♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, April 10, 2009

Sibuk & Penat

Beberapa hari ni aku dan Neezam tersangatlah sibuk; sibuk mengemas barang untuk pindah rumah.

Mungkin ada kengkawan yang dah tahu... mungkin juga masih lom tahu kot... Kitorang dapat apartment 3 bilik kat Waterdale. Alhamdulillah... Insya Allah boleh masuk 15hb ni. Sebenarnya, kitorang patut masuk dalam 4hb yang lepas. Tapi memandangkan kitorang dah bayar lease untuk apartment sekarang ni, so, rasa rugi lah pulak nak bayar sampai 2 biji rumah sebulan kan. So, masuk 15hb bolehlah bayar separuh jer lease kat Waterdale tu. Jimatlah walaupun sikit...

Mulanya, kitorang tak berniat pun nak pindah. Apartment sekarang ni pun dah cukup selesa untuk kitorang 3 beranak. Tapi bila dah beli barang-barang baru untuk new coming baby, rasa macam agak sempit pulak. Mana nak letak new cot, mana nak letak bouncer, baju-baju lagi... Kang nak cari walker plak, macam-macam lagi lah! Tempat bebudak ni nak main nanti pun rasa macam kecik jer. Hubby pun mesti rasa kurang selesa kalau nak study kat rumah.

Nak pindah rumah baru ni pun cadangan hubby. Satu hari tu tetiba jer hubby kata "kiter cari rumah baru nak?". Memula aku macam tak percaya jer... sebab memang sayang kat rumah ni. Memang selesa. Lagi pun beberapa hari sebelum tu dah plan nak call carpet cleaning. Tapi aku ok jer... nak pindah ke... nak stay ke... no problem jer.

Bila apply rumah under La Trobe uni accomodation, tetiba dapat plak. Cepat plak tu. Kitorang pun tak sangka. Ingatkan mungkin kalau ada apartment kosong pun dalam bulan 6 atau 7 ke kan. Sebab masa tu dah habis semester. Awal bulan hari tu kitorang dibawa wat inspection *walaupun dah tau dah macam mana rupa apartment tu*. Memang puas hatilah. Besarlah dari apartment sekarang ni. Harap-harap selesalah... Environment kat sana pun best! Orang Malaysia pun ramai. Even sebelah rumah pun orang Malaysia jugak, Ustazah Hidayah... Kebetulan sungguh!

So, start 15hb ni sampai akhir bulan ni kitorang ada 2 buah rumah. Hehehhe... walaupun rugi sikit dari segi bayar lease tapi bagi aku bagus gak ada overlap. So tak lah rushing sangat nak pindahkan barang-barang. Bolehlah nak pindahkan barang sikit-sikit.

Setakat ni kitorang dah kemas sikit-sikit barang-barang yang boleh diangkut pada 15hb tu; baju-baju, barang-barang baby, etc... 16hb tu kitorang sempat lagi nak berjalan ke Gippsland. Hehehehe... bleh tak? ;p 17hb balik ke Bundoora semula. 18hb nak gi apple picking. 19hb ada picnic desa bundoora. Insya Allah 19hb pagi sebelum picnic tu, nak pindahkan barang-barang jugak.

Pergh! Bznyer rasa... Penat pun yer... Tapi ada hati lagi nak berjalan. Dengan keadaan aku yang tengah sarat ni. Hehehehe... Sejer jer nak ambil kesempatan berjalan sebenarnyer sementara masih larat ni. Lagi pun nak bagi kesempatan kat Neezam release tension dan berehat dengan berjalan-jalan tu. Nanti bila aku dan bersalin dan berpantang, kena dok rumah jer. Hubby pun kena study kat rumah, pastu kena jaga aku dan anak-anak lagi... So, tak per lah...

Apa-apa pun aku berserah pada Allah agar dipermudahkan semuanya. Kite hanya merancang... Allah jua yang menentukan...


*juliet le sweetheart : dah mula sakit pinggang dan tulang belakang...



No comments :

back to top