Hari ni aku ada temujanji pertama dengan gyne kat Northpark Private Hospital; Dr. Pahuja.
Untuk temujanji pertama ni gyne terangkan kat kitorang serba sedikit prosidur-prosidur biasa bersalin kat hospital ni; temujanji, labor, cost, insurans, etc...
Then pasal bersalin, gyne tanya kat aku samada aku prefer untuk bersalin secara normal atau ceasar. Sebab first pregnancy aku dulu aku bersalin secara ceasar because of failed progress. Aku cakap ler aku prefer normal, tapi kalau tak boleh, barulah ceasar. Sadly, gyne kata kat hospital ni diorang tak boleh buat prosedur macam tu. Apa ntah dia sebut nama prosedur tu something like 'trial **** delivery'. Tapi gyne kata kalau aku nak try gak, gyne tu akan referkan aku kat hospital lain. Ooooohhh... pulak! Malas ler aku... So, setelah berbincang dengan hubby, kitorang decided to go with ceasar.
Actually, aku sedih ar jugak sebab nampak gayanyer aku memang tak berpeluang merasa bersalin normal. Hmmmm... tapi kalau ikutkan ceasar lagi senang; bila tiba masanyer gi jer hospital, belah jer perut ni, kuarkan baby tanpa rasa sakit pun. Siap boleh pilih tarikh lagi. Orang kata lepas bersalin yang rasa sakit. Tapi aku dulu memang tak rasa sakit pun even lepas bersalin. Cuma kena lebih berjaga-jaga dan berpantanglah; tak boleh lasak-lasak dan ambil masa lebih lama berpantang berbanding dengan bersalin normal. Dulu berbotol-botol aku minum pati ikan haruan dan gamat, tapi kalau kat sini, mana nak cari? Dari Malaysia hari tu aku beli yang pil jer, tapi kalau dapat pati lagi bagus kan...
Dulu pun, jahitan aku terbukak semula lepas seminggu bersalin. Terbuka 1cm, tapi tak sakit. Tu lah... tak jaga bebetul kan... Kuar ar darah. Seram gak aku tengok. Ingat-ingat pun rasa nak pengsan jer. Then gi klinik, tampal balik. Pastu siap bleh main tarik-tarik benang jahit tu bila luka dah kering. Huhuhuhu... lemah semangat eden...
Lagi satu aku risau, kalau pantang lama-lama maksudnyer Neezam pun kena korbankan masa yang lama gak untuk jaga aku dan anak-anak. Terpaksa korbankan masa study dia. Sian plak kat dia.
Lagi satu *berapa banyak 'lagi satu' daaaa*... kalau bersalin secara ceasar ni, tak berpeluang ler aku nak pakai bekung, makan jamu, apa kejadah semua tu... rugi jer beli ari tu... So, susahlah nak turunkan berat badan semula. Tak der harapan ler nak kurus. Tak boleh nak lasak-lasak bersukan; main futsal, badminton, etc... Huaaaaaaaaa... cedih!
Dulu aku pernah gak berborak dengan kengkawan; ramai yang prefer bersalin ceasar sebenarnyer, sebab ceasar tak rasa sakit. Diorang kata kalau bersalin normal sakitnyer macam nak putus nyawa jer rasanyer. Well, actually dulu aku sempat gak rasa sakit contraction tu; 6 jam woooo dalam labor room dulu; 6 jam ler aku rasa sakitnyer. Tu tak termasuk masa sakit sebelum masuk labor room lagi. Memang sakit ler. Rasa nak putus jer pinggang ni. Hmmmm... kalau tahu memang tak boleh bersalin normal, awal-awal lagi aku dah suruh ceasar. Tak lah berjam-jam nak tanggung rasa sakit tu kan.
Pastu pasal nak kurus tu, diorang kata lepas 6 bulan masa yang sesuai untuk sessi menguruskan badan sebab masa tu luka operation dah bebetul kering *hopefully!*. Tapi sebelum 6 bulan tu pun bleh kurangkan berat badan sebenarnyer. Kena jaga makan je lah kan. Tapi perut jer lah... kalau tak bernasib baik... boroi ler gamaknyer... silap-silap macam menggandung 4 bulan jer rupanyer... Huhuhu... sadissss... sadissss...
Haaiiiii... entahlah.... *sighssss*
Apa-apa pun sekarang ni aku tawakal jer lah kepada Allah swt. Mungkin tu yang terbaik untuk aku. Mungkin tu rezeki aku. So, tak per lah... Janji baby boy aku ni selamat dan sihat. Betul tak kengkawan?
Betul... betul... betul... Hehhehehe...
Pas balik dari gyne tadi, kitorang singgah Bundoora Park jap. Bawak Niesreena main-main. Kebetulan ada gak kengkawan Malaysian kat sana. Bukan Niesreena jer seronok main... ayah Niesreena pun punyalah seronok mengalahkan budak-budak. Hehehhe... Aku? Lepak jer... mengenangkan nasib. Hehehhe...
