♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, October 28, 2020

Design sticker baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kelam kabut design sticker baru dan dapatkan beberapa quotation daripada printer. Mana tak kelam kabut... rupa-rupanya sticker sedia ada dah hampir habis. Terkejut jugak! Sebab hari tu print 1200 keping. Ni tinggal beberapa keping jer. Cuak... cuak...
Huhuhu...

Aku design sticker baru sebab ada tambah menu lain iaitu Chicken Satay. Insya Allah lepas ni kalau ada menu baru lagi. Kiter ubahlah lagi. Tapi buat masa ni tiada dalam perancangan.

Haa... ni design sticker baru yang aku design sendiri kali ni.


Dan tambah juga satu sticker lagi untuk Salmon Mentai.


Salmon mentai pun dah semakin mendapat sambutan. Setiap hari ada jer order untuk Salmon Mentai. Paling-paling seminggu mesti capai sekurang-kurangnya 10 pek. Alhamdulillah...

Ni design lama - upah designer. So aku ubah sikit-sikit jer ikut kesesuaian.


Alhamdulillah... akhir bulan ni genaplah 4 bulan Makan Sushi beroperasi. Bersyukur sangat sebab aku masih ada passion atau 'kegairahan' lagi untuk roll sushi. Hahahahah... 

Beberapa bulan lepas, masa baru fikir nak focus untuk business sushi ni, aku takut jugak. Takut kalau satu hari nanti tiba-tiba malas dan hilang minat nak berniaga. Tapi alhamdulillah... setakat ni masih seronok lagi dan harap-harapnya akan terus bersemangat.

Aku pun ada join group-group sushi di facebook dan tengok kelas-kelas pjj online sushi untuk tambah lagi pengetahuan tentang sushi dan bidang penyediaan makanan ni. Sebelum ni semua belajar kat youtube jer. Then buat research dan marketing sendiri.

Dalam tempoh 4 bulan ni alhamdulillah, semakin hari semakin banyak permintaan dan tempahan. Tapi biasalah... berniaga ni ada pasang surut. Kadang-kadang sehari tu banyak sangat tempahan, sampai tak tidur malam dibuatnya. Tapi ada jugak hari yang sikit sangat. Tapi alhamdulillah... still ok la...

Korang, doakanlah aku berjaya dalam bidang ni yer. Huhuhu... 

So, korang dah cuba sushi rolls dari Makan Sushi? Kalau belum cuba lagi, meh lah try. Tapi sebelum tu, jom follow Makan Sushi MY di Facebook dan Instagram yer.

Tuesday, October 27, 2020

Inari in da haus

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Inari in da haus gaisssss...


Selalunya aku kalau nak makan inari ni aku suka beli kat Aeon. Yang ada 4 ketul inari, 4 perisa tu. Tapi sebab pkp kat Selangor ni, nak ke Aeon Nilai takut tak lepas, so, kiter buatlah inari sendiri.

Ingatkan aku jer rindu nak makan inari. Si Khairunns aku pun sama gak rupanya. Excited bila tengok aku sediakan inari. Naufal siap cakap "tak sangka mama pandai buat benda ni". Huhuhu... unsangkarable sangat. Mama can do everything hokay. Huhuhuhu...



This is not for sale ya. Ni untuk makan sendiri jer. Kalau nak jual, kena buat research and developement dulu. Kalau rasa ngam... tip top... baru aku berani nak jual.

Buat masa ni, sendiri buat, sendiri ngap!

PKPB dilanjutkan... hmmm...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Dah agak dah... kes semakin hari, semakin meningkat...

Semoga semuanya cepat berakhir... :(

Sunday, October 25, 2020

Hasil tangan sejuk

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Korang percaya tak kadang-kadang orang kata, ada orang tangan sejuk, tanam apa semua menjadi. Ada orang tangan panas, tanam pokok senang hidup pun tak hidup-hidup. Huhuhu... Tak tau lah betul ke tak, kan.

