♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, October 28, 2020

Design sticker baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kelam kabut design sticker baru dan dapatkan beberapa quotation daripada printer. Mana tak kelam kabut... rupa-rupanya sticker sedia ada dah hampir habis. Terkejut jugak! Sebab hari tu print 1200 keping. Ni tinggal beberapa keping jer. Cuak... cuak...
Huhuhu...

Aku design sticker baru sebab ada tambah menu lain iaitu Chicken Satay. Insya Allah lepas ni kalau ada menu baru lagi. Kiter ubahlah lagi. Tapi buat masa ni tiada dalam perancangan.

Haa... ni design sticker baru yang aku design sendiri kali ni.


Dan tambah juga satu sticker lagi untuk Salmon Mentai.


Salmon mentai pun dah semakin mendapat sambutan. Setiap hari ada jer order untuk Salmon Mentai. Paling-paling seminggu mesti capai sekurang-kurangnya 10 pek. Alhamdulillah...

Ni design lama - upah designer. So aku ubah sikit-sikit jer ikut kesesuaian.


Alhamdulillah... akhir bulan ni genaplah 4 bulan Makan Sushi beroperasi. Bersyukur sangat sebab aku masih ada passion atau 'kegairahan' lagi untuk roll sushi. Hahahahah... 

Beberapa bulan lepas, masa baru fikir nak focus untuk business sushi ni, aku takut jugak. Takut kalau satu hari nanti tiba-tiba malas dan hilang minat nak berniaga. Tapi alhamdulillah... setakat ni masih seronok lagi dan harap-harapnya akan terus bersemangat.

Aku pun ada join group-group sushi di facebook dan tengok kelas-kelas pjj online sushi untuk tambah lagi pengetahuan tentang sushi dan bidang penyediaan makanan ni. Sebelum ni semua belajar kat youtube jer. Then buat research dan marketing sendiri.

Dalam tempoh 4 bulan ni alhamdulillah, semakin hari semakin banyak permintaan dan tempahan. Tapi biasalah... berniaga ni ada pasang surut. Kadang-kadang sehari tu banyak sangat tempahan, sampai tak tidur malam dibuatnya. Tapi ada jugak hari yang sikit sangat. Tapi alhamdulillah... still ok la...

Korang, doakanlah aku berjaya dalam bidang ni yer. Huhuhu... 

So, korang dah cuba sushi rolls dari Makan Sushi? Kalau belum cuba lagi, meh lah try. Tapi sebelum tu, jom follow Makan Sushi MY di Facebook dan Instagram yer.

No comments :

back to top