♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Once upon a time. Show all posts
Showing posts with label Once upon a time. Show all posts

Monday, May 11, 2020

Yey! Chee cheong fun!

#pkp #mco #day13p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dah lama tak makan chee cheong fun. Chee cheong fun sedap aku pernah makan ialah kat Ampang Park masa kerja kat KL, bujang-bujang dulu. Selalu gi makan kat sana dengan cik Melur. Huhuhu... lama dah... Sekarang Ampang Park pun dah tak der. Semuanya tinggal kenangan.

Tempoh PKP ni memang kepala ni ligat fikir pasal makan jer. Dua tiga hari ni asik terfikir nak makan chee cheong fun jer. Maka kiter gigihkanlah buat.

Alhamdulillah... menjadi! Sedap!

Enche Neezam dan Niesreena bertambah-tambah makan! Seronok tengok. Naufal memang tak lah. Dia tak suka sayur, even carrot! Huhu...




Selain chee cheong fun, hari ni aku buat mi jawa. Tekak tak rasa nak makan nasi hari ni.



Enche Neezam pulak buat kuih sagu biru. Kemain biru! Terover dose katanya. Huhuhu... Pun bolehlah... janji sedap!



Thursday, January 17, 2019

#10yearschallenge with my princess

2009

Masa ni pregnant Naufal. Masa pregnant Naufal berat badan aku turun 13 kg. Memang kena tegur dengan gyne sebab berat badan turun banyak sangat. Padahal aku makan macam biasa jer - banyak. Huhuhu...

Reena masa tu 2 tahun lebih. Comel jer. Macam muka Neeyaz sekarang. Huhuh...

2019

Sekarang Niesreena dah 12 tahun. Baru jer birthday bulan 12 hari tu. Anak dara dah. Mama pun dah tak kurus. Susah sangat nak turun walaupun makan sikit. Huhuhu... Tak per lah... janji happy.

I love you my only princess!

Wednesday, December 26, 2018

Transformasi ruang makan dan dapur kering 2013-2018

Dah penghujung tahun 2018. Cepat betul rasa tahun ni. Tup tup dah hujung tahun.

Alhamdulillah... tahun 2018 ni baik-baik ajer. Banyak benda yang dapat dicapai dan banyak benda jugak yang sekadar tinggal angan-angan. Huhuhu...

Apa yang tinggal anggan-angan? Tentulah azam yang sama setiap tahun... nak KURUS! Muahahahhaahahha... Memang entah bila dapat capai. Kui kui kui... Makin gemuk ada lah... Enche Neezam yang makin kurus. Ishhh... jeles! Tapi malas nak ikut dia jogging. Cam ner? Heheheh...

Tak per lah... chubby pun chubbylah... janji happy... makan sedap... husband sayang... hahahaha... kata-kata nak sedapkan hati.

Insya Allah... kita bawak azam tersebut ke tahun depan plak. #azam2019

Selain nak kurus... huhu... salah satu azam tahun 2018 ni ialah nak decor-decor ruang tamu. Konon nak pasang panel tv... nak tampal tv kat dinding... nak beli perabot yang dah lama aku aim... tapi bahagian lain plak yang terdeco. Semuanya gara-gara sebab dinding ruang makan tercomot. So, fokus bertukar dari ruang tamu, ke ruang makan plak. Tapi deco ruang makan ni bukan mengambil masa setahun ni ajer. Malah bertahun-tahun! Tapi berkat sabar... alhamdulillah... impian terlaksana.

Kitorang pindah masuk rumah January 2013. Dulu masa dapat kunci memang first aim nak pasang kabinet dapur dulu. Tapi belum ada rezeki lagi. Bagi kewangan stabil dulu.

So, sabar jerlah dengan dapur yang besar tapi apa pun tak der... huhuhu...

Meja makan pun comel jer. Alhamdulillah cukup untuk kami berempat masa tu.

Macam rumah bujang jer kan. Huhuhu...

