♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Travel and Vacation. Show all posts
Showing posts with label Travel and Vacation. Show all posts

Monday, May 2, 2022

Salam Aidilfitri 2022

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... seronok raya tahun ni. Walaupun raya terkejut, tapi emak macam biasa, sentiasa prepared! Semua persediaan memasak dah ready - ketupat palas dah siap, tinggal nak kukus jer, bahan-bahan redang dah siap kisar, bahan-bahan sambal kacang dah siap, kacangnya dah siap tumbuk, daging dan paru dah perap. So tak lah kelam kelibut sangat. Lagipun kitorang jenis masak awal pagi, tak masak sehari sebelum raya macam sesetengah orang.


Macam biasa, emak pukul 4 pagi lagi dah sibuk kat dapur. Aku wajiblah tolong. Huhuhu... Pukul 7 pagi semua dah siap terhidang - ketupat palas, ketupat segera, rendang ayam, daging goreng sate, paru goreng, kuah lodeh dan sambal kacang. Sambal kacang enche Neezam yang buat. Biasanya kitorang buat sambal tumis gak. Tapi sebab emak aku kata sambal kacang enche Neezam buat sedap giler, maka cancel buat sambal tumis. Huhuhu...

Raya tahun ni, family aku jer beraya dengan emak abah. Manakala adik dan Joy beraya kat rumah mertua memasing. 









Paling seronok raya kali ni sebab kitorang berkesempatan balik ke Tapah Road. Lepas makan dan bersalam-salaman, terus bertolak ke sana. Seronok dapat berjumpa dengan semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik, sepupu-sepapat yang memang dah lama giler tak jumpa.






Niesreena, Naufal dan Neeyaz pun seronok jugak sebab dah lama tak rasa kemeriahan beraya kat kampung, kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah dan collect duit raya. Hehehe...



Dapatlah juga tunjukkan kampung halaman aku, tempat atok abah diorang membesar. Dulu masa diorang kecik-kecik pernahlah jejak gak kat sini beberapa kali. Neeyaz first time sampai sini.

Alhamdulillah... semoga tahun depan kiter semua dapat berkumpul lagi.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Sunday, October 17, 2021

3d2n @ Grand Lexis, Port Dickson

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Second staycation lepas dah boleh merentas negeri. Lepak dekat-dekat pulak. 3 hari 2 malam di Grand Lexis, Port Dickson pulak.

Macam biasa my Khairunns excited nak mandi pool. Macam kat Joho hari tu, swimming pool kat sini pun ada time (45 minit) & guest limit. Tapi alhamdulillah, disebabkan tak ramai nak mandi pool, sebab kat Lexis diorang ada private pool, so tak der lah kena beratur lama untuk masuk mandi kat swimming pool.





Si Neeyaz ni, kalau mama tak masuk pool, dia pun tak nak masuk pool. Manja betul. Beza dengan abang dia dulu. 

Dulu Naufal pantang tengok pool, ada mama ke, tak der ke, terus terjun masuk pool. Sebab tu umur 5 tahun Naufal dah pandai berenang. Neeyaz ni... manja... nak berpeluk jer sepanjang masa. Huhuhu...







Tamat masa mandi pool, bebudak ni beratur lagi untuk masuk pool. Kejap jer tunggu, pastu dapat masuk pool balik.

Petang sikit, kitorang ke pantai. Dah petang, air pantai dah surut. Jauh pulak nak kejar air.









Alhamdulillah... puaslah bebudak dok hotel walaupun dekat dan sekejap jer. Memang duduk jer hotel tak gi mana-mana dari check-in hari Jumaat sampailah check-out hari Ahad. Aku dan enche Neezam jer keluar cari makan.

Dah seminggu tinggalkan rumah. Macam biasa, balik bercuti, declare hari dobilah pulak. Moh ler mendobi!

Tuesday, October 12, 2021

Joho kami datang!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Bila PM umum jer, 11hb Oct 2021 dah boleh merentas negeri, enche Neezam terus tak keruan nak balik Segamat! Huhuhu... Mana taknya... memang dah berbulan-bulan tak balik kampung dan memang inilah saat-saat yang dinanti-nantikan. 

