♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 23, 2014

My pantry room

Ola! Olaaaaa!

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah.

Hmmmm... malam tadi sempat jalan-jalan loncat-loncat blog, tersinggah kat blog

Susun Atur Sioca

Suka singgah kat blog ni sebab suka idea blogger mengemas dan susunatur rumah. Aku memang suka intai-intai blog yang suka kemas-kemas rumah ni. Boleh cedok idea dan mood mengemas.

Uiksss... kat blog Susun Atur Sioca ni ada cabaranlah. Ada berani tak? Huhuhu...

Hadiah untuk cabaran ni ialah pop-up spice rack ditaja oleh

http://mylifeconcerto.blogspot.com/

Macam menarik jer... Nak trylah! Cuba nasib!

This is my first time doing challenges on blog!

(^-^)y

Cabarannya ialah

Sudut Istimewa Rumah

Kiter orang perempuan ni, kalau boleh setiap sudut dan ruang kat rumah nak jadikan istimewa. Tapi ruang istimewa dan peribadi kat rumah selain bilik tidur tentulah ruang dapur! Kalau dapur best, masak pun berdouble-double best!

Semua wanita mengimpikan dapur yang selesa dan kemas. Begitu jugak aku. Tapi ada satu ruang dibahagian dapur yang merupakan tempat favorite aku iaitu ruang pantry!

Oooooppppp... chop! Gambar atas ni bukan pantry rumah aku. Besar dan kemas sangat! Oh! But how I wish it is mine!

(^-^)y

This is mine...

Welcome to my pantry room!

Kecik comel jer kan...

Di ruang pantry ni, aku simpan segala mak nenek - stok-stok masak, peralatan dapur dan lain-lain.

Kat bahagian paling atas rak, aku letakkan barang-barang yang jarang-jarang digunakan.

Kat bahagian tepi tingkat bawah sikit ni, aku letakkan segala bawang-bawang dan rencah untuk masakan.

Letak kat sini sebab senang capai. Table top kat dapur tak muat nak letak sebab table top wet kitchen 'comel' sangat! Huhu...

Bahagian ini pulak...

Segala stok-stok sabun dan bahan basuh.

Dan stok makanan kering.

Kat bahagian bawah sikit, aku letakkan jajan. So, Niesreena dan Naufal senang capai.

Hmmmm... ini ialah bekas simpanan plastik DIY.

Kalau nak mudah ambil plastik, boleh baringkan macam ni...

Aku pernah post dulu. Nak tau macam mana buat dia, boleh klik sini DIY Bekas Simpanan Plastik

Bawah ni ialah bekas simpanan beras - from Tesco.

Stok dalam pek aku akan simpan dalam kontainer bawah ni supaya tak menjadi tarikan semut atau serangga.

Buku-buku resepi aku letakkan di atas peti sejuk yang comel dalam pantry ni.

Di dalam peti sejuk comel ni, tentulah aku simpan segala stok-stok yang perlu disejukkan.

Ruang pantry ini adalah bersebelahan dengan dapur kering.

Seriously, aku memang suka ruang ni. Masa kat tinggal kat Waterdale, Bundoora dulu; apartment kitorang tu pun ada bilik pantry. Seronok susun barang - dah macam kedai runcit! Huhuhu... Insya Allah, kalau ada rezeki nak reno rumah kat Sepang nanti pun nak buat bilik pantry jugak! Boleh yer enche Neezam?

y(^-^)y

So korang! Jom lah join cabaran ni!

39 comments :

xeea said...

Bestnyaaaaaaaaa!!!!!

Supposedly bilik ni asalnya utk apa ye? Maid room ke? Curious nak tahu. hehe

Asma said...

wow..tiba2 rasa dapur yang kecik kat umah ni nak ubah jadi pantry pulak..inspired dgn entri ni :)

irmaputri said...

wah mmg best la ade pantry room... dh macam pi kedai runcit pastu sila letak duit kat cashier ye.. ni kalau shopping kat jusco/tesco 1 troli tak cukup ni.. kak..rasa pintu pantry kalau tukar jenis leh lipat/slide & clear & boleh terbukak time kita masak lagi osem kan...

Juliet Le Sweetheart said...

Hi Irma, good idea! :)

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks Asma! Selamat mendeko!

Juliet Le Sweetheart said...

Hi Xeea, bilik paling kecil dalam rumah ni. tak der maid pun. so, jadi bilik pantry laa.. :)

ryyhan said...

bestnya da bilik boleh wat pantry...

senang nak carik barang

NAS said...

Suka sangat

NabilaHasyim said...

memang best sgt kalau ada bilik khas utk pantry.

mmg menjadi tmpt kegemaran ni.

nak tya, rak tu, beli kt mana ye, kedai hardware ke?

