♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Friday, January 3, 2020

Guardian salesss!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Guardian 50% off for all cosmetics sales is back uooolllssss!

Aku memang selalu tunggu waktu macam ni. Memang murah sangat!

So, semalam grablah sikit kosmetik untuk diri sendiri dan untuk kakak Niesreena.

Yang aku beli ni semua memang barang yang aku tengah pakai pun. So, simpan stok. Lip tint tu untuk kakak Niesreena. Seronok dia, mama belikan lip tint sampai dua. Tapi bila tengok bedak, terus Reena kata "mama, Reena punya bedak tak bukak lagi ada dua"! Aiyoooo... simpan jer lah Reena.  Dah mama mu terambang mata tengok barang murah. Huhuhu...

We olls pakai barang mur mur jer. Asal sesuai dengan kulit, tak der alergi ke hapa, then why not kan?

Actually aku jenis kulit sensitif. Kalau pakai lipstik salah sikit, habis bibir gatal. Keluar biji-biji air. Sadis...

Last year, masa guardian sale aku sajer beli Matte Junkie Silky Girl sebab murah, RM 8 jer satu. Cantik warna dia. Alhamdulillah... sesuai dengan bibir - tak alergi! Kod Matte Junkie kegemaran aku ialah 01, 04 & 12. Tapi warna-warna lain pun cantik jugak. Haaaiiissshhh... ni yang rasa nak gi memborong lagi nih!

Guardian sales ni tengah berlangsung sehingga hujung minggu ni. Memang berbaloi-baloi.

Jom serbu!


Monday, August 28, 2017

Shopping dengan Watsons online

Yey!

Dah sampai barang yang aku beli melalui online Watsons!

Sebenarnya aku beli krim Olay tu ajer. Tapi dapat 3 free gift! Bukan 1 tapi 3 tau dapat free gift! Voucher RM10, mask SEP (ramai kengkawan kata best mask ni) dan ubat gigi. Harga online pun lebih murah tau.

Cuma yang tak bestnya sebab ada delivery charges RM7. Actually kalau harga Olay tu campur delivery charges, harganya akan jadi lebih murah lebih kurang RM2 berbanding kalau beli Olay tu kat kedai. Tapi memandang aku berkongsi beli dengan kengkawan, so, bolehlah bahagi-bahagi duit delivery tu. Untunglah... Pastu dapat free gift lagi kan.

Yes... yang tak best memang delivery charges tu lah. Kalau free delivery kan bagus.

Tapi yang best, sebab harga online lebih murah... pastu banyak offer 'Purchase with gift' dan ada point yang kiter boleh tolak.

So, korang kalau nak shopping dengan watsons, bolehlah ke laman web diorang di
http://www.watsons.com.my/

Thursday, August 25, 2016

Hasil mencandat di Ikea dan Kaison

Hujung minggu lepas aku sempat ke Ikea dan Kaison bersama emak dan adik. Sajer sesekali nak cuci mata. Kebetulan hari Ahad tu hari terakhir ada sales kat Ikea. So, rembatlah apa yang patut.

Shelf Lerberg ni aku aim nak warna merah. Tapi tinggal warna kelabu jer.

Berpeluh-peluh jugak nak memasangkannya. Satu rak ni harganya RM69.

Kotak-kotak besar ni cuma RM22 jer untuk dua buah. Berbaloi sangat. Tapi tak tau nak buat simpan apa. Beli jer sementara murah.

Then rak stainless steel ni. Harganya RM49.

Dah lama mencari, baru mendapat. Memang nak letak kat laundry area. Alhamdulillah... nasib baik ada Mr Serba Boleh kat rumah. Sekejap jer enche Neezam pasang.

Then kitorang ke Kaison kat Setapak Central. Aku nak cari sarung bantal. Memang setiap kali nak cari sarung batal, aku akan cari kat Kaison sebab kat Kaison memang cantik-cantik with reasonable price!

Banyak betul yang berkenan di hati. Macam nak beli semua! Hahhahaha...

Shopping memang syok!

Saturday, June 18, 2016

Tak habis-habis lagi!

Tak habis-habis lagi mengemas!

Bukak kotak, buang kotak, masuk kotak!

Adeeeehhhh...

Penat betul!

Penat betul pindah rumah... Walaupun dah banyak kali berpindah-randah tapi tak pernah nak expert dalam bidang ni. Hehehehhe...

Banyak-banyak barang yang kitorang beli kat Aussie dulu, peralatan dapur yang paling banyak masih tak digunakan lagi. Dalam kotak lagi. Nak guna, konon sayang... Tak guna kang, mereput plak dalam kotak. Huhuhu... So, baiklah guna, sementara sempat. Huhu...

