♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Celebrity. Show all posts
Showing posts with label Celebrity. Show all posts

Friday, April 26, 2019

Nur 2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Habis dah citer Nur 2. Happy ending... best! Tapi rasa macam tak puas tengok 15 episod.

Tapi tak per lah... cukuplah tu... tertekan rasa tengok Nur ni. Bukan jer sebab citer Nur tu sendiri, tapi sebab 'ostad' kat rumah ni. Huhuhu... Kalau korang follow fb Enche Neezam, korang fahamlah. Taksub jugak enche Neezam ni tengok Nur 2. Walaupun kekadang tu dah tidur, sanggup bangun nak tengok live. Padahal dah rekod dah. Dia pulak yang lebih dari kiter. Ish ish ishhhh...

Aku pun baru semalam sempat maraton citer Nur 2 ni dari episod 1, semata-mata nak tengok ending dia live. Biasanya aku tak dapat nak tengok sebab si Neeyaz ajak naik bilik sebelum pukul 10 lagi. Biasalah baby Neeyaz... hobi dia golek-golek dengan mama sambil borak-borak atas katil. Suka nau lah dia. Walaupun dalam bilik ada tv, tapi aku tak boleh nak bukak sebab nanti baby Neeyaz suruh bukak Didi and Friends plak. Enjoi mana boleh nak rekod Didi ke hapa. So... redho jer lah... apalah penting sangat nak tengok Nur daripada spent masa dengan dak comel tu kan.

Aku sebenarnya memang jarang sangat tengok drama Melayu. Sebab aku rasa drama melayu ni cliche. Orang kaya bercinta dengan orang miskin, pastu dua orang orang lelaki berebut satu perempuan dan sebaliknya, citer dato-dato, tan sri-tan sri, berebut harta... macam tu lah lebih kurang. Malas nak tengok... lagipun komitmen nak tengok pun non hado. Banyak benda lain nak tengok.

Tapi citer Nur ni... lain.

Dulu masa Nur 1 pun aku tak tengok gak. Sampailah ia jadi viral. Baru ada rasa nak tengok. Tu pun fikir... apa yang best sangat? Lagi pulak, bila tengok heroin dia Ameera Rosly. Hmmmm... aku pernah tengok drama AR berlakon dengan Amar Bahrin dulu... macam kayu jer... Opppsss... sorry...

Tapi bila tengok AR berlakon sebagai Nur, rasa macam... this is not that AR yang aku pernah tengok dia berlakon dulu. Memang menjadi sangat watak yang dia pegang - cantik dan naif. Terus jatuh hati dengan AR.

Aku memang suka Nur & Nur 2, jalan citer best, dialog nampak spontan dan tak tercapai dek akal, pelakon best, OST pun best! Dan selalunya kalau watak antagonis ni memang orang benci giler, tapi dalam Nur 2 ni, aku rasa first time lah dalam sejarah, watak antagonis paling menyerlah sekali! Tahniahlah Azhan Rani.

Aku rasa disebabkan watak Ustaz Hamadi ni, tenggelam terus watak Nur, Ustaz Adam dan Juita.

Huhuhu...

Agak-agak dak Ijat nak buat Nur 3 tak?

Monday, April 22, 2013

Demam Gwiyomi

Aku baru dengar perkataan Gwiyomi ni last week. Terus google pasal gwiyomi ni. Apekah???

Ni aku jumpa di wikipedia.com.

The Gwiyomi Song, or Kwiyomi Song (귀요미 송), is a K-pop single by South Korean singer Hari and was released on February 18, 2013. It was inspired by a gesture from a member of a South Korean boy group, BtoB named Jung Ilhoon. The gesture is called 'Gwiyomi Player', which became an Internet meme in October 2012 followed by its first appearance on a South Korean variety show under SBS MTV named MTV Diary. The gesture has also inspired many Asian citizens to upload their own versions onto the internet.

Source: wikipedia.com

Sebenar gyomi ni adalah bahasa isyarat tangan dengan kiraan dengan gaya ala-ala cute gitu.

This is the founder of gwiyomi, Jung Ilhoon.

Kat youtube pun banyak giler video gwiyomi yang diupload. Ada yang comel, tak kurang jugak yang perasan comel. Tak der keroje kot diorang ni.

Dan video bawah ni banyak diorang share kat facebook. Super cute budak ni. Mesti kacuk ni...

Wawa Zainal pun ada buat gwiyomi!

Tapi Nora Danish punya lagi comey!

Budak lelaki pun ada upload jugak!

Aku jumpa jugak video gwiyomi yang budak baju melayu tu buat sesorang. Tapi video kat atas lagi kelakar kot. Kelakar tengok kawan dia yang ala-ala confius dengan kawan dia yang sedang bergyomi tu. Hahaha... Nasib baik budak yang wat gyomi tu comel. Kalau tak.... hancus... ;p

Pengaruh internet sekarang merebak tersangatttt hebat kan. So, budaya macam ni tersangatlah cepat merebaknya. Tak pasal-pasal jugak jadi popular! Tak percaya? Pernah tengok tak si Bobo yang buat parodi sayang tu? Ramainyalah yang kongsikan kat facebook.

