♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Work From Home. Show all posts
Showing posts with label Work From Home. Show all posts

Saturday, May 16, 2020

Bila dua-dua busy

#pkp #mco #day4p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni both aku dan enche Neezam sibuk dengan urusan memasing. Tapi tak keluar pun. Urusan kat rumah jer. Huhu...

By the time nak masak, dah rasa penat. Nasib baiklah Khairunns semua request nak makan ayam goreng jer. Alhamdulillah... senang! Enche Neezam sempat buat tau fu fa. Nyum nyummmm...






So... projek apa yang macam busy sangat kitorang buat seharian tu? Hmmmm... enche Neezam sibuk dengan projek kuih raya, manakala aku sibuk dengan projek dinding. Dah siap baru tunjuk hasilnya nanti k... Wait for it!

Monday, April 6, 2020

Minggu yang sibuk

#pkp #mco #day6p2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Jadual meeting online dan presentation online penuh minggu ni. Ada yang pagi dan petang.

This is not easy.

Lebih-lebih lagi kami suami isteri kena fokus pada kerja.

Anak-anak perlukan perhatian dan pengawasan juga. Yang kecik nak diuruskan, susu, mandi, makan, kejap kang, nangis, nak itu, nak ini.

Yang bersekolah cikgu-cikgu ada bagi kerja rumah yang perlu disiapkan. Nanti dok tanya jugak, macam mana nak buat ni, betul tak ni, nak makan, nak minum.

Bekerja dari rumah tak sama dengan kerja di pejabat. Tapi komitmen kena bagi 9-5.30. At the end of the day kena hantar report.

It is just Monday and I still have a whole week and until the end of mco... Bertabahlah...

Semoga keadaan segera kembali pulih seperti sediakala...

Ameen...

Monday, March 23, 2020

Bila enche Neezam cuti

#pkp #mco #day6

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Masuk minggu baru #workfromhome.

Alhamdulillah... hari ni dapat fokus banyak dengan kerja. Satunya sebab puasa. So, tak der lah berulang asik nak dapur jer. Dan satu sebab lagi hari ni Negeri Sembilan cuti Israk Mikraj. Enche Neezam tak kerja hari ni. So, urusan rumah semua enche Neezam yang uruskan. Tak dibenarkan work from home. Hahahaha...

Tadi sempat jugak enche Neezam potong rumput kat luar rumah.

Sian... penat wooo potong rumput.

Menjelang petang, enche Neezam sibuk kat dapur pulak sediakan juadah berbuka. Aku lepas 5.30 petang, boleh terlelap pulak. Penat betul rasa.

Kemain enche Neezam masak. Macam berpuasa di bulan Ramadhan. Huhuhu...

Tadi, sambil-sambil tengok 'Touch Your Heart', tetiba enche Neezam hulur semangkuk pengat pisang. Memang touch my heart betul. Senyap-senyap jer dia buat kerja kat dapur.

Alhamdulillah...

Sunday, March 22, 2020

Kuih-muih fozen

#pkp #mco #day5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Memandangkan hari ni tak perlu #workfromhome, so aku ambik kesempatan hari ni untuk buat kuih karipap frozen. Dah beberapa hari bekerja dari rumah ni, setiap petang mesti rasa nak cari makanan. Terutamanya anak-anaklah...

So, hari ni enche Neezam kata dia nak masak untuk lunch. Aku pun ambiklah masa untuk buat karipap. Buat lebih sikit untuk frozen. So, bebila nanti nak minum petang, bolehlah goreng jer terus.

Petang tadi gorenglah jugak sikit. Bebudak ni bila tengok ada karipap kat rumah, memang tak sabarlah diorang nak makan.

Dulu masa kat Melbourne, aku buat karipap pusing ni jual frozen kat kengkawan. Alhamdulillah... hasilnya dapatlah jugak beli beg jenama Guess sebijik dua.

