♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Community. Show all posts
Showing posts with label Community. Show all posts

Friday, July 25, 2014

#isupportgaza

My name is Julieana.

I'm from Kuala Lumpur, Malaysia.

And I support Gaza.

#isupportgaza

My thoughts and prayers will always be with you.

Wednesday, July 23, 2014

Worldless Wednesday | We will not go down! Gaza Tonight...

#prayforGaza #savePalestine

Friday, May 30, 2014

Pasrah!

Semangat berkobar-kobar dah ni!

Kemain isi borang

&

ready for check-up.

Tetiba...

Waaaaa... sadis tol! Baru nak try. First experience!

Ambik kau, doktor tanda ☑ Not eligible.

"Sorry, you cannot donate" kata doktor.

Nampak gayanya memang tak boleh menderma sampai bebila.

Pasrah jer lah...

Tak perlah... Tak der rezeki.

Kat office aku ni memang tiap-tiap tahun organise untuk menderma darah. Buat kat office dengan kerjasama HUKM.

Ingat tahun ni nak lah join. Tapi doktor kata tak boleh plak sebab aku dok England dulu antara tahun 1981 hingga 1985.

Ya, antara salah satu sebab korang tak boleh menderma darah ialah

pernah menetap di UK antara tahun 1980 hingga 1996 melebihi 6 bulan. This is international rule!

Hmmm... aku dan famili dok sana dulu sebab abah sambung belajar.

Kenapa tak boleh derma darah kalau tinggal di UK dalam tahun 1980 hingga 1996?

Aku tanya soalan ni kat doktor tu tadi. Dan katanya,

Pada tahun tersebut, tersebarnya wabak penyakit lembu giler atau Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE). Wabak ni mula dikesan pada lembu di United Kingdom pada tahun 1985.

Kemudian, pada tahun 1996, Variant Creutzfeldt-Jakob Disease (vCJD) iaitu sejenis penyakit saraf atau neurodegeneratif dikesan pada manusia hanya selepas 10 tahun BSE dikesan di UK. Penyakit ini berpunca daripada manusia yang telah termakan daging yang tercemar dengan BSE.

So, kalau kita dah termakan daging lembu yang tercemar dengan jangkitan penyakit tersebut, ianya hanya boleh dikesan selepas 10 tahun atau berdekad dalam badan manusia! Sebab itulah larangan tersebut tidak ditarik balik sehingga sekarang.

Lama kan?

So, kalau aku tipu dan derma jugak. Tetiba aku ada penyakit tu, tak pasal-pasal aku sebarkan penyakit pada orang yang terima darah aku.

Tapi alhamdulillah... aku dan famili ok jer! Mintak-mintak dijauhkanlah dari segala penyakit! Amin!

Tak der rezeki nak derma darah kat orang. Korang jer lah yang derma darah yer... Hehehe...

By the way, darah aku A+!

Happy Friday and have a fabulous weekends everyone!

Saturday, May 17, 2014

Program bersama insan gelandangan

Bila enche Neezam kata kolej dia ada anjur program bersama orang gelandangan, aku terus nak ikut join!

Alhamdulillah... malam tadi, aku berkesempatan mengikuti

Program Mahasiswa Prihatin, Anjuran jawatankuasa Kolej Kediaman 1, USIM.

Niesreena dan Naufal pun ikut sekali.

Kitorang bertolak dari KK1, USIM lebih kurang pukul 9.20 malam dan tiba di Anjung Singgah ni lebih kurang pukul 10.15 malam. Bangunan Anjung Singgah YKN ni terletak di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Dayabumi.

Bersama-sama program malam ini lebih kurang 40 orang pelajar dan 100 bungkus makanan untuk diagihkan-agihkan pada golongan gelandangan.

Anjung Singgah YKN ni merupakan salah satu projek Yayasan Kebajikan Negara yang disokong penuh oleh kerajaan.

"Usaha membantu golongan gelandangan bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk hidup berdikari. Anjung Singgah YKN menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara, makan minum dan sebagai pusat intervensi bagi mempersiap sediakan mereka menempuhi cabaran hidup agar tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara." - dipetik dari website YKN.

Kitorang berkesempatan melihat asrama tempat diorang tidur. Asrama dibahagikan kepada asrama lelaki dan asrama perempuan dan boleh memuatkan lebih kurang 70 orang. Pada kebiasaannya, penghuni lelaki lebih ramai daripada penghuni perempuan. Ada juga pasangan suami isteri yang menetap kat sini, tapi tetap dipisahkan mengikut asrama.

Masa mula-mula melangkah masuk ke asrama perempuan, kelihatan beberapa penghuni sedang baring dan berehat di tempat tidur masing-masing. Mula-mula tu aku rasa sedikit bersalah dan takut menggangu diorang. Tapi aku beranikan diri untuk menegur diorang...

