Yang mana satu?
This is our love story...
Love of Dr. Khairunneezam
Blessed with 3 adorable kids
Khairunniesreena & Khairunnaufal & Khairunneeyaz
♥
Sepang, Malaysia
♥
♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...
Amin... ♥
Ya Allah... rasa tersangat kecewa bila kerajaan mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter. Nampak gayanya budget RM400 sebulan untuk minyak kereta terpaksa dinaikkan lagi.
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Rasa nak nangis... *Actually, malam tadi dah nangis-nangis dah...* Sedih sangat...
أستغفر الله العليُ العظيم
أستغفر الله العليُ العظيم
أستغفر الله العليُ العظيم
Jauhkanlah aku dari menjadi orang yang kufur nikmat, ya Allah.
Sepatutnya aku harus bersyukur, sebab aku masih mampu lagi membiayai duit minyak kereta aku. Kereta yang aku gunakan pergi balik 110km sehari Nilai-Shah Alam. Duit gaji masih boleh tampung segala keperluan dan komitmen aku setiap bulan - masih mampu lagi untuk penuhi keperluan dan kehendak anak-anak dan jalankan tanggungjawab pada mak abah. Masih boleh menyimpan.
Syukur padaMu ya Allah kerana dikurniakan suami yang memahami, penyayang dan mempunyai kerjaya yang baik. Kurniakanlah dia kesihatan yang baik agar sentiasa dapat menjaga dan melindungi kami sekeluarga.
Syukur padaMu ya Allah kerana sentiasa memberikan rezeki yang berpatutan kepada kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah kami rezeki yang halal. Jauhkanlah kami dari kesempitan.
أستغفر الله العليُ العظيم
أستغفر الله العليُ العظيم
أستغفر الله العليُ العظيم
Jauhkanlah kami dari menjadi orang yang kufur nikmat, ya Allah.
Semoga kami sentiasa menjadi orang yang selalu bersyukur dan redha dengan limpahan kurniaan Mu, ya Allah.
أستغفر الله العليُ العظيم
أستغفر الله العليُ العظيم
أستغفر الله العليُ العظيم
Deep in my heart memang rasa sangat kecewa. Sekarang ni cuba untuk stay positif dan mencari aura-aura positif untuk menerima berita kenaikan harga minyak dengan lebih baik. Tak boleh nak borak-borak tentang kenaikan harga minyak dengan kawan-kawan. Nanti aku rasa nak nangis... :(
Semoga ada berita-berita yang lebih mengembirakan akan datang ni... Kot ada orang nak ajak shopping ke... nak belikan oven ke.... mesti boleh happy balik... Ehemmm... enche Neezam, please take note... hehhehe...
Mungkin aku boleh potong budget bulanan untuk benda lain serba sedikit untuk beri lebih pada budget minyak.
Harap-harap dengan pengurangan subsidi kerajaan ni akan digunakan sebaiknya untuk pembangunan negara dan membantu golongan yang lebih memerlukan.
Positive!
Positive!
Aku sangat bersetuju dengan status fb Ustaz Kazim malam tadi:-
"Salam.. Sepatutnya cari jalan lain utk mengurangkan kos.. byk benda lain yg x perlu dan patut dipotong perbelanjaannya. Bukan dgn menaikkan harga Ron95. Sy rasa barisan penasihat patut lebih menyelami denyut nadi rakyat bukan dgn membuat pelbagai alasan kenaikan. Belum terlambat utk kaji semula kenaikan ini, tak payah beri BRIM la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api.. Harap2 pimpinan kerajaan fikirlah balik jika ingin melihat survival pemerintahan dpt bertahan. Kaji semula n buat kaedah lain yg lebih mengembirakan rakyat... inilah luahan rakyat biasa seperti saya tp ingatlah rakyat biasalah yg menentukan survival politik..."
Sangat setuju, kan?!
Apa-apapun, marilah kita doakan yang terbaik untuk pembangunan dan masa depan negara kita.
