♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Monday, December 6, 2021

Niesreena 15th Birthday

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni genap usia Niesreena 15 tahun. Alhamdulillah... Macam biasa, just spent the day with a simple birthday luncheon. Memandangkan Niesreena suka makan. Kiter bawak dia gi makan. Huhuhu...



Aku dan enche Neezam dah bagitau kat Niesreena, tahun ni tak der hadiah birthday sebab mama dan ayah tak tau nak bagi Reena apa. Niesreena pun macam redha jer. Niesreena kata bawak dia makan-makan pun ok. Konon lepas lunch kat NY Shack, dia nak cari corndoglah, aiskrimlah, coklatlah., macaroonlah... kemain panjang list makan dia. Tak padan dengan kecik. Memang pandai makan dan kuat makan. Kalau bawak gi hotel, makan buffet memang berbaloi bawak Niesreena. Sumer benda dia nak try. Tolak batu dengan kayu jer. Huhuhu... Nasib baiklah badan maintain kecik jer.



Lepas makan... eh no... actually Niesreena tengah makan lagi, huhu, kitorang pun bagilah surprise hadiah birthday. 


Aiyooo... mulut penuh. 

Terkejutlah Niesreena dapat birthday present yang dia tak sangka. Siap menangis... terharu...



Ni jer lah yang mama dan ayah mampu bagi. Boleh ganti hp Reena yang dah lama pakai tu.

Hadiah ni bersempena dengan harijadi Niesreena dan sebagai tanda terima kasih mama dan ayah sebab selalu ringan tulang tolong mama dan ayah buat kerja-kerja rumah dan jaga adik-adik. 

Nampak sangat Niesreena happy dapat hp baru. Alhamdulillah... Neeyaz pun happy gak sebab dia boleh take over hp lama kakak dia. Huhu...

Neeyaz macam biasa, bukan birthday dia pun, tetap dapat hadiah. Memang pandai 'mencukai' ayah dan mama.



Hari ni memang tak plan nak beli kek. Kiter tangguh ke hujung minggu. So, celebrate dengan aiskrim birthday jer.


Happy 15th Birthday, Niesreena.
We loves you so much!



Monday, August 16, 2021

Oximeter

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sekarang rata-rata rumah cari Oximeter. Termasuklah kitorang.

Memula rasa macam tak der keperluan, tapi sejak Allahyarham Siti Sarah dimasukkan hospital sebab kandungan oxigen dia menurun akibat C19, terus rasa benda ni satu keperluan waktu-waktu macam ni. 

Aku cuba survey, of course first place mestilah kat Shopee. Pening jugak nak cari. Bukan sebab apa, sebab banyak sangat dan range harga pun terlalu berbeza. Ada yang semurah RM15 dan semahal RM200! Aku tengok function lebih kurang sama jer. Konfius betul!

Dalam whatsapp group dengan jiran-jiran pun diorang konfius gak dengan harga. Ada farmasi yang jual terlalu mahal, ada yang sederhana tapi tak lah terlalu murah seperti di Shopee.

Pastu aku bagitaulah kat enche Neezam, tak tau nak pilih yang mana. Ada jenis yang sama, sebijik sebujuk pun harga sangat berbeza. Aku rasa sellers memang main harga waktu ni sebab orang ramai tengah cari bendalah ni.

Tetiba enche Neezam kata dia dah order dah... dari Shopee gak. RM17 jer. Alhamdulillah... jimat duit aku. Huhuhu...

So, beberapa hari lepas bendalah ni sampai.


Function sama seperti yang lain jugak... boleh check paras oksigen dan satu lagi heart beat. Mungkin yang mahal sikit ada warranty kot. Yang ni memang tak der lah.

Setakat ni ok jer. Tengok lah berapa lama ia bertahan.

Sebut pasal arwah Siti Sarah, diam tak diam dah seminggu dah arwah meninggalkan kita. Honestly aku pun rasa terkejut dan sedih sangat bila dapat tahu dia meninggal. Masa tahu dia dimasukkan hospital dan ditidurkan tu, rasa macam... ya Allah... sayu dan takut sangat kalau dia tak dapat diselamatkan. Sebab sebelum ni aku ada terbaca beberapa kes yang sama, ibu memang tak dapat diselamatkan. So, takut jugak kalau Siti Sarah dapat pengakhiran yang sama.