Lepas ni bolehlah kuali buruk aku berehat jap.

Friday, August 7, 2015

Bila dah pandai shopping #aj online

Seriously aku takut. Takut tak terkawal nafsu beli tudung...

Huhuhuhuuhuhu...

Korang, kalau nak beli #aidijuma online bolehlah gi kat website diorang kat http://www.aidijuma.com/

Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit dan online banking.

Tapi kadang-kadang tu susah gak nak dapat tudung yang comel-comel ni. Cepat jer sold out. So, kalau dah tahu bila tudung design baru akan release, cepat-cepatlah online. Kalau rajin sikit, boleh gi kat CS diorang. Tapi... mesti beratur panjang nak masuk...

Buat suami tercinta,

redha jer lah yer...

Ingatkan yang ini last...

Rupanya

TIDAK!!!

Sunday, June 14, 2015

Shopping raya @ Mydin Mall Seremban 2

First time! Tahun ni, first time aku tak tempah baju kurung untuk raya!

Seriously... memang tak sempat! Tak sempat nak cari kain, tak sempat nak cari tailor sebab tempahan untuk raya semua dah tutup! Huhuhu... sadis!

Akhirnya, terpaksa consider beli baju dah siap which is aku tak berapa nak gemor. Bukan sebab apa... sebab selalunya baju dah siap ni biasanya tak ikut badan aku. Ada lah tang yang tak selesa...

Apapun... dah tak sempat. Terpaksalah cari baju dah siap!

Untuk cari baju kurung dan baju melayu dah siap ni, kitorang ke Mydin Mall Seremban 2. Yup! Beli kat Mydin jer... Tak der lah nak gi butik bagai. Nak-nak baju budak... Tak berbaloi. Diorang pakai baju kurung, baju melayu kadang-kadang jer.

Mydin Mall Seremban 2 ni besar! Ada banyak pilihan baju kurung dan baju melayu untuk dewasa dan kanak-kanak. Kain samping, songkok dan ketayap pun untuk dewasa dan kanak-kanak pun ada. Boleh beli lengkap kat sini. Tak payah gi cari kat tempat lain dah!

Baju kanak-kanak pun banyak pilihan. Tapi for sure, tak der brand punyer lah. Tak der Kiki Lala, Anakku, Poney apatah lagi Osh Kosh, Pumpkin Patch bagai... Pumpkin Patch, Osh Kosh dan Cotton On, Niesreena dan Naufal dah puas pakai masa kat Melbourne dulu sebab kat sana harga murah! Huhuhu... So, balik Malaysia kiter pakai brand Mydin jer lah yer anak-anak... Ok gak kan...

Harga? Aku boleh kata baju budak memang mahal sekarang. Tapi kat sini korang masih boleh cari baju budak sepasang dengan harga RM12. Baju melayu dan baju kurung kanak-kanak ada yang RM20 sepasang. Ok lah kan?!

Kat Mydin Mall Seremban 2 ni jugak ada Aidijuma!!! Amazingly, enche Neezam yang perasan dan heret aku ke sini! Siap enche Neezam cakap, "Cepat sayang... Tak ramai orang tu!" Hehhehehe...

Memanglah tak ramai. Sebab tak der tudung terbaru minggu ni. Ke sebab dah habis? Tinggal sikit jer stok dia. CS Aidijuma kat sini baru buka rupanya...

Kitorang sempat gak singgah kat butik Ummu Aiman Muslimah. Salah satu store kat dalam Mydin Mall ni. Ada banyak jubah-jubah yang menarik dan pelbagai warna.

Dapatlah grab 2 pasang jubah kat sini.

Jubah-jubah dia memang selesa, kain berkualiti, cutting best dan yang penting harganya berpatutan. Sampai rumah, terus try jubah yang aku beli. Memang best! Rasa nak beli lagi!

Untuk maklumat lanjut, bolehlah korang check sendiri kat page Ummu Aiman Muslimah ni seperti maklumat di dalam gambar ni.

Alhamdulillah... setel pre-shopping hari raya. Nanti balik Segamat nak shopping lagi. Kat Segamat pun ada port yang aku suka beli baju budak-budak. Insya Allah, nanti aku update k!

Wednesday, March 18, 2015

Patah tumbuh, hilang berganti...

Antara barang kesayangan aku yang hilang masa kes pecah rumah aku ari tu ialah beberapa utas jam tangan. Memang agak payah hidup tak pakai jam tangan sebab aku jenis kalau keluar mesti pakai jam tangan.

Disebabkan tak der masa dan tak der mood nak gi survey jam tangan kat kedai jam, so, cara mudah dan pantas adalah survey melalui online jer. Dan haruslah di lazada.com.my! My favorite online shopping hub nowadays!!! Yeah!!!