Jom kita sama-sama mencari aura positif untuk diri kita. Bak kata Prof Muhaya -- reset minda!
Akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tiba jugak. Hari mengundi! Hari yang menentukan masa depan rakyat Malaysia untuk 5 tahun akan datang!
Semalam, aku dan Niesreena bertolak balik ke KL sebab aku mengundi untuk kawasan Parlimen Setiawangsa dan enche Neezam dan Naufal pulak balik Segamat dan mengundi kat sana. Terpaksalah kami berpisah... sekejap...

Lepas siap-siapkan kerja rumah, gi lunch kat McD, baru kitorang gerak balik KL. Sepanjang perjalanan, memang banyakkkkk sangat berdera-bendera parti. Macam-macam cara diorang gantung. Bila dah masuk KL, lagilah banyak... Tengok flat kat depan Jalan Tun Razak ni. Penuh!

Kat kawasan rumah mak abah, penuh dengan bendera BN dan PKR. Sebab kawasan kitorang ni akan mengundi untuk parlimen Setiawangsa (P. 118) antara Dato Ahmad Fauzi Zahari (BN) dan Ibrahim Yaacob (PKR).
Hari ni; hari mengundi! Pagi-pagi lagi dah kena kejut dengan abah! Huhuhu... dah lama tak kena kejut dengan mak abah. Ngeeeee... ;p
Kalau ikutkan macam malas jer nak gi mengundi sebab cuaca sangat panas dan aku malas sebenarnya nak ke tempat ramai sangat orang ni. Tapi memandangkan tanggungjawab pada negara, 5 tahun sekali jer pun, haaa... ikutkan jugaklah! Semangat! Adik... teruja nak gi mengundi, sebab baru kali pertama! Hehe..
Aku mengundi kat SM Taman Sri Rampai. Pukul 10.30 pagi abah drop aku kat sana. Mak dan adik mengundi kat sekolah lain. Aku jer tercampak kat sekolah ni!
Nak masuk kawasan sekolah tu tersangatlah jem. Memanglah kan... dah tu... semua orang berpusu-pusu nak mengundi kat tempat yang sama. Tapi ada jugak yang sesuka hati parking berlapis-lapis berdekatan dengan sekolah sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Pentingkan diri sendiri betul!
Hmmmm... nasib baik abah yang hantar, so tak lah pening-pening nak cari parking kan.
Dalam kesibukkan tu, masih ramai jugak yang sibuk dok promote parti masing-masing untuk saat-saat terakhir. Semangat betul! Penyokong parti BN sebuk mengedarkan kipas dan air. Bagus kan! Memang panas giler pun semalam! Parti PKR pulak sebuk mengedarkan surat khabar 'keadilan'.

Sampai kat kantin sekolah, terus beratur untuk dapatkan nombor saluran. Sebenarnya dah tahu dah, sebab dah semak melalui online. Tapi ikut jer lah kan...

Ramainyer lah orang... Cuaca panas pulak tu... berpeluh-peluh jadinya... Nasib baiklah beratur kat sekolah tu masih berbumbung lagi. Kalau tak, jadi udang bakarlah masing-masing...

Selepas dalam 15 minit beratur, baru sampai kat bilik mengundi. Bagi IC, kena calit dengan dakwat kekal dan terus mengundi! [X] pada parti yang aku percaya! Semoga beliau menang!

Selesai mengundi, aku terus call abah. Mintak abah ambil kat tempat mengundi. Sian abah, selain jadi driver, terpaksa jugak jadi babysitter Niesreena. Hehe... Nasib baiklah Niesreena ni senang nak dijaga.
Pastu kitorang pergi ambil emak dan adik pulak. Emak mengundi cepat jer. Emak kata, bilik mengundi emak tu tak der orang beratur langsung. Sampai jer terus masuk mengundi.
Adik pulak sama macam aku, beratur dalam 15 minit sebelum boleh mengundi. Ramai giler! Hmmmm... mungkin emak ni kat group warga emas kot. Hehehe... Nasib baik kan... tak perlu beratur panjang-panjang. SPR sangat prihatin!
