♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label My Lovely Wedding. Show all posts
Showing posts with label My Lovely Wedding. Show all posts

Wednesday, December 11, 2019

Julie ❤ Neezam - 14 years of marriage

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…

Gambar 14 tahun lepas... Merenung masa depan....

Alhamdulillah... bahagia... ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Abang, thank you for everything.

Knowing you in almost 20 years are the best part of my life.

You are the most hardworking, funny, decisive and annoying ๐Ÿ˜… husband ever!

And I am the luckiest wife ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Thank you for always guiding me and our beautiful children ๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

I love you so much and will always love u forever and ever.

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga dan panjangkan jodoh kita dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya.

Ameen...

Happy 14th wedding anniversary to us.

๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Tuesday, December 11, 2018

13 Amazing Years Together

#julieluvneezam ❤

Alhamdulillah...

It's been 13 years.... Weee huuuuu...

Abang...

thank you for the lovely 13 years for being the wonderful, helpful and funny husband. The one who always make me smile, give me comfort and also headache. Huhuhuhu...

Semoga Allah sentiasa memberkati perkahwinan kita dan kebahagian berterusan dengan anak-anak tercinta. Ameen...

I love you so much... so so much...

13 years down... forever to go!

Ameen...

Monday, December 11, 2017

Baru 12 tahun...

A day well spent today. Thanks husband for your lovely treats...

Gi makan tempat favorite dan tengok wayang, without children. Then dapat hadiah.

Yup! Classic!

Huhuhu...

Before end of the day... nak belanja gambar #throwback masa bertunang dulu; 11/12/2004.

Tepat setahun lepas tu, 11/12/2005, kitorang nikah.

Hari ni genap 12 tahun... Alhamdulillah...

Nampak tak kat gambar tu, kemain tersenyum lebar enche Neezam. Nampak sangat seronok giler dapat bertunang dengan aku. Ngeeeeee.... huhuhu...

Yup! Baru 12 tahun...

Qte

12 tahun bersama atas nama suami dan isteri.
12 tahun bersama melakar corak hidup berwarna-warni.
12 tahun bersama susah senang bersama diharungi.
12 tahun bersama terus diraih rahmat Ilahi.
~ enche Neezam ~

UnQte

Terima kasih suami atas 12 tahun yang sangat bermakna ni. Semoga kita dapat menempuhi hari-hari yang mendatang bersama-sama sehingga ke Syurga. Insya Allah...

Monday, December 4, 2017

Disember! Bulan wedding anniversary!

Eh eh... Dah masuk bulan doblas.

Tetiba rasa dah lama tak beli handbag baru

๐Ÿ˜œ✌๐Ÿป
#weddinganniversarymonth#sebelasdoblasduaribulima #doblastahun
#mkemeraldkatjpoharitucantikbangat๐Ÿ‘‰๐Ÿป๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป๐Ÿ‘‰๐Ÿป๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป
#julieluvneezam #sangat❤️

#inluvwithmybestfriend
#gambarkahwin #kurusnyamasatu
#hinthint #siscuba
๐Ÿ™ˆ

Monday, December 12, 2016

Celebration : 4-in-1

Malam semalam enche Neezam open table, bersempena...

๐ŸŽ‚ birthday our dearest Niesreena
๐Ÿ‘ฆgorgeous Naufal dah selamat bersunat dan habis pantang
๐Ÿ’ wedding anniversary Mama dan Ayah
✈️ lovely couple, ayah tok dan mak tok nak gi honeymoon Europe

Alhamdulillah... syukur atas nikmat dan kurnia dari yang maha Esa.
Semoga kebahagiaan ini sentiasa berterusan.

Akhirnya Niesreena dapat jugak kek birthday dia.

Sorry lambat ye sayang...

Friday, December 11, 2015

Kisah cinta kami, sedekad bersama

Alhamdulillah... 11 December 2015 genap 10 tahun usia perkahwinan kitorang.

11 December memang tarikh keramat buat kitorang.

11 December 2001 kitorang couple, 11 December 2004 kitorang tunang dan 11 December 2005 kitorang nikah.

~ Cover kad kahwin kitorang dulu ~

Nak citer kisah cinta, aci tak? Hehehhee...

