♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Wednesday, May 13, 2020

Iftar is served

#pkp #mco #day1p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni bermulalah PKP fasa ke 5 yang telah dilanjutkan bukan 2 minggu lagi, tapi 4 minggu lagi. Huhu... lamanya... Walaupun kadar kes dan kematian di Malaysia dah semakin berkurangan, tapi masih ada lagi wabak di luar sana.

Raya tahun ni memang giliran beraya di Kajang. Harap-harapnya lepaslah dari Sepang nak ke Kajang beberapa hari sebelum raya nanti. Kalau tak... terpaksalah beraya di rumah sendiri jer. Huhuhu...

Kitorang pernah beraya di rumah sendiri dulu masa kat Melbourne. Tapi masa tu ramai kengkawan Malaysia lain yang tak balik Malaysia untuk beraya. Kitorang siap tempah hall untuk sama-sama sambut hari raya pertama. Meriah betul! 

Tapi di Malaysia lain... kalau tak dapat balik beraya dengan keluarga, rasa sayu lain macam. Huhu... Lebih-lebih lagi kalau tengok adik-adik semua dapat berkumpul dengan emak abah. Tetiba kiter jer tak boleh nak ada bersama-sama. Memang sedih!

Hmmm... harap-harap lepaslah nak balik Kajang nanti. Ameen...

So, hari ni aku perlu ke office lagi untuk bekerja. Kitorang kena rotating ke office dan macam department aku - 2 hari wfh, 2 hari kena gi office dan setiap hari Jumaat ialah non-paid leave - wajib untuk semua staff. Bulan ni 5 hari company buat npl. Sedih gak kena potong gaji. Tapi nak buat macam mana? Ni lah yang boleh kitorang buat untuk tolong company survive.

So, bulan puasa ni, aku masuk kerja pukul 8.30 pagi dan balik pukul 4.15 petang. Alhamdulillah... macam semalam, jalan tak jem langsung pergi dan balik. Cuma ada pertambahan kenderaan berbanding semalam. Mungkin sebab dah semakin ramai orang yang keluar bekerja.

Enche Neezam masih lagi bekerja dari rumah. So, hari ni enche Neezam masuk dapur sediakan juadah berbuka. Aku sampai rumah pukul 5 petang tengok dapur dah bersih dah. Dah siap masak.

Neeyaz kemain seronok tengok aku balik kerja. Macam rindu sangat. Huhuhu... Nasib baik hari ni dia tak menangis macam semalam. Alhamdulillah...

Aku lepas mandi dan solat, terus tertidur. Giler! Macam penat sangat. Enche Neezam kejut pukul 7. Tengok makanan dah tersedia atas meja. Huhuhu... Sorrylah... tak tolong.







Tuesday, May 12, 2020

Back to work

#pkp #mco #day14p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ya Allah! Setelah lebih dua bulan tak jejak kaki ke office, hari ni i'm back to office! Serius rasa nervous dari semalam tau. Tak tau macam mana keadaannya nak balik bekerja ke office. Dah lah last week memang the whole week aku cuti. Mesti email pun berlambak. Huhuhu...

Jalan raya pagi tadi memang smooth giler. 40 minit jer dari Sepang ke Shah Alam. Seronoknyer lahai kalau tak ngandap jem macam ni.

Sampai office, kat luar office, pak cik keselamatan dah buat tanda 1 meter beratur nak masuk office for social distancing. Bila masuk office kena ambik temperature dan isi form.


Kat office aku ni amalkan free seating. Tapi dalam tempoh mengawal Covid-19 ni, kitorang digalakkan untuk fixed seating. Alaaa.. walaupun free seating, aku memang selalu duduk tempat yang sama jer. Bos pun siap dah tolong reserved tempat biasa aku duduk. Huhuhu... 


Hari ni tak ramai orang kat office. Cuma ada 11 orang jer kat level aku ni out of almost 100 staff. Memang sunyi dan lengang giler. Nasib baik ada Puteri dan kak Sabariah sederet meja dengan aku. Tak lah rasa sunyi sangat.

Surau pun digalakkan guna seorang jer untuk satu masa. Sepanjang masa kat office, kitorang wajib pakai mask.


Tengah sibut buat kerja tadi, tetiba Niesreena whatsapp.


Hahahaha... sian baby mama. Dah lama asyik berkepit dengan mama jer kan. Bila mama tak der, dah tercari-cari. Tak taulah macam mana kalau nak hantar ke taska semula nanti. Takut nangis jer. Huhuhu...