Petang tu, aku dan Niesreena balik ke Sepang. Actually, hari Isnin aku tak kerja sebab MB Selangor dah umumkan yang hari Isnin tu cuti kat Selangor. Tapi sebab Niesreena sekolah kat Nilai, so terpaksalah balik jugak sebab Negeri Sembilan tak cuti. Enche Neezam dan Naufal, mengumumkan cuti sukati untuk diri sendiri. So, diorang stay kat Segamat.
So, malam tu, aku tunggu keputusan PRU13 sorang-sorang depan tv. Sambil-sambil tu sempat berwatsapps dengan enche Neezam tentang keputusan pilihan raya. Semangat patriotik kan kitorang? Hehehehe...
Aku dok tukar-tukar channel tv. Tak puas hati betul, semua keputusan kat channel tv semua lain-lain.
Pukul 8.00 malam, keputusan baru perlahan-lahan masuk. Terawal, tentulah keputusan dari Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah, kat kawasan yang aku undi, calon pilihan aku menang! Tahniah Dato Ahmad Fauzi! Selamat menjalankan tugas sebagai YB. Semoga sentiasa jujur dan amanah!
Pukul 11 malam, keputusan pilihanraya makin banyak masuk. Berdebar-debar betul! Keputusan memang sengit sangat! Takut jugak tengok! DAP banyak menang kali ni. Terutama kat Johor yang sepatutnya kubu kuat BN. Hmmmm... not anymore!
Sehinggalah akhirnya aku tengok ini...

Akhirnya, keputusan penting yang ditunggu-tunggu muncul jugak. BN masih lagi memegang takluk pemerintahan. Tapi BN kalah teruk kali ni. Banyak hilang kerusi. Mungkin kena buat lebih baik lagi dalam masa 5 tahun ni untuk dapatkan balik kepercayaan rakyat Malaysia.
Apapun... tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Semoga sentiasa menjadi pemerintah yang adil dan mementingkan rakyat.
Tak larat dah nak tunggu sampai habis... walaupun tak sabar nak tahu Selangor dan Penang jatuh kat tangan saper kali ni... Tapi tau dah yang Kedah balik semula ke BN. Tahniah Dato'Mukhriz Mahathir; MB Kedah yang baru.
Hmmm... esok jer lah kiter tengok keputusan PRU yang selebihnya... Mata dah berat... Nak join Niesreena tidur...
ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz.....
Tetiba jer dapat bungkusan pos laju pagi ni.
Terfikir gak... Apa lagi yang aku beli online eh? Rasanya tak der yang pending? Oooopppsss....
Atau... hubby bagi surprise ke? Hadiah ker? Tapi sempena apa? Hmmmmmm??????
Rupa-rupanya... ini...

Kit Jom Bertindak!
Selain daripada beberapa cenderamata yang diorang kasi, ada sebuah buku 'Jom Bertindak' yang memuatkan panduan tentang mengundi. Lengkap! Bagus kan?
Kit ni diberi secara percuma. Kalau nak dapatkan kit ni, bolehlah ke blog 1Malaysia, klik sini. Just isikan form ringkas jer.
Thank you!
Akhirnya parlimen telah dibubarkan secara rasminya semalam. So dah bubar ni? Apa pulak lepas ni?

Lepas ni tentu akan banyak perang bendera di sana sini. Kempen sana sini. Even sebelum bubar pun dah banyak ceramah-ceramah politik dan bendera-bendera parti yang dah tergantung-gantung.
Kali ini, insya Allah kali yang ketiga aku akan pergi mengundi. Kali pertama dulu masa bujang. Memang teruja giler nak gi mengundi. Maklumlah kali pertama.
