♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Tolonggggg!!!

Tolong! Tolong! Tolong!!!!

Lamanya tak update blog.

Nampak nau busy.

Busy menguruskan anak-anak, sekolah, transport... macam-macam lagi lah!

Last week dengan Niesreena tertinggal bas sekolah laaaa, masa balik sekolah... Haru biru jadinya mak bapak dia. Nasib baiklah Niesreena bijak dan mengambil tindakan yang betul dengan ketabahan dan kesabaran serta sedikit linangan ayer mata. Huhuhuhu...

Naufal pun meragam sikit kat tadika baru. Monyok setiap kali gi sekolah... Then hari-hari suruh datang ambil cepat. Aiyoooo... Setiap hari Naufal ada sebut nama-nama kengkawan dia kat tadika lama. Terutamanya Hafiy... Kesian plak kat Naufal... Mesti dia rindu kengkawan lama dia...

Yer... Minggu pertama persekolahan yang lepas memang kelam kelibut sikit. Tapi alhamdulillah... masih under control dan sedikit-sedikit terasa lebih mudah.

Hari ni, enche Neezam berangkat ke Kota Kinabalu. Insya Allah dalam beberapa hari ni, enche Neezam and the team akan sampai ke puncak. Doakanlah diorang berjaya yer... Dengan misi membawa nama USIM khasnya dan YMLF khususnya... Semoga mereka selamat pergi dan balik. Amin...

So, sepemergian enche Neezam selama beberapa hari ni, terpaksalah aku jadi super mom! Tapi takut jadi super monster plak! Huhuhuhu...

Kat office pun tak kurang busynya... banyak kerja perlu disiapkan sebelum pergi bercuti.

Insya Allah... semuanya pasti okay!

Positif! Positif! Positif!!!!

Sebab semua kesibukan inilah aku tak sempat nak update blog walaupun banyak story nak tepek kat sini. Insya Allah... backdated posts nantilah yer...

Until then... keep calm & be positive!!!

Sunday, September 29, 2013

Aktiviti memerah otak di hujung minggu

Semalam ingat nak ke Parkson, Seremban. Bila dah parking, uncle parking tu kata Parkson tutup sementara sebab renovation. Hampeh betul! Baru ingat nak shopping voucher RM100 yang dapat masa lucky draw hari tu. Hmmmm... tak der rezeki... tak per... lain kali boleh...

So, kitorang berpatahlah balik ke Seremban 2; gi Tesco. Favourite shop aku kat sini ialah kedai Mr. DIY! Banyak barang kat kedai ni dan harganya pun murah! So, dapatlah aku grab beberapa barang; ntah hapa-hapa jer pun. Dan Niesreena dan Naufal pun dapat bahagian diorang!

Barang art Niesreena ni dah lama aku cari, tak sangka jumpa kat sini! Harganya pun murah! Baru RM1.80 satu set.

Nak tahu apa ni? Hmmm... aku pun sebenarnya tak sure apa nama dia. Tapi benda ni ala-ala puzzle lah.... Kena tengok dulu gambar, then fikirkan, mana yang nak lekat dulu.

Seronok buat benda ni. Aku pernah buat dengan Niesreena dulu masa diorang dapat hadiah puzzle ni dari tadika. Sekarang ni Niesreena boleh buat sendiri. Niesreena pun enjoy buat puzzle ni!

Niesreena's job well done!

Untuk Naufal plak, ayah Khairuns belikan lego. Padahnya... ayah Khairnuns terpaksa memerah otak untuk setupkan lori bomba tu. Tak kan nak suruh Naufal buat sendiri kan, memang tak kan jadi lah...

Lepas sejam! Baru siap!

Sebagai upah, ayah main dulu... Huhuhuhu... Bak kata ayah, "Ayah ajar cara main ni. Naufal tengok ayah main dulu eh... ". Iyoooolah tu ayah... Tak per... bagi can. Sian ayah penat perah otak 100++ pcs small blocks!

Sabar jer lah Naufal menunggu giliran... Hehehe...

Kelakar tengok ayah Khairuns main lego. Siap ada sound effect! Hehehehe... Comel!


