♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Sunday, April 3, 2022
Saturday, November 10, 2018
Masa Bekerja Pun Boleh Berdakwah
Artikel enche Neezam hari ni. Macam biasa di akhbar Harian Metro sisipan Minda.
Artikel penuh di bawah ni. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.
Masa Bekerja Pun Boleh Berdakwah
Dakwah boleh difahami sebagai usaha mengajak orang lain mendekati Allah SWT, menyeru mereka ke arah kebenaran dan seterusnya dapat mengikut apa yang digariskan dalam ajaran Islam. Ia adalah satu kewajipan di atas bahu setiap Muslim yang mempunyai kemampuan, tidak mengira kaedah (uslub), kumpulan sasaran (al-mad’u), lokasi dan masa. Dakwah adalah tugas Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan da’i atau pendakwah pertama semenjak Islam diturunkan.
Banyak perintah Allah SWT ditujukan kepada Rasulullah SAW supaya melaksanakan tugas dakwah secara berkesinambungan seperti Firman Allah yang bermaksud: “…dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” (Surah Al-Hajj, ayat 67)
Walaupun banyak gesaan dalam al-Quran supaya Rasulullah SAW berdakwah tetapi perintah Allah SWT itu juga ditujukan untuk seluruh umat Islam.
Dakwah adalah suatu usaha mengajak manusia melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar.
Dr Sayyid Muhammad Nuh menjelaskan dengan spesifik dalam bukunya Taujihat Nabawiyyah ‘Ala al-Thariq akan konsep amar makruf dan nahi munkar ini. Al-Ma’ruf adalah suatu konsep yang mencakupi semua perkara atau amalan yang diterima dan diredai Allah SWT. Contohnya ibadah khusus seperti solat, berpuasa, berzakat dan sebagainya dan juga ibadat umum seperti adil, mematuhi undang-undang, amanah, mengotakan janji dan ‘iffah yang bermaksud mencela diri daripada perkara yang haram. Maka amar ma’ruf itu bermaksud mengajak atau mendorong orang lain untuk melaksanakan amalan mulia yang khusus dan umum demi kesejahteraan diri, masyarakat dan mendapatkan keredaan-Nya.
Al-Munkar pula adalah suatu konsep yang mencakupi semua amalan yang tidak diredai dan dibenci Allah SWT. Ia merangkumi segala perbuatan zahir dan batin seperti riyak, hasad dengki, bermusuh-musuhan, meninggalkan ibadah khusus, mencuri, berzina, khianat, berbohong dan sebagainya. Maka nahi munkar difahami sebagai memperingatkan dan mengajak orang lain untuk mengelakkan dan membersihkan diri daripada melaksanakan kemungkaran dan amalan keji yang mengundang kemurkaan-Nya.
Di dalam dunia pekerjaan, seorang Muslim bertanggungjawab berdakwah. Tidak kira apa kategori pekerjaan, sama ada bekerja di pejabat berhawa dingin, di tapak pembinaan hatta di ladang dan sawah sekalipun, tanggungjawab sebagai da’i terletak di bahu kita. Ia selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang munkar, dan beriman kepada Allah.”
Usaha berdakwah di tempat kerja ini jangan disalahertikan dengan pengertian sempit. Dakwah bukan bermaksud mengajak manusia melupakan tanggungjawab bekerja dan melaksanakan amal ibadah yang spesifik semata-mata. Bekerja itu sendiri satu ibadah apa lagi jika ia diniatkan kerana Allah SWT dan dilaksanakan penuh amanah, fokus dan ikhlas. Usaha dakwah juga jangan ditafsirkan sebagai ‘hendak tunjuk alim’ atau ‘hendak tunjuk pandai’. Jika begitu, semua orang akan takut berdakwah kerana seorang da’i yang memberi dakwah tidak mahu dipandang sebagai penyibuk manakala yang menerima dakwah pula berasa tidak selesa dan menganggap dakwah itu tidak bermanfaat.
Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan seseorang yang berdakwah ke jalan Allah SWT akan mendapat balasan setimpal dengan usahanya seperti mana firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali-Imran, ayat 104)
Sebagai da’i dalam konteks dunia pekerjaan, seseorang itu perlu terlebih dulu memperlengkapkan dirinya supaya usaha dakwahnya menjadi sempurna. Tidaklah nanti orang lain mengatakan ‘nak betulkan orang lain, diri sendiri tunggang-langgang.’ Akhlak dan keperibadian diri yang baik perlu dibentuk dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai yang terbaik. Kejayaan Rasulullah SAW dalam usaha dakwahnya sehingga berjaya menarik minat kaum keluarga, sahabat dan umat manusia di zaman Jahiliyyah dulu turut bertitik tolak daripada keperibadian baginda yang teguh keimanannya, cukup berlemah-lembut, molek budi pekerti dan tutur bicaranya.
Seseorang da’i juga perlu memiliki kekuatan intelektual dan spiritual supaya dirinya sendiri arif akan apa yang hendak didakwahkan dan orang yang menerima dakwah turut faham dan mudah mengikut dakwahnya. Jika da’i tidak mampu memahami dan menguasai ilmu pengetahuan mengenai ajaran Islam, ditakuti usaha dakwahnya akan menjadi sia-sia dan diperlekehkan orang yang cuba didekatinya itu. Bahkan, yang lebih ditakuti lagi apabila apa yang cuba didakwahkan itu sebenarnya tidak selaras dengan perspektif Islam dan boleh memesongkan fahaman orang lain mengenai kesyumulan ajaran agama Islam.
Berdakwah di tempat kerja bukan sesuatu yang sukar sebenarnya. Untuk berdakwah pelbagai manhaj atau kaedah dakwah boleh diaplikasikan seperti penulisan, perbualan, mahupun perbuatan untuk menarik minat dan kesedaran orang lain untuk terus berpegang teguh kepada syariat Islam. Misalnya ringankan mulut menegur rakan yang suka ‘mencuri tulang’ untuk minum pagi dengan cara mengingatkan mereka akan pentingnya bersikap amanah kepada majikan bahkan kepada diri sendiri. Ataupun memberi teguran terhadap amalan bergosip, mengumpat dan mengata orang lain yang memang menjadi ‘hobi’ ketika bekerja di kalangan sesetengah daripada kita. Begitu juga apabila kita dapati ada rakan yang mengambil ringan kewajipan menunaikan solat. Mereka perlu diingatkan, walau sesibuk mana sekalipun bekerja, kita tetap perlu mendirikan solat yang merupakan tiang agama. Namun, harus diingat segala peringatan dan teguran perlu dibuat dengan tegas tetapi lembut, merendah suara dan berhikmah. Bukan secara kasar, mengherdik atau menghina.
Dakwah melalui perbuatan juga sangat memberi kesan dalam usaha mengajak orang lain beramal ibadah dengan sempurna. Menjaga amal ibadah khusus, tidak lokek memberi senyuman, membaca al-Quran ketika ada kelapangan, ringan tulang membantu orang lain, sopan santun, menjaga kebersihan diri dan sebagainya adalah contoh perbuatan yang boleh menggetarkan kesedaran orang lain untuk mengikut amalan baik yang kita contohkan.
Dakwah turut boleh disampaikan melalui kaedah penulisan. Trend menghantar e-mel, mesej dalam perisian WhatsApp atau Telegram, atau salinan nota yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan ajaran Islam yang spesifik seperti tauhid, ibadah, adab, muamalat dan sebagainya juga efektif dalam mengetuk hati pembacanya untuk terus tawaduk dan patuh dengan perintah Allah SWT. Sebagi ketua jabatan atau pengurus organisasi misalnya, seseorang juga turut boleh memekarkan usaha dakwah degan pelbagai cara. Antaranya, mewujudkan amalan di mana dalam seminggu diperuntukkan sejumlah masa untuk semua pekerja bersama-sama membaca al-Quran dan memahami akan tafsirnya. Begitu juga sebelum memulakan sesuatu mesyuarat atau perbincangan kumpulan, tazkirah ringkas boleh disampaikan meliputi apa saja konteks ilmu yang berkaitan Islam mahupun isu semasa yang mendasari kehidupan seharian.