Kali kedua, aku dan enche Neezam kat Melbourne. So, kitorang buat undi pos. Pun sama! Teruja giler nak mengundi. Masa tu tak der kereta lagi. Sanggup bersusah payah gi Malaysia Hall naik bas. Tukar 2 bas plak tu. Huhuhu... Hmmmm... ingat lagi... masa tu gi sekali dengan Kak Ema... :)
Musim mengundi kali ni nampak sangat agresif berbanding dengan musim-musim yang lepas. Bukan setakat perang bendera parti, macam-macam perang lagilah sekarang ni. Keyboard warrior pun kemain banyak. Berdegar-degar berlawan-lawan kat facebook/twitter, blog dan macam-macam media sosial lagi...
Kalau dulu 'Undi anda adalah rahsia'. Ooooo... sekarang tidak lagi. Terserlah ketaksuban terhadap parti memasing! Masing-masing nak tunjukkan kehebatan parti masing-masing. Uh... tapi parti pilihan saya tetap terhebat! Dengan para pemimpin parti yang terbaik!!!
Apa-apa pun, kite sebagai rakyat Malaysia, undilah mana yang kite fikir yang terbaik. Terbaik untuk kiter dan generasi akan datang. Terbaik untuk masa depan dan telah melakukan yang terbaik pada masa lepas dan sekarang! Janganlah pilih yang 'cakap tak serupa bikin' dan pemimpin-pemimpinnya yang macam hampeh macam parti tuuuuuttttt... Hahahaha... lu pikiorlah sendiri! Sudah terang lagi bersuluh... cuma perlu buka mata dan minda memasing jer...
So, jangan lupa pergi mengundi tau! Korang dah semak kawasan tempat mengundi tak? Kalau belum lagi, bolehlah semak di laman web SPR atau melalui sms. Macam mana caranya... silalah tanya Mr Google. :) Aku akan mengundi di KL untuk dun Setiawangsa. Dan enche Neezam akan mengundi kat Segamat. Insya Allah...
Pilihan raya kali ni pastinya akan menjadi pilihanraya yang terhebat! Aku berdoa agar parti pilihan aku akan menang besar dalam pilihanraya akan datang. Amin... Amin ya rab!
#sayapilihmengundi
Bertuah kite kat Malaysia sebab harga minyak walaupun naik 78 sen, still jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Kalau tak, takkan lah orang-orang Singapore dan Thailand gila-gila masuk negara kita semata-mata nak isi minyak. Betul tak? So korang bersyukurlah. Kerajaan naikkan harga minyak ada sebabnya. Bukan sukati jer nak naikkan harga. Percayalah cakap aku. *Nampak sangat tak aku ni penyokong kerajaan?* Hahahaha...
Nway, honestly aku bukanlah 100% menyokong apa sajer yang kerajaan buat tapi sekurang-kurangnya kite kena cuba berfikiran rasional sikit. Jangan terus naik hangin dan memberontak. Korang yang marah-marah sebab harga minyak naik tu, tau tak kenapa sebenarnya harga minyak naik? Haaaa... cuba cari jawapannya yer murid-murid...
Rentetan dengan kenaikan harga minyak, maka harga barang-barang keperluan harian mesti akan naik jugak. Itu dah macam tradisi setiap kali minyak naik rege. Tapi gaji jugak yang tak naik-naik. Ye tak? So, kite sebagai rakyat jelata ni terpaksa ikutlah arus globalisasi ni. Boleh kalau cuba nak menongkah arus, but it will takes a very hard work dan berbaloi ke? May be lepas ni kite boleh amalkan sifat berjimat cermat; berjimat dalam berbelanja, berjimat dalam penggunaan air dan elektrik, berjimat dalam semua aspek lah. Even kalau jarang keluar boleh jimat sikit minyak kereta.
So, hari ni artikel Neezam di suratkhabar Utusan Malaysia mengenai sifat berjimat cermat yang perlu dipupuk oleh kakitangan kerajaan dalam organisasi. Sama-samalah kite berjimat yer...