Sep 28, 2013 |

Hmmmm... rindu enche Neezam. Tengahari tadi Enche Neezam bertolak ke Terengganu untuk interview calon-calon Permata Insan kat sana pulak. Selamat pergi dan selamat kembali k sayang!

Saturday, November 6, 2010

Mainan masa kecik-kecik dulu

Biasanya, hari Isnin hingga hari Jumaat, pukul 4 petang, aku akan teman Niesreena layan citer Upin dan Ipin kat Disney channel. Aku dan Niesreena memang suka tengok Upin dan Ipin. Suka tengok keletah diorang dan kengkawan diorang yang kecik-kecik tu. Suka lagi bila tengok diorang ucap 'Selamat Pagi, cikgu!'. Comel! Niesreena pun suka tiru.

Hari ni, dalam Upin dan Ipin, diorang main konda-kondi! Ohhhh... dah lama aku tinggalkan permainan tu. Dulu, masa kecik, aku selalu main dengan kengkawan kat bawah rumah kitorang. Hmmmm... sekarang ni, aku dah tak ingat lagi macam mana cara main konda-kondi. Even tengok Upin dan Ipin main tadi pun aku tetap tak ingat cara mainnya. Yang aku ingat, kalau nak main konda-kondi, kena korek lubang dan ada dua batang kayu. Hmmmm... cara mainnya memang dah tak berapa nak ingat.

Masa kecik-kecik dulu, selain konda-kondi, aku dan adik-adik serta kengkawan aku selalu main lompat getah, main guli, baling selipar, teng teng, tepuk kad, police and thief dan macam-macam lagi. Ha... patung kertas pun kitorang main. Selalunya patung kertas dan kad tepuk tu kitorang beli kat kedai sekeping 20 sen. Kalau patung kertas tu, biasanya ada satu bentuk orang dan beberapa helai baju dia dan aksesori macam beg dan topi. Kalau kad tu, biasanya depan ada gambar dan belakang ada nombor. Alaa... macam daun terup.

Main lompat getah best! Selalunya lompat getah ni mainan bebudak perempuanlah. Beli getah 50 sen dan sambungkan. Dapatlah jadi tali getah sepanjang 1 meter. Pastu ada macam-macam cara nak langkah getah tu. Dan yang bestnya, ada macam-macam lagu dia jugak. Antaranya, yang aku ingat...

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari,
Anak kambing makan rumput,
Anak kambing masuk kandang...

Hehhehehe... ada banyak lagi lagu kalau main getah ni. Tapi dah tak ingat dah lagu-lagu lain. Dan waktu menyanyi tu, ada pulak gaya yang kena buat sekali, ikut lagu. Ha... tu kalau main getah yang getahnya dipusing-pusing. Kalau main langkah-langkah getah tu, ada macam-macam jenis langkah. Kena pulak tu buat 10 kali. Ada gak sampai 50 kali! Tergeliat kaki! Hehehe...

Hmmm... kalau main teng teng pun best. Dulu, bila nak main teng teng, kitorang beli kapur pelbagai warna kat kedai. Habis kitorang conteng lantai luar rumah buat teng teng. Bila dah habis pusing lompat-lompat, nanti boleh ada 'rumah'. Masa tu kitorang akan hias 'rumah' tu dengan pelbagai corak dan warna ikut kreativiti kitorang. Best kan?

Korang main tak semua tu dulu?

Aku rasa, kalau aku tanya budak-budak 17 tahun ke bawah tentang semua permainan yang aku sebut tadi, mesti diorang tak tau satu aper pun kan? Yang diorang tahu, ps2, psp dan bermacam-macam video games dan computer games yang aku sendiri pun kekadang tak tahu. Ditambah-tambah lagi dengan bermacam-macam online games yang ada sekarang, kat facebook, kat friendster. Hmmmm... macam-macamlah!

Rugi... rugi...

Macam mana ek kiter nak kekalkan budaya permainan tu turun temurun? Kalau ibu atau bapa nak ajar dan ajak anak-anak main kat rumah, rasanya macam mustahil jer. Ye tak? Macam mana pulak kalau kat sekolah? Mungkin cikgu sekolah waktu pendidikan jasmani boleh ajak dan ajar diorang main permainan-permainan tu kan? Betul tak?