Aku ingatkan apa lah kan... Bila tengok... adoiiii... tak sanggup tengok sampai habis. Tapi jangan tak percaya, video parodi Sayang dia yang ala-ala gediks tu orang tengok dah lebih 1 juta kot! Gilos! Tapi aku percaya, tak sampai separuh yang rela tengok sampai video habis. Termasuklah aku! Tapi yang pasti, Johan RL mesti tengok sampai habis! Haha...

Kiter tengoklah yer. Just for fun... bukan untuk ikutan. Jangan aku jumpa gwiyomi orang-orang yang aku kenal terupload kat youtube plak. Compom akan aku share kat sini. Hahaha...

Peace yo!

Ps:- Hot.fm ada buat pool; saper antara AM crew yang kena wat Gwiyomi. Silalah vote sini. Aku pilih Faizal Ismail. Haha...

Sunday, March 29, 2009

Artis Melayu wajar tunjuk contoh ikutan baik

Artikel Neezam semalam adalah rentetan daripada aksi sepasang artis bukan muhrim yang berlagak melebihkan aksi laki bini. Sebenarnya ramai jer *samada artis, atau bukan artis* yang berperangai macam diorang ni. Tapi aku menyampah sangat bila baca kat Hip, bila wartawan suruh komen gambar aksi diorang yang OBVIOUSLY memang sedang berpeluk... sah sah lekap giler! Tapi bleh dengan selamba kodok si artis lelaki ni jawab "kami berbisik, bukan berpeluk!" Dia ingat orang ni bodoh ke haper tak tau nak bezakan cam ner bisik, dan cam ner berpeluk.

So, inilah hasil tulisan Neezam. Semoga menjadi sedikit pedoman kepada kiter semua...

Artis Melayu wajar tunjuk contoh ikutan baik

SEBAGAI seorang manusia beragama Islam, seharusnya kita menunjukkan budi pekerti mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Lebih-lebih lagi jika kita adalah 'public figure' seperti ahli politik, ketua masyarakat, alim ulama dan sebagainya.

Antara golongan berpengaruh dalam menjadi idola masyarakat termasuklah golongan selebriti atau artis. Memang tidak dinafikan dunia selebriti adalah dunia penuh warna-warni, termasuk gosip dan fitnah.

Sebarang ‘cerita panas’ yang dikhabarkan dalam dunia glamor ini perlu disiasat ke akar umbi untuk mengesahkan kebenarannya. Namun, jika terbukti benar wujud perlakuan negatif yang ditunjukkan oleh artis tanah air, ia sememangnya menjadi igauan ngeri kepada masyarakat.

Berkaitan dengan isu ‘role-model’ di kalangan artis, saya terpanggil untuk memberikan respon kepada artikel hiburan dalam ruangan Hip yang disiarkan Berita Harian baru-baru ini.

Saya yakin ramai pembaca artikel ini menggeleng-gelengkan kepala tanda kesal dengan nada jawapan artis lelaki berbangsa Melayu yang ditemubual itu (saya rujuk sebagai artis ‘L’). Lebih menjelikkan apabila menatap gambar ‘tidak sopan’ antara artis ini dengan seorang lagi artis wanita (saya rujuk sebagai artis ‘P’) melalui artikel yang sama.

Jawapan yang diberikan oleh artis ‘L’ sepanjang temubual itu saya kategorikan sebagai jawapan ‘tidak menjaga sensitiviti masyarakat’, ‘tidak cerdik’ dan ‘dangkal pengetahuan agama’. Maaf jika bahasa saya terlalu kasar, namun itulah hakikatnya.

Ironinya, kedua-dua mereka bukanlah muhrim, namun lagak dan keintimannya tak ubah seperti sepasang suami isteri. Tidakkah artis ‘L’ sedar bahawa komennya itu adalah satu cubaan menegakkan benang yang basah?

Terang-terangan semua perbuatannya itu adalah salah pada perspektif moral dan budaya, bahkan sesuatu yang haram di sisi Islam iaitu mendekati zina.


*juliet le sweetheart : artis melayu sekarang dah banyak terikut-ikut cara artis barat...


Wednesday, August 22, 2007

Bila pisang dan Oprah berjumpa!

Macam biasa, pukul 1 mesti aku tengok Oprah. Tetamu jemputan hari ni ialah Morgan Freeman. Freeman nak tunjuklah skill memasak dia pada Oprah. Resepi istimewa Freeman untuk Oprah ialah 'Banana Beignets'. Aku pun beria lah tengok. Kot-kot kalau senang nak buat, nanti bolehlah cuba. Nama resepi tu macam best jer… mesti sedap!

Mula-mula pukul telur sebiji, then masukkan garam… Freeman kata “I’m good at this…” pastu masukkan flour. Bila dah sebati celupkan pisang dan deep fry. Taaadaaaaaa… dah siap!!! Rupa-rupanya Freeman buat pisang goreng! Ceh! Si Oprah ni makan beria jer. Macam tak pernah makan pisang goreng seumur hidup dia. Mungkin memang tak pernah kot. Hahahhaha… Kesian kat Oprah…

back to top