♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Thursday, July 29, 2021

Bekal tiffin buat suami tercinta

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dah lama enche Neezam tak ke pejabat. Tapi dah beberapa hari ni, enche Neezam terpaksa pergi ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa urusan. 

Beberapa hari lepas, enche Neezam gi pejabat, aku sibuk siapkan tempahan sushi. Tak sempat nak tanya dia nak bawak bekal ke hapa. Lupa betul.

Malam tu aku tanya "tengahari tadi abang makan apa?". Makan Maggi jer katanya. Alamak... kesianlah pulak. Aku pun terlupa, kantin office mana bukak PKP ni.

Hari ni enche Neezam ke office lagi. Pagi-pagi aku dah prepare bekal untuk dia.


Suweeetttt 🥰 🥰 🥰



Sushi roll idako octopus

Seafood aglio olio speghetti

Alhamdulillah...


Monday, July 26, 2021

Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sekarang ni bila rindu kat emak abah, mesti nangis. Tapi tak nak call emak... sebab tak nak emak plak yang nangis. Tunggu rasa boleh control emosi, baru call. Buat macam biasa... gelak-gelak. Tak nak mak abah sedih dah susah hati.

Tapi bila tengok angka Covid-19 kat Malaysia ni makin hari makin naik, rasa kecewa, geram dan marah sangat. Dah puas duduk rumah tapi kenapa angka hari-hari makin naik jugak? Mana silapnya?

Nak marah pun tak tau nak marah kat saper.

Hari ni kes cecah 17k... giler... giler...

Tadi call emak... entah macam mana tercakap gak kat mak "Julie rindu sangat kat emak abah"... terus nangis...

Suara emak kat hujung talian pun dah sebak-sebak...

Emak kata "emak pun rindu kat Julie dan semua... sabar dan doa jer lah. Insya Allah boleh jumpa lagi. PM kata siapa yang dah suntik 2 dose mungkin akan dibenarkan merentas negeri."

Hmmmm... iyer jer lah tu... jangan harapan palsu jer sudahlah...

Bilalah boleh balik jenguk mak abah ni. Hari-hari doa semoga esok lebih baik dari hari ni. Hari-hari doa keselamatan dan kesihatan mak abah dan adik-adik yang jauh tu. Risau... lebih-lebih lagi sebab kawasan perumahan mak kat KL tu banyak sangat kes dan orang-orang yang positif covid tu tak reti nak duduk diam-diam kat rumah. Masih berani jalan sana-sini. Geram betul! Manalah kes tak asyik naik jer...

My little Khairunns kat rumah ni pun dah bosan duduk rumah, rindu nak berjalan. Tapi nak buat macam mana. Terpaksalah terperuk jugak kat rumah. Main kat luar rumah pun aku tak berani kasi. Kesian anak-anak mama.

Penat dah rasa duduk rumah. Aku pun kerja hari-hari masak sampai tak der idea dah nak masak apa.

Semalam enche Neezam beli petai... ada ikan pari dalam peti ais... buat ikan pari bakar.


Nak resepi, kat sini 

http://juliescookingwithluv.blogspot.com/2021/07/ikan-pari-bakar-sambal-petai.html

Tiba-tiba share resepi plak... tiberrrrr... huhuhu...


Tuesday, July 20, 2021

Aidiladha PKP @ D'bestari 16

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Salam Aidiladha semua!!!

Raya PKP lagi kiter kali ni. Huhuhu... sadis...

First time beraya haji kat rumah ni. Dulu masa kat Melbourne pernahlah beberapa kali beraya kat rumah sendiri. Tapi lepas tu berjalan ke rumah kawan-kawan.

Tapi kali ni, memang serius berhari raya dan terperuk jer kat rumah. Huhuhuhu... nak buat macam mana kan... sama jer kiter semua...

Pagi ni, sempat solat sunat hari raya dan enche Neezam bacakan khutbah. Rasa sayu jugak. Rindu sangat kat mak abah dan adik-adik. Ingatkan hari tu dapatlah beraya haji sama, tapi non hadooo...

Lepas makan, walaupun beraya sendiri jer kat rumah, kitorang tetap ambik gambar raya. Buat kenangan raya pkp... Waktu ni lah nak tepek bedak, celet eye liner dan pakai lepstek sikit. Huhuhu...







Rambut Neeyaz masih panjang. Masih tak nak potong rambut. Haisshhhh...


Biasanya setiap kali hari raya mesti buat nasi impit, kuah lodeh dan rendang. Tapi kali ni tukar selera sikit, buat laksa johor. Sedap tau resepi laksa johor ni. Untuk resepi, klik sini.




So, aktiviti hari ni, makan tidur makan tidur jer lah... macam biasa...