Tahun 2016, ada rezeki lebih sikit kitorang renovate dapur. Tambah dapur basah kat belakang dan dapur basah sedia ada kitorang jadikan bilik study.

Dapur basah.

Dapur kering.

Then baru mampu nak pasang kabinet dapur idaman. Memula angan-angan nak buat island kat tengan-tengah dapur tu, macam rumah omputeh. Huhuhu... tapi bila fikir-fikir balik... buat kaunter jer lah. Better!

Dapur memang kawasan yang paling aku suka kat rumah sebab tempat makan! Dan jugak tempat aku selalu mengajar Niesreena dan Naufal buat kerja sekolah... sampailah sekarang... walaupun dah ada balik study.

Lepas raya tahun ni, dinding kat ruang makan tu comot sikit. Lap-lap tak boleh hilang. Nak cat separuh kang pelik plak dinding tu jadinya. Terus timbul idea nak decor dinding kat dapur. Ingat nak pasang wallpaper... tapi bila survey kat kedai, tak der plak design yang berkenan.

Bila tengok-tengok kat youtube pasal wall decor, tiba-tiba terjumpa plak pasal wainscoting. Tanya upah kontraktor buat, memang mahal! So, aku buat sendiri! Diy jer. Jimat!

Belajar buat kat youtube. Nampak senang. Gigih ukur dan buat kira-kira. Pastu cari kayu. Pasang sendiri.

Dua hari... settle tampal wainscoting kat dinding dan cat. Aku tampal wainscoting... enche Neezam tolong cat.

Pastu diy tampal cermin kat dinding. Cermin-cermin tu aku beli kat kedai Eco jer. So kos untuk cermin-cermin ni cuma RM40 jer.

Then pasang lampu led bawah kabinet tu. Lampu beli kat Mr DIY.

Pastu tukar lampu gantung dan tampal frame agar dinding tak nampak kosong sangat.

Alhamdulillah... tukar sikit-sikit, decor sikit-sikit, akhirnya jadilah hasilnya macam sekarang.

<

Biasa barang-barang decor yang aku beli pun murah-murah jer. Macam frame-frame dan alas-alas tu sumer aku beli kat Mr DIY yer, ayat kursi tu dah lama dah beli online, lampu kat Nilai 3 harganya tak sampai RM100 pun, pokok pisang tu kat Cowbow RM35 jer. Kalau ikutkan berkenan yang SSF punya, tapi harga diaaaaa... hmmmm... tak per lah... Nak rumah cantik, tak semestinya kena pakai barang mahal. Setuju tak?

Alhamdulillah... bersyukur atas rahmat yang Allah berikan. Settle lah dekor dua bahagian ni. Satu jer lah... kalau korang perasan, langsir jer tak bertukar-tukar. Huhuhu... Tak per lah... ok lagi... Baru 5 tahun, lagi 5 tahun baru kiter tukar yer. Boleh?

Tengah kumpul duit sikit-sikit. Insya Allah azam 2019 kiter decor ruang tamu plak. Ruang tamu sekarang memang simple habis. Saper nak tengok transformasi ruang tamu? Jom follow blog juliet le sweetheart ni yer. ❤

#dbestari16 #rumahneezamjulie

Sunday, December 18, 2016

Minggu 18 | Mengidam...

Alhamdulillah... minggu ni dah masuk minggu ke 18 mengandung.

Sebenarnya dah beberapa minggu teringin nak makan sambal tempoyak. Tapi bukan sambal tempoyak sebarangan. Aku nak makan sambal tempoyak version yang emak selalu buat. Aku tak suka sambal tempoyak yang dah siap dijual kat restoran-restoran tu, kurang sedap! Nak macam emak buat jugak!

Bahan-bahan semua dah ada kat rumah. Tapi tak terbuat jer. Maklumlah... aku pun, sejak little Khairuns tak der kat rumah, memang aku tak memasak langsung.