Tepat 12 am, 11/10/2021, makan berbondong-bondonglah kitorang berangkat balik ke Segamat. Mak ayah pun tak tau kitorang balik. Surprise katanya...

Rupanya emak ayah pulak plan nak menjenguk abang emak kat Joho (read JB), maka berbondong-bondonglah pulak kitorang ke Joho disiang harinya.

Alhamdulillah... nasib baik ada bilik lagi kat Thistle JB, kalau tak... duduk jer lah ramai-ramai macam sardin dalam satu bilik. Huhuhu... 

Alhamdulillah dapat bilik best. View best! Kedua-dua bilik mengadap Singapore. Nampak dataran dan stadium JDT yang baru tu.

Nampak, enche Neezam sibuk kerja jugak dalam bercuti.

Aku kalau datang Joho, aku suka makan. Huhuhu... Awal-awal lagi dah cakap dengan enche Neezam nak cari martabak Singapore cheese kat Kg Kurnia. So, first day kitorang kat sini, kitorang gi cari martabak cheese dulu!

Selain martabak cheese ni, ada banyak jenis makanan lagi dijual kat sini seperti kuih muih, pisang goreng, bakso, mee rebus, laksa, nasi ayam, bihun siam dan macam-macam lagi.

First time jugak aku cuba botok-botok.

Sedap jugak. Dalam botok-botok ni ada ikan dan sayur-sayuran kampung macam pucuk ubi. Rasanya ada sayur lain jugak, tapi aku tak sure sayur apa. So kalau korang suka sayur, boleh lah cuba sebab sayur dia pun boleh tahan banyak jugak dalam botok-botok ni.

Sementara emak dan ayah gi melawat abang emak, kitorang just enjoy duduk kat hotel, bawak bebudak mandi pool. Bebudak biasalah... enjoying the pool. Cuma disebabkan C19 ni, penggunaan pool limited untuk sejam jer untuk setiap tetamu. 

Sekejap sangat kat Joho. Kalau satu malam jer, memang tak sempat nak gi manalah.

Sebelum balik ke Segamat, kitorang singgah kat Kluang. Makan kat tempat favorite famili in-law aku di Kluang Railway.









Alhamdulillah... walaupun ramai orang tapi servis laju. Aku tak taulah... makanan kat sini semua aku rasa sedap. Nak-nak roti bakar ni. Padahal boleh jer buat sendiri kat rumah. Tapi bila sampai sini, sampai berpinggan makan roti bakar. Huhuhu...




Satu lagi tempat wajib singgah kalau sampai Kluang ni ialah tempat susu segar ni.


Reena dan Naufal suka ni.




Susu segar ni 4 perisa - asli, strawberry, jagung dan coklat. Harga sebotol RM2.50 kecuali yang susu asli RM3 sebotol. Memang rasa fresh susu kat sini. Tapi biasanya tak tahan lama. Boleh simpan sehari dua jer, pastu basi. So, tak boleh beli banyak-banyak untuk simpan. Cukup sekadar beli dan minum terus.

Satu tempat lagi yang kitorang sempat singgah sebelum balik ialah ke Ayer Hitam. Ingat nak cari barang kiriman emak aku, tapi tak jumpa. Dah discontinued. Tak per lah... dah tak der rezeki.



So, kitorang beli kerepek-kerepek jer lah. Semua kerepek kat sini nampak sedap. Jadi tamak! Rasa semua nak beli. Huhu...



Alhamdulillah... malam ni dah sampai Segamat. Insya Allah kitorang spent time kat sini seminggu. Bagi enche Neezam lepas rindu.

Tapi takut balik Segamat lama-lama sebab nanti berat badan naik. Huhuhu... bukan apa. Banyak sangat list nak makan bila dah sampai Segamat ni - lontong darat, nasi goreng level, nasi goreng hailam, baung masak lemak, pais... ish... macam-macam lagilah...

back to top