♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 28, 2009

Nuha Amni & Niesreena si koala

Cuaca hari ni sangat panas. So, aku decide untuk tak gi kemana-mana. Neezam jer yang terpaksa keluar sebab gi lawan bola sepak friendly kat mana ntah petang tadi. Kebetulan hubby Lindah, Kamal pun main gak. Team Neezam lawan team Kamal lah. So, sebelum ke sana, Lindah sekeluarga serta Umie datang singgah kat rumah.

Dah lamaaaaa sangat tak jumpa Nuha. Rasanya since Nuha buat majlis potong jambul kat Barnes Way dulu. Selalu tengok Nuha kat blog ummi Nuha jer. Bila jumpa depan mata, eeeeee... geramnya... comel tol! Putih melepak! Rasa nak geget-geget jer pipi dia. Hehehhehe...

~Siti Nuha Amni yang cute miut!~

~Aunti Umie, auntie Lindah & Nuha, mama Niesreena & Niesreena~

Aku seronok tengok gelagat Nuha satu hal *suka masa tengok Nuha joget bila dengar lagu... hehehhe...*; aku kelakar tengok gelagat Niesreena pun satu hal gak. Hehehehe... cam konpius jer. Niesreena ni, jap ada watak kakak yang sayang kat adik, jap ada watak kakak garang, hmmmm... kalau watak kakak kedekut tu... memang dah selalu sangat aku tengok! Tak tau nak wat cam ner dah! Kedekut sangat barang mainan dia. Sampaikan boleh berebut dengan Nuha. Tapi bila mintak lama-lama skit barulah Niesreena ulur. Kedekut tol! Ntah ikut perangat saper ntah... ;p

Tapi kejap-kejap kang diusap-usapnya Nuha, pastu cium. Macam sayang jer kat adik. Tapi biasalah, bila tanya kat Niesreena, "nak baby?" jawabnya still, "tak nak!" Haiya! Cam ner ni? Lagi sebulan jer Niesreena nak dapat adik tapi still tak nak baby lagi.

Pastu bila Nuha plak nak pegang-pengang Niesreena, tetiba Niesreena kata, "no!" siap tunjuk jari telunjuk lagi. Pastu berleter apa ntah, aku pun tak paham. Amboi! Garang betul! Sentuh pun tak boleh? Garangnya kakak Niesreena...

Penat nak layan Niesreena sekarang. Lebih-lebih lagi sejak dah pandai cakap ni. Becok betul mulut dia. Nak suruh senyap pun susah. Yang paling peningkan aku si Niesreena ni suka panggil aku dan Neezam untuk tengok aksi dia. "Mama... mama... ayah... ayah..." keep calling sampai kitorang pandang, selagi kitorang tak pandang, selagi tu Niesreena akan panggil. Then buat aksi. Suruh kitorang tengok.

Kalau nak mintak satu-satu benda tu, Niesreena akan sebut berulang-ulang kali sampai Niesreena dapat benda yang dia nak tu. Naik marah aku jadinya. Dah cakap dah kat Niesreena, "cakap sekali jer, mama paham ok..." tapi Niesreena yang tak paham-paham. Kekadang tu menyanyilah. Ntah lagu apa-apa ntah Niesreena nyanyi, pastu suruh kitorang tepuk. Adoooiii... Penat nak layan. Susah sekarang ni aku nak concentrate tengok tv, kecuali kalau Niesreena tidur. Hehehhee... Neezam lagilah cian. Susah nak concentrate study kalau kat rumah...

Sekarang ni, Niesreena giler nak tangkap gambar. Tak boleh cakap Niesreena comel skit, mesti Niesreena kata "gambar...". Suruh orang tangkap gambar dialah tu. Pastu buat aksi bukan-bukan. Pastu Niesreena plak sibuk nak jadi camera girl. Haiyoooo! Risau gak tengok Niesreena gunakan kamera kesayanganku itew. Bila tengok hasil tangkapan Niesreena, sangat kelakar. Banyak gambar jari dia jer. Sebab jari Niesreena tutup lens kamera tu. Pastu siap pusing kamera tu, tangkap gambar diri sendiri. ;p

~Suka kalau orang nak snap gambar dia~

~Mulalah buat macam-macam aksi~

~Niesreena si koala~

Ha... ni lagi satu kegemaran Niesreena. Main lompat-lompat atas katil. Memang tak boleh ditegah. Tapi tadi... hehehhe... Niesreena geli hati sangat masa melompat atas katil sebab Niesreena tengok rambut dia pun terbang sama. Macam sayap! *Sebelah katil ada cermin besar, so Niesreena boleh nampak dia melompat* Hehehhee... Aku dan Neezam pun tergelak sama.

Mana tak nyer... sepanjang hari tu Niesreena ikat rambut tocang dua. Then Niesreena bukak. Dah jadi macam koala dah rambut dia. Pastu main lompat-lompat atas katil. Rambut pun terbang cam sayap. Niesreena pun gasak gelak. Tengoklah video ni...


Hmmm... dari cerita pasal Nuha, tercerita pasal Niesreena plak. ;p

Nway; Lindah, Kamal & Umie, terima kasihlah sudi datang melawat mak buyung ni yer. :) Seronok main dengan Nuha. Nanti bila Niesreena dah ada little brother bleh main sama-sama lagi. Harap-harap masa tu Niesreena dah pandai berkongsi dan tak kedekut lah yerk! :)


*juliet le sweetheart : tengoklah jam kat dinding *dalam video tu* pukul berapa... hehehhe... nampak sangat kitorang tak participate Earth Hour malam tadi... kantoi! ;p


6 comments :

lindahpadlee said...

aku still ingat lagi reena buat sign 'shhhhh'..sampai umah umie pun gelak sendiri teringat kat reena...anyway, thanks masakan spagethi tuuuu..sedap weh...aku rasa neezam boleh bukak kedai kat bundoora tu..hehehehehe...apapun eko take care yer ..banyakkan berehat..banyakkan mengaji insyaallah, allah permudahkan..ok jumpa on easter plak..tengok team hubby mana yang menag...ngeh..ngeh..ngeh

Juliet Le Sweetheart said...

Neezam kalau bukak kedai, akibatnyer 'terbang' ke mana sajer lah PHD dia. Silap-silap tak jadi DR tapi jadi TK (Tokeh Kedai) ek. Hehehe... Nway, Insya Allah jumpa masa easter. Neezam sibuk nak ikut anak-anak dara Barnes Way gi picnic kat Lake Entrance tu. :)

Yulie said...

hi julie, yulie ni.. hehe
dh besar anak julie. mcm muka mama dia.. pandaii bergaya!.. second one boy ke girl???
ehhe

Juliet Le Sweetheart said...

Hi Yulie! Second baby insya Allah boy... :)

Faliq said...

comellnyer reena..
nak jaga kan reena nanti boleh jer.. ;p
kalau jumaat free jer sepanjang sem nih.
nnti upload gmbr reena bercakap plak eh.. sbb kalau depan org kan dia tak byk ckp..

Juliet Le Sweetheart said...

Faliq nak jagakan Niesreena? Nanti habis dia buli aunty Faliq, turun naik tangga kat main drive tu. Tolong jaga baby baru jer lah nanti. Bleh? Heheheh... :)

back to top