♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, April 6, 2009

Final month being tunggal!

Yup! Bulan ni bulan terakhir Niesreena jadi anak tunggal. Akhir bulan ni, Insya Allah, Niesreena akan jadi kakak pulak. Hari ni, genap usia Niesreena 2 tahun 4 bulan...

Sejak nak jadi kakak ni, Niesreena makin manja pulak dengan aku. Ramai kengkawan kata, sementara nak dapat adik ni, biarlah Niesreena manja-manja lebih sikit dengan ayah dia. So, nanti Niesreena tak lah jeles sangat kalau mama Niesreena ni nak belai-belai baby baru. Hmmmmm... actually Niesreena manja gak ngan ayah Niesreena tapi dengan aku lebih lagilah... Nak wat cam ner? Dah 24 jam memang ngadap muka aku jer. Hehehhe... Kalau bangun tidur jer, ayat pertama mesti "mama... nak mama..." Selagi tak dengar suara aku, Niesreena akan ulang ayat yang sama.

Ramai jugak kengkawan yang tanya, "Niesreena tau tak dia nak dapat adik?". Jawabnya... mungkin dah tau kot. ;p Entahlah ek... Tapi Niesreena tau lah dalam belly mama Niesreena ni ada baby. Kadang-kadang tu Niesreena usap-usap dan cium perut aku dan sebut "baby... baby...". Yang kelakarnya, sambil pegang dan pandang kat perut aku, Niesreena tanya "nak jilat?" Bertanya tu siap dengan buat mata besar lagi, cam bebetul cakap ngan baby... pastu... hmmm apa lagi... dijilatnya perut aku ni. Ceh! Eeeee... habislah baby nanti. Takut jadi mangsa jilat Niesreena jer. But still kalau tanya kat Niesreena, "Niesreena nak baby?", jawabnya still "tak nak!!!" Haiya! Apa-apa pun harap-harap bila baby kuar nanti, Niesreena akan sayang kat adik.

Vocab Niesreena sekarang ni dah banyak. Macam-macam Niesreena dah boleh cakap yang kitorang faham; apa yang dia nak, tak nak dan cuba bagi tau. Seronok berborak-borak dengan Niesreena. Lebih-lebih lagi waktu pagi, sebaik sahaja lepas bangun tidur. Niesreena akan cerita apa yang berlaku semalam, "Mila (anak en. Din) datang... Mila nangis...", "gi rumah Mila", "jatuh... sakit... darah... nangis...", macam-macamlah... Ada yang Niesreena guna perkataan aku paham, tapi ada gak yang aku tak paham. Ntah apa Niesreena nak bagi tau. Tapi kelakar.

Kalau tengok ayah Niesreena tengah tidur, Niesreena akan kata "shhhhh... ayah tidur..." Siap letak jari kat bibir lagi. Kalau marah plak, siap tunjuk jari telunjuk lagi! Memek muka pun kemain garang. Siap jeling. Ntah mana dia belajar. Eeeee... kakak garang lah!

Kalau tak selesa dah dengan pampers yang sedang Niesreena pakai, Niesreena akan cakap pampers penuh. Mintak tukarlah tu. Aku cuba gak wat toilet train tapi still tak boleh lagi. Aku selalu cakap kat Niesreena, "kalau nak kencing tau berak bagitau mama k", jawabnya "ok!" tapi lepas berak baru bagitau, "mama... berak...". Ok lah tu... memula kan... harap-harap tak lama lagi sebelum 'lepas hajat' dah bagitau dulu lah.

Kalau tengok tv memang Niesreena kusyuk. Lebih-lebih lagi bila tengok citer kegemaran dia; In the night garden *Niesreena panggil citer tu upsie daisy, salah satu watak dalam citer tu*, charlie and lola, shawn the sheep, hi-5... Semua Niesreena tau tajuknya... Kalau citer Upin dan Ipin tok sah cakap ler... hari-hari nak tengok! "Nak betul... betul... betul...". Kalau nampak gambar Mickey Mouse atau watak-watak dalam Disney Clubhouse tu, Niesreena akan panggil "oooo toodle...." Ayat yang selalu Mickey sebut dalam Disney Clubhouse tu. Kalau tengah kusyuk tengok tv tu memang tak boleh kacau. Kalau panggil, Niesreena mesti jawab, "jap eh.. jap eh...". Siap dengan tunjuk tangan tanda tunggu. ;p

Ada jugak beberapa perangai Niesreena yang aku tak berapa berkenan dan kitorang dalam usaha dan proses nak mengajar Niesreena supaya perbaiki perangai dia yang aku tak kenan ni.