So, memandangkan hujung minggu lepas kitorang bercadang balik ke rumah emak, aku bawaklah semua bahan-bahan dan mintak emak buatkan.

Tengah malam hari Jumaat tu baru sampai. Emak pun dah tidur. Mamai-mamai jer sambut kitorang balik. Aku cakap kat emak, aku teringin nak makan sambal tempoyak emak.

Esok pagi, aku bangun sembahyang subuh, tengok... sambal tempoyak dah terhidang atas meja!

Oooooooooo... sayaaaaaang sangat kat emak!!! 💖💖💖

Siap ada roti gardenia. Emak kata makan dengan roti dulu. Sebab pagi ni enche Neezam nak gi sarapan nasi dagang. Kang hidang nasi, takut terkenyang pulak. Meleleh air liur tengok sambal tempoyak sedap. Huhuhu...

Ya Allah! Sedap giler sambal tempoyak emak!

Terima kasih emak! Lepas dah mengidam.

Semalam, emak sempat rebus ubi kayu. Makan dengan sambal tempoyak emak. Subhanallah! Sedapnya!

~~(^-^)~~

Throwback sikit...

Dulu masa mengandungkan Niesreena, aku mengidam nak makan lala. Cari-cari lala, susah plak nak jumpa. Akhirnya emak jumpa jugak lala kat Jusco Wangsa Maju. Tapi kecik-kecik dan tak fresh sangat. Emak masak macam biasa, macam yang aku suka. Tapi rasa tak puas sebab lala tak fresh.

Pastu Enche Neezam siap bawak aku gi Serkam, Melaka. Makan lala kat sana. Lala fresh! Tapi rasa tak puas hati jugak. Sebab diorang masak tak sama macam yang aku suka. Hahahhaa... macam-macam!

Aku suka yang macam emak masak jugak!

Resepi lala goreng meletup di sini.

Pastu teringin nak makan martabak Singapore. Enche Neezam sanggup bawak aku ke JB demi mencapaikan hajat mak buyong. Maklumlah... masa tu mengandungkan anak pertama. Sanggup jer lah kan... Huhuhu...

Masa mengandungkan Naufal, kat Melbourne. Tak ingat dah mengidamkan apa masa tu, tapi memang teringin nak makan makanan kat Malaysia. Nak buat sendiri tak pandai. So, tak dapatlah makan hinggalah bersalinkan Naufal. Sedih betul.

Tapi... korang pernah dengar tak... kalau ibu mengandung mengidam, pastu tak dapat makan apa yang diidamkan tu, nanti baby air liur meleleh. Haa... pernah dengar tak?

Hahahha... jangan tak percaya... air liur Naufal memang meleleh jer. Setiap masa nak kena pakai bib. Seingat aku air liur dia meleleh sampai 2 tahun lebih. Sian aku tengok. Nasib baiklah baby comel. Hehehe...

Apapun alhamdulillah... bersyukur sangat sebab tak der lah mengidam benda yang bukan-bukan. Setakat ni tak der lah teringin nak makan sabun ke, besi ke kan... huhuhu...

Para suami tu, kalau isteri mengandung mintak nak makan apa-apa tu, cubalah carikan. Sian tau isteri mengandung... Lagipun bukan mama dia yang nak makan, baby yang nak makan... Eh! Ye ke?

"Panjang bayi anda sekarang sekitar 14.2sm dari hujung kepala ke punggung dan berat sekitar 190g. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Imbasan ultrabunyi semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat.
Semasa imbasan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkok dan meluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda dapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.
Jika bayi anda perempuan, faraj, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika dia lelaki, alat kelaminnya sudah jelas dan boleh dicam."

Sumber : babycenter.com.my

Saturday, December 3, 2016

Minggu 16 | Pembawakan budak?

Pernah dengar ayat 'pembawakan budak'? Orang tua-tua suka cakap ayat ni.

Yang aku faham lah kan... maksud ayat ni macam apa-apa perubahan pada si ibu mengandung samada dari segi emosi, fizikal dan kesihatan.