*juliet le sweetheart : so, which one is better; normal or ceasar?
6 comments :
Julie, mmg la kalo blh better kita bersalin normal sbb seperti yg Julie sedia maklum tempoh berpantang tu kurang + luka cepat sembuh.. tapi pada pendapat GG la demi keselamatan dan kesihatan ibu n anak tak salah kalo kita pilih utk ceasar jek.. mana2 pun boleh asalkan ibu n baby selamat.. betul tak?? yang paling penting support dari suami kita setelah kita bersalin.. tu yg paling penting.. kalo GG kat tempat Julie kita opt utk ceasar jek sbb dah merasa sakit bersalin normal nih...10 hours dalam labor room + drugs free labor mmg la menakutkan (takut tapi tak serik lagi nak beranak la.. heheh) insyaallah Julie akan dapat merasa bersalin normal mcm org lain utk baby yg akan datang.. semoga semuanya selamat.. Aminn.. take care babe!!
Gg, tq for all that support! Lamanya gg kat dalam labour room. Kite ingatkan kitelah yang paling lama; 6 hours. Hehehhehe... Memang sakit...
julie....nak kongsi gak nihs...kalau 1st and 2nd dah c zer..tuk yg 3rd confirm2 akan c zer gak...jdnya rezeki tuk anak tuh mungkin sampai empat jek r...kalo rezeki dapat sepasang alhamdulillah....mas kalau pragnant lg, akan c zer...doc mmg awal2 lg dah pesan tak yah nak berangan tuk normal..tp doktor pun manusia gak kan...kita doalah banyak2 semoga semuanya selamat....tak nampak sangat la perut julie pragnant kali nih...maintain...letak r lagi gambar reena byk2 ngan mamanya...
Tu lah mas... kalau ceaser gak maybe anak bleh sampai 3 jer lah... tapi last time doktor kata anak dah boleh sampai 5 orang kalau ceaser. Apa-apa pun tawakal jer lah. Ikutlah rezeki Allah nak bagi.
Salam,
i was just browsing thru your blog and saw this article on bersalin di luar negara. Saya Rozila, baru sahaja pulang dari brisbane setahun yang lalu. My husband studied and i was only a housewife. My 2nd child was born in Brisbane. Agak pelik juga, bila Julie kata the hospital hanya offer ceaserian. Coz, hospital di Brisbane memang tak de masalah macam tu. They offer both and i think later on nanti, you have to fill in this booklet yang akan menyatakan semua cara-cara delivery, whether nak bersalin dalam air, atas katil and the positions yang kita nak. , and details lain seperti your personal data and records of all your jabs, blood type and etc etc etc..... Personally, I think, you should go to other hospital and look for other options. Anyway, just to share something with you.... Untuk anak ke 2 saya ini, i only take gas as my pain relief. And because my water bag burst at 4:00am, i was only attended by 2 midwives, and no doctor. I yang tense sebab tak de doctor, midwives pulak, satu nak habis shift and 1 nak masuk shift baru. I delivered my baby at subuh. But to tell you the truth, it was not bad at all coz the midwives helped a lot. Dia ajar the right breathing techniques and so on. My baby was kinda big 3.62kg and alhamdulillah saya bersalin secara normal. Kelainan dari bersalin di Malaysia, gynae akan suruh duduk diatas katil dan monitor heart beat, whereby di Brisbane, i have to walk and walk and walk until opening 7cm, baru masuk delivery room and start pushing. Memang time tu pulak, ramai pulak yang nak bersalin and kesuntukkan bilik made me walk so that tak rasa sakit sangat.
I would suggest , this time around, tryla bersalin secara normal sebab it's not as bad as you think. Alhamdulillah, segala-galanya mudah untuk saya disana, walaupun saya hanya buat check up di GP, gynae di hospital hanya check untuk W36,38 dan 40. The service of the hospital (Royal Brisbane and women hospital) superb, macam 1st class, walaupun, duduk 4 orang 1 wad. I really had a good experience bersalin di sana. Hope it will be easier and a good experience for you too.
Rozie
Rozie, thanx for the experience. Memang kalau boleh i nak bersalin normal tapi hospital tak bagi since my first child was delivered by ceaser. I pun dah 7 months pregnant, so malas nak fikir untuk tukar-tukar hospital sebab banyak lagi benda nak disettlekan expecially dengan pihak insurans. Kengkawan i yang bersalin kat sini pun puji jugak public hospital. Servicenya memang superb. Lagipun they will charge you as a private patient even in public hospital. So, sebenarnyer sama jer public hospital & private. Cuma by this time public hospital are fully booked and no more place for me. :( But I still hoping that I can deliver my 2nd baby normaly. Hopefully! :)
Post a Comment