Rupa-rupanya kebanyakkan mereka sangat ramah. Aku cuba memulakan perbualan dengan "Makcik berasal dari mana?". Makcik Zainon, pakai baju kurung hijau kat gambar bawah ni, terus bercerita tentang asal usul dia hinggalah bagaimana dia boleh berada kat situ. Seolah-olah seronok bercerita tentang diri dia pada kitorang. Senyuman tak lekang di bibir seolah-olah tiada kesedihan walaupun cerita hidup diorang ni sangat sedih!

Penghuni kat sini masing-masing dengan cerita duka diorang tersendiri. Diorang tak segan silu menceritakan kisah duka diorang. Malah seolah-olah cuba melepaskan apa yang terbuku di hati masing-masing. Ada yang dibuang keluarga, ada yang hampir dirogol dan melarikan diri keluarga yang porak peranda.

Aku sangat sedih dengar cerita setiap satu dari diorang. Bagaimana diorang cuba untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan yang sangat daif dan sebatang kara.

Lebih kurang pukul 11.40 malam, kitorang diberi taklimat oleh salah seorang petugas di Anjung Singgah ni. Beliau menerangkan tatacara yang perlu kitorang patuhi supaya tak berlaku insiden yang tak diingini. Antaranya, jangan bising, sentiasa berada dalam kumpulan dan berhati-hati kalau nak ambil gambar - no flash! Mungkin ada antara diorang tak suka kalau gambar diorang diambil.

Petugas tersebut dan seorang lagi petugas lain mengetuai rombongan kitorang.

See! Niesreena pun bawa pek makan untuk diberikan kepada orang gelandangan. Berjalan bersama-sama kakak-kakak, jauh meninggalkan mama. (^-^) Bagus! Pandai berdikari!

Kitorang dibawa ke kawasan berhampiran dengan puduraya, belakang bangunan Mydin hinggalah ke Pasar Seni. Ramai orang-orang gelandangan yang masih berjaga dan duduk di tepi kaki lima. Aku tak berani nak tangkap gambar diorang. Takut diorang marah.

Ada yang dah tidur.

Enche Neezam bergelandangan seketika.

Lebih kurang pukul 12.10 tengah malam, kitorang tiba semula di Anjung Singgah.

Tengok Naufal, berpeluh-peluh! Penat berjalan dan berlari!

Semua orang nampak kepenatan tapi alhamdulillah, misi berjaya!

Terima kasih pada warga kerja KK1 USIM kerana memberi peluang untuk aku, Niesreena dan Naufal mengikuti program ni.

Malam ni, memang aku sengaja nak bawa Niesreena dan Naufal - biar diorang tahu, kat luar sana, ada ramai insan yang tidak bernasib baik. Aku sendiri berasa sangat sedih melihat insan-insan geladangan ni. Diorang bukannya tak der keluarga, bukannya tak sempurna, ada yang memiliki ijazah dan diploma dan ada yang pernah berpangkat besar suatu ketika dahulu, malah ada yang datang dari keluarga yang berpangkat tapi nasib menyebabkan diorang jadi macam ni.

Terasa bertuahnya diri aku ini, kerana dikelilingi oleh insan-insan yang aku sayang dan menyanyangi aku. Mempunyai harta benda, hidup serba serbi senang jika dibandingkan dengan diorang. Syukur ya Allah dengan apa yang kau berikan. Janganlah kau tarik nikmat dan kebahagiaan ini

Aku berasa sangat insaf...

Sesungguhnya apa yang kita ada pada hari ini adalah pinjaman dari Allah swt.

❤ ❤ ❤

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." - Surah Al-Mu'min, ayat 39.

Saturday, May 3, 2014

Charity @ Good Samarithan Home

Company tempat aku bekerja ni memang selalu sangat buat charity event. Setahun at least sekali mesti ada. Cuma beberapa tahun sebelum ni aku tak berkesempatan nak join memandangkan ada jer urusan keluarga di hujung minggu. Alhamdulillah... kali ni berkesempatan join diorang!

Venue kitorang hari ni ialah di Good Samarithan Home kat Klang. Rumah anak-anak yatim ni menempatkan hampir 40 orang kanak-kanak dan remaja yang tidak mempunyai keluarga, yatim piatu dan anak-anak orang miskin beragama kristian.

Sempat tengok Frozen sama-sama.

Main game dan makan!

Sementara kengkawan yang lain membantu sedikit sebanyak memperbaiki rumah diorang.

Sessi bagi hadiah... Seronok masing-masing dapat hadiah walaupun tak seberapa.

Sayu sangat hati bila melihat anak-anak kecil yang ditinggalkan kat sini tanpa kasih sayang ibubapa dan keluarga kandung. Mujur ada insan lain yang sanggup berkongsi kasih dengan diorang. Bebudak ni nampak happy jer kat sini. Tapi dalam hati... diorang jer yang tahu kan...

Pictures kredit to PCSB Sports Club. Thanks so much!

back to top