♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Lagi buku-buku enche Neezam ini tahun

Sepatutnya semalam aku ke sini temani si dia. Tapi atas tuntutan kerja yang tak dapat dielakkan, terpaksalah dia pergi tanpa pasangan.

Kosong jer lah kerusi aku.

Alhamdulillah, sebuah lagi penerbitan hasil kerja keras enche Neezam dan para penulis yang hebat-hebat diterbitkan kali ni dengan Yayasan Nurul Yaqeen.

I'm so proud of him!

Dan sebuah lagi penerbitan enche Neezam tahun ni.

Congrats enche Neezam! I know you really work hard!

Friday, May 22, 2015

Dale Carnegie

Yey! Graduated!

Hahhahah... Graduate lah sangat kan.

Bukan graduate apa pun. Just dah tamat hadiri kelas in-house Dale Carnegie yang office anjurkan.

Hari ni kelas terakhir. Dan alhamdulillah, kali ni aku terpilih untuk mendapat award untuk LIONS sharing. Yey! Thanks to all who voted me!

y(^^)y

Standout!

Ni buku yang aku terima sebagai hadiah!

Dan ini pula buku-buku yang aku dapat sepanjang menghadiri kursus ni.

Honestly, tak tahu bila masa yang sesuai untuk baca buku-buku ni. Aku dah lama tak membaca buku-buku motivasi macam ni. Kat rumah memang busy sangat, kat office lagi lah... Dalam kereta memang aku tak boleh membaca. Kalau membaca dalam kereta aku pening, boleh muntah terus!

Apapun, aku akan cari masa jugak untuk habiskan buku-buku ni. Insya Allah...

Kursus Dale Carnegie ni memang bagus. Sedikit sebanyak membantu mental kita untuk sentiasa bersedia ketika berhadapan dengan cabaran-cabaran samada di alam pekerjaan atau personal dan berdepan dengan orang-orang sekeliling yang bermacam ragam.

So, kalau office korang ada anjurkan kursus ni, silalah join yer...

Friday, April 17, 2015

Oh, senangnya sains!

Last week aku terjumpa komik-komik ni yang diletakkan di rak Sains sekolah rendah kat sebuah kedai buku ni.

First time aku jumpa buku sains dalam bentuk komik. Yaaaa... call me outdated! Huhuhu... Aku sempat selak-selak dan mendapati isi kandungannya agak menarik! Karektor-karektor kartun yang comel dan cara penerangan yang menarik, gambar-gambar yang berwarna. Mesti Niesreena suka! So, aku belikan kedua-dua buah komik ni buat Niesreena. Actually, aku pun berminat nak baca jugak!

Niesreena memang sukalah bila mama dia bawak balik buku, terutamanya komik. Niesreena memang suka sangat baca komik!

Tetiba Niesreena tanya "Mama, kromosom tu apa? Niesreena tak paham yang ini..."

Apa?!

Ehhhh... tergeliat jugak menerangkan. Kena refresh memori bagai. Pastu kena terangkan sebaik-baiknya. Ntah Niesreena faham ke tak. Tapi dia angguk jer. Hehehe...

Banyak jugak Niesreena dok tanya pasal biologi. Aku pun dah dok pening. Akhirnya aku simpan komik biologi tu dan suruh dia baca fizik jer.

Actually kat sekolah dulu tingkatan 4 & 5 memang tak ambil matapelajaran fizik. Tapi bila baca komik ni rasa macam... Oh! Senangnya sains! Hahahaha... memang sesuai dengan nama komik ni.

Ni ke yang diorang belajar kat sekolah dulu??? Tapi rasanya... mesti berdabal-dabal susah kan?

Pagi tadi, sempat baca komik ni, cerita pasal macam mana kiter boleh nampak warna merah. Then ada cerita pasal warna macam kat bawah ni.

Rasanya macam salah jer. Bukan warna asas ialah Merah, Biru dan Kuning ke???

Ni mesti silap ni.

But overall, komik ni memang menarik! Memang korang akan rasa oh, senangnya sains...

Friday, December 12, 2014

Wolf, Penguins and Harimau Malaya!

11 December 2014

Banyak benda jadi tarikh ni, semalam.

First of all, tentulah anniversary perkahwinan aku dan enche Neezam yang ke 9 tahun. Alhamdulillah...

Selangor cuti hari ni bersempena dengan anniversary kitorang ni.... NOT!

Hahahah... perasan!

Selangor cuti bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor. So, Selangor cuti, aku pun cuti lah... Enche Neezam kerja sebab Nilai kerja. Huuhuhu...