Harap-harap raya tahun depan dapatlah beraya dengan keluarga pulak. Rindu sangat dah kat emak abah dan adik-adik. Walaupun dalam gambar ada senyum, tapi dalam hati ni, rasa rindu yang membara-bara sangat. 

Tapi alhamdulillah... bersyukur sangat sebab dalam waktu macam ni, masih ada suami dan anak-anak. Jom lah kiter bosan bersama-sama. Huhuhu...




Wednesday, July 7, 2021

We are complete vaccinated! Yey!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... lega dah rasanya... kitorang dua-dua dah lengkap vaksin 2nd dose. 


Urusan vaksin sama macam masa 1st dose hari tu, cepat dan senang. Tak sampai 40 minit dari sampai di klinik kesihatan sehinggalah dibenarkan balik.






Sama macam 1st jab hari tu, lepas kena cucuk bahagian lengan yang kena cucuk tu memang ada rasa lenguh-lenguh... sangat... hingga sekarang ni.

Tapi enche Neezam lain plak. Ada macam rasa demam-demam sikit dan rasa lesu. Harap-harap esok dah ok lah.

Tak sabar nak tunggu giliran anak-anak pulak. Semoga semuanya dipermudahkan.

Wednesday, June 30, 2021

Happy Birthday, Julie ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

So.... I'm turning 41 years young. Huhuhu...

Alhamdulillah...

Tahun ni, macam biasalah, celebrate kiter-kiter jer lah kat rumah.

Nasiblah PKP, tak dapat nak request gi kedai emas. Huhuhu...

Tapi dapat ni...


Eheeemmmm... ye lah... paham... Jom ler kiter eksersaessss... Dok rumah asik menternak lemak jer kan PKP ni. Huhuhuhu...



Nway, thanks for the surprise enche Neezam. Terkejut tau! Dah lah bangun pukul 3 pagi! Haiiissshhhh...


Tuesday, June 15, 2021

Our 1st dose vaccine

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... selesai urusan vaksin 1st dose di klinik kesihatan pagi ni.

Masa dapat appointment dan tempat vaksin rasa seronok sangat. Klinik tempat cucuk pun hanya lebih kurang 2 km jer dari rumah. 

Urusan pagi ni pun sangat cepat dan mudah. Orang pun tak ramai, lebih kurang 20 orang jer. Appointment pukul 8.30 pagi, jam 9.10 dah settle semua. Alhamdulillah... 

Benda penting yang korang kena bawa untuk urusan suntikan vaksin ni ialah handphone yang korang install My Sejahtera dan kad pengenalan. Oooo dan juga pen, sebab ada borang yang perlu diisi.

Aku sangat bertuah sebab ada orang tolong isikan sekali borang aku. Huhuhu... thanks enche Neezam... 




Lepas verifikasi, kitorang diberi nombor giliran.



Kemudian, dipanggil lagi untuk doktor terangkan jenis vaksin yang akan disuntik dan apa kesan-kesan yang berkemungkinan terjadi selepas vaksin dan apa yang perlu kitorang buat kalau ada side effect. Kitorang hari ni dapat vaksin jenis Pfizer. Alhamdulillah...


Tak lama lepas tu terus dipanggil untuk cucuk. Tak sampai seminit dan memang tak sakit langsung.


Lepas cucuk kena tunggu dalam 15 minit sebelum dibenarkan balik. Sebelum balik, kitorang diberi Kad Vaksinasi Covid-19 dengan tarikh temujanji untuk 2nd dose. Insya Allah dalam masa tiga minggu lagi untuk suntikan seterusnya.

Alhamdulillah... bersyukur sangat dipermudahkan urusan semuanya hari ni.

Sebelum balik enche Neezam belanja ais krim. Yey!


Sunday, May 23, 2021

Dating saaatttt...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dating sat dengan enche Neezam. Alaaa bukan gi mana pun... Mitsui jeww...


Mitsui ni biasanya kemain ramai orang. Nak-nak kalau hari Ahad, macam hari ni. Nak cari parking pun susah.

Tapi hari ni.... sunyi sepi... bak kata enche Neezam, macam padang jarak, padang terkukur.


Walaupun tak berapa nak ada orang, kedai-kedai semua buka jugak seperti biasa. Ni belum buat lockdown lagi ni. Kalau lockdown nanti, macam manalah kan. Hmmm... bertabahlah...

Enche Neezam dapatlah jugak borong baju kerja sebeban. Jenama John Master tengah ada sales murah giler. Saper-saper nak cari baju kerja, bolehlah gi serbu. Memang murah giler.


Eh... ke jenama Julie Mangsor ni? Huhuhu...

back to top