Setiap hari mesti nak check IG Shuib. nak tengok update tentang arwah. Sampailah pagi Isnin lepas, dapat tahu Siti Sarah dah meninggal dunia. Ya Allah... rasa sedih sangat. Terbayang anak-anak dia. Aku pun tak tau kenapa. Aku bukan kenal arwah personally, tapi aku ikutlah IG arwah dan Shuib.

Ish... memang sedih. Pastu, tengok update sampai arwah dikebumikan hari tu. Memang rasa sayu dan sedih semacam. Pastu terbaca pulak kisah-kisah kebaikan arwah. Ya Allah... memang menyentuh perasaan.

Apapun, Allah dah merancang yang terbaik buat arwah. Pengakhiran yang dicemburi, dengan kisah-kisah kebaikan arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Wednesday, December 23, 2020

Kasi upgrade freezer

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Yey! Tukar freezer baru!


Tukar freezer untuk simpan stok bahan-bahan frozen sushi. Memula dulu masa nak start business aku beli freezer kecik - 80 liter jer. Ye lah... masa tu macam tak confident jer nak business. Takut kang bermodal macam-macam dan mahal-mahal, tapi kayuh separuh jalan jer.

~Baru vs lama~

Tapi alhamdulillah... sekarang ni aku dah yakin yang business sushi aku ni boleh dijadikan sumber rezeki, walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Alhamdulillah... ya Allah...

So, sebab selalu aku dan enche Neezam suka beli barang secara borong, so aku tukarlah freezer besar sikit. Besar lebih sikit jer. Dan kali ni pilih standing freezer. Senang nak keluarkan barang.

Suka sangat! Dapat beli freezer ni pun kebetulan kat kedai letrik ada promotion. Dapatlah potongan RM300. Jadi RM1088. Alhamdulillah...

Oklah ni... cukuplah untuk simpan barang harian yang aku gunakan. Enche Neezam kata, kalau aku perlukan  freezer lebih besar, maksudnya aku jugak perlukan pekerja.

Huhuhuhu... lambat lagi...

Friday, March 6, 2020

Jam baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ada orang tu dapat jam idaman. So, jam lama dia tu pas lah kat aku. Ok laaaa & thank you...

Tuesday, September 17, 2019

Bread maker

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Enche Neezam kemain banyak bawak balik barang dari shoppee hari ni. Tapi aku dah expect dah... macam biasa... susu dan pampers Neeyaz. Enche Neezam memang beli kat shopee sebab murah katanya...

Tetiba enche Neezam suruh aku bukak sekotak lagi. Adoiii... dah lah tengah sibuk memasak... Waktu tu lah jugak dia nak suruh bukak sekotak lagi ni. Tak sabar-sabar... Suruh bukak sendiri tak nak.

Aku pulak punyalah bodoh. Tak der nak suspect plan orang tu ni. Huhuhu...

Sekali bukak tengok...

Yey! Bread maker! Tak mintak pun... hahahahha...

Tapi alhamdulillah... sangat menghargainya. Dia tahu bini dia ni memang minat masak. So, dia nak suruh try buat roti pulak. Huhuhu...

Thank you my dearest husband. Love you so much lah!

Ni yang tak sabar nak beli tepung roti plak ni.

Monday, March 18, 2019

Basikal 'baru' Naufal

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Seronok Naufal hari ni... ayah balik kerja bawak basikal 'baru' untuk dia.

Hmmmm... mama pun tak tau... Hari tu janji tunggu lepas dapat keputusan peperiksaan.

Actually enche Neezam pun kebetulan jer dapat basikal ni. Beli second hand jer dan baiki. So, overal cost tak sampai RM100 pun. Alhamdulillah... ok lah...

Kesian gak tengok dia sebelum ni... kengkawan semua ada basikal... dia dok kejar je lah kengkawan tu. Pastu menyedeng nak pinjam basikal.

Nak bali basikal baru pun bukannya murah. Pastu takut pakai berapa lama jer lah. Harap-harapnya basikal ni lamalah Naufal dapat jaga. Insya Allah...

Thanks ayah... I know you love him so much! Walaupun asik kena marah jer. Huhuhu...