Tapi kejap tu dia ok dah. Enche Neezam bagi lollipop. Lupa terus kat mama. Huhuhu...


Balik kerja tadi, tengok enche Neezam dah siap masak untuk berbuka. Alhamdulillah... thank you sayang. Aku lepas mandi, terus tidur. Letih betul rasa hari ni.








Monday, April 6, 2020

Minggu yang sibuk

#pkp #mco #day6p2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Jadual meeting online dan presentation online penuh minggu ni. Ada yang pagi dan petang.

This is not easy.

Lebih-lebih lagi kami suami isteri kena fokus pada kerja.

Anak-anak perlukan perhatian dan pengawasan juga. Yang kecik nak diuruskan, susu, mandi, makan, kejap kang, nangis, nak itu, nak ini.

Yang bersekolah cikgu-cikgu ada bagi kerja rumah yang perlu disiapkan. Nanti dok tanya jugak, macam mana nak buat ni, betul tak ni, nak makan, nak minum.

Bekerja dari rumah tak sama dengan kerja di pejabat. Tapi komitmen kena bagi 9-5.30. At the end of the day kena hantar report.

It is just Monday and I still have a whole week and until the end of mco... Bertabahlah...

Semoga keadaan segera kembali pulih seperti sediakala...

Ameen...

Monday, March 16, 2020

Covid-19 - Esok mula #workfromhome

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tak tau nak bagi tajuk apa. Tapi nak cerita pasal Covid-19 lagi.

Hari Sabtu hari tu, terkejut dengar berita pasal Al-Munawwarah Seksyen 27, Shah Alam ada jemaah yang positif Covid-19. Masjid ni memang kawan-kawan sepejabat pergi untuk solat Jumaat, termasuklah pakcik-pakcik keselamatan. Berderau darah bila terdengar pasal berita ni kat TV3.

Aku terus wa superior aku dan dia kata dia pun baru tahu dan akan check dengan office, saper yang ada pergi sembahyang Jumaat kat sana hari Jumaat yang lepas.

Ya Allah... terus rasa tak nak datang kerja sebenarnya tau hari ni. Tapi boss kata nak buat meeting pagi ni untuk work frame untuk work from home, so aku gagahkan diri jugaklah untuk datang office.

Lunch pun aku tapau awal-awal. Takut nak lunch kat luar.

Tapi ada setengah orang ni memang tak skeptikal langsung. Hari Jumaat tu pergi solat Jumaat kat masjid tu tapi tak kesah nak bergaul dengan kitorang kat office ni. Bila kiter bersikap skeptikal, dia anggap kita ni paranoid sangat. Takut sangat.

Well, of course laa aku takut. Aku tak nak aku bawak balik penyakit kat family aku hokay. Bukan takut mati. Ajal maut di tangan tuhan. Aku tahu.Tapi kalau penyakit berjangkit macam ni, kalau kite boleh cuba hindar, maka hindarlah mana yang boleh.

Eeeee... tak paham aku orang macam ni. Tak der common sense!

Kawan sekerja aku yang suspected Covid-19 tu akhirnya test dia keluar baru kejap ni dan alhamdulillah keputusannya negatif. Syukur sangat.

Office aku pun mula mengarahkan semua staf untuk bekerja dari rumah bermula esok sehingga akhir minggu ni.

Alhamdulillah... Bersyukur sangat dapat berkerja dari rumah. Sekurang-kurangnya kiter tahu yang kiter tak terdedah dengan wabak. Insya Allah... Lepas tu berada dengan orang-orang yang sayang, jaga diorang sendiri. Senang hati sikit.

Tapi aku takut aku tukar jadi hijau jer minggu ni. Huhuhu...

Friday, March 13, 2020

Office gempar lagi dengan Covid-19

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

So, dalam post aku yang lepas, aku cerita pasal office gempar sekejap sebab ada wife colleague yang suspected Covid-19. Tapi end up, alhamdulillah, both my colleague and his wife were tested negative.

Lega sehari... tetiba semalam, gempar lagi, kawan kitorang kat office ni pulak yang suspected Covid-19. Perasaan tu lain sebab kali ni memang kawan yang sama-sama gi makan, sama-sama gi fun run dengan aku hari tu! Risau dan kesian sangat.

