♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, April 30, 2020

Ayam Geprek

#pkp #mco #day2p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 7

Pijar tangan makan ayam geprek. Sampai habis tarawih pijarnya. Guna cili api Thai, memang pedas giler ar.

Paling impress dengan enche Neezam. Kemain cantik kuih lapis dia. Sedap. Tak manis sangat. Just nice!

Alhamdulillah ya Allah... rezeki hari ni. Esok cuti! Yey!

Wednesday, April 29, 2020

Busy... busy... kerja... kerja...

#pkp #mco #day1p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 6

Hari ni masuk hari pertama tempoh PKP bagi fasa 4. Macam biasa, both aku dan enche Neezam sibuk dengan kerja. Dari pukul 8 lebih dah mengadap komputer. Kadang-kadang jer bangun melayan kerenah anak-anak dan solat.

Penat weh duduk kat kerusi meja makan. Tu pun nasib baiklah kerusi meja makan tu ada sofa. Kalau kerusi kayu... mau kematu punggungku. Huhuhu...

Hari ni extra busy. Pukul 5 lebih barulah masing-masing tutup komputer, baru nak solat Asar dan baru mula masak. So, kitorang masak ringkas-ringkas jer lah hari ni.

Enche Neezam masak pais ikan sebelah.

Manakala aku pulak sediakan pecal. Dah lama tak makan pecal. Hari tu tengok adik ipar share dalam whatsapp pecal dia buat, rasa terliur betul. Abah aku pun suka makan pecal. Tiap bulan puasa, mesti dia gi cari pecal kat pasar ramadhan. Boleh kata hampir hari-hari beli pecal. Memang sah jawa totok. Huhuhu...

Tak sempat nak sediakan kuih muih ke hapa hari ni. Ok jer... kiter makan jer lah mangga puas-puas...

😁 😁 😁

Tuesday, April 28, 2020

Memasak bersama

#pkp #mco #day14p3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 5

Hari ni bersama-sama dengan enche Neezam menyediakan juadah berbuka. Berlaga-laga kat dapur. Huhuhu...

Juadah berbuka kitorang hari ni. Alhamdulillah...

Sebenarnya aku ni jernis tak suka orang sibuk kat dapur bila aku tengah masak.

Tapi... sebab susak nak dapat suami yang rajin masuk dapur, so aku redho jer lah. Tak boleh nak bising. Rezeki tau dapat laki rajin memasak dan membantu kat dapur. Alhamdulillah...

Biasanya aku kalau memasak, memang tak suka orang lain sibuk-sibuk gak kat dapur. Kat rumah sendiri macam tu, kat rumah mertua pun macam tu. Sebab tu kalau kat rumah mertua, mak mertua atau adik-adik tanya nak tolong apa-apa, aku kata tak der apa. Paling-paling pun mintak diorang kupas-kupas bawang jer.

Kalau kena sama-sama masak kat rumah mertua, biasanya ayah mertua yang masak (enche Neezam ni menurun rajin ayah dia), aku biarkan ayah masak dulu. Bila ayah dah settle, baru turn aku pulak masuk dapur.

Kalau kat rumah mak abah aku, lain... sebab biasanya aku just tolong emak masak. Emak ketua chef. Chef terbaik di dunia. Huhuhu... Tapi bila emak masak aku akan sibuk kat dapur jugak. Tolonglah sikit-sikit - tolong menggoreng ke, basuh pinggan ke...

Kalau aku kena masak kat rumah mak abah, aku suka mak sibuk kat dapur gak. Suka nak berborak-borak dengan mak. Sambil masak, sambil membawang. Huhuhu...

Kalau kat rumah sendiri, aku tak suka ada orang kat dapur. Tapi kadang-kadang aku ajak Niesreena tolong sekali. Suruh Niesreena yang masak. Aku just bagitau apa nak buat jer. Kalau tak, bila nak belajar memasak kan?

Tapi kalau dengan enche Neezam... hmmm... biasanya akan bagi dia masak dulu atau aku masak dulu. Kalau tak... berebut dapur... berebut kuali... berebut pisau... Akulah yang banyak songeh. Nak guna pisau, kuali yang biasa aku pakai. Enche Neezam ok jer.

