♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Tuesday, March 9, 2021

Sekolah 2021

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Akhirnya persekolah sessi 2021 bermula. Hari ni Naufal jer yang ke sekolah. Kakak Niesreena masih PDPR secara online lagi kat rumah lagi.

Baju sekolah memang dah lama beli sebelum PKP 2.0 yang lepas. Perkara yang paling 'membingungkan' nak naik sekolah ni ialah nak potong rambut Naufal. Huhuhu...

Enche Neezam masih was was nak gi kedai gunting rambut. Jadinya aku potong jer lah, ikut sedap mata. Huhuhu...


Alhamdulillah... ok lah kan? Huhuhu... Hensem jugak...


Tu lah... sejak Covid ni, macam-macam dah boleh buat sendiri... jadi mamak roti canai boleh, jadi pembuat roti boleh, jadi tukang kayu boleh, jadi chef sushi boleh... huhuhu... dan sekarang jadi barber pun boleh... 

Saturday, January 16, 2021

Sessi persekolahan 2021 ditangguhkan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Beberapa hari lepas aku cakap kat enche Neezam, aku risau bebudak akan start gi sekolah minggu depan memandangkan kes Covid-19 yang semakin tinggi. Lebih-lebih lagi kat Selangor ni. Mencanak-canak kes baru Covid-19 setiap hari.


Aku tengok kat My Sejahtera pun dalam 1km radius kawasan aku ni ada 13 kes baru! 

Adoi aiii...

Kalau budak-budak ke sekolah, memang lagi banyaklah kes baru setiap hari. Macam manalah nak kurang. 

Tup... tup... petang tadi dengar berita kata sessi persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula pada 20hb Januari, hari Rabu ni akan ditangguhkan. Ya Allah... alhamdulillah...


Honestly, aku memang lega bila budak-budak ni tak perlu ke sekolah sebab kes banyakkan sekarang. Tapi at the same time, aku kena prepare diri jugak untuk hadap Niesreena dan Naufal punya kerja sekolah. Dah lah tahun ni memasing nak ambil peperiksaan penting.

Niesreena ok lagi... dia pandai belajar sendiri dan kalau ada masalah baru dia akan refer pada aku dan enche Neezam. Naufal... hmmmm... kalau belajar laju kemain. Kerja sekolah sekejap jer siap. Tapi yang aku risaukan, masuk ke tidak dalam kepala hotak tu. Huhuhu... aku memang kena bagi lebih masa untuk tengok Naufal belajar. 

Nampak gayanya aku pun kena ambik masa belajar dulu apa yang diorang belajar sebelum mengajar diorang. Kira kena sama-sama belajarlah. Silibus bebudak sekarang ni bukan macam kiter dulu. Memang mencabar sangat-sangat. 

Aku bersyukur jugak bila kerajaan announce sebelum diorang naik sekolah. Daripada dah naik sekolah then tetiba kena tangguh pulak kan. Sekurang-kurangnya tak perlu nak bayar duit transport lagi. Macam tahun lepas, walaupun berbulan tak naik van sekolah aku tetap bayar yuran penuh sampai hujung tahun. 

Hmmmm... satunya sebab kesian kat kakak transport sebab ni jer punca pendapatan diorang (agaknyalah...) dan aku rasa tak baik pulak kalau tak bayar. Bila dah jadi macam ni, aku kesian jugak dengan pengusaha bas sekolah. Kalau sekolah tangguh, orang pun tak lah guna van sekolah, memang tak der incomelah kan. Hmmmm... kesian...

Apa-apapun, ramai sebenarnya yang terkesan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia sekarang ni. Orang hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan... Aku pun salah seorang daripadanya... Huhuhu... Tapi tu lah... kiter usahakanlah cari jalan lain nak survive.... Insya Allah...

Semoga tahun ni hilanglah Covid-19 ni. Giler rindu nak jalani hidup normal macam dulu...

Tuesday, March 31, 2020

Yuran taska & transport

#pkp #mco #day14

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kita dah masuk fasa kedua tempoh PKP. Maksudnya dalam bulan 4 ni nanti, 2 minggu budak-budak ni takkan ke sekolah dan Neeyaz pun tak ke taska. Tu kalau tak dilanjutkan... kalau dilanjutkan? Macam mana dengan yuran taska dan transport bulan ni?

Aku tengok kat berita pun dah kecoh dengan isu ni sejak kebelakangan ni. Kena bayar penuh, separuh atau tak bayar langsung?

Ada kawan aku kat Nilai ni, taska anak dia suruh bayar penuh. Adik aku kat KL, taska dan transit cuma bagi diskaun 30% - perlu bayar baki 70%. Banyak jugak nak bayar. Orang kata, pay for nothing.