Sunday, December 16, 2018

Belek Setiap 6 Minit

Artikel enche Neezam semalam di akhbar Harian Metro sisipan Minda. Agak-agak belek apa setiap 6 minit tu? Handphonelah kan... apa lagi...

Korang macam mana? Setiap berapa minit?

Artikel penuh di bawah. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Belek Setiap 6 Minint

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan berita seorang remaja lelaki yang maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gaing Baru, Rembau. Mangsa dikatakan telahpun meninggal dunia ketika ditemui oleh ibunya. Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui kesan lebam atau luka, sebaliknya pendarahan di sebelah telinga kiri. Ketika itu mangsa sedang memakai 'earphone' dan telefon bimbit miliknya yang berada bersebelahan sedang dicas. Seorang daripada abang mangsa cuba mematikan suis elektrik sebelum menyedari terdapat kesan renjatan elektrik pada wayar berkenaan. Mangsa dibawa ke hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan remaja itu maut akibat terkena renjatan elektrik. Salam takziah diucapkan buat waris dan keluarga Almarhum.

Laporan sebegini bukanlah satu isu yang baharu, bahkan sebelum ini juga kita sudah biasa disajikan dengan laporan-laporan tragedi yang serupa akibat kecuaian kita apabila menggunakan dan mengecaj telefon bimbit. Dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 mutakhir ini, telefon bimbit bukan lagi satu bentuk kehendak, akan tetapi ia adalah satu keperluan. Telefon bimbit bukan lagi satu lambang kemewahan, akan tetapi ia kini ‘wajib dimiliki’ merentasi tahap kemampuan ekonomi sesiapapun. Jelaslah bahawa berdasarkan insiden yang berlaku kepada pemuda tersebut, walaupun telefon bimbit menjadi satu keperluan pada masa kini, peralatan itu juga boleh mengundang kemudaratan kepada penggunanya kalau tidak kena gaya pengendaliannya.

Kajian di lanskap tempatan oleh laman web Statista yang berpengkalan di New York, melaporkan bahawa pada tahun ini, seramai 20.96 juta rakyat Malaysia memiliki dan menggunakan telefon pintar dan aplikasi internet secara aktif, peningkatan lebih sejuta pengguna berbanding tahun 2017. Statistik ini jelas memberi tafsiran bahawa telefon bimbit kini semakin dianggap ‘nyawa’ oleh sesetengah kita. Apa tidaknya, bangun tidur, perkara pertama dicari adalah telefon bimbit. Hendak tidur pun, benda terakhir yang dibelek adalah telefon bimbit. Satu kajian yang dibuat di Eropah mendapati bahawa pengguna telefon bimbit akan sekurang-kurangnya membelek telefon mereka setiap enam minit dan 67 peratus pengguna akan melayari aplikasi internet seperti Facebook, Twitter, dan seumpamanya sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

Ternyata, fungsi pelbagai yang ada dalam telefon bimbit membantu dan memudahkan hampir kesemua urusan harian kita. Ia bukan sekadar digunakan untuk menelefon pihak lain, tetapi lebih daripada itu. Berkomunikasi sudah tidak memerlukan panggilan telefon kerana kita sudah boleh melakukannya melalui aplikasi-aplikasi pelbagai yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit. Mencari maklumat semudah A,B,C dengan hanya merujuk kepada bantuan internet di telefon bimbit. Berita, hiburan, ramalan cuaca, apa sahaja maklumat yang diperlukan hanya perlu dicari di internet melalui telefon bimbit. Global Positioning System atau GPS juga begitu mudah dimuat turun dan dirujuk kalau hendak ke mana-mana destinasi. Urus niaga juga sudah tidak memerlukan kita bersusah-payah keluar dari rumah dan beratur di kaunter, semuanya kini di hujung jari melalui telefon bimbit.

Menurut ‘Electrical Safety First’ iaitu sebuah badan yang berdaftar di United Kingdom berkenaan kempen keselamatan secara profesional dalam kalangan pengguna barangan elektrik di sana, pengguna barangan elektrik selalunya terdedah dengan risiko yang pelbagai apabila menggunakan telefon bimbit. Dalam kajian mereka, didapati para pengguna jarang-jarang hendak membaca dengan teliti arahan keselamatan yang disertakan dalam kotak pembungkus telefon bimbit semasa membelinya. Ini menyebabkan para pengguna terdedah kepada kecuaian dalam pengendalian dan penggunaan telefon bimbit secara selamat dan akan menjadi penyebab kepada tragedi yang tidak dijangka.