Bulan puasa ni nak kejar masa. Pulak tu masing-masing kerja dari rumah. Habis waktu kerja baru masuk dapur. So, terpaksa berlaga-laga kat dapur, memasak bersama-sama.

Alhamdulillah... bersyukurlah ada orang yang sama-sama nak menyumbang keringat, memasak bersama. Sesekali berlaga-laga... sesekali bermanja-manja. Janji masak siap! Huhuhu...

So, hari ni aku masak cencaru masak kicap berempah, masak lemak labu dengan pucuk manis, dan sotong bakar dengan sos ala Thai.

Ya Allah! First time aku cuba buat sotong bakar dan sos ala Thai ni. Memang terbaik. Tak cukup sotong sorang seketul. Nanti kena buat lagi.

Enche Neezam pulak sibuk-sibuk kat dapur tadi masak nasi, cekodok pisang, makaroni goreng dan lengkapkan dengan air tembikai. Banyak jugak kan?

Alhamdulillah... rezeki Allah bagi hari ni...

Monday, April 27, 2020

Happy 11th Birthday, Naufal

#pkp #mco #day13p3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 4

Alhamdulillah... Naufal menginjak ke usia 11 tahun hari ni.

Happy birthday, abang Naufal...

Tahun ni tak de kek yang ditempah di kedai macam tahun-tahun lepas, tak der gi makan special kat luar... malah tak der hadiah harijadi... Tunggulah nanti lepas habis PKP, baru kiter raikan kat luar dan cari hadiah ye.

Tapi of course, hari ni mama dan ayah sediakan juadah istimewa untuk Naufal.

Bersempena dengan harijadi Naufal hari ni, aku buat pulut kuning jer. Nak buat kek tak reti. Bantat sokmo. Huhuhu... So, buat pulut kuning jer lah. Senang dan sedap jugak.

Lawan dengan unkep daging. Naufal suka makan daging. So, awal-awal lagi enche Neezam dah tempah daging batang pinang. Memang lembut la. Resepi ungkep ni, mintak dekat ayah mertuaku. Biasanya ayah mertua buat ungkep masa hari raya. Aku tau makan jer. Ni first time masak sendiri.

Alhamdulillah... menjadi dengan jayanya. Yang penting, enche Neezam kata sedap.

Buat sambal goreng jugak sikit. Memang favorite aku. Sedap giler! Huhu...

Ada nasi impit jugak sikit. Senang jer, masak guna noxxa. Hmmmm... dah macam menu hari raya kan.

Enche Neezam cuba-cuba buat kek vanila. Tak sangka, menjadi pulak. Rasa macam bahulu pun ada. So, ada lah jugak seketul kek harijadi air tangan enche Neezam buat Naufal tahun ni. Alhamdulillah...

Rezeki hari ni. Jiran bagi laksa utara. Sedap baq hang.

Alhamdulillah... macam-macam rezeki Allah bagi.

Mama dan ayah sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Naufal, samalah jugak buat kakak Niesreena dan Neeyaz. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati mama dan ayah, berjaya di dunia dan di akhirat. Insya Allah... Ameen...

Sunday, April 26, 2020

Kuetiau Hong Kong

#pkp #mco #day12p3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 3

Iftar hari ketiga. Tiada nasi untuk berbuka hari ni. Buat kuetiau Hong Kong jer.

Kuetiau tau... bukan kuew teow... bapa mertuaku siap betulkan ejaan lagi. Huhuhu... Kalau dia dia baca blog aku ni, mahu dia tepuk dahi... haru biru dia nak membetulkan ejaan dan tatabahasa dalam blog ni. Huhuhu...

Ok, memandangkan anak-anak semua dah bosan makan nasi, so petang tadi aku cuma masak kuetiau Hong Kong jer. Senang dan mudah untuk disediakan.

Aku kalau makan kuetiau hong kong atau ladna atau yang sewaktu dengannya, aku suka perah limau. Bagi masam-masam sikit. Bertambah selera!

Enche Neezam pulak sediakan popia goreng hari ni.

Serta air sirap bandung. Enche Neezam tak gunakan air soda dan sirap macam kiter biasa buat. Dia gunakan air gas F&N strawberry jer. Lagi senang nak buat.

Niesreena memang suka sangat menu hari ni. Asik cakap sedap jer - kenapa mama tak pernah buat. Haahahhahaha... sebenarnya pernah buat tapi beberapa tahun sekali jer. Tu yang dia tak ingat.