Kalau perlu bayar penuh rasa macam tak adil bagi pihak ibubapa sebab kita tak hantar anak-anak. Tapi kitorang faham jugak, sebab owner taska pun perlukan duit untuk bayar utilities dan overhead. Gaji pekerja lagi nak kena bayar jugak kan. Waktu macam ni perlu ada win-win situation dan saling timbang rasa.

So, semalam enche Neezam ada bertanyakan dengan cikgu taska Neeyaz, berapa jumlah taska yang perlu dibayar untuk bulan April ni. Alhamdulillah... pihak taska beri diskaun 50%. Oklah... daripada tak der langsung. Aku tahu, diorang pun perlukan duit untuk survive.

Untuk transport Niesreena dan Naufal, aku decide untuk bayar penuh jer.

Aku harap pengusaha taska Neeyaz dan kakak pemandu van sekolah Niesreena dan Naufal, dipermudahkan segala urusan diorang sepanjang tempoh PKP ni. Aku tahu, diorang susah nak hadap dengan pelbagai kerenah ibu bapa yang mungkin mintak diskaun atau tak nak bayar langsung. Tapi aku percaya masing-masing ada sebab masing-masing. Ibu bapa yang tak nak bayar pun mungkin diorang ada kesempitan jugak dalam tempoh PKP ni.

Kalau tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga akhir bulan ni, anggap jer lah itu rezeki masing-masing. Apa yang terlebih dan terkurang tu kita halal halal jer lah...

Friday, January 31, 2020

Kejohanan Sukan Sekolah Naufal

2020

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Pagi tadi telah berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah di sekolah Naufal. Bila sekolah buat hari sukan pada hari persekolahan, maknanya memang tak dapatlah aku dan enche Neezam nak pergi walaupun Naufal masuk dalam beberapa acara.

Alhamdulillah... tadi balik dari sekolah Naufal tunjukkan pingat-pingat yang dia dapat.

Tahun ni tak der dapat johan macam tahun lepas. It's ok. Tahun depan cuba lebih baik lagi k.

So, tadi scroll facebook sekolah Naufal, nampaklah aksi-aksi Naufal masa kejohanan. Simpan sini buat kenangan.

Ini acara 200m. Naufal dapat tempat kedua.

Ini acara 4x200 meter dapat tempat ketiga.

Dan ini acara 100m. Dapat tempat ketiga.

Acara penyampaian hadiah.

Selain dari acara balapan, Naufal juga masuk acara lompat tinggi. Tapi dapat tempat keempat jer. But its ok!


Tahniah Naufal. Apapun... mama dan ayah bangga dengan Naufal. Sukan... sukan jugak... belajar jangan leka...

Thursday, January 2, 2020

Hari pertama persekolahan 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni dah start sekolah. Rutin harian berubah semula seperti sebulan yang lepas. Masa cuti sekolah hari tu pukul 6 lebih baru bangun. Sediakan makanan Niesreena dan Naufal dan terus gi kerja. Tinggalkan rumah begitu jer sebab ada Niesreena dan Naufal tolong buat kerja rumah.

Balik kepada rutin mula semula sekolah, pukul 5.30 dah nak kena bangun dan mengemas rumah. Keperluan sekolah Niesreena dan Naufal, diorang dah pandai uruskan sendiri. Alhamdulillah... So, tak der lah sibuk tolong diorang gosok baju ke, susun buku sekolah ke macam 3 tahun lepas... semua dah pandai buat sendiri dan Niesreena tolong gosokkan baju sekolah Naufal.

Aku ni kalut bangun pukul 5.30 pagi semata nak mengemas rumah jer. Hati tak senang kalau tak kemas rumah sebelum pergi kerja. Huhuhu...

Niesreena dan Naufal bangun pukul 6 pagi. Biasanya baju sekolah dan buku sekolah semua dah siap malam sebelum sekolah. Neeyaz pulak pukul 6.25 pagi baru dikejutkan dan mandi. Mesti kena mandi dan bersiap sebelum ke taska.

Tahun ni, Naufal akan menduduki UPKK. So, kena fokus lebih pada Naufal tahun ni. Naufal ni banyak main. Tu yang risau sikit. Tapi kalau sit down dengan dia, fokus kat dia masa study, guide dia... haaa... memang dia okay. Tapi kalau suruh dia belajar sendiri. Hmmmm... tak sampai 10 minit dah tidur.

Risau... risau... aku risau aku tak mampu nak focus mengajar dia sebab balik kerja dah penat. Huhuhu... bertabahlah! Kenalah sacrifices sikit.

