♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, April 15, 2009

Ke rumah baru

Pagi ni Neezam gi ambil kunci rumah baru kitorang kat Waterdale. So, bermulalah sessi berpindah ke rumah baru.:)

Sejak beberapa hari yang lepas, aku dan Neezam memang sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah. Memula tu rasa barang macam tak banyak jer, tapi bila dah start packing, baru nampak banyaknyerlah barang rupanya. Kain bajulah yang paling banyak. Tak sangka pulak. Ingatkan cukup 2, 3 beg, tapi rupanya terpaksa cari beg lagi untuk kain baju semata.

Setakat ni, kitorang dah bawa beberapa barangan yang rasa-rasa macam tak akan digunakan dalam 2-3 hari ni. Sebab kitorang tak plan nak tidur kat sana lagi minggu ni. Nak habiskan packing dan settlekan apa yang patut dulu kat sini. Aku cakap kat Neezam, bila dah bawak tv ke rumah baru, barulah aku nak tidur kat sana. Hehehhe... kalau tak... boring maaaa... ;p

Pagi tadi pun aku dah gi tengok keadaan rumah tu. Alhamdulillah, bersih jer tapi perlu dibersihkan lagi lah.

Dalam sibuk-sibuk nak berpindah rumah ni, sempat jugak kitorang nak gi berjalan esok ni. Hehehe... So, malam ni nak packing barang ke Gippsland dulu. Balik dari Gippsland nanti baru sambung packing untuk pindah plak. Boleh? ;p


*juliet le sweetheart : sedih nak tinggalkan uni mews...


No comments :

back to top