Lagipun, biasanya kalau nak makan kuetiau Hong Kong ke, ladna ke selalunyer order jer kat restauran makanan Thai. Senang... Tapi dalam tempoh PKP ni, kalau nak makan, kenalah buat sendiri.

Resepi kuetiau Hong Kong kat sini.

Saturday, April 25, 2020

Kedua Ramadhan

#pkp #mco #day11p3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 2

Nampaknya dalam bulan Ramadhan ni, banyak post pasal makan jer lah. Dah tu, tu jer lah aktiviti setiap hari kat rumah dalam tempoh PKP ni.

Semoga bila post pasal makan ni, dapat jugak bagi idea kat korang untuk masak apa untuk berbuka dan bersahur setiap hari. Insya Allah... Aku pun masak senang-senang jer...

Hari tu enche Neezam ada beli ikan bawal. Agak besar jugak saiz dia. Bolehlah untuk dua kali makan kitorang anak beranak - berbuka dan bersahur. Tak tau nak masak apa. Kalau ikut aku, aku suka kalau nak buat kari, tapi enche Neezam request sambal kerutup ikan bawal. So, kita ikutlah cakap suami.

Sambal kerutup ni aku belajar masak dari emak. Emak pandai masak kerutup dan memang gerenti sedap.

Pastu aku buat telur bungkus.

Adoi... boleh termasin pulak isi telur bungkus kali ni. Huhuhu...

Dah tu tadi sambil masak, sambil tengok hindustan - Bharat. Sedap pulak citer tu. Nak tunggu habis pukul 5 lebih lambat sangat. So, sambil-sambil tu masaklah inti telur bungkus ni dulu. Pastu lupa, dah masuk garam... tengok tv... pastu masuk garam lagi. Haaaa... ambik kau. Termasinlah sikit.

Dan sayur pulak aku masak cendawan masak air jer. Biar berkuah sikit. Kalau tak, kering jer lauk-pauk hari ni.

Enche Neezam sediakan pencuci mulut - puding jagung.

Memang pandai laki aku tu buat pencuci mulut. Sedap, lembut dan tak manis sangat. Just perfect!

Air hari ni, air teh hijau ais. Aku memang suka bau teh hijau. Setiap kali minum teh hijau ni mesti teringat masa pertama kali mencuba teh hijau ni kat Krabi. Terus jatuh hati.

Alhamdulillah... bersyukur pada Allah dengan rezeki hari ni.

Esok tak tau nak makan apa. Idea selalu datang pada hari kejadian. Huhuhu... Tapi dalam tempoh PKP ni, macam terhadlah sikit idea nak masak. Masak apa yang sedia ada kat rumah jer. Takut nak suruh enche Neezam gi kedai - takut terdedah kat Covid-19. Nauzubillah... harap-harap dijauhkan.

Korang boleh klik pada nama masakan yang ada link kat dalam post ni untuk tengok resepi ya.

Selamat berbuka!

Friday, April 24, 2020

1 Ramadhan 1441H

#pkp #mco #day10p3

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 1

Alhamdulillah... selesai puasa hari pertama hari ni.

Hari ni masak lauk pauk simple jer...

Masak lemak kacang buncis.

Ayam goreng berempah.

Sempat buat sambal tumis kering dengan kentang dan tempe juga sebagai pembuka selera ketika bersahur nanti.

Enche Neezam Km Noor sediakan pencuci mulut - tepung pelita yang lemak manis dan lembut. Sedap sangat! Tak macam first time buat.

Niesreena, Naufal dan Neeyaz suka sangat. Mama diorang pun suka jugak.

Si kecik Neeyaz paling banyak makan kuih ni.

Suka nau nau...

Alhamdulillah... rezeki hari ni.

Macam biasa semuanya homemade seperti Ramadhan sebelum-sebelum ni. Kitorang memang jarang sangat pergi membeli walaupun ada bazar Ramadhan. So, tak lah kekok bila tak de bazar tahun ni.

Biasanya kitorang akan berbuka dengan kurma, kuih dan buah dahulu. Lepas solat maghrib baru makan nasi. Bolehlah makan dengan tenang...

#juliescookingwithluv #airtanganencheneezam

back to top