Banyak kecuaian yang biasanya dibuat dalam masyarakat kita apabila menggunakan telefon bimbit. Misalnya, amalan membiarkan telefon dicas tanpa had masa boleh menyebabkan berlaku gelembung tenaga dalam bateri telefon yang seterusnya boleh menyebabkan letupan atau ianya terbakar. Penggunaan aksesori gantian seperti bateri, wayar, suis pengecas, atau bateri pengecaj tiruan secara berleluasa turut menyumbang kepada peningkatan statistik kemalangan.

Kemudian, kita selalu juga temukan keadaan pengguna yang menggunakan telefon bimbit mereka ketika sedang dicaj. Ini merupakan amalan berbahaya kerana pengguna terdedah kepada risiko renjatan elektrik yang boleh memudaratkan nyawa atas faktor-faktor sampingan seperti tangan yang basah ketika mengendalikan telefon yang dicaj, atau penggunaan elektrik lebih had menggunakan soket yang sama pada satu-satu masa.

Tidak kurang juga dengan amalan pengguna yang mengecaj telefon bimbit menggunakan alat pengecaj mudah alih seperti power bank yang mengundang risiko tidak terjangka andai tidak berhati-hati dalam penggunaannya. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada. Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon bimbit, ia lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Kesannya mungkin akan lebih buruk andai pengguna menggunakan power bank tiruan atau yang tidak memenuhi spesifikasi keselamatan yang sewajarnya. Aliran kuasa yang tidak stabil ini berisiko tinggi dalam menyebabkan letupan dan kebakaran seperti mana yang terbukti melalui laporan insiden-insiden seumpamanya di seluruh tanahair.

Akan hal ini, terdapat beberapa panduan daripada pelbagai pihak berautoriti yang cukup berguna untuk para pengguna telefon bimbit mengekalkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian telefon bimbit dan alat pengecajnya meletup berulang: -

  • Elakkan membeli alat pengecaj tiruan atau murah. Lambakan alat pengecaj tiruan yang murah menyebabkan kita sebagai pengguna terdedah kepada risiko keselamatan walau pun ianya menjimatkan penggunaan wang dalam poket. Ia bukan sahaja memiliki komponen-komponen lektronik di bawah standard yang sepatutnya, bahkan ia selalunya gagal mengecaj telefon bimbit dengan optimum dan mampu merosakkan bateri telefon.
  • Elakkan membeli alat pengecaj universal yang boleh dibeli begitu mudah di pasaran dan di internet yang mendakwa ia boleh mengecaj hampir kebanyakan jenama telefon bimbit dengan mudah. Menurut pakar, telefon bimbit yang berbeza memerlukan pengecajan bateri yang berbeza tahap kuasanya dan alat pengecaj universal akan mengundang risiko terlebih caj atau kurang efisien.
  • Beli alat pengecaj yang original. Ia bukan sahaja menenangkan fikiran, bahkan ia sedikit-sebanyak menjamin keselamatan kerana telah diuji oleh pengeluar agar mengikuti spesifikasi keselamatan sewajarnya. Walau pun mahal, namun ia tahan lama.
  • Jangan menutup telefon atau alat pengecaj ketika ia sedang dicaj. Ini untuk memastikan haba yang dihasilkan ketika proses mengecaj dapat dibebaskan dengan selamat dan mengelakkan risiko kebakaran andai berlaku pintasan elektrik.
  • Caj telefon secara optimum dan tidak lebih had. Amalan mengecaj dengan berhati-hati mengikut had masa akan menjamin hayat bateri yang lebih lama. Kita juga boleh mengelak berlakunya gelembung kuasa bateri yang boleh mengundang letupan.
  • Matikan telefon ketika mengecaj. Ini kerana ketika telefon dihidupkan, arus elektrik yang keluar dan masuk secara serentak akan merosakkan molekul kimia dalam bateri akibat daripada penambahan beban.
  • Selalu periksa sebarang kerosakan pada alat pengecaj. Ada kemungkinan wayar pengecaj telah terkoyak dan terdedah kepada bahaya renjatan elektrik andai disentuh. Perbaikinya andai ada kemahiran atau, beli yang baharu.
  • Jangan mengecas telefon bimbit di dalam kereta. Ini kerana ketika kita mengecas kita akan menggunakan sambungan pemetik api. Arus elektrik dalam kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan tenaga yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.
  • Jangan biarkan wayar alat pengecaj dibiarkan terpasang selepas selesai mengecaj. Ini merupakan amalan yang sangat merbahaya terutamanya jika di rumah ada anak-anak kecil yang mungkin akan menyentuh atau memasukkan wayar itu ke dalam mulut dan berisiko terkena renjatan elektrik.