So, aku ambil kesempatan bawak Niesreena dan Naufal ke

Big Bad Wolf 2014

Pagi-pagi, lepas breakfast dengan enche Neezam, terus aku dan little Khairuns gerak ke MIECC The Mines. Senang jer nak ke sana. Dari Nilai, lebih kurang 30 minit jer. Parking banyak dan aku cari parking betul-betul kat lift!

Masuk ke hall, terus rasa rambang mata! Banyaknya buku! Murah-murah!

~My favorite section - for my experiment - hehehehe~

~Novel serendah RM2 sebuah~

Ada pelbagai jenis buku dari pelbagai bahasa yang ada dijual kat sini. Penganjuran kali ni dibuka 24 jam dan akan tamat pada 16 December jam 9 malam. Haaa... saper tak pergi lagi tu? Gi lah serbu cepat!!

So, ini adalah sebahagian daripada buku-buku yang sempat aku grab hari ni. Kalau ikutkan ada banyak pilihan lagi. Tapi memandangkan tak larat nak bawak, terpaksalah buat beberapa kali saringan kat sat sana tadi - tinggalkan banyak buku! Huhuhu...

Kalau korang nak gi dan plan beli buku banyak, silalah bawak troli yer...

Buku pilihan Naufal. The most expensive of all I bought! Asalkan Naufal bahagia. Huhu... Nak nangis mama...

These 2 cooking books just RM5! Happy hour; 2-in-1 price!

Kalau tak, kedua-dua buku ni dah slash harga RM20 sebuah. Rezeki hari ni ada happy hour, dapat kedua-dua buah buku ni dengan RM5 untuk 2 buah buku. Yey!!!

Happy mama dapat banyak lagi koleksi buku masakan. Niesreena dan Naufal pun sama, happy! Dan yang penting... I survived with the kids. Enche Neezam risau gak aku nak gi dengan bebudak. Takut crowded sangatlah, takut susah nak handle budaklah... Tapi alhamdulillah... semua OK!

Malam tu, enche Neezam bawak kitorang gi tengok

Penguins of Madagascar

Sejak ada anak-anak ni, bila nak tengok wayang, terpaksa cari kartun jer. Ari tu tengok Big Hero 6. Best! Penguins of Madagascar pun best! Cute! Suara Naufal paling kuat gelak dalam panggung. Huhuhu...

Happynya hari ni. Ditambah lagi, Harimau Malaya dapat kalahkan Vietnam 4-2! Yey!!! Semoga skuad Harimau Malaya berjaya kalahkan Thailand pulak dan bawak balik piala AFF Suzuki lagi kali ni. Amin!

Dan esok! Nak gi bercuti!!!

\(^-^)/

Saturday, January 25, 2014

Beli-beli buku

Semalam Niesreena dapat duit Brim. Niesreena kata nak beli buku. Biasanya destinasi kitorang kalau nak beli buku tentulah ke Popular! Aku suka beli buku kat Popular ni sebab selalunya mesti ada potongan untuk member.

Pilih punyer pilih punyer pilih... akhirnya Niesreena terjumpa dan nak beli buku ni...

Running Man!

Adooiii ai. Komik kot. Aaahhh ye... Niesreena memang suka baca komik. Dulu asik layan komik Lawak Kampus jer. Sekarang dah pandai layan Ujang. Dan kali ni komik Running Man!

Niesreena memang suka tengok Running Man. Kalau malam Sabtu dan malam Ahad, sanggup tunggu Running Man start pukul 11 lebih dan habis pukul 2 lebih! Dok lah tergelak sorang-sorang. Hmmmm... kali ni nak komik plak? Dapat ker?

Sudah tentulah TIDAK!

Hehehe...

Ayah Niesreena tak kasi. Mahal tu komik ni. Sampai RM19.90! Baiklah cari buku yang lebih bermanfaat dengan harga macam tu. Hmmmmm... kalau harganya takat RM10 tu, mungkin bolehlah jugak kan?

Nak tahu pilihan Naufal?

Naufal nak sangat buku Rukun Iman tu. So, aku bagi bonus, beli buku Rukun Islam sekali.

Bagus perisian kedua-dua buku ni. Huraiannya yang lengkap dengan gambar yang menarik. Memang bagus untuk Niesreena dan Naufal serta aku jugak.

Ehemmmm... dan buku ni...

Mestilah untuk cik Juliet le Sweetheart.

Lepas ni kena masak sedap-sedap untuk enche Neezam dan anak-anak yer... Huhuhu...

back to top