... aku lekatkan lampu led dari Mr Diy ni.

Nampaklah glamour la sikit kabinet ai. Huhuhu...

Alhamdulillah... selesai satu lagi projek deco diy.

Next apa plak eh? Hmmmm...

Friday, July 27, 2018

Part 3 | Cara kira panel dan frame wainscoting

السلام عليكم

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak kongsi post macam mana cara nak kira panel dan frame untuk buat wainscoting. Post kali ni adalah daripada pengalaman aku sendiri dan daripada bacaan aku di blog-blog dan youtube. Tak der dapat pendidikan formal yer. Huhuhu...

Sebelum aku teruskan, aku harap korang dah baca post-post aku berkaitan wainscoting bawah ni.

Part 1 | Nak pasang wainscoting?

Part 2 | Diy wainscoting for dummies (me!) Tips and tricks

Sepertimana yang aku cakap dalam post aku sebelum ni [Part 1], korang kena kenalpasti dinding yang mana korang nak buat wainscoting dan patern wainscoting mana yang korang nak buat. Samada nak buat full wall atau half wall jer.

So, kat sini, aku akan tunjuk macam mana aku kira untuk pattern wainscoting yang aku buat.

Sebelum kita mula kira, jom kita kenal dengan jenis-jenis bahagian wainscoting dulu ya.

Wainscoting yang aku buat ni simple jer. Cuma ada [1] chair rail [2] strip dan [3] frame. Boleh jugak kalau nak tambah skirting atau baseboard kalau nak. Tapi disebabkan rumah aku memang dah ada tile skirting, so rasanya dah tak perlu. Jimat sikit...

Aku akan ajar kira untuk half wall. Kiraan aku semuanya dalam inci (").

Sila bersiap sedia dengan kertas, pembaris, pita pengukur, kalkulator, pen dan pencil. Huhuhu...

Lepas dah tahu pattern wainscoting mana yang aku nak, aku jugak pilih jenis corak kayu pula. Siap lukis bagai tau... Lebih kurang jer lah. So, nak pergi kedai dah tahu kayu macam mana yang korang nak cari.

Ketinggian yang sesuai untuk half wall wainscoting ni ialah 40".

Kelebaran chair rail yang sesuai ialah yang lebar antara 2"-3" dan kelebaran strip yang sesuai ialah antara 1"-2".

Jarak yang sesuai antara chair rail dengan strip; dan strip dengan frame ialah 4". Begitu jugak jarak antara frame ialah 4".

Jadi untuk memudahkan kerja korang untuk pastikan gap ni elok jer 4", aku cadangkan korang dapatkan kayu yang lebar dia 4" untuk dijadikan pembaris.

(Gambar google)

Macam aku sendiri, kebetulan kat rumah ada jubin kecik-kecik yang lebar dia memang 4". So, aku gunakan jubin ni sebagai pembaris dan gap. Memang mudah dan sangat-sangat membantu!

Seterusnya, untuk kira berapa ketinggian frame jika jarak chair rail, strip dan frame ialah 4".

Ketinggian wainscoting = 40"

------------------------------------------------

Lebar chair rail = 2.5"
+ Gap = 4"
+ Lebar strip = 0.5"
+ Gap = 4"
+ Gap bawah = 4"
+ Skirting = 4"

Jumlah = 19"

------------------------------------------------

40" - 19" = 21"

------------------------------------------------

∴ ketinggian frame yang sesuai ialah 21".

------------------------------------------------

Untuk lebar frame pula.

Ukur panjang dinding.

Lebar dinding aku yang bawah ni ialah 90".

Panjang dinding = 90"

------------------------------------------------

- gap 4" = 86"

------------------------------------------------

So, kat sini, korang boleh decide berapa frame yang korang nak, samada 2, 3, 4 atau 5. Bolehlah bahagikan dengan panjang dinding yang telah ditolak 4" tu.

Aku decide untuk buat 5 frame.

------------------------------------------------

86" ÷ 5 = 17.2" - 4" (gap) = 13.2"

------------------------------------------------

∴ kelebaran frame ≈ 13"

------------------------------------------------

Jadi ukuran untuk frame yang sesuai ialah 21"(h) x 13"(w)

Dinding yang atas tu senang nak kira sebab tak der plug kat dinding. Yang jadi masalah kalau ada plug kat dinding. Kalau boleh tak naklah plug tu jadi gangguan nak letak frame. So, memang kena kira betul-betul.

Macam dinding aku satu lagi, kat bawah ni. Ada satu plug kat situ.

Alhamdulillah, nasib baik kedudukan dia kat tengah-tengah dinding. So, aku decide untuk buat 4 frame kat dinding tu dan plug tu akan terletak di antara 2 frame.

Kalau nak letak 5 frame pun boleh. Tapi plug tu akan terletak kat dalam frame. Cuma kalau nak plug tu dalam frame, kena kira jugak ketinggian kedudukan plug tu. Make sure memang betul-betul dalam frame. Kalau tak, tak pasal-pasal kena potong kayu sebab ada plug kacau kat situ.

Seriously, kalau ada banyak frame, lagi penat sebenarnya sebab lebih kerja. Kurang frame, cepat siap. Tapi kalau frame terlalu lebar, masalahnya ialah nak pastikan frame tu lurus. So, aku suggest maksimum lebar frame yang sesuai adalah sehingga 30" sahaja.

Ok... kalau korang nak buat full wall. Kiraan dia lebih kurang sama jer macam kira-kira kat atas. Pastikan gap kemas 4" dan bilangan frame kat bawah mesti sama dengan bilangan frame kat atas.

Ok?

So, rasanya tu jer kot. Kalau ada sebarang pertanyaan, bolehlah tanya. Cewah... Tapi seriously. Aku buat semua ni berdasarkan pengalaman the one and only tu jer. Huhuhu... Tapi alhamdulillah... sebelum start projek diy wainscoting aku tu, aku ada buat research dan bacaan terlebih dahulu. Tak bolehlah main redah jer kan.

Ok. Harap post kali ni bermanfaat buat korang yang diy wainscoting.

Insya Allah... kalau aku boleh buat, korang mesti boleh buat!

back to top