Tapi aku kalau tanam apa-apa, memang tak hidup. Enche Neezam tanam, insya Allah menjadi.

Haaa... ni gambar-gambar bawah ni semua pokok-pokok yang enche Neezam tanam. Ada bayam brazil, pegaga, daun kunyit, pokok limau purut, pokok kari, pokok cili, pokok pandan dan macam-macam lagi lah...















Banyak jugak kan... semuanya di tanah sekangkang kera kat tepi rumah ni. 

Seronok bila ada pokok-pokok macam ni. Nak pakai, petik jer. Tak der pening gi kedai ke hapa. 

Ni dah kembali ke pkp balik ni, bolehlah enche Neezam tambah lagi koleksi pokok dia.


Thursday, October 22, 2020

Kad Birthday Cute

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ada customer request sushi dari Makan Sushi untuk dijadikan hadiah kat anak buat minggu depan. Sweetkan dapat mak sedara macam ni. 

Dia tanya kalau kitorang ada sediakan pakej untuk birthday. Hmmm... memang tak der lah. In fact, ni memang first time customer tanya pakej birthday. So, aku kata aku boleh letak note sikitlah kat sushi tu nanti. Birthday wish ke, hapa kan...

Kebetulan pagi tadi gi Mr Diy sat, cubalah cari-cari kad birth kecik kalau ada. Dan alhamdulillah... jumpa kad birthday cute kecik-kecik ni. Memang rezeki...


So, kiter tengoklah kejadiannya macam mana minggu depan yer. Harap pemberi dan penerimanya nanti happy 😉✌🏻


Monday, October 12, 2020

Oh tidak! PKPB lagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Adoiii... stress dengar berita ni....


Tapi nak buat macam mana... keadaan yang memaksa dan untuk kebaikan semua kan...

So, Niesreena dan Naufal pun terpaksa tak ke sekolah walaupun bersekolah di Negeri Sembilan. Disebabkan menetap di Selangor, diorang pun tak dibenarkan ke sekolah walaupun sekolah dibuka dan berjalan seperti biasa. 

Kesian jugak kat cikgu sekolah. Mana nak mengajar seperti biasa dan sekarang ni kena update setiap kerja sekolah secara online pulak untuk pelajar yang terkandas sebab pkpb ni.

Sejak beberapa hari ni pun dah dengar banyak rumors kawasan dekat-dekat Salak Tinggi ni ada kes. Tapi tak taulah sahih ke tak. Orang dok forward-forward jer dalam whatsapp group. Yang pastinya kena tengok berita kat tv untuk dapatkan kepastian.

Kalau nak ikutkan memang agak stress jugak bila kena berkurung jer kat rumah. Tak boleh nak keluar daerah. Nak nak kitorang yang duduk kat sempadan Sepang-Nilai memang selalu ke Nilai cari barang. Dah tak boleh nak rentas daerah ni, memang payah jugaklah.

Tapi yang paling sedih, bila hujung minggu tak boleh nak balik ke rumah mak abah atau balik ke rumah mak ayah. Memang terasa sangat bosannya.

Harap-harap gelombang ketiga ni segeralah berakhir dan kehidupan kembali normal seperti sediakala. Tiba-tiba rindu masa lalu... huhu...

Ya Allah... kepadaMu kami memohon perlindungan.

Sunday, October 11, 2020

Cycling Date @ Putrajaya

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tengok cuaca cantik pagi ni. Cepat-cepat dan senyap-senyap tinggalkan my little Khairunns kat rumah dan gerak ke Putrajaya dengan enche Neezam. 

Mama dan ayah dating sat naaaa... Dating naik basikal... huhu... Enche Neezam pun nak test si Java yang baru dapat semalam.

Alhamdulillah... cuaca memang cantik sangat. Redup jer. Kitorang kayuh kat sekitar tasik Putrajaya. Memang besarlah satu pusingan tu. Dapat jugak 21km lebih berbasikal hari ni.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top