♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 5, 2014

Differences between ME and 'you'!

I loooooveeee Monday!

Ye ke?

Hahahah... Yes! But definitely I love Friday even more!

Hari baru, minggu baru, bulan baru.

Semangat pun Insya Allah baru! Hopefully lebih positif dan lebih baik dari yang sebelum ni.

Amin!

Well! Dalam dunia ni ada macam-macam perangai manusia - ada yang baik, ada yang jahat, ada yang alim, ada yang alim-alim kucing, ada yang hebat, ada yang perasan hebat! Ada yang positif dan tentu ada jugak yang negatif!

Orang yang selalu berfikiran positif, insya Allah, WE are in the green side. Dan orang yang sentiasa berfikiran negatif, YOU are definitely in the yellow side. Yes! 'YOU'! YOU with your negative aura!

Orang-orang yang macam diorang ni, selalunya perasan yang diorang ni bagus sangat... perasan hebat sangat! Padahal...

Perasaan... perasaan...

Semuanya dia yang betul, orang lain semua salah! Susah betul nak mengakui kesilapan diri sendiri tapi cuba lempar kesilapan sendiri tu pada orang lain. Talam dua muka - depan kata lain, belakang kata lain. Depan boss sumer 'Yes, boss', belakang boss sumer 'Hell NO!'

Oh! I really hate this kind of people!

Opppssss... ini bukan sessi luahan perasaan. Aku bukannyer suka nak lepaskan marah-marah tak tentu pasal kat blog... or post kat facebook... Kononnya awak tu betul, dia tu salah, then harapkan kawan-kawan baca posts amarah caci cerca awak then 'like' then 'comment'. Ooooo... terasa 'I'm so right! Right?'

Opppsss... jangan lupa, masa tulis post marah-marah konon awak hebat sangat tu, jangan lupa untuk hide post tu dari orang yang awak marah tu --- sebab dia ada dalam friend list awak. Duuuggghhhh... Sooooo negative kan orang macam tu?!

Kesian kan...

Mungkin orang macam ni, tak der partner atau kawan secara fizikal dia boleh luahkan perasaan. So, lepaskan perasan tak waras kat fb. Sembahyang pun ikut mood jer... sebab tu hati tak tenang. Input semua masuk jadi negative sebab tu output pun negative jugak!

Oooopppsss... once again... ni bukan sessi luahan perasaan. Huhuhu... But anyway, saper makan cili, dia terasa pedasnya...

(^-^)y

Hari ni sebenarnya nak kongsi tips yang aku terbaca kat satu blog ni. Biasalah aku... suka blog hope... then sampai kat satu blog ni dan post ni. Full of spirit! Content ringkas dan padat!

Memandangkan masuk minggu baru, aku kongsi dengan korang! Semoga kiter semua diselaputi dengan aura yang positif-positif sahaja bagi memulakan minggu baru ni!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Bersikap Positif! Cara memulakan hari anda.

Bagaimana kita memilih untuk bermula pada hari yang baru akan menjadi impak yang besar untuk mencapai satu hari yang baik (semuanya berjalan lancar). Bangun pagi dengan wajah yang ceria, berharap apa yang telah tersedia untuk kita nanti adalah yang baik, teruja dengan segala kemungkinan yang baik yang akan memimpin kita melalui hari dengan baik.

Bila kita telah bermula, kehidupan cenderung akan memukul kita walaupun kita telah melakukan segala persiapan yang terbaik. Kita harus belajar menerima apa yang tidak dijangka. Segalanya, bermula dengan anak demam dipagi Isnin kemudian menghadapi kesesakan jalanraya ke tempat kerja, kemudian komputer breakdown pulak dan segalanya pada hari itu penuh dengan kejutan (pernah mengalaminya?).

Bagaimana kita memilih cara untuk berhadapan dengan situasi ini sekali lagi akan mempengaruhi keseluruhan hari itu. Mudah untuk terperangkap dalam suasana negatif dan hilang segala permulaan positif yang kita ada. Bagaimana kita nak kekal positif dan hindarkan negatif bila perkara tadi (atau yang sewaktu dengannya) berlaku? Segalanya tentang SIKAP.