Kadang-kadang ibu mengandung jadi berseri sangat bila mengadung dan ada jugak ibu mengandung yang nampak lesu, hitam dan hidung pun mengembang bila mengadung.

Betul! Tak percaya?

Dulu masa sebelum mengandungkan Niesreena, aku suka bersolek. Tapi bersolek sikit-sikitlah; setakat tepek bedak dan eyeliner. Bukanlah sakan sangat. Tapi bila mengandung Niesreena jadi selekeh habis! Nak tepek bedak pun malas. Baju gi kerja pun malas nak gosok.

Ni gambar tahun 2006 masa mengandungkan Niesreena. Memang nampak selekeh betul! Huhuhu...

Masa mengandungkan Naufal pulak, suka sangat bersolek. Nak pakai contact lens kaler-kaler, eye shadow bagai. Huhuhu...

Inilah pembawakkan budak.

Bawah ni plak gambar tahun 2008, masa ni mengadung 5 bulan. Nampak berseri sikit kan? Masa ni pun berat badan asik turun jer. Sebab tu lah kurus.

Selain dari segi fizikal, pembawakan budak ni jugak terkesan dari segi emosi dan kesihatan.

Macam aku sendiri sekarang ni, masa sebelum mengandung aku suka sangat bau sabun mandian Detol tapi bila mengandung, tetiba tak tahan bau Detol. Rasa macam busuk sangat. Even bila enche Neezam mandi pakai sabun tu, aku akan suruh dia mandi balik dan bersihkan toilet semula. Tak nak ada bau tu. Boleh muntah!

Begitu jugak dengan bau minyak wangi enche Neezam... Dulu memang aku suka bau dia, tapi sejak mengandung, memang rasa loya sangat. Muntah sehendak-hendaknya bila terbau! Seksa betul. Terpaksalah enche Neezam bawak minyak wangi tu gi opis. Huhuhu...

Dari segi pemakanan pun pelik. Dulu aku memang tak suka beli bihun goreng biasa. Tak pernah beli bihun goreng kat kedai sebab aku rasa bihun goreng kat kedai tak boleh lawan bihun goreng aku masak sendiri. Huhuhu...

Tapi sejak akhir-akhir ni, suka sangat makan bihun. Kalau selang 3 hari tak dapat bihun goreng, rasa menggigil kaki tangan. Punyerlah teruk! Kalau tak dapat bihun goreng, dapat bihun sup pun jadilah... asalkan bihun. Kosong macam mana pun, nampak kejung macam mana pun bihun tu, tetap nampak menyelerakan bagi aku. Haaaiiiissshhhh! Memang kes teruk! Huhuhu...

Dan sejak mengadung ni, aku jadi menjadi agak malas. Adakah itu pembawakan budak jugak? Huhuhu... Aku rasa aku jadi malas sebab husband terlalu manjakan kot. Semua benda dia tak kasi buat... Semua enche Neezam nak buat; kemas rumah, vakum rumah, mop rumah, uruskan kain baju dari membasuh sehinggalah menyusun baju berlipat ke dalam almari semua husband yang buat. Aku balik kerja, makan, tidur. Pagi; bangun tidur terus siap-siap gi kerja. Baju pun enche Neezam tolong gosokkan. Bertuah sungguh! Alhamdulillah... I'm a lucky girl!

Apa-apapun... pengalaman mengandung ni sebenarnya memang magic. Kadangkala sukar difahami. Tapi itulah pengalaman manis yang Allah berikan bukan sahaja untuk yang bakal bergelar ibu tapi untuk bapa jugak.

Wednesday, September 23, 2015

Menjiwai hari Arafah

Wuquf merupakan rukun haji paling penting, yang membezakan di antara haji dan umrah. Inilah kemuncak ibadah haji, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:-

“Haji itu adalah wuquf di Arafah” - Hadis sahih riwayat at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah.