Hmmmm... korang! Nak main konda-kondi tak? Jom!!!


Wednesday, July 15, 2009

Friendster vs Facebook

Ok... question!

Which one is better *or may be the best*; friendster or facebook?

VS

First social network yang aku dengar ialah myspace. Memula tu aku ingat nak join gak. Tapi masa isi kat register form tu cam kena letak maklumat peribadi kan. So, aku cam malas lah plak. Alaaaa actually bukanlah maklumat yang 'terlalu peribadi' tapi entah kenapa masa tu aku rasa macam 'eeeee bahayalah kalau orang tau maklumat aku...'. Hehehehhe... Lorat jer ek? So terbantutlah hasrat untuk join myspace.

Then aku dengar pasal fs plak. Rupa-rupanya ramai kengakawan aku yang join fs. So, aku pun join gak. Tak takut dah nak isi register form tu. Alaaaa isi jer maklumat palsu pun diorang bukan tau ek. Kalau ye pun, segala maklumat tu aku boleh wat confidential. Aku joined fs since Disember 2004. Tak ingat plak aku macam mana aku boleh terjoin fs ni. May be kawan invite kat email kot. Ntah... tak ingat.

Then aku dengar pasal fb plak. Aku tak ingat bila aku join fb ni. Tapi baru lagilah. Maybe end of last year atau early of this year. Tak ingat. Lepas register fb, aku tak log in pun. Lama gak. Memang tak aktif. Enche' Neezam yang sangat aktif dengan fb. Hari-hari ngadap fb. Kat computer fb! Kat handphone fb! Ayooooooo... Best sangat ke fb ni?

Memula aku malas nak layan fb. Aku lebih suka fs. Friendster best! Lebih user friendly. Layout bleh wat decor sesuka suki. Kengkawan pun ramai kat fs. Tapi lelama kengkawan kat fs pun beralih kepada fb gak. So, aku pun try lah nak layan fb ni. Memula tu aku cam nyampah jer sebab fb ni banyak sangat application dia. Ntah aper-aper jer lah. Pastu ramai kengkawan dok invite main game tu lah, kuiz ni lah, giftlah, macam-macamlah... Eeeeeeee... apa ni? Macam leceh jer fb ni. Ke aku yang 'lampi' sangat?! Chet! Hmmm... tapi lelama... oklah... boleh layaaaaaaaannnnn...

Bagi aku yang bestnyer fb ni sebab fb lebih kepoh! Lebih heboh! Kiter boleh selalu up-to-date dengan kengkawan kiter. Lebih ramah! Lebih mesra! Kat fb ni lah aku jumpa semula ramai kengkawan lama aku samada x-schoolmate, x-coursemate, x-roomate, x-blockmate, x-ktf, x-utm, x-officemate dan bermacam-macam x lagi! X-boyfriendsssssss jer yang tak terjumpa. Ngeh ngeh ngeh... x-boss pun ada jumpa! Tapi aku tak nak add dia. Hehehehe...

Hmmmmm... sebab fb ni jugak, aku tak pasal-pasal menjadi pengusaha restauran dan petani yang berjaya. Hehehe... Ooooo tak lupa jugak. Sekarang ni jugak aku ada pet yang tak tau spesis apa yang bernama Munyi. Hehehehhehe... Ni semua penangan game kat fb. *fb jugak yang salah... boleh?*

Introducing...

My pet! Munyi! Hehehe...

Bangun pagi, lepas jer siap kerja rumah dan settlekan bebudak, *+ settlekan suami jugak!* aku mesti nak jenguk restauran, ladang dan pet aku. Ayooooooo... ligat main game yang tak mencabar minda!

So, sekarang ni aku lebih suka fb. But I still keep my fs and also my twitter. Tapi dah tak berapa aktif. Ramai gak kengkawan invite untuk join lain-lain lagi social network. Hmmmm... maybe later...

Korang, samada ada...

Friendster

Facebook

Julie Mangsor

ataupun

Twitter

mehlah kiter saling meng'add'.

ADD ME!!!

Okie dokie!


*juliet le sweetheart : need time for myself!


back to top