Janganlah kita segan-segan alang dan berputus asa untuk terus menyampaikan apa yang baik kepada rakan di tempat kerja kerana ia memberikan manfaat yang tiada tolok bandingnya kepada semua pihak termasuk diri kita sendiri.
Penulis Pensyarah Kanan di Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Wednesday, May 16, 2018
Friday, September 22, 2017
Saturday, September 2, 2017
Qurban dan aqiqah
Salam Aidiladha buat semua!
Alhamdulillah... tahun ni mak dan abah masing-masing melaksanakan ibadah korban dan kitorang buat aqiqah. Surau buat korban hari ni memandangkan semalam hari Jumaat dan takut tak sempat nak siapkan sembelihan.
So, mak, abah dan enche Neezam sibuk kat surau hari ni. Aku kat rumah jer lah, jaga Khairunn-Khairunn yang bertiga tu.
Alhamdulillah... bersyukr dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan.
Sunday, May 14, 2017
Tahnik Khairunneeyaz
Terima kasih ayah tok, Haji Mohd Noor Abdullah sudi mentahnik Khairunneeyaz.
Alhamdulillah... Semoga Allah sihatkan tubuh badan baby Neeyaz.
Aminnn....
Sunday, September 11, 2016
Aidiladha 1437HKorban dan aqiqah
Semalam kitorang dah tiba kat Segamat. Sambut raya haji kat sini tahun ni.
Insya Allah esok adik ipar aku nak buat majlis aqiqah untuk baby dia. So, hari ni, diorang gi 'pinang' kambing. Naufal gi ikut sekali rombongan meminang kali ni. First time Naufal ke kandang kambing.



Kat Wasilah Farm ni ada banyak sangat kambing dan lembu. Comel pulak tengok anak-anak kambing kat kecik-kecik tu.


Siap ada pusat asuhan anak kambing tau! Jangan main-main. Kambing-kambing kat sini mesti baik-baik ni...


Dah pilih-pilih kambing, sebelum sembelih, diorang bawak dulu kambing tu gi jalan-jalan satu kampung naik motor. Tak tau plak apa sebab diorang buat cam tu. Nak bagi kambing tu pening dulu kot. Huhu...


Naufal punyalah takut tengok kambing kena sembelih. Sampai tak berani nak tengok. Aku pun tak sampai hati nak tunjuk gambar kat sini.

Apa-apapun, semuanya dah settle, siap sembelih dan lapah. Insya Allah, majlis aqiqah esok dan bersempena dengan hari raya korban sekali. Semoga semuanya dipermudahkan...
Sunday, May 15, 2016
Fitnah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Allah SWT menegaskan
"Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..."
(surah Al Baqarah ayat 217)
Dan andai engkau tidak bertaubat dari dosa fitnahmu serta tidak memohon kemaafan dari saudara yang kamu fitnahi itu baik berupa kata-kata, tulisan mahupun gambar, maka ingatlah tempat tinggal kamu selepas mati adalah di dalam neraka yang menyakitkan.
Syurga nan indah tidak pernah disediakan buat para pemfitnah.
Firman Allah yang bermaksud
"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan."
(Surah Al-Hujurat: 6)
Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Rasulullah bersabda yang bermaksud
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
#alhamdulillah #tabungpahala #peringatanuntukdirisendiri #selamatmalam #assalamualaikum #terimakasihkawan #deep
Thursday, December 24, 2015
Sunday, October 25, 2015
Tips | 18 ways to deal with stress
السلام عليكم
Jom mulakan hari dengan aura yang positif dan jangan stress stress yer...
y(^^)y
Wednesday, October 14, 2015
Resepi | Kurma telur rebus
السلام عليكم
Cuti hari ni! Yey!
Korang kemana? Aku dan little Khairuns dok rumah jer hari ni. Budak-budak kena study sebab musim peperiksaan. Dan enche Neezam pulak sepanjang hari ni sibuk dengan persediaan nak bawak bebudak Permata Insan ke Korea esok.
