بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Dua hari lepas, office dikejutkan dengan berita kononnya salah seorang wife kepada colleague kitorang telah positif dijangkiti Covid-19. Berita ni kitorang dapat tahu apabila superior salah seorang kawan ni masukkan dalam whatsapp group department diorang. Masa dia dapat wa tu, kitorang sama-sama dalam surau. So, dia bagitaulah kitorang. Ya Allah... punyalah terkejut! Sebab pagi tadi masih nampak lagi colleague tu datang kerja walaupun pakai mask.
Bila dah masuk dalam group wa, tentulah kiter panik kan sebab kiter ingat berita tu sahih. Semua staf dah bising-bising dan bimbang. Tunggu apa management nak buat.
Tak lama selepas tu, HR Manager hantar email yang mengatakan bukan wife colleague tu yang positif Covid-19 tapi kawan kepada colleague wife dia. So, kiranya indirect contact laaa. Cumanya, kitorang rasa, agak dekat jugak dengan orang yang positif kan. Nak nak pulak sejak akhir-akhir ni kitorang tengok colleague kitorang yang disalah anggap tu macam tak sihat jer.
Pagi tadi colleague tu hantar email mengatakan dia dan wife dia tak infected pun. Alhamdulillah... Dia pun sekarang ni, dengar citer tengah cuti sekejap untuk elakkan keresahan kengkawan kat office. Sian dia...
Serious memang panik sekejap. Tak dapat bayangkan kalau betul-betul ada yang berjangkit. Seram jugak. Nak-nak engineers kat sini memang selalu terbang overseas jumpa client. Takut jugak kalau balik bawak penyakit kan.
Office pun sekarang ni ambil langkah berjaga-jaga. Dari beberapa minggu lepas, office dah sediakan hand sanitiser di setiap ceruk office untuk kitorang gunakan dan bermula semalam, setiap kali masuk office, pakcik security akan ambil suhu badan kitorang. Kalau lebih dari 37.5 darjah, akan disarankan untuk balik. Tetamu pun sama.
HR pun selalu hantar email mengenai kesedaran untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Harap-harap dengan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dibuat ni dapatlah sedikit sebanyak menjauhkan kiter semua dari penyakit merbahaya ni.
Apapun, kiter kena banyak-banyakkanlah berdoa kepada Allah swt semoga kiter semua selamat dan terhindar dari wabak ni, serta penyakit pembunuh ni dapat diatasi segera. Ameen...
Kat bawah ni office kongsikan tentang kesedaran mengenai Coronavirus atau Covid19 ni. Aku tukar kepada bentuk imej untuk kongsikan dengan korang.
No comments :
Post a Comment