Mempunyai sikap positif bukan trik yang kita boleh belajar dengan membaca buku atau melihat video. Kemampuan kita untuk kekal positif dengan segala apa yang berlaku bukan boleh kita beli di pusat beli-belah. Ia adalah pilihan cara hidup yang menuntut perhatian yang besar dan usaha yang berterusan.

Kita kenal orang yang sentiasa positif, optimistik dan bertenaga. Senyuman mereka berjangkit dan kita mahu untuk mendapat sedikit dari cahaya mereka. Dan sebenarnya kita mahu jadi seperti mereka - takde ke peta yang menunjukkan jalan ke arah orang-orang yang positif? Mungkin tiada peta tapi ada beberapa pembayang yang mungkin membantu untuk kita memulakan perjalanan.

  • Bila anda terjaga diwaktu pagi, sebelum anda bangun dari katil, ambil sedikit masa untuk menetapkan minda anda. Jangan benarkan kebimbangan mula berdetik, sebaliknya tarik nafas dengan perlahan dan mula mengawal rentak hari anda. Anda yang bertanggungjawab. Jangan mula risau tentang masa lampau yang anda tidak boleh ubah. Dan tidak terlalu bimbang tentang masa depan yang pasti akan berlaku bila tiba masanya. Fokus tentang sekarang, masa ini dan bangun dengan niat untuk bermula dengan baik.
  • Menyedari bahawa hari ini adalah milik anda. Apa sahaja yang berlaku baik atau buruk, sepanjang 24 jam, ia sudah ditentukan. Anda tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada masa itu dan anda tidak boleh menariknya kembali. Jadi hidup setiap masa dan menghargai dunia dan orang di sekeliling anda. Menjadi pengaruh yang positif ke atas orang-orang yang anda temui. Ia mungkin melalui amal anda bahawa mereka mampu untuk mengatasi cabaran-cabaran peribadi mereka. Kadang-kadang ia boleh menjadi semudah senyuman dan sapaan mesra.
  • Membuat andaian bahawa orang yang anda akan temui sepanjang hari adalah orang yang baik. Cuba untuk menjauhkan diri daripada prasangka dan ingat bahawa semua orang mahu disukai. Kadang-kadang kehidupan kita menukar kita yang menyebabkan kita untuk sementara menjadi seseorang yang lain daripada kita yang sebenar-benarnya. Tetapi di dalam, kita semua orang-orang yang baik. Dan kesan sampingan yang menakjubkan merawat orang lain sebagai orang yang baik adalah mereka cenderung untuk bertindak seolah-olah mereka adalah baik.
  • Tersenyum kerana anda gembira, kerana anda masih hidup, kerana ia adalah satu hari yang indah, atau anda tak perlukan sebab untuk senyum (senyum itu satu sedekah). Dengan senyuman pada muka anda, perkara-perkara yang buruk akan terhindar dari anda. Ia adalah mudah untuk berbuat demikian apabila anda mempunyai peluang. Dan seperti ketawa yang riang anda tidak boleh menahannya, senyuman boleh berjangkit dan anda sebagai penyebar memainkan peranan penting dalam bukan sahaja kebahagiaan anda sendiri tetapi yang lain juga.
  • Jangan pertikaikan perkara yang remeh. Gangguan memang banyak tetapi jangan biarkan perkara kecil menjadi kudis pada anda. Pusingkan kepala kearah yang lain. Jika ianya tidak penting, jangan biarkan ia melemahkan keazaman anda atau mengganggu anda dari kekal positif.
  • Bersyukurlah dengan apa yang anda ada, siapa diri anda dan orang-orang yang adalah sebahagian daripada hidup anda. Tiada yang kekal selama-lamanya jadi ambil masa untuk bersyukur hari ini.

Lihat ke luar tingkap, saya melihat permulaan cahaya matahari untuk menghangatkan hari baru. Pokok bunga raya merah di bawah tetingkap mekar dan beburung berkicauan memulakan untuk membuat kehadiran mereka disedari. Saya mempunyai senyuman pada muka saya dan saya tidak sabar untuk hari ini.

Saya berterima kasih dengan apa yang saya ada dan menghargai orang-orang yang berkongsi hidup dengan saya. Ia akan menjadi hari yang indah - Saya positif!

No comments :

back to top