Hari Arafah merupakan hari yang terbaik dan juga merupakan salah satu dari hari-hari sepuluh yang paling disukai ALLAH untuk melakukan amalan soleh, seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:-

“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai ALLAH dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (awal Zulhijah)”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bukan jihad di jalan ALLAH?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan ALLAH juga tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikit pun dari jiwa dan hartanya itu (iaitu menemui syahid).” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari.

Inilah juga hari di mana ALLAH membebaskan hamba-hamba-Nya dari api neraka, dan ALLAH membangga-banggakan mereka yang hadir di Padang Arafah ini di hadapan para malaikat. Rasulullah SAW bersabda:-

“Tidak ada satu hari di mana pada hari itu ALLAH paling banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka selain dari hari Arafah. Sesungguhnya Dia amat dekat (dengan mereka pada hari itu) kemudian Dia membangga-banggakan mereka di hadapan para malaikat, kemudian Dia berfirman: “Apa yang mereka inginkan?” - Hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Pada hari perhimpunan manusia yang begitu ramai ini juga, ia sudah pasti mengingatkan mereka yang hadir di padang Arafah ini kepada suatu perkara yang amat agung dan besar, iaitu perhimpunan terbesar manusia di padang mahsyar di akhirat kelak, seperti firman-Nya dalam Surah Hud :103:

“Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk”.

Di hari Arafah ini juga, menjulangnya semangat ukhuwah Islamiah dan penyatuan umat Islam seluruh dunia tanpa mengenal sempadan, bangsa, bahasa, warna kulit, antara tuan dan hamba, tua dan muda, kaya dan miskin, antara kuat dan lemah, raja dan rakyat, mulia atau hina.

Di tempat ini, ALLAH mengajar kepada manusia satu pelajaran dan hikmah yang besar amat maknanya iaitu tentang kebersamaan dan persamaan, di mana semua jemaah haji menuju kepada Tuhan yang satu, kiblat yang satu, Nabi yang satu, kitab yang satu, ibadah yang sama, solat pada waktu sama, berjemaah dengan imam yang satu, wuquf pada hari, waktu dan tempat yang sama, melontar jamrah dengan peraturan yang sama, berpakaian ihram sama warna, bahkan bertalbiah dengan laungan sama.

Inilah hari di antara hari-hari terbaik untuk kita berdoa kepada ALLAH. Baginda SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan nabi-nabi sebelumku adalah (kata-kata) tiada Tuhan melainkan ALLAH, Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya pemerintahan (yang hakiki) dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu” - Hadis hasan riwayat at-Tirmizi.

Bahkan berdoa pada hari Arafah ini juga bukan sahaja digalakkan kepada jemaah haji, tetapi juga disunatkan kepada umat Islam di seluruh dunia, walaupun tidak berada di padang Arafah bermula dengan tergelincir matahari di bumi Arafah sehinggalah terbenam matahari 9 Zulhijah.

Malah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, disunat untuk berpuasa sunat pada hari ini dan ganjarannya amatlah besar: “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada ALLAH agar dia menghapuskan (dosa-dosa kecil) setahun sebelumnya dan setahun selepasnya”. - hadis riwayat Imam Muslim.

Moga-moga dengan perhimpunan sebegini akan menambahkan lagi keimanan kita, menguatkan lagi hubungan kita dengan ALLAH, serta menjadikan hati kita tunduk merendah diri kepada Tuhan yang menguasai alam ini dan menguasai hari pembalasan kelak.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Dan untungnya mereka yang dapat berpuasa pada hari ini.

Kenangan di Jabal Rahmah, Arafah tahun lepas.

Miss this moment a lot! Semoga Allah memberikan kitorang peluang untuk ke sana lagi...

Sunday, September 20, 2015

Rompak lagi! Aku trauma...

إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Pagi semalam dikejutkan dengan satu lagi kes rompakan berdekatan dengan kawasan rumah. Yup! Kat U***. Tapi kat kawasan perumahan staff.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْم

Jantung aku terus berdegup kencang! Terus teringat kejadian 22 Feb yang lalu.

