♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, March 31, 2010

Jom jalan-jalan!

Naufal 11 bulan & Naufal dah boleh jalan!

Yey!


Tuesday, March 30, 2010

Masak tempoyak ikan patin

Jangan jealous uolls...

Hari ni kitorang pekena

masak tempoyak ikan patin

Pergh! Sedap giler!

Lebih-lebih lagi bila kena pulak air tangan orang Melaka kan... Sangatlah sedap... :)

Bila sedawa... semerbak baunya... hahahhaha... sangat tak senonoh!

Nway... Tq kak Jumee sebab sudi menjamu kitorang dengan hidangan istimewa hari ni. Tak sangka dapat jugak pekena masak tempoyak ikan patin kat bumi kanggaroo ni. :)

Sunday, March 28, 2010

Three little ducks went out one day...

"Three little ducks went out one day,
over the hill and far a way,
mother duck said quack-quack-quack-quack!
But only two little ducks came back..."

Happy betul Niesreena. Seronok sangat dapat bagi itik makan. Sambil bagi itik makan, sambil menyanyi-nyanyi lagu 'Three little ducks'. Naufal pun seronok jugak! Bukan main berbunyi-bunyi lagi mulut Naufal. Ntah apa yang Naufal cakap ntah. Mungkin nak bagitau kat mama dan ayah yang Naufal pun seronok tengok itik banyak-banyak. Atau mungkin jugak baby Naufal bagitau yang dia nak berenang sama-sama dengan itik-itik tu. Huhuhu... Atau baby Naufal nak bagi makan itik jugak! Hmmmm... tapi bila aku bagi roti kat Naufal, Naufal bukan baling kat itik, tapi... suap dalam mulut dia sendiri. Hehehehe...

Tempat ni ialah Fairfield Park dan sungai yang ada banyak itik tu ialah the famous Yarra river. Tempat ni merupakan antara tempat beriadah yang terkenal kat Melbourne ni sebab kononnya ada banyak cerita/sejarah disebalik tempat ni. Nak tahu apa ceritanya? Silalah tanya Professor Google. :)

Alhamdulillah, cuaca pun sangatlah cantik. Mendung jer tapi taklah sejuk sangat. Memang best!


Saturday, March 27, 2010

Sebulan jer lagi!

Naufal dah 11 bulan!

Ya Allah! Cepatnya masa berlalu kan? Sebulan jer lagi baby Naufal akan masuk setahun!

Alhamdulillah, progress Naufal pun sangat laju. Sekarang ni Naufal dah ada 8 batang gigi! Empat batang gigi atas dan empat batang lagi gigi bawah. Banyak kan...

Baby Naufal pun dah boleh jalan! Tak lah kukuh lagi. Tapi dah dapatlah jugak 7-8 langkah. Setiap masa nak berjalan. Naufal dah boleh berdiri tanpa bantuan. Maksudnya dari duduk tu, Naufal boleh terus bangun. Tak perlu nak berpaut pada kerusi ke hapa. Cumanya susah sangat nak tangkap gambar baby Naufal berjalan, sebab bila baby Naufal nampak mama atau ayah dia pegang kamera, Naufal akan merangkak laju sebab nak dapatkan kamera tu. Nantilah! Bila dapat gambar baby Naufal berjalan, sudah tentu akan aku uploadkan kat blog aku ni. (^^)

Sejak dah pandai jalan ni jugak, baby Naufal selalu ngamuk dalam stroller. Tak reti duduk diam dah. Naufal nak jalan. Bila lepaskan Naufal berjalan, memang dia seronok. Kadang tu bila dah seronok sangat, sampai tak berjalan, tapi merangkak lajulah pulak!

Naufal dah pandai terima arahan sekarang. Kalau aku kata "No!". Naufal akan berhenti apa yang dia tengah buat. May be Naufal tahu yang dia buat tu salah... kot... Tapi... beberapa saat lepas tu, Naufal buat jugak lagi!

Kalau aku kata "Hello...", Naufal akan letak tangan dia kat telinga. Konon macam tengah bertalifon. Pastu mulut mengomel-ngomel. Konon tengah cakap jugaklah. Hehehe... comel!

Kalau aku kata "Geram...", Naufal akan buat muka geram. Siap ketap gigi dan merah muka! Dua-dua tangan tergenggam erat. Geram sangatlah tu. Kelakar tengok.

