بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari Ahad yang lepas, kitorang gi hantar Naufal ke Kem Hafazan Ibadah kat Madrasah Ibnu Mas'ud di Segamat. Dekat jer dengan rumah mak ayah. Kem ni untuk Naufal sempena cuti sekolah ni.
Kem ni bermula hari Ahad yang lepas dan akan berakhir hari Jumaat ni, Insya Allah. Tapi bebudak ni tak tidur kat kem. Start jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Hari-hari boleh balik. Aku pun masih tak sampai hati lagi kalau nak biarkan Naufal bermalam lama-lama kat tempat lain. Kecik lagi baby boy aku tu. Masih tak boleh berdikari lagi.
Ramai jugak peserta.
So, hari pertama hari tu sebelum kitorang balik ke Nilai, sempatlah aku gi hantar dan ambil Naufal kat kem. Naufal kata seronok. Dapat jumpa kawan-kawan baru, solat dhuha, dengar kuliah dan sirah serta macam-macam aktiviti lagi. Naufal kata dia seronok jugak makan dalam dulang beramai-ramai dengan kengkawan baru.
Ni aku dah balik Nilai, terpaksalah ayah tok dan mak tok yang menguruskan Naufal. Hari-hari ayah tok hantar dan ambil Naufal dari madrasah. Hari-hari jugak aku call Naufal untuk tahu pengalaman baru dia setiap hari.
Semalam, Naufal belajar baca surah Al-fatihah dengan betul. Walaupun kat rumah pun ayah dia dah ajar mengaji dengan betul. Tapi kali ni Naufal lebih teruja. Siap suruh aku dengar bacaan al-Fatihah dia. Alhamdulillah...
Ustaz dan ustazah kat kem pun selalu hantar gambar-gambar dan video melalui whatsapp. Tunjuk aktiviti harian anak-anak.
Dapat peluang belajar memanah jugak.
Naufal kata seronok kat kem. Alhamdulillah...
Ada beberapa hari lagi sebelum kem berakhir. Semoga Naufal betul-betul dapat manfaat sepanjang kem ni. Insya Allah...
No comments :
Post a Comment