Balik Malaysia memang jarang sangat buat. Ada lah buat sekali dua, tu pun atas permintaan.

Pagi tadi aku call emak, mintak resepi. Dah lama tak buat, lupa dah resepi untuk doh dia. Emak pandai buat karipap pusing. Dulu masa aku kecik-kecik, emak pun buat berniaga karipap pusing ni. Kalau emak yang buat karipap pusing ni, lagi cantik pusing dia. Berlapis-lapis.

Ni untuk my little Khairunns... sorang nak crust jer, tak nak inti. Yang sorang lagi nak bulat macam bunga... layankan jer lah...

Hari Khamis yang lepas, aku sempat jugak buat donut frozen. Senang jer... Masukkan jer dalam breadmaker. Terus siap kembang doh dia. Tapi kena bentukkan sendirilah...

Buat bulat-bulat jer untuk frozen.

Kalau nak frozen donut, kena goreng sekejap dulu sebelum simpan dalam freezer.

So, bila nak makan, tinggal goreng jer.

Banyak lagi kuih-muih yang kiter boleh buat untuk frozen selain karipap dan donut, macam popia goreng, samosa, keria, cucur badak... buat yang senang-senang jer. Resepi google jer... Buat kuih yang ada bahan kat rumah. Aku masih tak berani nak keluar dan tak berani nak bagi enche Neezam keluar. Semoga kiter semua terhindar dari wabak penyakit sekarang ni. Ameen...

Thursday, March 19, 2020

Jaga penampilan

#pkp #mco #day2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Wifey wifey yang bekerja dari rumah tu, jaga penampilan jugak k. Kalau pergi ke pejabat boleh pakai baju bergosok cantik-cantik, wangi-wangi, bila dah bekerja dari rumah ni jangan pakai baju kelawar pulak sepanjang hari.

Make sure sebelum atau selepas subuh terus mandi. Pakai sedikit solekan nipis, wangi-wangi sikit - untuk suami sedap mata memandang. Tebal-tebal sangat nanti takut suami kata kite buang tebiat pulak. Huhu...

Baju, pakailah baju yang sesuai untuk bekerja dari rumah. Sediakan tudung yang senang untuk dipakai. Takut jugak tetiba boss nak buat video call kang, sempat capai tuala jer tutup kepala... hahahah... nampak sememeh jer pulak kan.

Aku kalau kat rumah, kebiasaannya pakai t-shirt je. Senang nak buat kerja-kerja rumah. Tapi bila dah bekerja dari rumah ni, pakailah baju separa formal. Sampai Niesreena tegur, "naper mama pakai baju ni?" Hahhaha.. Fahamlah mama anak-anak... mama tengah bekerja ni... huhu...

Ok... tu tips untuk hari ni...

So, memandangkan enche Neezam dah masak semalam. Hari ni, aku rasa biarlah aku pulak yang masak. Tapi mengelat sikit, pagi-pagi goreng makaroni untuk makan sampai tengahari. Nanti malam baru masak lain. So, takkan ganggu waktu bekerja aku dari 9 pagi sampai 5.30 petang.

Anak-anak dan suami redho dan memahami. Alhamdulillah...

Hari ni setup satu monitor lagi untuk kerja. Sebab kat office dah biasa guna dua monitor, bila guna satu je monitor rasa payahnyer lahai. Alhamdulillah.. produktiviti meningkat sikit hari ni.

Waktu tengahari tadi sempat prepare doh untuk donut. Masukkan semua dalam bread maker jer. Senang. Petang siaplah donut gebu gebas untuk minum petang.

Enche Neezam kata sama-samalah kiter membesar macam donut lepas ni. Huhuhu...

Aku tak tau lah korang, tapi aku dan enche Neezam ni asik keluar masuk dapur jer musim-musim kuarantin ni. Mulut ni asik kerja nak mengunyah jer.

Risau weh. Takut jugak kalau badan naik macam doh donut lepas 31hb nanti. Huhu...

