♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label USIM. Show all posts
Showing posts with label USIM. Show all posts

Tuesday, November 27, 2018

Enche Neezam @ Majlis Konvokesyen USIM kali ke-16

Enche Neezam dah 14 tahun berkhidmat di USIM. Tapi ini kali pertama enche Neezam berkesempatan menghadiri majlis konvokesyen USIM.

Akhirnya dapat jugak enche Neezam menyarung semula jubah PhD La Trobe dia.

Aku pun gigih tengok majlis konvokesyen ni kat fb USIM live. Bukan sebab nak tengok muka cik abang tu sangat, tapi sebab nak dengar ucapan konvokesyen dari NC. Ucapan beliau ditulis oleh enche Neezam. Alhamdulillah enche Neezam kata tak banyak yang diedit semula. Rasa bangga bila NC baca ucapan tu.

Oooo sebelum tu... of courselah... dah alang-alang tengok live kan. So cari-cari jugaklah muka cik abang kiter.

Hmmmmm... Tengok muka lecturer yang hensem tersengeh tu...

Huhuhuhu... comel kan...

Ingat student je ke excited nak konvo... lecturer lagi berdabal-dabal excited tau tengok anak didik konvo.

Enche Neezam dengan salah seorang lagi studen PhD dia... Dr Khamis.

Tahniah kepada semua para graduan dan para pensyarah!

Monday, November 26, 2018

Supervisor Appreciation Robing Ceremony

Malam ni enche Neezam berkesempatan menghadiri
Supervisor Appreciation Robing Ceremony 2018.

Majlis ni adalah majlis pemakaian jubah konvokesyen oleh supervisor kepada graduan PhD memasing.

Alhamdulillah... tahun ni 7 orang pelajar PhD enche Neezam akan berkonvo. 7 orang!

Dan dalam majlis ni enche Neezam berpeluang memakaikan busana robe konvokesyen salah seorang daripada 7 graduan PhDnya tahun ni.
Dr Ayad dari Libya.

Soooo terharu...

Tahniah semua para supervisor dan para graduan!

Saturday, November 17, 2018

Anugerah Kecemerlangan FKP 2018

Ya Allah... Alhamdulillah...

Dia selalu bangun tengah malam siapkan penulisannya, bahan pengajarannya, bahan ceramahnya... Macam tak cukup siang.... huhuhu...

Tapi alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah swt... Berkat doa, usaha dan tawakal... Anugerah yang dia dapat tahun ni di Majlis Anugerah Kecemerlangan FKP 2018.

(1) Anugerah Penerbitan (Penerbitan Popular) 2018

(2) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 95.00 ke atas

Alhamdulillah... enche Neezam dapat skor 99.57% untuk penilaian tahun 2017.

Tahniah enche Neezam. Semoga lebih success akan datang.

I'm so proud of you and will always support you... forever and ever...

Sunday, September 30, 2018

Ke Gambang kiter

Ke Gambang lagi kita tahun ni. Kali ni ikut fakulti enche Neezam family day kat sini. Actually ada banyak jugak acara selain lepak-lepak kat pool. Huhuhuhu... Ada team building untuk staff, sukaneka dan bbq dinner. Tapi boleh plak lupa nak tangkap gambar sebab sibuk melayan baby jer. Huhuhu...

So, ni jer lah gambar kenangan 3 hari 2 malam kat sini. Makan malam tu kitorang dapat jugak lucky draw - cerek air pun jadiiiii... alhamdulillah...

Insya Allah... ada rezeki kita sampai lagi k.

Monday, April 23, 2018

Usim Top 100 Researchers

Congrats, Love! So proud of you...

#drkhairunneezammohdnoor

Wednesday, August 23, 2017

Anugerah berganda enche Neezam

Syukur alhamdulillah... Minggu ni enche Neezam menghadiri 2 majlis yang mana beliau mendapat anugerah dan hadiah di kedua-dua majlis ni.

Pertamanya di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau nama barunya Anugerah Kecemerlangan Inovasi USIM.

Sebelum tu, enche Neezam juga memenangi tempat pertama penulisan esei sempena Hari Kualiti dan Inovasi USIM.

Alhamdulillah... bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan.

Tahniah enche Neezam. Semoga terus success di hari-hari yang mendatang.

back to top