Actually aku kenal enche Neezam tahun 2000 kat UTM. Masa tu aku menetap di Kolej Tun Fatimah dan enche Neezam di Kolej Siswa Desa Skudai. KTF ni semua penghuninya siswi dan KSDS penghuninya semua siswa.

Tahun 2000 giliran KTF dan KSDS bergabung untuk menjadi tuan rumah atau penganjur bagi acara Sukan Antara Kolej (SUKAM) UTM. Masa tu, best friend dan jugak roomate aku, Malin ajak aku join dia jadi AJK Sukam. Then aku on ajer lah.

Aku ingat lagi, masa aku balik awal dari cuti semester, masuk bilik, Malin dah sampai tapi dia tak der kat bilik. Kat atas meja study Malin aku nampak sekeping gambar. Gambar Malin dengan sorang lelaki, aku tak kenal lelaki tu dan yang pastinya dia bukan budak course kitorang. Diorang bergambar berdua, lelaki tu berdiri atas batu tepi jalan, sebelah Malin tapi tetap tak sama tinggi dengan Malin. Hahhahaha... Sebab Malin memang tinggi giler. So, no wonderlah.

Malin, ada lagi tak gambar tu?

But honestly, first time aku tengok gambar lelaki tu, dalam hati macam ada rasa something. Hahahhaa... Kuch kuch hota hai sangat kan? Tapi betul! Seriously! Memang ada rasa something...

Then aku tak ingat bila pertama kali aku jumpa enche Neezam. Tapi kitorang jumpa memang masa sama-sama jadi AJK Sukam. Selalu sama-sama meeting, buat kerja sama-sama, hinggalah gi minum, hinggalah merayap ke JB dan Kulai sama-sama dengan Malin sekali.

Hubungan kitorang bertiga semakin rapat dan selalu bersama-sama sehingga berakhirnya SUKAM.

Aku suka berkawan dengan enche Neezam sebab dia kelakar dan menghiburkan. Dia jugak seorang kawan yang baik dan sentiasa mengambil berat.

Rasa seronok jer bila dengan enche Neezam.

Masa tu aku anggap dia sebagai kawan baik jer. Memang tak der rasa cintan cintun bagai. Enche Neezam pun selalu cerita kat kitorang pasal perempuan 'minyak' yang dia minat dan perempuan 'minyak' tu pun macam minat kat dia. Tapi sayangnya perempuan tu materialistik. Dia minat lelaki berkereta kancil. Huhuhu... Siaaaaaaaan enche Neezam. Mentang-mentanglah enche Neezam pakai kapcai buruk jer. Huhuhu...

Untuk mengubati hati enche Neezam yang lara, aku dan Malin siap carikan awek lagi untuk dia, tapi semua tak jalan. Actually, aku dah mula rasa 'suka' kat enche Neezam tapi mestilah malu nak cakapkan. Dan enche Neezam pun sebenarnya dah lamaaaaaaa 'suka' kat aku tapi tu lah... masing-masing tak nak cakap.

Hinggalah masuk semester yang seterusnya, semester aku kena praktikal kat KL. Masa tu mula rasa macam rindu sangat kat enche Neezam. Ingatkan aku sorang jer rasa macam tu, tapi rupanya enche Neezam pun sama. Tapi masing-masing tak cuba luahkan pun walaupun macam dah nampak bibit-bibitnya tu. Chewah!

Tiap-tiap malam enche Neezam jadi penunggu kat pondok talifon, call aku borak-borak; borak-borak macam best friend borak-borak.

Malam 11 December 2001, aku kat KL, enche Neezam call dari Skudai macam biasa, tapi malam tu lain macam sikit. Tetiba je enche Neezam tanya soalan yang aku tunggu-tunggu tapi ala-ala segan nak jawab. Hhahahahaha... gatai! So, 11 December kitorang declared couple.

Sebelum bertunang, banyak dugaan yang kitorang harungi. Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani dan berakhir dengan baik dan kitorang bertunang pada 11 December 2004.