Waktu kejadian sama macam kitorang kena dulu - antara jam 3 pagi. Beberapa orang penghuni wanita bujang, diikat. Alhamdulillah... diorang tak diapa-apakan. Tapi semua barang berharga diambil perompak.

Kesiannya diorang... Mesti trauma...

Sejak kejadian yang menimpa kitorang masa cuti tahun cina yang lepas, aku memang trauma sangat. Telinga jadi lebih sensitif dan jantung mudah berdegup kencang bila terdengar something yang lain macam sikit. Bunyi cicak pun aku dah terkejut.

Selama beberapa bulan sejak kejadian, aku jadi takut setiap kali menjelang malam. Asyik mengigau, meracau dan menangis. Tidur tak pernah betul-betul lena. Setiap pukul 3 lebih, automatik terjaga dan jantung berdegup kencang.

Allah...

Setiap kali terjaga tu, aku akan meninjau-ninjau keluar rumah. Tengok anak-anak yang sedang tidur dan pastikan dalam rumah memang tak der orang asing. Nak bukak pintu bilik tidur pun perlahan-perlahan dan intai dulu sebelum keluar dari bilik. Memang takut sangat!

Alhamdulillah... lepas beberapa bulan, aku overcome rasa takut tu. But still, sesekali terjaga jugak tengah malam. Tapi tak lah sekerap dulu.

Semalam, bila dapat tahu berita rompakan tu, jantung aku tetiba berdegup kencang semula. Rasa takut dulu tu tiba-tiba datang balik. Takutnya... masih ada perompak berdekatan dan aim rumah-rumah kat sini. Aku takut, diorang akan datang ke rumah kitorang semula!

Malam tadi... jadi balik... Susah nak tidur. tidur tak lena dan terjaga pukul 3 lebih, dok intai-intai kat luar dan bila tertidur semula.... meracau-racau sebab mengingau...

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Ya Allah... jauhkanlah rumah kami ni dari mata-mata mereka yang berniat jahat ya Allah...

Aku memang takut dan serik sangat. Lepas kejadian dulu, pihak universiti ada pasang penggera keselamatan kat rumah dan tingkatkan kawalan keselamatan. Tapi gantirugi satu sen pun tak dapat! Of courselah mula-mula dulu ada sedikit kekecewaan sebab banyak harta benda personal banyak hilang, berpuluh ribu! Mental pun terjejas! Padahal kitorang wajib duduk kat rumah ni sebab tugas husband. Enche Neezam tetap amanah dan setia nak jalankan tanggungjawab yang diberikan pihak universiti.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Apapun, aku tak nak kufur nikmat. Aku redha. Aku bersyukur sangat sebab kitorang suami isteri masih selamat dan tak diapa-apakan secara fizikal oleh perompak-perompak jahanam tu. Anak-anak pun diorang tak bangunkan dari tidur masa kejadian tu.

Alhamdulillah... itulah yang paling aku bersyukur sangat. Barang hilang, ada rezeki boleh cari baru. Tapi suami dan permata hati, memang tak der galang ganti.

Sunday, September 6, 2015

Jom buat bantal batu seremban bersama Niesreena

Korang! Pernah main batu seremban?

Dulu aku selalu main batu seremban dengan kengkawan sebaya, dengan sepupu-sepupu. Cari batu kat yang cantik-cantik. Kalau balik kampung, kat rumah opah, ada banyak sangat batu kerikil putih. So, kutip yang elok-elok dan saiz yang sesuai dan simpan, bawak balik rumah untuk main dengan kengkawan.

Kadang-kadang tu buat batu seremban, macam bantal tu, dengan kengkawan.

Budak-budak sekarang, tahu ke main batu seremban?

Ada yang tahu jugak. Niesreena tahu batu seremban, tapi dia tak tau macam mana main.

