♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, March 29, 2009

Artis Melayu wajar tunjuk contoh ikutan baik

Artikel Neezam semalam adalah rentetan daripada aksi sepasang artis bukan muhrim yang berlagak melebihkan aksi laki bini. Sebenarnya ramai jer *samada artis, atau bukan artis* yang berperangai macam diorang ni. Tapi aku menyampah sangat bila baca kat Hip, bila wartawan suruh komen gambar aksi diorang yang OBVIOUSLY memang sedang berpeluk... sah sah lekap giler! Tapi bleh dengan selamba kodok si artis lelaki ni jawab "kami berbisik, bukan berpeluk!" Dia ingat orang ni bodoh ke haper tak tau nak bezakan cam ner bisik, dan cam ner berpeluk.

So, inilah hasil tulisan Neezam. Semoga menjadi sedikit pedoman kepada kiter semua...

Artis Melayu wajar tunjuk contoh ikutan baik

SEBAGAI seorang manusia beragama Islam, seharusnya kita menunjukkan budi pekerti mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Lebih-lebih lagi jika kita adalah 'public figure' seperti ahli politik, ketua masyarakat, alim ulama dan sebagainya.

Antara golongan berpengaruh dalam menjadi idola masyarakat termasuklah golongan selebriti atau artis. Memang tidak dinafikan dunia selebriti adalah dunia penuh warna-warni, termasuk gosip dan fitnah.

Sebarang ‘cerita panas’ yang dikhabarkan dalam dunia glamor ini perlu disiasat ke akar umbi untuk mengesahkan kebenarannya. Namun, jika terbukti benar wujud perlakuan negatif yang ditunjukkan oleh artis tanah air, ia sememangnya menjadi igauan ngeri kepada masyarakat.

Berkaitan dengan isu ‘role-model’ di kalangan artis, saya terpanggil untuk memberikan respon kepada artikel hiburan dalam ruangan Hip yang disiarkan Berita Harian baru-baru ini.

Saya yakin ramai pembaca artikel ini menggeleng-gelengkan kepala tanda kesal dengan nada jawapan artis lelaki berbangsa Melayu yang ditemubual itu (saya rujuk sebagai artis ‘L’). Lebih menjelikkan apabila menatap gambar ‘tidak sopan’ antara artis ini dengan seorang lagi artis wanita (saya rujuk sebagai artis ‘P’) melalui artikel yang sama.

Jawapan yang diberikan oleh artis ‘L’ sepanjang temubual itu saya kategorikan sebagai jawapan ‘tidak menjaga sensitiviti masyarakat’, ‘tidak cerdik’ dan ‘dangkal pengetahuan agama’. Maaf jika bahasa saya terlalu kasar, namun itulah hakikatnya.

Ironinya, kedua-dua mereka bukanlah muhrim, namun lagak dan keintimannya tak ubah seperti sepasang suami isteri. Tidakkah artis ‘L’ sedar bahawa komennya itu adalah satu cubaan menegakkan benang yang basah?

Terang-terangan semua perbuatannya itu adalah salah pada perspektif moral dan budaya, bahkan sesuatu yang haram di sisi Islam iaitu mendekati zina.


*juliet le sweetheart : artis melayu sekarang dah banyak terikut-ikut cara artis barat...


No comments :

back to top