♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, September 6, 2008

Berbuka puasa

Hari Khamis yang lepas, kitorang diundang ke rumah En. Din untuk berbuka puasa bersama-sama berkonsepkan potluck. Aku memang suka konsep potluck ni sebab gerenti banyak makanan daripada ramai chef. Aku sendiri bawa rendang ayam masak lemak cili padi dan kek batik yang baru first time aku try buat dan alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Neezam pulak sempat goreng ubi keledek beserta sambal kicap cili padi istimewanya. Selain yang kitorang bawa, ada macam-macam jenis makanan lagi; sup meatball, tauchu seafood, roti john, etc... Yum yum... semua home made dan semua sedap! Antara tetamu yang sama-sama join potluck ni ialah famili En. Din the tuan rumah, famili Pak Tam, Kak Tasha dan Aleh serta Ari dan Ara. Lepas berbuka puasa, kitorang bersama-sama solat maghrib, isya' dan seterusnya solat tarawih berjemaah.

~Kek batik istimewaku~


~Tengok mulut Niesreena yang comot sebab jilat coklat kat senduk~

Semalam, hari Jumaat, pun berbuka kat luar lagi. Kali ni kat surau LTU. Alhamdulillah, akhirnya aku berkesempatan jugak nak join iftar kat surau. Dalam post aku yang lepas-lepas, baru jer aku berkira-kira dan berfikir-fikir, bilalah aku nak join iftar, macam tak berkesempatan jer... Tapi dapat gak join akhirnya...

Makanan yang dijamu kali ni adalah makanan Malaysia; nasi putih, rendang dan acar. Macam-macam makanan lain lagi ada. Nasi kambing pun ada. Semua pun sedap! Orang yang datang pun ramai dan kebanyakkannya Malaysian dan memang kitorang kenal. Memang seronok berbuka ramai-ramai ni. Rasa meriah sangat dan rasa macam dah dekat nak raya jer. Padahal tak masuk seminggu lagi berpuasa. Hehehe... Eh! Sebenarnya malam tadi pun dah rasa macam suasana hari raya tau sebab kebanyakkan yang datang pakai baju kurung. Tapi belah lelaki, Neezam sorang jer pakai baju melayu. Sungguh patriotik lakiku itew... huhuhu...

~Kami anak Malaysia!~

Aku dan Neezam balik selepas berbuka dan solat maghrib. Tak sempat nak solat tarawih bersama-sama dengan diorang sebab takut Niesreena buat perangai dan mengganggu solat tarawih. Insya Alah, kalau ada rezeki lain kali, join lagi...



*juliet le sweetheart : menghitung hari! Yey!!!


2 comments :

fadillah said...

Nampak sedap jer kek batik tu.ko ni mmg rajin masak laaa..syok tgk..

Juliet Le Sweetheart said...

Sejak sampai sini terpaksa merajinkan diri... ;p

back to top