Survey punyer survey punyer survey... Hmmmm... memang ada banyak sangat jam yang aku berkenan! Coach... cantiknya!!! MK... gorgeousnya!!! Fossil... stylooonyer!!! Tissot... uish... mahalnya! Huhuhu... Tak per... Tak per... Masuk sumer dalam wishlist dulu!

Tetiba terjumpa jam tangan yang sebijik macam aku punyer yang kena kebas tu! Dan harganya pun jauh lebih murah daripada harga enche Neezam belikan dulu. Hmmmmm... nak yang ini lah!

Bagitau enche Neezam... aku nak beli jam yang sama dengan jam tangan lama.... Enche Neezam pelik, suruh cari lain. Tapi... kalau korang tak tau... aku ni jenis sentimental sikit... Sebab beberapa tahun dulu jam tu enche Neezam yang hadiahkan sempena birthday. So, kalau beli yang sama, kira masih ada lagi lah hadiah tu.... Sentimental sangat kan??? Huhuhu...

Sebab sentimental jugaklah... segala surat-surat cinta aku yang bertahun-tahun eloooookkk aku simpan. Sehinggalah mak aku senyap-senyap jer buang, masa aku kat Melbourne dulu. Haiiiisssshhhh... Baru nak tunjuk kat anak cucu... Huhuhu...

Ok! Balik kepada cerita jam tangan!

Aku nak place order. Tapi was was. Ok ker beli jam tangan online ni? Kang sampai kang tiruan ke... ada defect ke... Tak pasal susah nak tukar.

So, aku google...

'Beli jam tangan di lazada'

Enter!

Hmmmmm... Ada jugak lah beberapa blogger yang pernah beli jam di lazada. Sumer puas hati. Ok! Bolehlah kan?!!!

Aku google jugak nama supplier jam tu, Mediaqlo Enterprise. Tapi tak der info dan review yang berkaitan. Cuma kat detail jam tu kat lazada, dia memang kata item is 100% genuine guaranteed!

Lagipun jam yang aku nak beli ni pun tak lah mahal sangat. So, kalau ada defect ke, tiruan ke, redha jer lah... Lain kali jangan beli lagi!

So! Dengan lafaz

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

aku pun order!

Dan 2 hari lepas, posto! Posto!

Yey! Dah sampai!

Alhamdulillah... Jam elok... Molek... Comel... Tak der calar ke, defect apa pun tak der...

Petang tu, aku bawak jam tu gi kedai jam untuk potong tali. Aku sempat tanya kat penjual tu samada jam aku ni ori ke tak sebab aku beli online. Dia kata original! Alhamdulillah... Dalam kedai dia pun ada jual jam yang sama. Harganya RM60 lebih mahal daripada yang aku beli. Tersenyum aku melihatnya...

So, this is my 3rd purchase with lazada. Oh tidak! Bahaya ni... Akan datang mesti ada yang ke-4, ke-5, dan seterusnya... huhuhu... enche Neezam sila bersedia... (^^")y

First time ari tu aku beli 2 benda terus; klik sini. Aku rasa dalam masa terdekat ni aku akan terklik butang 'ORDER' lagi kot!

Oppppssss... terklik kat jam MK yang gorgeous tu!!!

Teeeeeeettttttttttttttttt!

Ps:- Cepat cepat beli jam tangan sebelum 1 April! Jam tangan pun kena gst tau!!!

Monday, February 16, 2015

Shopping online dengan Lazada... COD uollsss!!!

Adoiii... matilah... dah terjebak!

Inilah sebabnya enche Neezam tak kasi aku pakai cc. Inilah sebabnya!

Enche Neezam takut aku terjebak dengan online shopping - shopping barang, shopping hotel, shopping benda-benda yang tak patut!

Tapi entah macam mana, colleague aku kat office ni boleh plak kenalkan aku dengan Lazada.com. Korang pernah shopping dengan lazada.com?

Actually, ni kali kedua aku beli barang dengan lazada tapi kali pertama dapat barang. First time ari tu, sehari lepas aku order, aku gi bercuti ke Surabaya. Esoknya tu, barang sampai kat office, aku plak tak der. So, barang cancelled.

Cepat giler kan? Aku ingatkan ambil masa seminggu dua masa tu. Sebab masa first time ari tu aku order Mi S1 RM419 jer. So, ingatkan seminggu dua baru sampai. Rupanya, sehari selepas aku order, barang sampai.

Last Friday, aku order 2 barang lagi. Hari ni dah sampai! Cepatnya!

Apa yang menarik kat lazada ni sebab boleh beli COD! Barang sampai baru bayar!