Jelas, teknologi aplikasi telefon bimbit mempunyai kebaikan namun ia turut membawa keburukan andai kita sebagai pengguna culas dan tidak cakna kepada kaedah pengendalian teknologi ini dengan baik. Kita bertanggungjawab bukan sahaja memastikan keselamatan diri sendiri terjaga, bahkan anak-anak dan masyarakat sekeliling.

Penulis Pensyarah Kanan di Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Wednesday, September 7, 2016

Wordless Wednesday | For him...

#miband2

Sunday, July 31, 2016

Bayers Air Fryer... Testimoni sikit...

My latest toys... lagi...

Huhuhu...

Umur Noxxa kat rumah tak sampai seminggu pun lagi, aku dah pergi beli mainan satu lagi. Huhuhu... Tak kuat iman... but yet... it is worth to buy. So, memang tak menyesal langsung

Macam mana aku terbeli bendalah ni?

Well, pada suatu hari... huhuhu... aku 'jalan-jalan' kat lazada. Tetiba aku terpandang pada iklan air fryer Bayers ni. Harganya cuma RM189! Seriously! COD plak tu!

So.... tanpa berfikir panjang aku pun klik "Add to Chart" dan terus proceed dengan pembelian.

Bila dah conform, baru terbayang muka comel laki aku yang akan bebel-bebel sebab beli barang lagi... "Aaaaiiiii... baru beli Noxxa dan ada benda baru lagi... bla... bla... bla..." Huhuhu... Seram sejuk gak jadinya....

Tapi pastu terbayang plak muka comel mak mertua aku dengan kata-kata hikmatnya, "biar menyesal beli... jangan menyesal tak beli..." Baru rasa lega sikit. Huhuhu...

So, hari Khamis lepas, barang sampai kat office. Hari Jumaat baru bawa balik. Enche Neezam senyum jer. Belum sempat dia nak mulakan kata-kata yang bakal menusuk kalbu, aku dah clear the air... bagi detail sumer... Yang penting... murah! Huhuhu...

Malam tu, macam-macamlah aku try goreng. Betul ke boleh goreng tanpa minyak?

Memula try goreng ayam goreng segera. Dan hasilnya... perfect!

Keluarkan ayam dari freezer, terus goreng.

Sebelum ni aku deep fried, kadang-kadang kulit dah kuning, nampak garing, tapi tengok isi masih mentah lagi. Tapi kali ni, kulit cantik kuning dan garing. Isi pun masak dan juicy!

Goreng ayam ni 20 minit. Ada instruction untuk kesesuaian panas dan masa dengan menu kat atas dia. So, senanglah...

Semalam buat sambal kacang, goreng kacang dia guna air fryer. Senang. Biarkan 20 minit tak payah nak tunggu atau kacau-kacau. Elok jer masak - garing dan warnanya cantik jer. Kacangnyer jer tau... bukan siap terus jadi sambal kacang. y(^-^)y

Goreng nugget pun senang. Keluarkan dari freezer, terus masukkan dalam compartment goreng dia tu. Set 15 minit. Dan hasilnya...

Senang! Niesreena dan Naufal pun boleh buat sendiri. Hmmm... tapi aku tak berani nak bagi.

So, dengan harganya cuma RM189 aku rasa Bayers air fryer ni worth to buy. Harganya murah dan fungsinya pun bagus. Memang berbaloi-baloi!

Friday, July 22, 2016

My new toy... Noxxa!

