♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 14, 2020

Seafood Dinner @ Serkam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Semalam kitorang gerak ke Melaka. Bermalam kat Straits Hotel & Suites Melaka. Betul-betul dekat dengan Dataran Pahlawan. Kitorang ke sini sebab enche Neezam ada kerja. Bukan bercuti pun.

So, hari ni sepanjang hari enche Neezam kerja. Aku dan little Khairunns just lepak-lepak kat bilik jer. Nasib baiklah view dari bilik hotel cantik. Duduk kat aras 22. Dari beranda bilik boleh nampak Kota A'Famosa. Sayang tak boleh pergi. Kalau tak sebab musim Covid-19, dah lama aku heret budak-budak ni ke sana.

Tak per lah... lain kali jer. Insya Allah... banyak masa lagi. Bukan sekarang.

Swimming pool pun aku takut nak bawak budak-budak. Takut ada pembawa. Turun naik lift pun aku tak kasi diorang sentuh butang lift dan bersandar. Aku yang tekan dengan kain. Sampai bilik mesti masing-masing basuh tangan dengan sabun. Keluar mesti bawak sanitize. Yes! I'm so paranoid!

Seharian kat bilik, nasib baik aku ada bawak banyak bekalan makanan. Malam, baru enche Neezam bawak kitorang makan kat tempat kegemaran kitorang kalau sampai kat Melaka. Semestinya kat Serkam!

Memula kitorang gi Muara Sungai Duyong sebab ada kawan enche Neezam suggest kat sana. Ok katanya dan lebih dekat. Tapi... nak masuk ke sana lagi dah jem. Punyalah ramai orang. So, enche Neezam decided patah balik dan terus jugak ke Serkam. Tak sampai setengah jam, sampai kat sana.

Kat Serkam pun ramai orang tapi tak seramai kat Muara Sg Duyong tadi.

Alhamdulillah... rezeki anak-anak. Insya Allah esok kitorang bertolak balik ke rumah. Tak kan singgah kemana-manapun. Cuti sekolah ni, bebudak pun duduk kat rumah jer.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top