Wednesday, March 18, 2020

Bergilir-gilir memasak, buat kerja rumah

#pkp #mco #day1

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari kedua bekerja dari rumah.

Sebelum mula bekerja, aku akan pastikan aku sediakan breakfast dan basuh baju terlebih dahulu. Then kemas-kemas rumah sikit apa yang patut. Bila dah masuk waktu kerja, aku tak suka ada orang kacau *mustahil sangat* dan buat benda lain.

Hari ni enche Neezam tolong sidaikan baju dan mengemas dapur. Niesreena dan Naufal tolong jugak buat kerja-kerja rumah.

Antara cabaran bekerja dari rumah ni ialah nak sediakan makanan, tak kiralah samada breakfast atau lunch.

Aku akan make sure aku akan sediakan sarapan sebelum aku mula kerja. Pagi tadi sempat buat roti telur jer untuk bebudak ni.

Tengahari enche Neezam mengoferkan diri untuk sediakan lunch. Alhamdulillah... dapatlah aku fokus buat kerja.

Fokus ke? Hahhaaha.. Tipu sangat kan?

Tak boleh nak fokus sangat sebab ada 'rakan sekerja' ni yang bising sangat mulut dia.

Suruh tengok tv kat depan tak nak. Nak duduk sebelah mama katanya. Pastu mulut sibuk tanya, "mama buat apa tu? mama buat kerja ke?" Huhuhu... Adoilah anak... Nak jawab soalan-soalan awak jer abis terbang idea kerja. Huuhuhu...

Nak bagi dia leka, aku bagi buku dan kaler pensil. Tapi macam-macam pulak dia suruh aku lukis. Pastu bila turn dia lukis, dia nak kiter tengok pulak.

Adooiii... naperlah comel sangat Neeyaz oooiii. Ni lah pengalaman bekerja dari rumah yang takkan mama lupakan. Hehehe...

Ooo ok... berbalik pada enche Neezam sediakan lunch tadi, ni menu enche Neezam hari ni.

Memang sedap enche Neezam masak. Masak sekali sampai ke dinner.

Alhamdulillah...

Pukul 6.00 petang, aku tutup laptop dan sambung dengan kerja-kerja rumah. Enche Neezam sambung kerja, shift malam. Redho jer lah dia sambung buat kerja malam sampai ke pagi sebab sepanjang hari ni dah tolong memasak dan buat lain-lain kerja rumah. Rasanya buat kerja waktu malam lagi tenang kot.

So, mungkin sebagai tips untuk suami isteri yang kedua-duanya terpaksa bekerja dari rumah. Kedua-duanya kena sama-sama buat kerja rumah dan memasak. Jangan harapkan sebelah pihak sahaja. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang memang tak der maid kat rumah, macam kitorang ni.

Bolehlah bergilir-gilir untuk memasak - samada suami sediakan breakfast, isteri sediakan lunch (masak banyak untuk dinner sekali) atau ikut hari. Kalau hari ni isteri dah sediakan makanan, esok turn suami pulak. Tak kiralah sedap ke, tak ke, pandai ke, tak pandai ke... yang penting cuba buat. Kalau tak pandai masak ke hapa... boleh google jer resepi. Kalau nak cari resepi senang dan sedap, haa gi kat blog masakan aku ni >>juliescookingwithluv.blogspot.com. Ada banyak resepi yang senang-senang jer.

Mungkin ni salah satu hikmah yang kiter boleh nampak. Duduk rumah, asah kemahiran memasak. Bagi anak bini atau suami makan air tangan sendiri. Lepas ni insya Allah jadi pandai masak. Suami isteri semakin sayang menyayangi dan ikatan semakin erat. Insya Allah...

Bukan memasak jer, kerja-kerja rumah pun buat sama-sama. Mungkin kalau isteri lipat kain baju, husband boleh tolong sapu sampah, atau at least tolong buang sampah pun ok. Anak-anak pun kena main peranan kat rumah, terutamanya barang mainan diorang. Ajar diorang, dah guna mesti simpan semula kat tempat dia.