Ok! Hari ni aku nak kongsi resepi. Dah lama tak kongsi resepi kat blog. Resepi mudah jer hari ni.
Kurma Telur Rebus
Dulu masa kecik-kecik emak aku selalu masak kurma telur rebus ni bila dapat telur dari rumah orang kahwin. Tapi sekarang ni, dah susah nak jumpa orang bagi telur masa kenduri kahwin. So, kenalah rebus telur sendiri yer... Huhuhu...
Resepi ni sebenarnya sangat mudah! Seriously! Kalau korang beli rempah kurma adabi, korang boleh rujuk jer kat resepi belakang plastik rempah tu. Tapi kalau korang tak pakai rempah kurma adabi, then, sini aku kongsikan resepinya.
Bahan-bahan yang diperlukan
8 biji telur yang direbus dan dikopek kulit 5 biji bawang merah 2 biji bawang putih 1 inchi halia 1 paket rempah kurma 1 biji cili merah potong panjang (bunga) 1 biji bawang besar dibelah empat 2 biji kentang, dibelah lapan Santan Asam keping (kecil)
Cara-caranya
- Telur yang telah direbus tu kemudiannya digoreng sehingga kekuningan. Keluarkan dari kuali dan tuskan minyak.
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga lumat kemudian tumiskan dengan minyak.
- Bila dan naik bau, masukkan rempah kurma. Goreng sekejap dan masukkan air.
- Masukkan kentang dan masak sehingga hampir empuk.
- Masukkan asam keping yang kecil jer sebab tak nak masam sangat dan garam secukup rasa.
- Bila kentang dah hampir empuk masukkan santan, bawang merah yang dibelah empat dan cili merah. Boleh jugak tambahkan tomato.
- Bila dah nampak pecah minyak sikit, bolehlah masukkan telur.
- Gaulkan rata dan boleh tutup api.
- Sedia untuk dihidang!
Ha! Simple kan?
Tadi aku campurkan sekali sebiji telur padi. Tu yang ada telur hitam tu. Sedap jugak. Tak cukup sebiji tu. Semua orang nak. Next time boleh letak banyak sikit.
Ok korang. Selamat mencuba.
Dan
Salam Maal Hijrah 1437H
Thursday, September 24, 2015
Wednesday, September 23, 2015
Menjiwai hari Arafah
Wuquf merupakan rukun haji paling penting, yang membezakan di antara haji dan umrah. Inilah kemuncak ibadah haji, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:-
“Haji itu adalah wuquf di Arafah” - Hadis sahih riwayat at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah.
Hari Arafah merupakan hari yang terbaik dan juga merupakan salah satu dari hari-hari sepuluh yang paling disukai ALLAH untuk melakukan amalan soleh, seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:-
“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai ALLAH dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (awal Zulhijah)”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bukan jihad di jalan ALLAH?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan ALLAH juga tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikit pun dari jiwa dan hartanya itu (iaitu menemui syahid).” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari.
Inilah juga hari di mana ALLAH membebaskan hamba-hamba-Nya dari api neraka, dan ALLAH membangga-banggakan mereka yang hadir di Padang Arafah ini di hadapan para malaikat. Rasulullah SAW bersabda:-
“Tidak ada satu hari di mana pada hari itu ALLAH paling banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka selain dari hari Arafah. Sesungguhnya Dia amat dekat (dengan mereka pada hari itu) kemudian Dia membangga-banggakan mereka di hadapan para malaikat, kemudian Dia berfirman: “Apa yang mereka inginkan?” - Hadis sahih riwayat Imam Muslim.
Pada hari perhimpunan manusia yang begitu ramai ini juga, ia sudah pasti mengingatkan mereka yang hadir di padang Arafah ini kepada suatu perkara yang amat agung dan besar, iaitu perhimpunan terbesar manusia di padang mahsyar di akhirat kelak, seperti firman-Nya dalam Surah Hud :103:
“Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk”.
