♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Permata Insan. Show all posts
Showing posts with label Permata Insan. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Balik ke pangkuan beta...

Akhirnya, si dia balik ke pangkuan beta...

Setelah lebih 2 minggu uncle Neezam bertugas sebagai Kem Komandan untuk kem Permata Insan untuk ke sekian kalinya.

Enche Neezam memang enjoy setiap kali menjalankan amanahnya yang ini; seronok bekerja dengan fasi-fasi dan melayan kerenah anak-anak permata.

Tahu bini dia ni takut tinggal rumah sesorang, gigih enche Neezam berulang setiap hari ke kem kat Mantin. Sampai rumah lewat malam dan pergi semula awal pagi. Thanks & sorry, sayang...

Bila dah habis kem ni, baru berkesempatan dengar bermacam-macam cerita sepanjang kem. Cerita suka, duka, gembira, marah dan seraaaaaammmmmm.

Tahniah buat semua yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab dalam menjayakan kem kali ni.

Hmmmmm... mungkinkah ini kem yang terakhir uncle Neezam?

We'll see...

Monday, October 26, 2015

Eche Neezam dan Permata Insan ke Seri Perdana

Hari ni team Permata Insan dijemput ke kediaman Perdana Menteri kat Seri Perdana. Ada press conference gitu, bersempena dengan kemenangan team Permata Insan kat WFC, Korea beberapa hari lepas.

Alhamdulillah... segala penat lelah kat Korea hari tu berbaloi dan bila balik dapat pengiktirafan dan penghormatan. Keep up a good job!

Monday, October 19, 2015

Congrats team Permata Insan @ WCF2015, Korea

Alhamdulillah... Semalam tamat sudah World Creativity Festival 2015 di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST), Daejeon, Korea.

Festival kali ke-11 yang berlangsung pada 17 dan 18 Oktober ni telah mengumpulkan pelajar-pelajar terbaik dari pelbagai negara. Para pelajar Permata Insan dihantar bagi mewakili Malaysia dan enche Neezam sebagai ketua delegasi kali ni.

Alhamdulillah, team Permata Insan kali ni menang besar dan telah memenangi '1 Gold Award', '1 Silver Award', '2 Bronze Award' dan '1 Problem Solving Award'! Semua adik-adik Permata Insan dapat membawa balik hadiah! Begitu jugak teacher Mira!

Tahniah!

Tahniah!

Tahniah!

Bangga sangat dengan diorang dan bangga sangat dengan enche Neezam yang telah berjaya membawa balik kemenangan bersama team terbaik mewakili Malaysia!

Insya Allah, hari ni diorang semua akan ke Seoul pula. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dengan menaiki bas express. Semoga urusan diorang kat sana dipermudahkan dan dilindungi Allah swt.

Amin...

Allahu Akhbar!

Kredit gambar : Dr KM Noor, teacher Mira Permata Insan & Faiz Permata Insan.

Friday, October 16, 2015

Ke Daejeon, Korea lagi... Good luck!

Enche Neezam gembira betul bila diberikan tanggungjawab untuk mengetuai delegasi Permata Insan ke World Creativity Festival 2015 oleh Pengarah Kolej Permata Insan, Dr Nik Salida Suhaila. Seperti tahun-tahun lepas, festival ni berlangsung di KAIST di Daejeon, Korea. Ini tahun ke-3 enche Neezam menyertai delegasi Permata Insan dan kali ni sebagai ketua delegasi.

Malam tadi, aku dan little Khairuns hantar enche Neezam ke KLIA. Semoga segala urusan enche Neezam dan anak-anak Permata Insan di sana dipermudahkan dan akan membawa balik kejayaan seperti tahun-tahun sebelum ni.

Amin...

"Good bye ayah. We will miss you so much!"

Mode: Supermom activated!

back to top