Pupuk sifat berjimat kakitangan awam
TIDAK dapat tidak, ramai yang mengakui bahawa banyak jabatan awam yang masih tidak dapat menguruskan penggunaan kepelbagaian sumber fizikal dalam organisasi secara berhemah dan bijaksana. Stigma ‘menghabiskan peruntukan tahunan’ yang selalu kedengaran dalam kalangan pegawai kerajaan perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya dalam mengelakkan pembaziran yang sememangnya merupakan amalan kegemaran syaitan.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini meminta kakitangan awam untuk memikirkan dan melaksanakan langkah-langkah berjimat cermat bagi membantu kerajaan mengelakkan perbelanjaan subsidi melebihi aras perbelanjaan operasi yang boleh membawa masalah besar pada masa hadapan.
Secara realistik banyak usaha yang boleh dilaksanakan dalam menyahut seruan Perdana Menteri untuk berjimat cermat. Berikut adalah antara cadangan yang perlu dipertimbangkan dan diambil tindakan segera oleh jabatan-jabatan dan para pekerja sektor awam:
1. Rata-rata, ramai pekerja yang menggunakan konsep ‘pakai dan buang’ dalam penggunaan alat tulis, kerana memikirkan ia boleh didapati dengan mudah dan stoknya banyak. Untuk itu, pengurusan jabatan perlu mengurangkan atau mengehadkan pemberian pen, klip kertas, gam dan sebagainya kepada setiap pekerja kerana alat tulis tersebut boleh bertahan untuk jangka masa yang lama jika ia digunakan dengan jimat dan disimpan dengan cermat.
2. Amalkan kaedah ‘kitar semula’ kertas-kertas A4 dan sebagainya yang telah digunakan untuk tujuan urusan dalaman. Misalnya, penggunaan kertas-kertas terpakai tapi masih boleh digunakan untuk mencetak pekeliling jabatan atau minit mesyuarat. Ia berkesan dalam menjimatkan kos pembelian kertas yang kebiasaannya akan dibuang setelah diguna walaupun ruang di belakang kertas itu masih elok untuk digunakan semula.
3. Aplikasikan teknologi maklumat dan Internet dengan semaksimum mungkin dalam usaha menjimatkan kertas. Misalnya notis panggilan mesyuarat, jemputan menghadiri program, atau pekeliling yang boleh dikirimkan dengan mudah melalui internet.
4. Terdapat sesetengah jabatan yang selalunya akan menghidangkan jamuan makanan semasa mesyuarat. Untuk itu, jabatan kerajaan harus mengikis budaya mengsinonimkan mesyuarat dengan jamuan makan untuk tujuan menjimatkan kos pembelian makanan yang dirasakan tidak perlu bagi kelancaran mesyuarat.
5. Pengurusan setiap jabatan perlu memikirkan kaedah berkesan dalam penggunaan barangan elektrik. Komputer, radio, televisyen, mesin pencetak dan alat pendingin hawa misalnya perlulah diingatkan supaya ditutup jika tidak digunakan seperti ketika waktu rehat atau waktu pejabat berakhir.
6. Kurangkan atau elakkanlah mengadakan kursus, mesyuarat atau pelancaran program organisasi di hotel-hotel mewah yang sememangnya memakan kos perbelanjaan yang tinggi. Apa salahnya jika mesyuarat atau kursus dalaman organisasi dilaksanakan di dalam organisasi sendiri yang mana pada hemat penulis cukup kemudahan dan ruang fizikalnya.
Banyak kos yang dapat dikurangkan, terutamanya kos penginapan, makanan, pengangkutan, petrol dan sebagainya. Apa yang penting adalah aspirasi, matlamat atau resolusi yang diharapkan daripada kursus, mesyuarat dan program itu dapat dicapai, bukan betapa hebatnya lokasi pelaksanaannya.
7. Setiap jabatan kerajaan harus berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan urusan sesuatu transaksi dengan pelanggan. Hal ini sebenarnya memberikan kesan positif bukan sahaja kepada pelanggan bahkan kepada satu-satu organisasi kerajaan itu sendiri.