Di hari Arafah ini juga, menjulangnya semangat ukhuwah Islamiah dan penyatuan umat Islam seluruh dunia tanpa mengenal sempadan, bangsa, bahasa, warna kulit, antara tuan dan hamba, tua dan muda, kaya dan miskin, antara kuat dan lemah, raja dan rakyat, mulia atau hina.
Di tempat ini, ALLAH mengajar kepada manusia satu pelajaran dan hikmah yang besar amat maknanya iaitu tentang kebersamaan dan persamaan, di mana semua jemaah haji menuju kepada Tuhan yang satu, kiblat yang satu, Nabi yang satu, kitab yang satu, ibadah yang sama, solat pada waktu sama, berjemaah dengan imam yang satu, wuquf pada hari, waktu dan tempat yang sama, melontar jamrah dengan peraturan yang sama, berpakaian ihram sama warna, bahkan bertalbiah dengan laungan sama.
Inilah hari di antara hari-hari terbaik untuk kita berdoa kepada ALLAH. Baginda SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan nabi-nabi sebelumku adalah (kata-kata) tiada Tuhan melainkan ALLAH, Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya pemerintahan (yang hakiki) dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu” - Hadis hasan riwayat at-Tirmizi.
Bahkan berdoa pada hari Arafah ini juga bukan sahaja digalakkan kepada jemaah haji, tetapi juga disunatkan kepada umat Islam di seluruh dunia, walaupun tidak berada di padang Arafah bermula dengan tergelincir matahari di bumi Arafah sehinggalah terbenam matahari 9 Zulhijah.
Malah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, disunat untuk berpuasa sunat pada hari ini dan ganjarannya amatlah besar: “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada ALLAH agar dia menghapuskan (dosa-dosa kecil) setahun sebelumnya dan setahun selepasnya”. - hadis riwayat Imam Muslim.
Moga-moga dengan perhimpunan sebegini akan menambahkan lagi keimanan kita, menguatkan lagi hubungan kita dengan ALLAH, serta menjadikan hati kita tunduk merendah diri kepada Tuhan yang menguasai alam ini dan menguasai hari pembalasan kelak.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Dan untungnya mereka yang dapat berpuasa pada hari ini.
Kenangan di Jabal Rahmah, Arafah tahun lepas.
Miss this moment a lot! Semoga Allah memberikan kitorang peluang untuk ke sana lagi...
Monday, September 14, 2015
Pray for Pilgrims of Mecca
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
They died in Kaabah.
They died on Friday.
They died worshiping Allah.
They are the chosen one.
May Allah bless their souls.
الفاتحة
Semoga kita juga bakal meninggalkan dunia ini dalam husnul khotimah.
Amin...
#prayformecca #tragedimekah #11sept2015
Tuesday, June 23, 2015
Kalendar Puasa Ramadhan little Khairuns
Dah 5 hari berpuasa, semalam baru mama sempat nak siapkan kalendar puasa Ramadhan untuk Niesreena dan Naufal. Ini pun prepare yang simple jer. Tak der masa nak edit dan customize bagai. Mama sangat busy. Kat office busy, kat rumah pun busy.
Niesreena dah beberapa hari dok tanya. Alhamdulillah, akhirnya sempat jugak buatkan untuk little Khairuns.
Berbeza dengan tahun-tahun lepas; tahun lepas aku prepare 1 kalendar jer untuk Niesreena. Tapi tahun ni, aku buat 2 - satu untuk Niesreena dan satu untuk Naufal.
Alhamdulillah... setakat hari ni, Niesreena dan Naufal masih berpuasa penuh.
Lepas solat maghrib, Niesreena dan Naufal mesti tampal stiker. Diorang seronok tampal stiker tu. Dan seronok bila tengok semua bahagian masih tak ditinggalkan lagi.
Semoga anak-anak mama dan ayah ni sentiasa kuat menjalani rukun Islam yang ketiga ni dan sentiasa kuat jugak untuk sama-sama ikut tarawih dengan mama dan ayah. Amin...


