♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Semangat! Semangat!


Monday, March 30, 2015

.P.O.S.I.T.I.V.E.M.O.N.D.A.Y.

Wednesday, March 25, 2015

I just need a guts!

Monday, November 10, 2014

Mencari semangat yang hilang...

Lama tak update blog...

Last week, Isnin, masuk November, bulan baru, minggu baru, semangat baru! Azam baru! **Azam aku baru tiap-tiap bulan! Bukan tiap-tiap tahun jer... Huhuhu...*** hati berkobar-kobar, bersemangat nak gi kerja!

Tup tup... pukul 8.05 pagi, kereta aku kena hentam dengan motor yang ntah datang dari mana. Frustnya rasaaaaa... Terus rasa down sangat-sangat! Lebih-lebih lagi bila pemandu motor tu cepat-cepat lari, walaupun aku rasa motor dia pun mesti rosak teruk. Frust bila tengok bumper kereta comel aku berlubang!

Kenapa aku?!

Waaaaa... serius rasa nak nangis!

Hmmm... tapi tak nangis pun. Alhamdulillah... aku still boleh calm down dan perlahan-lahan bergerak ke tempat yang lebih selamat dengan bumper kereta yang bergesel dengan tayar. Nasib baik ada kedai tayar berdekatan dan pekerja kedai tu tolong tolakkan semula bumper yang bergesel tu.

Bila buat report kat IPD Shah Alam, aku tengok ada banyak kereta yang terlibat dalam kemalangan yang parking sekitar kawasan tu. Masa tu aku rasa sangat bersyukur, sebab hanya bumper jer yang rosak. Tak macam kereta-kereta yang lain tu, jauh lebih teruk!

Apapun, lepas kejadian daripada rasa bersemangat dan berkobar-kobar, terus mood jatuh merundum! Macam tak der mood dan malassss sangat!

Kat office malas... kat rumah pun malas!!!<

Nak online dan update blog pun malas!

Bila kena hentam hari tu, aku dok fikir, "Naperlah diorang ni????" Ye lah... tahun ni jer, eh bukan, sepanjang aku bawak kereta dah beberapa tahun ni, 2 kali aku terlibat dengan kemalangan. Dua-dua orang yang langgar dan dua-dua kena tahun ni. Kesian kereta aku... huhu... Sadis sungguh!

Apa-apapun life must goes on. Sampai bila nak mood swing ye tak?

Hari ni! Cari semangat baru! Betulkan apa yang salah! Siapkan apa yang tergendala! Masak banyak-banyak! Hehehehe...

Semangat!

Friday, October 17, 2014

Jom sebut perkataan ni setiap masa!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam hari Jumaat uollss!

Seronok hari Jumaat. Esok cuti! Tak der plan kemana-mana pun hujung minggu ni. Cuma nak bersihkan homestay untuk tetamu yang akan menyewa minggu depan. Ha... korang kalau nak cari homestay sekitar area Nilai, bolehlah contact aku atau lawat fb Khairuns Homestay D'Bestari atau blog Khairuns Homestay D'Bestari untuk maklumat lanjut. Rumah semi-D dijamin selesa! Kitorang boleh bagi harga best-best punyer! Insya Allah...

Aiseh... sempat promote kan. Hehehhee..

K biasalah... hari Jumaat yang mulia ni, aku nak kongsi benda-benda yang baik jer dengan korang. So, aku nak kongsi dengan korang Tujuh Perkataan Mulia and of course powerful untuk kita gunakan setiap masa.

Hmmm... bagi aku, kalau kita selalu gunakan 7 perkataan ni, hati akan terasa lapang dan waras jer. Berbanding kalau kita gunakan perkataan caci maki untuk melepaskan marah... lagilah bertambah-tambah giler jadinya...

So, jadikanlah 7 perkataan ni sebagai rutin dalam percakapan kita sehari-harian. Insya Allah... banyak manfaat yang kita akan dapat dariNya. Amin!

K korang... selamat hari Jumaat! And enjoy your weekend!

Aku hutang banyak resepi kat kengkawan yang request kat #juliescookingwithlove. Insya Allah, hujung minggu ni aku post satu resepi istimewa.

Tapi resepi yang mana satu?

Tungguuuuuuu...

(ღ˘⌣˘ღ)

Thursday, October 2, 2014

Bila harga minyak naik... :( --- mencari aura positif ---

Ya Allah... rasa tersangat kecewa bila kerajaan mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter. Nampak gayanya budget RM400 sebulan untuk minyak kereta terpaksa dinaikkan lagi.

انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Rasa nak nangis... *Actually, malam tadi dah nangis-nangis dah...* Sedih sangat...