Satunya... Niesreena akan panggil "mama" atau "ayah" berulang-ulang kali sampai mama dan ayah dia ni pandang ke arah Niesreena. Kalau panggil sekali dua tu memang nampak comel jer. Tapi ni... berkali-kali-kali-kali-kali! Setakat jawab "ye" jer cannot be accepted. Kalau sekali dua tak per gak. Ni... dah panggil... kitorang dah jawab & toleh... pastu tak sampai beberapa saat akan panggil lagi! Geram betul! Niesreena panggil tu bukan sebab apa... Niesreena nak tunjuk aksi dia jer... Panggil... then buat aksi... kadang-kadang lepas wat aksi tu suruh mama dan ayah tepuk. Puas hati lah dia. Then ulang lagi. Adoi... penat nak layan.

Keduanya... macam tu jugak kalau mintak satu-satu benda... Niesreena akan sebut berulang-ulang kali sampai dapat... "nak susu... nak susu... nak susu..."... nak air, nak mandi, nak wiwi *tengok tv*, nak nasi, nak telur, nak ayam, nak O *O ni merujuk kepada makanan yang berbentuk bulat seperti cherriO, laici, kurma... Niesreena suka makan kurma*. Kalau lepas mandi pun cam tu... kalau Niesreena dah puas main air dalam bilik air dan nak keluar *biasanya Niesreena mandi dalam tab sorang-sorang* Niesreena akan panggil aku "mama... dah..." dan sebut "dah" tu berulang-ulang kali sampailah aku muncul. Aku dan Neezam dah cakap dah "stop! cakap sekali jer mama dan ayah faham" tapi Niesreena yang tak paham... Sabar jer lah!

Bab mandi ni, yang kelakarnya, kalau Niesreena tengah mandi, aku atau Neezam tanya kat Niesreena "dah ke?", kalau Niesreena tak puas main air lagi, Niesreena akan jawab "belum... tak nak... sana... malu... malu..." Niesreena suruh kitorang kuar dari bilik air. Malu konon! Ceh!

Ketiganya... kalau dah main mainan bersepah-sepah tak retilah nak kemas sendiri. Kalau dah tak main, aku kemas, masa tu lah Niesreena nak continue main. Tak kasi aku kemas. So, terpaksalah aku kemas mainan dia yang bersepah-sepah tu waktu dia tidur. Kadang-kadang jer Niesreena tetiba ada mood nak kemas mainan sendiri lepas main, tu pun Niesreena akan ajak aku sekali. "Mama... kemas... simpan..." katanya...

Keempatnya... Niesreena ni kedekut! Bukan setakat mainan dia jer dia kedekut, mainan orang pun dia kedekut gak! Macam dia punya plak. Mungkin sebab Niesreena tak pernah berkongsi, so Niesreena tak pandai nak kongsi-kongsi main dengan orang.

*Sighs*

Harap-harap berubahlah perangai-perangai Niesreena yang aku tak berkenan ni...

Banyak lagi kalau nak cerita pasal Niesreena ni. Tapi cukuplah sampai di sini dulu. Ni gambar-gambar terbaru Niesreena... Tengoklah aksi-aksi puteri yang manja sorang ni. Memang suka sangatlah kalau orang nak snap gambar dia...

~Si mata besar~

~Malulah pulak~

~Kiss... kiss...~

~Lidah tersentil~

~Suka takutkan mama & ayah macam ni~

~Nampak kebulatannya!~

~Sukanya dia~

~Eh... jelir lidah plak~

~Apalah yang kusyuk sangat tu?~

~Nak apa?~

~Aksi kakak garang~

~Masamnyer muka dia~

~Ustazah Niesreena~

~Tunjuk gigilah pulak~

~Bila panas, mesti nak mintak sun glasses. Mamanyer tu...~


*juliet le sweetheart : sentiasa berdoa agar anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... Amin...



2 comments :

sz said...

bila tengok muka nisreenan nih betul2 mirip ayahnya la...hehehe..anak bapak..

*juliet le sweetheart said...

Memang ramai yang kata gitu... :) Harap baby kali ni ikut muka maknyer lah plak. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top