Bagi aku, bila rumah kemas barulah jiwa rasa tenang. Tak der rasa nak 'jadi hijau' jer!

Oklah... tu jer tips untuk hari ni.

Stay at home and be safe!

Tuesday, March 17, 2020

Pertama kali bekerja dari rumah

#workfromhome

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sepanjang beberapa tahun bekerja ni, ni baru pertama kali diarahkan bekerja dari rumah. Tak tahu nak happy atau nak sedih. Ada laa rasa excited sikit. Tapi bila fikir-fikir balik... hmmm... ada pros dan cons nya...

So, pagi tadi setup home-office. Home-office lah sangat kan. Setup kat meja makan jer pun.

Aku kena 'masuk kerja' dari pukul 9 pagi sehingga jam 5.30 petang. Untuk pastikan kitorang semua masuk kerja, boss aku arahkan kitorang on Skype for business sepanjang waktu bekerja dan kena hantar daily report. Daily report kitorang guna Wrike jer. Update progress kat situ setiap hari.

Ini colleague aku yang serious dan annoying sepanjang bekerja kat rumah ni. Huhuhu...

Tapi dia lah jugak yang so lovely... tengah kiter sibuk bekerja, tiba-tiba dia hulur air. Huhuhu... soooo sweet.

Pastu dia tanya, "kat office memang macam ni ke? Duduk jer... Senyap jer..."

Aku kata "ye lah"... sebab dia kata, kat office dia tak duduk diam... Selain gi kuliah, dia selalu merayap gi office depan, kacau orang tu, kacau orang ni, gi membawang dan macam-macamlah... huhuhu...

Bekerja dari rumah rasa masa lambatnyer berjalan. Pastu asik nak cari jajan jer. Adoi ai...

Tepat jam 5.30 petang, aku terus tutup komputer, baring dan terus tertidur. Punyalah penat. Lagi penat dari bekerja kat opis.

Pukul 6.30 petang terjaga baru sibuk sediakan dinner. Masak senang-senang jer lah. Enche Neezam masak sayur.

Honestly, bekerja dari rumah not actually as fun as I thought. Penat dia tu lain macam. Serious! Mungkin sebab komitmen yang nak kena bagi tu lebih daripada biasa. Sebab at the end of the day nak kena tunjuk outcome - apa yang korang buat sepanjang hari ni. Kalau hari biasa tak perlu, sebab kiter memang hantar kerja sebelum due date.

Lepas tu, pada masa yang sama nak kena layan kerenah anak-anak jugak. Kejap kang si kecik tu, "mama nak susu... mama nak itu... mama nak ini..."

Tak nyahut kang kesian pulak. Layanlah sekejap. Pastu tercari-cari balik, tergantung kat mana kerja tadi. Huhuhu...

Tu tak kira marah anak-anak lagi. Tu tak kena, ini tak kena... Adoiii.. Sian diorang. Diorang pun stress mama dengan ayah kerja dari rumah.

Waktu lunch, sibuk nak fikir nak makan apa. Kalau tak masak karang, kesian pulak anak-anak lapar. Kitorang pagi tadi nasib baik enche Neezam ada beli heavy breakfast lebih. So, makan untuk lunch jugaklah. Petang baru masak untuk dinner. Konon masak lebih untuk lunch esok, tapi habis pulak semua. Sekali hadap... Naufal kata sedap daging masak merah mama buat. Alhamdulillah...

So tadi kerajaan dah umumkah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga hujung bulan ni. Ikut perancangan sebenar kitorang disuruh bekerja dari rumah untuk minggu ni jer dulu tapi nampaknya terpaksa bekerja dari rumah sehingga akhir bulan. Kenalah bersedia dengan norma kerja yang baru. Insya Allah...

back to top