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

Jauhkanlah aku dari menjadi orang yang kufur nikmat, ya Allah.

Sepatutnya aku harus bersyukur, sebab aku masih mampu lagi membiayai duit minyak kereta aku. Kereta yang aku gunakan pergi balik 110km sehari Nilai-Shah Alam. Duit gaji masih boleh tampung segala keperluan dan komitmen aku setiap bulan - masih mampu lagi untuk penuhi keperluan dan kehendak anak-anak dan jalankan tanggungjawab pada mak abah. Masih boleh menyimpan.

Syukur padaMu ya Allah kerana dikurniakan suami yang memahami, penyayang dan mempunyai kerjaya yang baik. Kurniakanlah dia kesihatan yang baik agar sentiasa dapat menjaga dan melindungi kami sekeluarga.

Syukur padaMu ya Allah kerana sentiasa memberikan rezeki yang berpatutan kepada kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah kami rezeki yang halal. Jauhkanlah kami dari kesempitan.

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

Jauhkanlah kami dari menjadi orang yang kufur nikmat, ya Allah.

Semoga kami sentiasa menjadi orang yang selalu bersyukur dan redha dengan limpahan kurniaan Mu, ya Allah.

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

أستغفر الله العليُ العظيم

Deep in my heart memang rasa sangat kecewa. Sekarang ni cuba untuk stay positif dan mencari aura-aura positif untuk menerima berita kenaikan harga minyak dengan lebih baik. Tak boleh nak borak-borak tentang kenaikan harga minyak dengan kawan-kawan. Nanti aku rasa nak nangis... :(

Semoga ada berita-berita yang lebih mengembirakan akan datang ni... Kot ada orang nak ajak shopping ke... nak belikan oven ke.... mesti boleh happy balik... Ehemmm... enche Neezam, please take note... hehhehe...

Mungkin aku boleh potong budget bulanan untuk benda lain serba sedikit untuk beri lebih pada budget minyak.

Harap-harap dengan pengurangan subsidi kerajaan ni akan digunakan sebaiknya untuk pembangunan negara dan membantu golongan yang lebih memerlukan.

Positive!

Positive!

Aku sangat bersetuju dengan status fb Ustaz Kazim malam tadi:-

"Salam.. Sepatutnya cari jalan lain utk mengurangkan kos.. byk benda lain yg x perlu dan patut dipotong perbelanjaannya. Bukan dgn menaikkan harga Ron95.  Sy rasa barisan penasihat patut lebih menyelami denyut nadi rakyat bukan dgn membuat pelbagai alasan kenaikan. Belum terlambat utk kaji semula kenaikan ini, tak payah beri BRIM la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api.. Harap2 pimpinan kerajaan fikirlah balik jika ingin melihat survival pemerintahan dpt bertahan. Kaji semula n buat kaedah lain yg lebih mengembirakan rakyat... inilah luahan rakyat biasa seperti saya tp ingatlah rakyat biasalah yg menentukan survival politik..."

Sangat setuju, kan?!

Apa-apapun, marilah kita doakan yang terbaik untuk pembangunan dan masa depan negara kita.

Jom kita sama-sama mencari aura positif untuk diri kita. Bak kata Prof Muhaya -- reset minda!

Thursday, May 1, 2014

Dr Khairunneezam @ Assalamualaikum TV Alhijrah

Assalamualaikum!

Waaaa... terasa sungguh exited dan teruja hari ni sebab menemani my beloved hubby ke TV Alhijrah. Enche Neezam dijemput untuk satu slot Assalamualaikum untuk berbicara tajuk 'Bekerja adalah Ibadah' secara live hari ni bersempena dengan sambutan Hari Buruh.

y(^-^)y

First time untuk enche Neezam. Of course enche Neezam terasa sangat gemuruh. Aku pun sama! Huhuhu... Enche Neezam kalau nervous breakdown, mulalah loya-loya macam orang mengandung. Macam nak muntah bagai... Sian laki aku... Huhuhu...

Sementara menunggu giliran, enche Neezam berkesempatan berjumpa dengan bekas pelajar USIM iaitu Ustaz Mohd Hariri. Beliau sekarang merupakan pengacara Forum Perdana Ehwal Islam. Terharu enche Neezam sebab x-studentnya tu masih ingat lagi padanya dan masih ingat jugak yang enche Neezam pernah rendam dia dalam kolam. Huhu...

Enche Neezam punyer slot paling akhir. Kata enche Neezam, nervousnya macam nak masuk dewan peperiksaan untuk final exam. Hehe...

Touch-up sikit!

Bersedia dalam masa 10 saat!

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1!

