♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Honeymoon. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Weird weekend!

Memang hujung minggu ni adalah hujung minggu yang sangat PELIK buat aku dan enche Neezam.

Sebab...

Khairunniesreena dan Khairunnaufal tak der kat rumah.

Dan aku dan enche Neezam pun tak der plan kemana-mana. Dua-dua mati kutu kat rumah. Huhuhu...

Bila anak-anak tak der kat rumah, rumah terasa sunyi sangat.

Dan...

KEMAS SANGAT!

Huhuhu...

Kalau Niesreena dan Naufal ada, pagi-pagi lepas mandi dan breakfast mesti diorang tengah lepak tengok tv sambil baring-baring dengan bantal besar fave diorang

Kalau Niesreena dan Naufal ada, atas sofa dan meja makan mesti ada jer mainan dan lego tak berkemas lepas main.

Kalau Niesreena dan Naufal ada, mesti meja study penuh dengan buku-buku dan alatulis.

Kalau Niesreena dan Naufal ada, mesti petang-petang tengah dok main bola atau badminton kat laman belakang rumah.

Kalau Niesreena dan Naufal ada, kitorang akan dok breakfast dan minum petang kat sini, sambil tengok monyet atas bukit. Monyet tengok kitorang minum. Huhuhu...

Bila mama dan ayah dah membebel barulah dapat rumah kemas macam ni. Baru nak kemas mainan, baru nak kemas buku. Hmmm... memang power bebelan mama. Dan diorang pun suka dengar kot.

Huhuhu...

Hmmmm.... tapi sekarang terasa rumah

KOSONG dan SUNYI sangat!

Rindu sangat kat Niesreena dan Naufal!

Dan bosan-bosan kat rumah, petang tadi enche Neezam bawak aku gi dating. Ngeeee...

(^^)

Makan jer pun.

Insya Allah hari Khamis ni baru dapat jumpa Niesreena dan Naufal.

Rindu sangat kat diorang!

Tuesday, March 25, 2014

Dating

L❤ve him so much!

Tuesday, April 2, 2013

Dating @ Port Dickson

Seminggu tanpa anak-anak memang best! Tapi kalau lebih daripada tu... rasanya dah tak tertanggung rindu kat bebudak kot.... Huhuhu...

Hari Sabtu yang lepas, hari terakhir kitorang honeymoon. Haha... Honeymoon lah sangat kan... Enche Neezam bagi talk sebenarnya kat Tanjung Agas. So, alang-alang, sambil menyelam, minum air. Aku ngekorlah...

Sessi talk enche Neezam malam. So, pagi tu, kitorang plan nak keluar breakfast dekat-dekat jer dengan hotel. Tapi tup-tup sampai ke Port Dickson plak. Apa lagi... lepaklah sekejap kat tepi pantai... Cuaca pun cantekkkkk sangat! Best!

Rupanya ada banyak jugak pantai-pantai cantik kat PD ni. Ada beberapa pantai yang kitorang sempat singgah kat PD ni. Dan yang menarik kat Pantai Cahaya Negeri. Kat sini ada jambatan yang sambungkan pantai ni dengan Pulau Burung. Kecik je pulau ni. Banyak pokok-pokok bakau dan airnya jernih, tapi burungnya tak nampak lah pulak. Beruk ada lah! ;p

Lepas dah pusing-pusing kat tepi pantai, enche Neezam bleh pulak ajak aku ke Muzium Tentera Darat. Dekat jer dengan pantai. Adoooiii... aku dah sememeh jer... Baju t-shirt jer, seluar trek suit... Muka... bedak pun tak tepek! Handbag pun tak bawak! Mesti orang kata aku ni minah kampung dari manaaaaalah kan... T-shirt pun... t-shirt tuuuuu jugak! Hahahhaa... Nasiblah labu...

Menarik jugak muzium ni sebenarnya... Ada banyak cerita sejarah-sejarah perang sejak perang dunia pertama, peralatan-peralatan perang dan biography tokoh-tokoh polis dan tentera serta ahli-ahli politik. Teringat-ingat jugak sejarah yang masa kiter belajar kat sekolah dulu.

Bila baca-baca sejarah tentang betapa susahnya orang-orang terdahulu nak membebaskan diri dari penjajahan dan susahnya nak mendapatkan kemerdekaan pada waktu itu, terasa bersyukurnya sebab hidup dalam masa sekarang ni. Malaysia yang dah aman, damai dan tenteram. Jangan sampai negara tergadai lagi! Aiseh... tetiba semangat patriotik membara! :)

And later that evening... the kiddos are back! Miss them sooooo much!

Macam biasa... favorite diorang... swimming at pool!!!

Akhirnya... masa berdua-duaan habis jugak. Yes... times up! Bila nak enjoy berdua lagi yer enche Neezam! Hmmmmm... kena tunggu cuti sekolah akan datang. Hehehhehe... Lebih baik start plan cuti sekolah akan datang dalam bulan May ni sebaik mungkin. Nak ambil cuti panjang bercuti dengan bebudak! Hmmmm... nak kemana pulak ek???

back to top