8. Setiap pekerja harus bijak dan amanah dalam menggunakan masa bekerja dan dalam pengendalian peralatan pejabat. Kita sepatutnya mengikis tabiat-tabiat buruk ini yang mana secara tersiratnya membazir dan merugikan wang kerajaan dan rakyat. Pupuklah etika kerja yang berintegriti dan berpandukan kepada syariat Islam dan pegangan moral.
Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang dirasakan bersifat realistik dan boleh dipraktikkan secara menyeluruh dalam jabatan-jabatan kerajaan. Satu-satu perubahan yang baru itu sememangnya sukar untuk dilaksanakan, namun seperti kata-kata pujangga barat ‘kejayaan itu bermula dengan langkah pertama’.
Ambillah tindakan sewajarnya daripada sekarang untuk mengikis sikap boros, kurang cermat dan tidak berhemah dalam bekerja sebelum berlaku fenomena dan kesan yang lebih kritikal pada masa hadapan.
Khairunneezam Mohd Noor
*juliet le sweetheart : kadang-kadang susah nak berfikiran rasional kan?
It was 3 in the morning here in Melbourne and the election results slowly came out; one by one on the web, not sure which web that Neezam had surfed. And every time it showed it was really shock results! Some times I thought it was a fake results, maklumlah kat laman web takutlah ada kesilapan . Unfortunately, it’s true! Tak larat nak tunggu sampai semua result keluar, so I went back to sleep.
This morning, of course, first thing I want to know is the election result. It was a very shock to know that the oppositions won in Kedah, Penang, Perak, Selangor and of course Kelantan; 4 ministers, 10 deputies were lost their seats! BN will form the next government with just simple majority! What a shame! I really can’t believe it! Giler ar!
Satu tamparan hebat untuk Pak Lah and the geng. May be after this they can think deeper or perhaps deepest and revise back what went wrong in their administration. Four trial years for Pak Lah was over and it seems that people were not happy with what Pak Lah has done or may be nothing has done. Rakyat nak pembaharuan. Rakyat dah boleh berfikir. I think it’s better to change ‘Yang Berhormat’ to ‘Yang Berkhidmat’ so they will always remember that they have to work for us not just want to be respect for nothing.
Well, fyi, I’m not a politics talker person. I don’t even know which minister for which ministry. Just sorang dua lah. Hehehehhe… It just that I’m a little bit concern with this big changes. It was like tsunami, right? Really big! Really scary! Kalau korang semua ingatlah masa sekolah dulu ada belajar sejarah kan? Despite of racial issue, peristiwa 13 May happened because of government was formed with simple majority on that time. I’m really hoping that nothing bad happen this time. No riot, no rebellion! Please!
Nway, congrats to oppositions parties for the big winning yesterday. And also for Nurul Izzah! Wow… I never thought she can beat Sharizat! Hugo girl!!!
Yesterday, Neezam, kak Ema, Umi and I went to Malaysia Hall to register for this becoming Election Day in Malaysia. I feel a bit excited since this is the first time (or can say the only time) I will make the election by post. Actually we never thought that we have a chance to elect but last minute kak Ema ask us to go to Malaysia hall to register.
Can’t wait 8th March to pangkah! Selamat mengundi!
Artikel enche Neezam dalam Berita Harian hari ni.
Penjawat awam perlu hargai jasa majikan
BAHANG Pilihan Raya Umum ke-12 semakin hangat dan lebih bersemarak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa beliau ‘sudah mendapat ilham’ mengenai tarikh pilihan raya. Ramai tertarik untuk mengetahui perkembangan politik dan pilihan raya daripada media massa. Rata-rata meramalkan pilihan raya diadakan bulan depan.
Pun begitu di sebalik kehangatan musim pilihan raya ini semua pihak terutamanya kakitangan kerajaan harus sedar bahawa selama ini negara kita berada dalam keadaan cukup aman, harmoni dan maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebagai penjawat awam mereka sememangnya tahu bahawa kerajaan dari semasa ke semasa tidak putus-putus berusaha dengan pelbagai cara untuk meningkatkan profesion mereka ke tahap lebih tinggi dan berkualiti.