Tadaaaaa! My new toy in da houz!

Thanks enche Neezam! Love you more and more!

My very own periuk Noxxa!

Hahhaha... Periuk Noxxa ni tak pernah wujud dalam wishlist aku yang panjang-panjang tu. Aku selalu dengar orang sebut-sebut tentang keajaiban periuk Noxxa ni. Tapi aku tak pernah terlintas langsung untuk milikinya. Sebab dulu enche Neezam pernah hadiahkan pressure cooker Tefal. Sangat berguna dan membantu sangat sehingga sekarang. Sayang sangat periuk tu.

Beberapa minggu lepas, ada kawan ajak main kutu periuk Noxxa, sebulan seratus lebih jer. So, aku ingat nak join lah. Suka-suka jer, setakat RM157 sebulan apalah sangat kan. Tak der lah nak keluar sekali gus duit sampai RM788 kan.

Bila enche Neezam tahu aku nak main kutu untuk periuk Noxxa, dia suggest beli cash setelah 'diracun' baik punyer oleh kengkawan dia. Hahahhaha... Big thanks to his friends... So, terpaksalah cancel main kutu...

Enche Neezam beli cash jer dekat kawan dia dapat harga ahli, RM657.

Alhamdulillah... rezeki... Rezeki jangan ditolak... Lepas ni kena selalu masak sedap-sedap lagi untuk enche Neezam dan anak-anaknya. Hehehehhe...

Saturday, May 16, 2015

Memperkenalkan... my new besties!

Salam hujung minggu uolllssss!!!

Dah beberapa minggu ni aku berkenalan dengan 'best friend' baru. Best 'bf' ni. Walaupun baru berkenalan, tapi kami sangat serasi!

Yang bestnya, sejak ke 'bf' baru ni kat rumah, baju-baju kat rumah sentiasa tersusun rapi di dalam almari. Maklumlah... ada kawan melipat baju bersama-sama. Penuh jer almari! Mood nak melipat baju pun sentiasa ada sebab dibantu oleh 'bf' baru ni.

Huhuhuhu... Syoknyer tengok almari!!!

Actually kerja melipat baju ni selalunyer tugasan enche Neezam. Enche Neezam memang rajin melipat baju. Aku pulak sebaliknya. Lagipun banyak lagi kerja lain nak dibuat *huhu... alasan!* Tapi sejak berkenalan dengan 'bf' ni, aku jadi rajin plak. Asal baju dah siap kering dan diangkat dari ampaian, 'bf' aku ni selalu memanggil-manggil suruh lipat baju. Huhuhu...

Bilik tetamu pun dah tak penuh dengan baju yang berlonggok tak berlipat lagi! Yey! Selalunya letak baju-baju yang baru dibasuh kat bilik tetamu dulu... Tunggu hujung minggu baru ambil masa melipat. Tu pun kalau hujung minggu tak kemana-mana. Kalau berjalan... haaa... bertangguhlah gamaknyer! Drag ke hujung minggu depan pulak.

Aku percaya... fenomena kain baju berlonggok tak berlipat ni memang masalah hampir di setiap rumah. Kawan-kawan aku pun kebanyakkannya mengalami masalah yang sama.

Kain baju ni sebenarnya, bila berlonggok tak berlipat memang nampak banyak. Tapi bila dah lipat, sikit jer sebenarnya.

Terima kasih yer 'best friend'! Kenapalah kiter tak berkenalan sejak dari awal lagi? Huhuhu...

Haaaa... korang nak tak berkawan dengan 'best friend' aku ni?

Insya Allah... korang pasti akan rajin lipat baju. Sebab 'bf' ni memang akan selalu akan memanggil-manggil dan memotivasikan korang supaya lipat baju.

Cewah!

Hehehhehe...

So, aku memperkenalakan 'bf' aku ni.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Inilah dia

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Cik Pelipat Pakaian!

*Aiseh! Dah macam doraemon plak rasanya! Huhuhu...*

My new best friend. Dan meja study dalam bilik ni sekarang ialah my new workstation - station lipat baju!!!

Oh! I loike!

Kerja melipat baju sekarang ni bukan sahaja mudah tapi jugak cepat dan menjimatkan masa.

Dapatkan Tips mudah pengurusan @ melipat pakaian di sini.