Dulu masa bertunang, janji ikat 2 tahun, tapi alhamdulillah, rezeki dan jodoh Allah tetapkan cepat setahun. Masa tu pun enche Neezam dan aku masing-masing dah kerja tetap. So, beranilah nak mendirikan rumah tangga bila dah ada sumber pendapatan tetap. Sebelum bertunang pun enche Neezam dah mula bertugas kat KUIM, yang sekarang ni dah jadi USIM.

11 December 2005, kitorang nikah.

Alhamdulillah, hari ni dah sedekad perkahwinan kami dah 15 tahun perkenalan kitorang.

Dari best friend sekarang dia suami aku, ayah kepada anak-anak kitorang; Khairunniesreena dan Khairunnaufal.

Dari berdua sekarang kitorang dah berempat.

Dari kapcai buruk beroda dua sekarang kitorang mampu pakai kenderaan beroda empat

Dari duduk menyewa, sekarang kitorang dah ada rumah sendiri.

Kalau dulu makan Mc D beli satu meal kongsi berdua, sekarang kitorang... dah tak makan Mc D tapi mampu beli KFC sorang sebucket! Huhuhu...

Alhamdulillah...

Dan yang penting, enche Neezam semakin hensem sekarang... huhuhu... Maklumlah... bini yang jaga.

Perjalanan perkahwinan ini bukan mudah. 10 tahun yang penuh dengan kebahagiaan, kesedihan, suka, duka dan lara. Cinta, kasih dan sayang jadi penguat semangat kitorang.

Bersyukur sangat dengan nikmat dan rahmat yang Allah berikan. Semoga rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan ini semakin mekar dan kukuh untuk berdekad-dekad lagi.

Terima kasih atas 10 tahun yang begitu bermakna ni yer enche Neezam.

I love you sooooo much!

Cerita cinta ni, aku harap nanti Niesreena dan Naufal akan baca. Biar diorang ingat, kisah cinta mama dan ayah diorang.

แƒฆ(^-^)แƒฆ

Thursday, December 12, 2013

Why I L❤VE him so much!

Mula mengenalinya lebih dari 14 tahun dahulu.

Mula menyukai dan disukainya 13 tahun yang lalu. Declared as boiipren-gelpren on dec 11, 2000.

Bertunang dengannya pada tanggal dec 11, 2004.

Menikahinya pada tarikh dec 11, 2005. Sahlah kami menjadi suami isteri.

Semalam. Dec 11, 2013. Lapan tahun bahtera suci ini dilayari bersama-sama.

Onak duri, halangan, cobaan, rintangan, kesukaran, kesempitan, dugaan...itu umpama rencah penambah kekuatan kasih sayang sesama kami.

Khairunniesreena dan Khairunnaufal dianugerahkan kepada kami sebagai antara nikmat Allah yang terbesar dalam rumahtangga kami.

Semoga kita akan terus bahagia dan saling menyintai wahai sang isteriku.

Selamat ulangtahun perkahwinan kedelapan. moga Allah limpahkan rahmat-Nya dan memberi naungan perlindungan kepada rumahtangga kami.

Amin ya Rabb.

I will always love you sayangku Julie...

Copied from his fb here.

Because I feel very much appreaciated! I L❤VE you more sayang...

Wednesday, December 11, 2013

DeLapan

Alamdulillah...

Bersyukur kehadrat Allah swt.

Hari ni, 11-12-13,

genap 8 tahun usia perkahwinan aku dan suami tercinta.

Enche Neezam,

I L❤VE U SO MUCH SAYANG!

Saturday, December 11, 2010

On this very special date

On this special date

11 December

9 years ago...

He asked me to be his special someONE

On this special date

11 December

6 years ago...

We were engaged

On this special date

11 December

5 years ago...

We were married

And today

11 December

It's the 5th year of our marriage and our love grows stronger still.

Blessed with two wonderful, beautiful, cheerful children.

Syukur alhamdulillah...

Abang,

Our marriage is the best thing in my life,

I love you deeply, madly, and I always will!

Happy 5th year anniversary, sayang...

And thank you for that sooooo sweet post! :)


back to top