♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Blog Challenges. Show all posts
Showing posts with label Blog Challenges. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

Rezeki dari pantry

Korangggggg!!! Anjat gegirl... huhuhu...

Ingat tak last time aku ada join

Mempertaruhkan (aiseh... ayat tak tahan) post aku yang ini
My Pantry Room

Keputusannya baru keluar tadi... nak tau???

Check this out! >>>Pengumuman Pemenang Cabaran Ruang Istimewa

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Alhamdulillah... rezeki harijadi... hahahaha... jadi pemenang! Hehehehe... Happy!

Terima kasih sangat pada blogger Fizah @ Susun Atur Sioca kena mengadakan cabaran ini. Terima kasih jugak pada penaja hadiah, blogger http://mylifeconcerto.blogspot.com/. Thank you so much! Meh polok sikit!

\(^-^)/

Terima kasih pada semua yang menyokong saya selama ni.... ooopppppssss... STOP! Dah keluar ayat poyo... ingat menang Anugerah Bintang Popular?!!! Hahahha...

Serius teruja. First time join cabaran macam ni dan alhamdulillah menang! Yey!

Thank you!!!

Friday, May 23, 2014

My pantry room

Ola! Olaaaaa!

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah.

Hmmmm... malam tadi sempat jalan-jalan loncat-loncat blog, tersinggah kat blog

Susun Atur Sioca

Suka singgah kat blog ni sebab suka idea blogger mengemas dan susunatur rumah. Aku memang suka intai-intai blog yang suka kemas-kemas rumah ni. Boleh cedok idea dan mood mengemas.

Uiksss... kat blog Susun Atur Sioca ni ada cabaranlah. Ada berani tak? Huhuhu...

Hadiah untuk cabaran ni ialah pop-up spice rack ditaja oleh

http://mylifeconcerto.blogspot.com/

Macam menarik jer... Nak trylah! Cuba nasib!

This is my first time doing challenges on blog!

(^-^)y

Cabarannya ialah

Sudut Istimewa Rumah

Kiter orang perempuan ni, kalau boleh setiap sudut dan ruang kat rumah nak jadikan istimewa. Tapi ruang istimewa dan peribadi kat rumah selain bilik tidur tentulah ruang dapur! Kalau dapur best, masak pun berdouble-double best!

Semua wanita mengimpikan dapur yang selesa dan kemas. Begitu jugak aku. Tapi ada satu ruang dibahagian dapur yang merupakan tempat favorite aku iaitu ruang pantry!

Oooooppppp... chop! Gambar atas ni bukan pantry rumah aku. Besar dan kemas sangat! Oh! But how I wish it is mine!

(^-^)y

This is mine...

Welcome to my pantry room!

Kecik comel jer kan...

Di ruang pantry ni, aku simpan segala mak nenek - stok-stok masak, peralatan dapur dan lain-lain.

Kat bahagian paling atas rak, aku letakkan barang-barang yang jarang-jarang digunakan.

Kat bahagian tepi tingkat bawah sikit ni, aku letakkan segala bawang-bawang dan rencah untuk masakan.

Letak kat sini sebab senang capai. Table top kat dapur tak muat nak letak sebab table top wet kitchen 'comel' sangat! Huhu...

Bahagian ini pulak...

Segala stok-stok sabun dan bahan basuh.

Dan stok makanan kering.

Kat bahagian bawah sikit, aku letakkan jajan. So, Niesreena dan Naufal senang capai.

Hmmmm... ini ialah bekas simpanan plastik DIY.

Kalau nak mudah ambil plastik, boleh baringkan macam ni...

Aku pernah post dulu. Nak tau macam mana buat dia, boleh klik sini DIY Bekas Simpanan Plastik

Bawah ni ialah bekas simpanan beras - from Tesco.

Stok dalam pek aku akan simpan dalam kontainer bawah ni supaya tak menjadi tarikan semut atau serangga.

Buku-buku resepi aku letakkan di atas peti sejuk yang comel dalam pantry ni.

Di dalam peti sejuk comel ni, tentulah aku simpan segala stok-stok yang perlu disejukkan.

Ruang pantry ini adalah bersebelahan dengan dapur kering.

Seriously, aku memang suka ruang ni. Masa kat tinggal kat Waterdale, Bundoora dulu; apartment kitorang tu pun ada bilik pantry. Seronok susun barang - dah macam kedai runcit! Huhuhu... Insya Allah, kalau ada rezeki nak reno rumah kat Sepang nanti pun nak buat bilik pantry jugak! Boleh yer enche Neezam?

y(^-^)y

So korang! Jom lah join cabaran ni!

back to top