Unknown said...

sangat menarik, rumah kiter kat Vienna dulu, ada satu bilik pantry yang kecik jer. Best kalau ada yg besar gini.

Yang kiter tertarik sangat bilik wardrobe. besar....

Fizah said...

aaaaaa........T.E.R.B.A.I.K..!!!!!

Jarang jumpa org mesia ada ruang pantry bentuk bilik mcm ni...suka sgt idea julie...suka sgt!! :)

kalau ada extreme couponing mesia ni sesuai sgt ju masuk....dah mcm tgk citer extreme couponing tgk stok kat pantry ju...hihi semuanya ada bahagian sendiri dan kemas tersusun je....:)))

btw ju sy suka sgt blog awk ni..nk follow..nti kalu ada masa letak widger follower yg biasa tu ye...yg google + tu iols tak reti...;p

Juliet Le Sweetheart said...

Betul tu. kalau ada kitchen kebinet besar x perlu kot ada pantry kan... Saya dapur kecik, x muat nak letak mak nenek sumer ni :)

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks Nas :)

Juliet Le Sweetheart said...

kat kedai hardware. bawa ukuran yg awak nak dan diorg boleh buat... :)

Juliet Le Sweetheart said...

naimah, rumah kat overseas biasanya mmg ada bilik pantry... so mood tu terbawa2 bila balik Msia... hehe...

Juliet Le Sweetheart said...

thanks fizah. Saya pun suka idea susun atur fizah. extreme couponing tu apa? huhu... tak tau ler ;p

Fizah said...

aaa citer omputeh, dia guna coupun je utk beli brg dapur...beli sekali byk pastu simpan kat pantry mcm awak ni..hehe

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Love this :)
*suke smpai taktau nak komen ape haaa*

Unknown said...

suka.... en. suami saya pun berkenan betul nak buat pantry... tapi yang kecil2 jela...hehe... space tak ada...

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks Sumayyah :)

Juliet Le Sweetheart said...

Suri, kecik pun ok... yang penting, macam mana kita organize nanti. :)

Unknown said...

waaa..bestnya ada ruang untuk buat pantry....

Juliet Le Sweetheart said...

Best... best... best... Huhuhu... :)

Masya said...

ya allah cantik dan kemasnya.. brillionnya idea awak ni.. jatuh cinta saya baca tau... blh cedok idea ni utk stor sbb dapur dah penuh kabinet xde ruang ... mana awak beli rak² ni.. nampak mcm tahan berat dan lasak .. sy jumpa kat aeon big tp xde pulak kukuh mcm ni...

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks Masya! :)
Rak macam ni better buat kat kedai hardware. Lebih murah dan customized. Bawa ukuran dan diorang boleh buat...

Unknown said...

Salam Julie..tahniah...u win the contest by Susun Atur Sioca...memang dah agak sebab pantry u sangat kemas....kena laju2 buat ni sementara terinspired...anyway, congrats again..

Juliet Le Sweetheart said...

Salam O'gosh... I baru tengok. Alhamdulillah... rezeki hari jadi. hahaha... Thanks... :)

cplud miera said...

tahniah julie. sgt kemas cantek pantry ni.. :)

Juliet Le Sweetheart said...

Tq Miera.. :)

Fizah said...

nti email nama, address and phone no julie ke yuzai_angah@yahoo.com tau...utk pengeposan hadiah =)TAHNIAH!!

Juliet Le Sweetheart said...

Orait... Tq Fizah & selamat berpuasa! :)

Juliet Le Sweetheart said...

Orait... Tq Fizah & selamat berpuasa! :)

shidasanmil said...

tahniah menang cabaran ni! mmg guud idea..ala2 kedai runcit gitu..kalau rumah kecil mcm saye xdpt la buat cemni..maybe buat ruangan khoss utk barang2 je la kot kan...hehe

salam singgah~~;)

Juliet Le Sweetheart said...

Tima kasih Cinet... :)

Anonymous said...

Tahniah..sgt kemas n teratur

natasha said...

tahniah julie..well,rumah kat sepang tu kat mana?coz sy pun di sepang jugak,di b.b salak tinggi..kalau dekat boleh singgah menyinggah..;)

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks Natasha :)
Dekatlah rumah kiter... rumah saya kat Desa Bestari. Tapi sekarang ni stay kat Nilai...

Anonymous said...

as salam awak, mana eh awak beli rak2 bertingkek2 tu ye...

Juliet Le Sweetheart said...

Rak macam ni boleh beli kat kedai hardware. Bawa ukuran, dan diorang boleh customised rak ikut ukuran yang awak nak.

back to top