Dan kali ni, aku order...

S pen untuk Galaxy Note pink lama aku. Niesreena dan Naufal main, sampai cicir kemana ntah S pen aku. Puas cari stok kat kedai hp, sumer takder stok. Sumer kata gi Low Yat. Aiyoooo... Tetiba tengok kat lazada, ada banyak plak. Cuma warna pink jer tak der. Tapi ok lah... Asal ada...

100% genuine guarantee katanya...

Satu barang lagi ialah... eeerrrrr... rahsia!

Huhu...

Harga kat lazada ni, ada yang murah dan ada jugak lebih kurang harga kedai jugak. Cuma korang tak perlulah susah payah gi kedai bagai kan. Just sit, relax and shop! Cewaaahhhhh...

So, macam mana nak shopping kat lazada?

Memula gi kat website diorang di
www.lazada.com.my

Kat sana macam-macam produk ada. Daripada barangan peralatan rumah, barangan kanak-kanak hinggalah ke produk kecantikan berjenama, semua ada! Bolehlah cari...

Then kliklah pada barang yang korang berkenan tu. So, korang boleh tengok details dia - descriptions, seller, material, harga dan ada stok ke tidak, semua korang boleh tengok kat situ.

↑↑↑ in my wishlist! Saper nak belanja, sila angkat tangan! Huhu...

Then kalau korang rasa puas hati, boleh klik "Add to Cart" dan proceedlah dengan proses pembayaran dan seterusnya. Senang jer.

Selain pembayaran secara COD, sesetengah barang jugak perlukan pembayaran samada dengan kad kredit atau kad debit atau online transfer atau paypal... installment pun boleh.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah terjah website Lazada, klik sini >> Lazada.com.my. Klik ke Lazada adalah sepenuhnya tanggungjawab anda sendiri. Aku takkan bertanggungjawab di atas segala ketagihah memborong di laman tersebut. Harap maklum. y(^^)y

Macam biasa, sebelum aku cuba apa-apa produk atau perkhidmatan, aku akan tanya kengkawan dan baca review kat internet dulu. Bila baca banyak feedback positif, barulah aku proceed. Dan ternyata, buat masa ni, untuk pertama kali ni, aku puas hati dengan perkhidmatan lazada.

Bahaya ni!

Harap-harap enche Neezam tak baca post aku kali ni.

(^^")y

Sunday, December 21, 2014

First time @ GM Klang

Hari ni plan nak gi dating dengan enche Neezam. Tapi tak tau nak gi mana. Then aku just try luck, ajak enche Neezam gi GM Klang. Hmmm... biasanya enche Neezam malas nak gi tempat jauh-jauh pastu tak tau apa ada kat tempat tu. Sebab kitorang tak pernah sampai sana pun.

Tapi, entah macam mana enche Neezam setuju plak.

Yey!

Thank you, baby.

Hmmm... sebenarnya ajak enche Neezam gi GM Klang ni sebab nak cari hanger tudung. Tudung-tudung dah berlambak dan nak reorganize balik. Idea kawan gantung guna hanger macam kat kedai.

Alhamdulillah dapat! Nanti bila dah susun, aku kongsi dengan korang k!

Kat GM Klang ni macam-macam ado! Patutlah kawan-kawan aku suka shopping kat sini. Aku dan enche Neezam baru round 2 tingkat, tangan dah full! Tak habis round! Dah penat!

Paling giler bila tengok 'lego' murah-murah ni...

Memang giler. Dahlah enche Neezam giler lego. Memang terjebaklah!

Nasib baik tak bawak Niesreena dan Naufal. Kalau diorang ada, mesti giler rambang mata! Sumer nak! Fave diorang!

Enche Neezam kata, bila Niesreena dan Naufal balik nanti, nak bawak diorang datang sini! Hmmmm... rasanya enche Neezam dah 'jatuh hati' dengan GM Klang ni. Hehehehe...

Tapi memang banyak betul barang kat sini. Dan memang murah! Aku banyak jumpa barang-barang yang orang jual online kat fb yang ada dijual kat sini. Dari produk kesihatan, hinggalah ke beg, pakaian, perfume dan cadar patchwork! Sumer murah! Aku rasa peniaga online tu beli kat sini, dah jual online. Bijak! Bijak!

Macam lego kotak tu, kalau kat luar (van depan sekolah) jual sekotak RM5. Tapi kat sini sekotak baru RM2. Tapi kena beli bundle 8 kotaklah. Tapi kalau orang berniaga, beli lagi banyak, lagi dapat murah! Berdabal-dabal untung!

GM Klang! Mu tunggu aku datang... lagi!

~~(^^)~~

back to top