♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, September 9, 2008

Kek Batik Biskut Marie

Bila aku browse resepi ni kat internet, aku jumpa macam-macam sangat version yang berlainan. Sampai aku pening, version manalah yang aku nak ikut? Mana yang sedap? Ada yang guna serbuk koko, ada yang tak; ada yang guna telur, ada yang tak; ada yang guna gula, ada yang tak; macam-macam lagi... Yang guna serbuk kopi pun ada. Ntah macam mana pulak rasanyer ek?

So, kali ni aku postkan pulak resepi 'Kek Batik Biskut Marie Istimewa' yang telah diubah suai @k@ version Mrs Juliet yer... :) Gerenti sedap!

~ Kek Batik Biskut Marie Istimewa ~

Bahan-bahan

  • 1 cawan milo
  • 1 sudu kecil nescafe
  • 1 tin susu pekat manis (395 g)
  • 1 buku butter (250 g)
  • 1 biji telur ayam
  • beberapa titik esen vanila
  • biskut marie @ arrowroot

Cookware - mangkuk tahan microwave dan mangkuk yang disalut dengan clingfilm

Cara-caranya

  • Masukkan butter ke dalam mangkuk dan cairkan butter menggunakan microwave
  • Bila butter dan mencair, masukkan semua bahan-bahan lain, kecuali biskut marie ke dalam mangkuk tadi dan gaul hingga sebati
  • Masukkan semula adunan tadi ke dalam microwave selama 3 - 4 minit dan kacau setiap 1 minit
  • Bila adunan dah agak sejuk, patah-patahkan biskut marie ke dalam adunan dan gaul biskut sebati dengan adunan tadi

  • ~Biskut dimasukkan ke dalam adunan~

  • Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk yang dah disalut dengan clingfilm. Ni supaya nanti bila adunan tu dah keras, senang korang nak keluarkan dan potong.
  • Make sure adunan betul-betul mampat supaya hasilnya cantik mata memandang :)

  • ~Adunan sedia untuk dikeraskan~

  • Masukkan ke dalam peti sejuk *bukan freezer
  • Bila dah keras, bolehlah dijamu...

~Kek batik istimewaku~

Ok, kengkawan try lah buat yer... Insya Allah sedap...



*juliet le sweetheart : nak try apa pulak lepas ni ek?


6 comments :

MaLyN said...

julie..awak tmbh nestum kt dlm tu...letak lebih2 sket..sure lg terangkat
then kalau follow my version, saya tak letak susu, tp telur tu beberapa biji.lg byk lg sedap...confirm kalori brtambah la..hehe

*juliet le sweetheart said...

Malin, kite ada jumpa jugak letak nestum tu. Nanti try version awak plak lah... Smile

ladyverde said...

hey babe...im new here...wahhhh byk kan version die...insyaallah one day nak jugak try urs...instead gune dapur, gune microwave Wink

*juliet le sweetheart said...

Ladyverde, welcome to my blog... :) i lebih suka memasak guna microwave. Cepat dan bersih... ;p

Yulie said...

julie!! ko ingat lagi tak kat aku??? finally jumpa resepi kek batik yg mengancam jiwaaa.. yeyeyeyeye.. nk try nk try... em,julie lama lagi ke kat ausie tu??

*juliet le sweetheart said...

Yulie, mestilah ingat... ingat sangat.. insya Allah setahun setengah lagi kat sini. Dua minggu lagi balik raya. Yey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top