Walaupun slot ni cuma sekejap jer, tapi aku rasa perbincangan dan penyampaian enche Neezam memang best! Siap berpantun bagai! Hahha... Bukan nak bodek laki sendiri, tapi ikhlas from deep of my heart! Cheeewah!

*Bulan depan naik gaji sayer yer cik abang*

Even tuan pengacara pun cakap perbincangan bersama Dr Neezam agak menarik dan santai. Pengacara duorang tu pun asyik tergelak tersengeh jer masa slot enche Neezam tadi.

Alhamdulillah... Sangat bersyukur dan berterima kasih atas kesempatan yang diberikan. Ini adalah pengalaman baru dan menarik buat enche Neezam. Harap-harap ini menjadi titik permulaan bagi enche Neezam melebarluaskan lagi kerjaya dan bakat beliau.

Tahniah Dr Khairunneezam Mohd Noor!

(^-^)

Ooooo... selit sikit...

Semalam aku ucapkan tahniah pada laki aku ni. Then dia balas "Tahniah jugak sayang, sebab bersuamikan abang..."

(--'')

Konfius sekejap...

But yet... yes, I'm so lucky to have him! \(^^)/

Tuesday, October 1, 2013

O.C.T.O.B.E.R

Cepatnya masa berlalu! Dah masuk bulan 10!

3 months to go and we'll be leaving 2013!

Azam tahun ni dah lepas semua ker???

Alhamdulillah... September berakhir dengan baik walaupun super duper busy!

Aku busy, enche Neezam lagilah sangat-sangat-sangat busy...

Tapi alhamdulillah, masih berkesempatan gi travel dengan my family; emak, abah dan family adik-adik semua hari tu! Happy sangat!

Enche Neezam pun dapat 2 anugerah bulan ni dan rezeki yang mencurah-curah. Alhamdulillah! Happy sangat!

Niesreena pun baik dalam aktiviti sekolah! Happy sangat!

Naufal dapat tempat pertama lagi dalam pertandingan yang dia masuk! Happy sangat!

Kerja aku pun archive target bulan ni! Happy sangat!

Alhamdulillah... Syukur sangat!

Bulan October ni pun banyak sangat plan; plan untuk family, plan untuk diri sendiri, plan untuk kerja. Plan untuk blog pun sama!

v(^^)v

October; sambut raya haji, Melbourne, autumn, convo, expecting this, expecting that, office outing, peperiksaan sekolah Niesreena dan Naufal, dan still planning untuk weekend gateway.

Hopefully kerja pun bertambah baik lagi! Money... money... money... please come to me, my family and the company!

Hehehe...

Tiga bulan lagi sebelum berganjak ke 2014. Kebanyakkannya azam tahun ni telah terlaksana. Ada Oct, Nov dan Dis jer untuk penuhi semuanya. Sempat ker? Insya Allah...

Yang penting doa dan usaha! Betul tak kengkawan?!

\(^^)/

Azam aku pun bukanlah bombastik sangat pun. Tak der yang kena pakai duit beribu riban pun. Setakat nak itu baru, nak ini baru, nak beli rumah, nak beli kereta... hmmmm... nak baby baru...

Baby pun dah dapat; dua orang lagi, sepasang plak tu, baby Haziq dan baby Sofea! Anak-anak buah baru yang sangat-sangat comel! Rindunya kat diorang!

Apa lagi ek... nak turunkan 'sesuatu yang sangat susah nak turun'... Huhuhu... ini memang tiap-tiap tahun dalam azam dan tiap-tiap tahun tak tercapai. Naik lagi ada lah... cam no? Huhuhu...

Nak jadi isteri, anak dan hambaNya yang solehah... Insya Allah... Still working on it and never been perfect!

Apapun, alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki yang Allah swt berikan untuk kami sekeluarga. Terima kasih ya Allah...

❤ ❤ ❤

"Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur (cahaya) yang Engkau kurniakan sebagai hidayah dan rahmat yang Engkau kurniakan dan rezeki yang Engkau sebarkan dan mudarat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hambaMu) dan bala yang Engkau angkatkan (daripada hamba-hambaMu) dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hambaMu) dan keburukan yang Engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hambaMu)."

❤ ❤ ❤

"Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah; jika di bumi, keluarkanlah; jika sukar, permudahkanlah; jika haram, sucikanlah; dan jika jauh, dekatkanlah."

❤ ❤ ❤

Amin... Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, September 3, 2013

Don't worry, Be happy!

Thankfull

and

Stay positive!

Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday | Have a LOVELY day everyone!

Have a LOVELY day everyone!

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday | Positive!

Friday, April 26, 2013

Be Yourself!

back to top