Korang nak tak pembantu yang hebat ni? Mai... saya jual RM50 sekeping. Nak tak?

Huhuhu... acah jer!

Sebenarnya dah lama cari board pelipat baju ni. Cari kat kedai, Aeon, Daiso, Mr DIY, sumer tak der. Tetiba bila search kat Lazada.com, ada banyak! So, korang bolehlah beli dari Lazada jer.

Hmmm... kalau korang nak beli kat lazada, aku nak share tips sikit.

  1. 'Search' (Keyword: cloth folder) dan compare harga. Paling murah korang boleh jumpa ialah RM25 sekeping.
  2. Ajaklah kawan-kawan kongsi beli sama-sama. Sebab kalau pembelian bawah RM75 akan dikenakan kos penghantaran RM15. Kalau atas RM75, delivery FOC.
  3. Kalau tak nak guna kad kredit, korang boleh juga bayar COD. Tapi tak semua boleh COD tau. Korang kena klik pada barang tu dan baca details dan terms dia. Ada yang boleh COD, ada yang bayar pakai kad kredit.

Dah beberapa kali hujung minggu ni dah tak lipat kain baju menggunung tinggi lagi! Lebih banyak masa boleh diberikan pada suami dan anak-anak. Seronoknya!

So, lepas ni, moh ler kiter jadikan lipat baju sebagai hobi yer.

Good luck!

Thursday, February 12, 2015

Beli mi online

Pernah beli mi online?

Hehhehe...

Ini mi bukan sebarang mi. Bukan mi goreng, bukan mi hailam, bukan jugak mi bandung.

Tapi...

Redmi Note 4G

Alhamdulillah... seronoknya...

Actually aku dan adik-adik pakat-pakat beli smartphone untuk emak. So, lepas ni bolehlah watsapp sekali dengan emak. Hehehhee...

~~(^^)~~

Tengok saiz Mi. Besar sikit daripada iPhone 6 plus. Memang puas hati!

Aku pilih Redmi Note 4G sebab ramai kengkawan office pakai. Diorang kata handphone ni ok dan sangat puas hati dengan harganya.

Interface pun okay. Dan user friendly.

Nak tau berapa harganya?

Yup! Hanya RM589. Specs as above. Beli online dan tiada apa-apa extra charges!

Datang lengkap dengan charger dan manual. Earphone jer tak der.

Sebenarnya, aku tak pandai beli barang online. Memang tak pandai shopping online. Takut tak selamat. Lebih-lebih lagi beli handphone online. Eeee... takut kena tipu! Kang tetiba yang sampai anak batu lesung. Huhuhu...

Tapi kengkawan office memang ramai pakai Redmi Note 4G dan diorang semua beli online. Diorang kata memang OK sangat memandangkan harganya tak sampai RM600 pun.

Sebelum aku decide untuk beli, aku ada baca jugak beberapa review. Lepas baca beberapa review yang positif then aku decide,

"Ok, beli!"

Review : "Yes, those specs at THAT price!"

Dan video di bawah.

So, untuk pengguna basic macam emak aku - just untuk call, mesej, watsapp, then ambil gambar cucu-cucu, so handphone ni memang lebih dari berbaloi.

So, korang?

Berminat tak?

Macam mana nak beli Redmi Note 4G?

Aku beli online. Just pergi ke website

www.mi.com/my

Pilih Redmi Note 4G and if you are lucky enough you will see 'Buy Now'. Jika tidak, korang akan nampak 'Out of Stock'.

Then klik butang 'Buy Now' tu dan place your order.

Aku order hari Khamis lepas. Hari ni aku dah terima barang. Betul seminggu.

Selain Redmi Note 4G, Xiaomi juga ada jual Redmi 1S dengan harga RM419 sahaja dan yang terbaru MiPad RM799 sahaja. Untuk maklumat lanjut, silalah serbu website diorang.

Tak sabar nak jumpa emak. Bagi surprise ni! Mesti mak marah! Hahahahha... marah-marah sayang! Hehehehe... Mesti mak marah sebab kata kitorang membazir bagai. Tapi jauh di lubuk hati dia, mesti suka dengan hadiah daripada kitorang ni.

y(^^)y

Happy!

back to top