Segala kemahuan dan tuntutan kakitangan awam menjadi agenda utama kerajaan. Misalnya penambah baik kualiti bekerja menerusi pelaksanaan Sistem Kualiti MS ISO, pengurangan hari bekerja daripada enam kepada lima hari seminggu, pengenalan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang lebih berkesan dan adil dalam hal kenaikan pangkat, pelarasan dan kenaikan gaji kakitangan awam serta sebagainya.
Ia sekadar contoh berbanding usaha pembangunan mikro dan makro lain yang dilaksana kerajaan demi kepentingan kakitangan awam dan hal ini tidak ubah seperti peribahasa ‘bagai menatang minyak yang penuh’.
Yang menjadi keanehan dan sedihnya apabila ada sebilangan penjawat awam seakan-akan menjadi ejen penentang aspirasi kerajaan. Duduk bekerja dalam pejabat kerajaan, tetapi pemikirannya dangkal dan hatinya gelap apabila mudah percaya dan terpedaya dengan fitnah dan berita palsu pihak penentang kerajaan. Mereka bagaikan ‘kacang lupakan kulit’ dan tidak keterlaluan untuk dilabel sebagai ‘gunting dalam lipatan’.
Pelbagai tohmahan dan komen melampau terhadap kerajaan yang diterima bulat-bulat kemudiannya disebar luas kepada pihak lain dengan harapan ada orang terpengaruh dan ikut sama menentang kerajaan. Pendek kata, kerjanya tak sudah-sudah mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan dan dengan mudah melabel kerajaan sebagai tidak efisien, zalim dan mengkhianati rakyat.
Golongan ini terlupa atau tidak sedar bahawa setiap akhir bulan, apabila wang gaji mereka masuk dalam akaun bank masing-masing, siapakah yang memberikan gaji berkenaan? Jika ada antara ahli keluarga yang sakit dan dirawat di hospital, siapa yang membantu meringankan beban bayaran perubatan mereka?
Mereka mendapat kemudahan pinjaman perumahan atau pembelian kereta, siapakah agaknya yang memberikannya? Atau jika anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, siapakah yang membantu dalam pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mereka? Sudah tentu jawapannya adalah majikan mereka iaitu kerajaan. Tetapi kalau hati sudah gelap, semua perkara ini akan ditenggelami dengan rasa benci tidak berasas lalu mereka mengangkat dan memuliakan golongan penentang kerajaan!
Bukanlah hajat untuk mengajak kakitangan awam menghargai usaha kerajaan secara membuta tuli. Tetapi cuba timbang-timbangkan dengan pemikiran rasional mengenai kepentingan menghargai segala jasa dan budi kerajaan selama ini. Buka lembaran sejarah negara dan hayati akan keikhlasan pemimpin kerajaan dari dulu hingga kini dalam memartabatkan keagungan negara.
Kemudian bandingkan dengan apa yang berlaku di sesetengah negara lain yang kerajaannya gagal memenuhi hak dan tuntutan rakyatnya, sehingga perbalahan, perpecahan dan peperangan tidak mampu dikawal lagi. Bersyukurlah kita kepada Tuhan kerana dianugerahkan pemerintah adil, bijak dan berjaya membina tamadun agama, bangsa dan negara.
Penjawat awam seharusnya menggunakan kematangan pemikiran dengan terus menyokong aspirasi kerajaan. Jika ada yang tersilap masuk haluan, marilah kita pupuk kembali kesedaran mereka supaya dapat kembali berpijak di bumi nyata. Jadilah kakitangan awam yang memiliki kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN yang diakui kredibilitinya di mata dunia!
KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Juliet le sweetheart's on FB. Jom 'like'!
y(^-^)y
Blog Developed by Juliet le Sweetheart
Powered by blogger.com