Aku harap Naufal juga akan mendapat keputusan yang cemerlang macam kakak Niesreena dulu. Boleh sambung ke sekolah aliran agama. Ameen...

Wednesday, November 27, 2019

Kem cuti sekolah Khairunnaufal 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari Ahad yang lepas, kitorang gi hantar Naufal ke Kem Hafazan Ibadah kat Madrasah Ibnu Mas'ud di Segamat. Dekat jer dengan rumah mak ayah. Kem ni untuk Naufal sempena cuti sekolah ni.

Kem ni bermula hari Ahad yang lepas dan akan  berakhir hari Jumaat ni, Insya Allah. Tapi bebudak ni tak tidur kat kem. Start jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Hari-hari boleh balik. Aku pun masih tak sampai hati lagi kalau nak biarkan Naufal bermalam lama-lama kat tempat lain. Kecik lagi baby boy aku tu. Masih tak boleh berdikari lagi.

Ramai jugak peserta.

So, hari pertama hari tu sebelum kitorang balik ke Nilai, sempatlah aku gi hantar dan ambil Naufal kat kem. Naufal kata seronok. Dapat jumpa kawan-kawan baru, solat dhuha, dengar kuliah dan sirah serta macam-macam aktiviti lagi. Naufal kata dia seronok jugak makan dalam dulang beramai-ramai dengan kengkawan baru.

Ni aku dah balik Nilai, terpaksalah ayah tok dan mak tok yang menguruskan Naufal. Hari-hari ayah tok hantar dan ambil Naufal dari madrasah. Hari-hari jugak aku call Naufal untuk tahu pengalaman baru dia setiap hari.

Semalam, Naufal belajar baca surah Al-fatihah dengan betul. Walaupun kat rumah pun ayah dia dah ajar mengaji dengan betul. Tapi kali ni Naufal lebih teruja. Siap suruh aku dengar bacaan al-Fatihah dia. Alhamdulillah...

Ustaz dan ustazah kat kem pun selalu hantar gambar-gambar dan video melalui whatsapp. Tunjuk aktiviti harian anak-anak.

Dapat peluang belajar memanah jugak.

Naufal kata seronok kat kem. Alhamdulillah...

Ada beberapa hari lagi sebelum kem berakhir. Semoga Naufal betul-betul dapat manfaat sepanjang kem ni. Insya Allah...

Tuesday, November 19, 2019

Majlis Apresiasi Khairunnaufal 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni aku cuti. Pergi ke sekolah Naufal untuk Hari Apresiasi Pelajar 2019.

Alhamdulillah... hari ni Naufal dapat naik pentas untuk matapelajaran terbaik. Matapelajaran apa?

Hmmm... jangan tak percaya... sebab aku pun tak percaya...

Naufal pelajar terbaik untuk matapelajaran Sejarah tahun 4. Markah akhir tahun hari tu 97%. Alhamdulillah...

Hari ni ayah dia ada kuliah. So, aku dan Niesreena jer datang ke majlis ni.

Tahniah Naufal. Tahun depan cuba lagi terbaik untuk matapelajaran lain jugak ok!

Friday, June 28, 2019

Niesreena Qalam Jamaie

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Malam ni aku sempat menghadiri Majlis Hari Raya dan Perjumpaan 3 Penjuru di sekolah Niesreena. Aku dan Niesreena jer pergi sebab anak-anak lelaki dah tidur. Terpaksalah enche Neezam stay kat rumah jaga diorang.

Alhamdulillah... keputusan peperiksaan Niesreena baik. Tapi banyak yang perlu diperbaiki lagi... terutamanya subjek Bahasa Arab.

Tadi berkesempatan jugak tengok persembahan Qalam Jamaie dari kelas Niesreena. Best jugak rupanya qalam jamaie ni... walaupun aku sepatah haram pun tak paham. Huhuhu...

Thursday, June 27, 2019

Neeyaz at school

Mari mewarna

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni cikgu Neeyaz post gambar kat fb taska. Aktiviti kekanak hari ni. Terselitlah gambar my baby Neeyaz.

Beria mewarna... pandai tak tu?

Aku suka bila cikgu share gambar-gambar aktiviti kat taska. Nampaklah apa yang diorang belajar setiap hari. Pastu bila balik nanti, boleh ajak baby Neeyaz berborak pasal aktiviti hari ni kat sekolah.

Alhamdulillah... sehingga hari ni memang puas hati dengan taska. Banyak aktiviti dan anak-anak pun terurus dengan baik. Senang hati mama ayah.

back to top