♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Makan Sushi. Show all posts
Showing posts with label Makan Sushi. Show all posts

Wednesday, December 23, 2020

Kasi upgrade freezer

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Yey! Tukar freezer baru!


Tukar freezer untuk simpan stok bahan-bahan frozen sushi. Memula dulu masa nak start business aku beli freezer kecik - 80 liter jer. Ye lah... masa tu macam tak confident jer nak business. Takut kang bermodal macam-macam dan mahal-mahal, tapi kayuh separuh jalan jer.

~Baru vs lama~

Tapi alhamdulillah... sekarang ni aku dah yakin yang business sushi aku ni boleh dijadikan sumber rezeki, walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Alhamdulillah... ya Allah...

So, sebab selalu aku dan enche Neezam suka beli barang secara borong, so aku tukarlah freezer besar sikit. Besar lebih sikit jer. Dan kali ni pilih standing freezer. Senang nak keluarkan barang.

Suka sangat! Dapat beli freezer ni pun kebetulan kat kedai letrik ada promotion. Dapatlah potongan RM300. Jadi RM1088. Alhamdulillah...

Oklah ni... cukuplah untuk simpan barang harian yang aku gunakan. Enche Neezam kata, kalau aku perlukan  freezer lebih besar, maksudnya aku jugak perlukan pekerja.

Huhuhuhu... lambat lagi...

Tuesday, November 3, 2020

Inari lagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari tu buat inari perisa lain. Hari try perisa lain pulak.


Try buat sotong tu... sajerlah cuba-cuba menu baru. Sedaplah pulak. Seriously... memang sedap.

Kali ni bebudak ni dapat sorang seketul, memang tak puas hati. Huhuhu... Lain kali boleh buat lagi.




Buat masa ni aku tak terfikir lagi nak jual inari ni walaupun ada ramai jugak yang request. Tengoklah dulu keadaan macam mana yer. Ada rezeki, kiter open order.

Wednesday, October 28, 2020

Design sticker baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kelam kabut design sticker baru dan dapatkan beberapa quotation daripada printer. Mana tak kelam kabut... rupa-rupanya sticker sedia ada dah hampir habis. Terkejut jugak! Sebab hari tu print 1200 keping. Ni tinggal beberapa keping jer. Cuak... cuak...
Huhuhu...

Aku design sticker baru sebab ada tambah menu lain iaitu Chicken Satay. Insya Allah lepas ni kalau ada menu baru lagi. Kiter ubahlah lagi. Tapi buat masa ni tiada dalam perancangan.

Haa... ni design sticker baru yang aku design sendiri kali ni.


Dan tambah juga satu sticker lagi untuk Salmon Mentai.


Salmon mentai pun dah semakin mendapat sambutan. Setiap hari ada jer order untuk Salmon Mentai. Paling-paling seminggu mesti capai sekurang-kurangnya 10 pek. Alhamdulillah...

Ni design lama - upah designer. So aku ubah sikit-sikit jer ikut kesesuaian.


Alhamdulillah... akhir bulan ni genaplah 4 bulan Makan Sushi beroperasi. Bersyukur sangat sebab aku masih ada passion atau 'kegairahan' lagi untuk roll sushi. Hahahahah... 

Beberapa bulan lepas, masa baru fikir nak focus untuk business sushi ni, aku takut jugak. Takut kalau satu hari nanti tiba-tiba malas dan hilang minat nak berniaga. Tapi alhamdulillah... setakat ni masih seronok lagi dan harap-harapnya akan terus bersemangat.

Aku pun ada join group-group sushi di facebook dan tengok kelas-kelas pjj online sushi untuk tambah lagi pengetahuan tentang sushi dan bidang penyediaan makanan ni. Sebelum ni semua belajar kat youtube jer. Then buat research dan marketing sendiri.

Dalam tempoh 4 bulan ni alhamdulillah, semakin hari semakin banyak permintaan dan tempahan. Tapi biasalah... berniaga ni ada pasang surut. Kadang-kadang sehari tu banyak sangat tempahan, sampai tak tidur malam dibuatnya. Tapi ada jugak hari yang sikit sangat. Tapi alhamdulillah... still ok la...

Korang, doakanlah aku berjaya dalam bidang ni yer. Huhuhu... 

So, korang dah cuba sushi rolls dari Makan Sushi? Kalau belum cuba lagi, meh lah try. Tapi sebelum tu, jom follow Makan Sushi MY di Facebook dan Instagram yer.

Thursday, October 22, 2020

Kad Birthday Cute

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ada customer request sushi dari Makan Sushi untuk dijadikan hadiah kat anak buat minggu depan. Sweetkan dapat mak sedara macam ni. 

Dia tanya kalau kitorang ada sediakan pakej untuk birthday. Hmmm... memang tak der lah. In fact, ni memang first time customer tanya pakej birthday. So, aku kata aku boleh letak note sikitlah kat sushi tu nanti. Birthday wish ke, hapa kan...

Kebetulan pagi tadi gi Mr Diy sat, cubalah cari-cari kad birth kecik kalau ada. Dan alhamdulillah... jumpa kad birthday cute kecik-kecik ni. Memang rezeki...


So, kiter tengoklah kejadiannya macam mana minggu depan yer. Harap pemberi dan penerimanya nanti happy 😉✌🏻


back to top