Baby Naufal pun dah pandai melambai. Bila dengar "Bye... bye...", Naufal akan lambai tangan dia. Sangat comel! :)

Bila aku minta sesuatu dari Naufal dan kata "mama nak", Naufal biasanya akan bagi. Kalau aku nganga, Naufal akan suap atau kalau aku tadah tangan, Naufal akan bagi kat tangan. Tapi biasanya kalau bagi kat tangan, Naufal akan bagi beberapa saat jer. Pastu Naufal akan rampas balik. Dan kalau bagi kat mulut tu yang kelakar. Mulut Naufal pun siap nganga-nganga nak masukkan barang dalam mulut aku. :)

Apa lagi progressnyer ek?

Oh ya! Ni yang aku taaaaaaaaak suka...

Naufal suka sangat memanjat! Apa yang boleh dipanjat, akan dipanjatnya. Terutamanya kerusi pink Niesreena. Pantang nampak dan pantang lepa. Memang akan dipanjatnya. Pastu... dah berdiri atas kerusi tu, nangislah pulak. Sebab... tak reti nak turun. Ha... padan muka! Masa tu baru tercari-cari muka mama yang comel ni. ;p Minta bantuan... minta belas kasihan. Tak caya... tengok ni...

Sekarang ni, baby Naufal sukaaaaa sangat pergi bilik air dan dapur. Memang favorite spots dia. Kalau kat bilik air tu, Naufal akan masuk kat kawasan shower tu. Tonggang tebalikkan apa yang ada. Pastu bersepahlah segala mak nenek dalam tu. Shower foamnyer ntah kemana, shampoonyer ntah kemana. Selalunya kalau Naufal masuk dalam bilik air ni, aku ikutlah sekali. Tak kan nak biarkan dia sesorang kan? Bahaya seh! Aku sajer jer tengok gelagat Naufal. Apa dia nak buat...

Hmmmm... kalau kat dapur lagi teruk. Lagi kuat jugak aku menjerit, "Naufal! Jangan!". Habis kabinet dapur dibukanya. Sekarang ni bukan setakat pandai bukak kabinet dapur; laci-laci dan oven pun Naufal dah pandai bukak. Dah bukak satu hal, pastu habislah dipunggahnya segala apa yang dapat dipunggah! Adoooiiii... letih!

Enche Neezam gelar Naufal ni 'Mat Capai'. Hehehe... Nak tau kenapa? Sebab 'pencapaian'nya memang sangat bagus! Hahaha... maksud kitorang, tangan Naufal ni memang cepat mencapai! Apa yang Naufal berkenan, laju jer dia capai. Lebih lagi dari kitorang! Tak sempat nak alihkan ke hapa!

Dah pandai buat sepah! Memang sekepala dengan Niesreena. Dah main tak reti nak kemas semula. Mamaaaaaa jugak yang buat. Sian mama tau... :(

Tengok tv bersama Naufal bukanlah sesuatu yang aman lagi sekarang. Memang tak aman! Sebab... Naufal sukaaaaa sangat picit button kat tv tu. Oooooo... sangat tensi! Kejap kang Naufal tukar channel lain. Kejap kang suara kuat sangat. Kejap kang bisu plak. Bila kitorang alih Naufal ke tempat lain, Naufal tetap akan ke depan tv jugak. Yang geramnya, bila kitorang tak tengok tv, tak der plak Naufal nak picit-picit button tv tu. *sigh*

Tang paip... still bocor! Adoi... bilalah nak tutup betul ni sayang? Satu hari, lima enam kali tukar baju, tukar bib sebab basah. Kata orang, air liur baby asyik mengalir sebab masa aku mengandungkan dia, ada yang aku mengidam tak dapat. So, kalau nak berhentikan air liur tu, calitkan makanan yang aku mengidam tak dapat tu kat mulut dia, compom akan berhenti air liur tu. Betul ke? Tapi... masalahnyer... aku rasa tak der plak ada yang aku mengidam tak dapat. So cam ner? Any other tips?

Niesreena & Naufal, buah hati mama & ayah. We love you two sooooooo much! You're the best things happened in our life!

Friday, March 26, 2010

Fairy Dust Cupcakes

Percubaan kali kedua! ;p

Kali pertama buat ari tu, aku kurang sabar. Hehehe... over excited katakan. Nak cepat siap konon. Tak sabar nak tengok hasilnya. So, memang hancur lah marshmallow cupcakes aku.

Kali ni, aku lebih berhati-hati, lebih sabar, lebih teliti. Dan hasilnya, alhamdulillah...

~Niesreena sabar menunggu kek dimasak~

~Cantik! Kali ni jadi lebih baik dari yang lepas. Memang puas hati!~

Fairy Dust Cupcakes!

Enche Neezam kata, "kena kurangkan manis"... Hehehe... Ok boss!

back to top