Beberapa minggu lepas, Niesreena balik sekolah, bawak balik bantal batu seremban. Niesreena beli kat sekolah. Satu set 5 bantal seringgit. Aku tengok bantal batu seremban tu leper jer, dah kurang isi. Rupa-rupanya dah bocor. Haiiisssshhhh...

So, hari ni, projek aku dan Niesreena ialah buat bantal batu seremban!

Last sekali aku buat bantal batu seremban ni masa sekolah dulu. Tu pun bukan yang kon macam ni. Tapi yang empat segi, leper macam bantal. Niesreena yang beria-ia sangat nak buat, nak menjahit, so aku bagi dia buat sendiri. Tapi geram pulak tengok dia terkial-kial.... Huhuhu...

Kebetulan ada kain sekolah Niesreena yang dah rosak.

Mula-mula buat ukuran 8cm x 4cm dan gunting.

Untuk mengelakkan isi mudah keluar, kiter kena buat jahit 2 kali. Mulakan dari bahagian luar, kemudian terbalikkan dan jahit sekali lagi. Hmmmm... paham tak?

Ok, memula lipat 2 kain tu dan jahit pada 2 bahagian, macam bentuk L.

Ini hasil jahitan Niesreena.

Yang bawah ni bukan... huhuhu... Aku pun dah lama tak menjahit. Dan memang tak pandai menjahit pun... Huhuhu...

Then, terbalikkan kain yang dah dijahit ni, luar ke dalam, dan jahit sekali lagi.

Dan kemudian terbalikkan luar ke dalam sekali lagi.

So, dengan jahitan macam ni, isi batu seremban ni takkan mudah keluar dari uncang.

Kemudian isikan kacang hijau atau beras ke dalam uncang dan jahit bahagian atas untuk tutup uncang tu.

Cerita pasal isi uncang... hahahaha... iklan jap eh....

Dua hari ni enche Neezam kerja. Malam tadi pukul 4 pagi baru balik, pukul 7.30 pagi tadi dah pergi lagi. So, pagi tadi kirim kat enche Neezam kacang hijau, untuk isi dalam uncang batu seremban ni. Enche Neezam kata "Insya Allah... kalau ingat".

Niesreena takut ayah dia terlupa, so Niesreena watsapp ayah dia lagi, ingatkan ayah untuk beli kacang hijau. Niesreena bagitau ayah, Niesreena nak kacang hijau sebab nak buat batu seremban. Bila ence Neezam balik petang tadi Niesreena terus tanya, "Ayah beli tak kacang hijau?" Enche Neezam dengan kompidennyer kata, "Ada... kat dapur". Niesreena excitedlah. Sebab dia dah siapkan uncang. Tinggal nak masukkan kacang hijau jer.

Tapi...

beberapa minit lepas tu, Niesreena datang kat aku dan bisik... "Mama... Reena tak jumpa kacang hijau, tapi Reena jumpa ni". Niesreena tunjuk secekak KACANG PANJANG!

Eeeerrrrkkkk... jangan cakap enche Neezam tersalah beli?!

Then aku tanya kat enche Neezam, "abang beli kacang hijau ke kacang panjang?"

Enche Neezam terus terdiam, tergamam sekejap dan kitorang terus tergelak besar! Sah! Enche Neezam memang penat sangat bekerja. Sampai bengong jadinya....

Sian laki aku...

So, disebabkan kitorang tak boleh nak letak kacang panjang dalam uncang batu seremban ni. Terpaksalah aku korbankan beras basmati kat dapur untuk dimasukkan dalam uncang ni...

Siap!

Seingat aku, masa main dulu, ada main batu 5 dan ada jugak batu 7. Amazingly, aku masih ingat macam mana nak main batu seremban. Dapatlah ajar Niesreena main.

Penat terus tertidur.

So, korang, ingat tak macam mana nak main batu seremban? Jom tengok video ni. Bolehlah kite ajar anak-anak kiter permainan tradisi yang kiter main masa kecik-kecik dulu.

back to top