Dia suspected sebab kawan baik dia positif Covid-19 dan dia ada jumpa kawan dia baru-baru ni. Dia pun dah start batuk-batuk. So, dia dah gi buat test dan lapor pada HR.

HR bertindak untuk menutup satu office mulai hari ni. Tapi tak terkesan kat office aku ni sebab kawan aku tu kat lot lain. So, kawan-kawan aku yang lain, yang sepejabat dengan dia diminta untuk bekerja dari rumah dan kurantin diri sendiri dahulu sementara tunggu keputusan ujian Covid-19 kawan aku tu, yang mungkin ambik masa 3-4 hari.

Aku, kat bangunan lain, so masih bekerja seperti biasa hari ni.

Pejabat sebelah-sebelah semua pelik kenapa office satu ni tetiba tutup. Tak pernah-pernah kan.

Ya Allah... aku harap kawan aku tu negatiflah. Sian dia.

Sekarang ni rasa macam terkesan sangat dengan Covid-19. Rasa semakin dekat tau.

Kalau dulu dengar kat berita jer. Rasa lain dan risau dia tak serisau sekarang ni.

Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berbahaya ni. Ameen...

Wednesday, March 11, 2020

Office gempar dengan Covid-19

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dua hari lepas, office dikejutkan dengan berita kononnya salah seorang wife kepada colleague kitorang telah positif dijangkiti Covid-19. Berita ni kitorang dapat tahu apabila superior salah seorang kawan ni masukkan dalam whatsapp group department diorang. Masa dia dapat wa tu, kitorang sama-sama dalam surau. So, dia bagitaulah kitorang. Ya Allah... punyalah terkejut! Sebab pagi tadi masih nampak lagi colleague tu datang kerja walaupun pakai mask.

Bila dah masuk dalam group wa, tentulah kiter panik kan sebab kiter ingat berita tu sahih. Semua staf dah bising-bising dan bimbang. Tunggu apa management nak buat.

Tak lama selepas tu, HR Manager hantar email yang mengatakan bukan wife colleague tu yang positif Covid-19 tapi kawan kepada colleague wife dia. So, kiranya indirect contact laaa. Cumanya, kitorang rasa, agak dekat jugak dengan orang yang positif kan. Nak nak pulak sejak akhir-akhir ni kitorang tengok colleague kitorang yang disalah anggap tu macam tak sihat jer.

Pagi tadi colleague tu hantar email mengatakan dia dan wife dia tak infected pun. Alhamdulillah... Dia pun sekarang ni, dengar citer tengah cuti sekejap untuk elakkan keresahan kengkawan kat office. Sian dia...

Serious memang panik sekejap. Tak dapat bayangkan kalau betul-betul ada yang berjangkit. Seram jugak. Nak-nak engineers kat sini memang selalu terbang overseas jumpa client. Takut jugak kalau balik bawak penyakit kan.

Office pun sekarang ni ambil langkah berjaga-jaga. Dari beberapa minggu lepas, office dah sediakan hand sanitiser di setiap ceruk office untuk kitorang gunakan dan bermula semalam, setiap kali masuk office, pakcik security akan ambil suhu badan kitorang. Kalau lebih dari 37.5 darjah, akan disarankan untuk balik. Tetamu pun sama.

HR pun selalu hantar email mengenai kesedaran untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Harap-harap dengan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dibuat ni dapatlah sedikit sebanyak menjauhkan kiter semua dari penyakit merbahaya ni.

Apapun, kiter kena banyak-banyakkanlah berdoa kepada Allah swt semoga kiter semua selamat dan terhindar dari wabak ni, serta penyakit pembunuh ni dapat diatasi segera. Ameen...

Kat bawah ni office kongsikan tentang kesedaran mengenai Coronavirus atau Covid19 ni. Aku tukar kepada bentuk imej untuk kongsikan dengan korang.

Friday, February 7, 2020

CNY 2020 @ PC Group

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Macam biasa setiap tahun office akan buat sambutan CNY. Berbeza dengan tahun-tahun lepas, sambutan kali ni agak sederhana. Tak der bakar-bakar mercun, tak der tarian naga. Apa pun, kemeriahannya tetap terasa. Yang penting dapat berkumpul dengan kengkawan, enjoy makan-makan dan ambik angpau! Huhu...

Cute jer boss I. Ingatkan dia tak perasan aku ambik video. Boleh plak enterframe. Huhuhu...

Yey! Dapat angpau... Thank you boss!

back to top