♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Wednesday, August 11, 2021

Ayam

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sebelum PKP dulu, kitorang selalu berbelanja di Mydin. Bila beli ayam, enche Neezam suka beli bahagian drumstick, thigh dan kepak jer. Bahagian dada memang tak beli, sebab my Khairunns tak suka sangat makan bahagian dada. Semua cari bahagian tulang.

Sejak PKP dan tak boleh nak merentas negeri, kitorang tak dapatlah nak ke Kota Seriemas lagi untuk berbelanja kat Mydin. So, beli ayam dekat-dekat rumah jer lah. Tak boleh nak beli ikut bahagian lagi sebab biasanya diorang jual sekor-sekor.

So, enche Neezam biasanya akan beli 2 ekor setiap kali. Aku akan simpan ayam ikut bahagian. Satu bekas, sekali masak.


Bagi mengelakkan perebutan bahagian-bahagian ayam tertentu... huhuhu... aku akan masukkan 1 bahagian yang sama dalam satu bekas. Contohnya, macam dalam gambar tu, satu bekas ada 4 drumsticks, satu bekas ada 4 kepak. So, bila dah masak nanti, sorang ambiklah sorang satu drumsticks dan kepak tu. Tak berebut! Tak peningkan kepala aku.

So, dalam setiap bekas tu ada satu bekas kepak dan thighs, satu bekas lagi ada drumsticks dan thighs. Dua bekas lagi tu dada dan satu bekas hati dan pedal. Bahagian dada biasanya aku memang tak campur dengan bahagian-bahagian lain sebab kalau masak sekali, biasanya bahagian dada takkan berusik. 

So, bila masak dada sahaja, diorang memang no choice, kena makan apa yang ada jer. Huhu..

Selalunya bahagian yang ada tulang-tulang ni senang jer fikir nak masak apa. Masak apa pun mesti habis jer. Tapi kalau bahagian dada, silap masak, memang perlahanlah sikit habisnya.

Bahagian dada ni nak masak kenalah kreatif sikit. Biasanya kalau nak cepat habis aku buat ayam pandan atau ayam buttermilk atau ayam telur masin atau tomyam. Paling-paling pun jadi bahan rencah dalam mee goreng atau nasi goreng.

Korang selalu masak dada ayam masak apa?











Banyak lagi resepi senang-senang jer kat blog masakan aku. Jom singgah!

Monday, July 26, 2021

Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sekarang ni bila rindu kat emak abah, mesti nangis. Tapi tak nak call emak... sebab tak nak emak plak yang nangis. Tunggu rasa boleh control emosi, baru call. Buat macam biasa... gelak-gelak. Tak nak mak abah sedih dah susah hati.

Tapi bila tengok angka Covid-19 kat Malaysia ni makin hari makin naik, rasa kecewa, geram dan marah sangat. Dah puas duduk rumah tapi kenapa angka hari-hari makin naik jugak? Mana silapnya?

Nak marah pun tak tau nak marah kat saper.

Hari ni kes cecah 17k... giler... giler...

Tadi call emak... entah macam mana tercakap gak kat mak "Julie rindu sangat kat emak abah"... terus nangis...

Suara emak kat hujung talian pun dah sebak-sebak...

Emak kata "emak pun rindu kat Julie dan semua... sabar dan doa jer lah. Insya Allah boleh jumpa lagi. PM kata siapa yang dah suntik 2 dose mungkin akan dibenarkan merentas negeri."

Hmmmm... iyer jer lah tu... jangan harapan palsu jer sudahlah...

Bilalah boleh balik jenguk mak abah ni. Hari-hari doa semoga esok lebih baik dari hari ni. Hari-hari doa keselamatan dan kesihatan mak abah dan adik-adik yang jauh tu. Risau... lebih-lebih lagi sebab kawasan perumahan mak kat KL tu banyak sangat kes dan orang-orang yang positif covid tu tak reti nak duduk diam-diam kat rumah. Masih berani jalan sana-sini. Geram betul! Manalah kes tak asyik naik jer...

My little Khairunns kat rumah ni pun dah bosan duduk rumah, rindu nak berjalan. Tapi nak buat macam mana. Terpaksalah terperuk jugak kat rumah. Main kat luar rumah pun aku tak berani kasi. Kesian anak-anak mama.

Penat dah rasa duduk rumah. Aku pun kerja hari-hari masak sampai tak der idea dah nak masak apa.

Semalam enche Neezam beli petai... ada ikan pari dalam peti ais... buat ikan pari bakar.


Nak resepi, kat sini 

http://juliescookingwithluv.blogspot.com/2021/07/ikan-pari-bakar-sambal-petai.html

Tiba-tiba share resepi plak... tiberrrrr... huhuhu...


Sunday, May 23, 2021

Mac & Cheese

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Ingat nak frozenkan mac & cheese ni. Tapi macam dah terover baked plak.

Huhuhu... halal jer lah...

Untuk resepi mac & cheese my way terlajak sedap ni, boleh klik link di bawah ni. Selamat mencuba!

http://juliescookingwithluv.blogspot.com

Saturday, March 6, 2021

Mac & Cheese my way

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni budak-budak request tak nak makan nasi. Bosanlah tu hari-hari makan nasi. Actually, mama diorang pun bosan gak nak fikir apa lauk nak masak. Tapi bila tak nak makan nasi, pening jugak nak fikir apa yang masak selain nasi. Bihun dan mee selalu jugak masak buat goreng. Yang ada pun pasta jer kat rumah. Akhirnya, kiter buat mac & cheese jer.


My Khairunns memang suka sangatlah mac & cheese ni. Biasanya aku buat guna 2 jenis sos - bolognese dan cabonara. So ada rasa manis-manis lemak kat situ. Serious sedap.

Instead of guna minced beef/chicked, hari ni aku gunakan meatball dan satu lagi, masukkan udang.



Pastu letakkan sos putih atau carbonara kat atas dia sebelum letakkan keju baaaaaanyak-banyak!



Kemudian bakar.


Dan siaplah mac & cheese my way!


Untuk resepi penuh, korang boleh refer sini:-

Selamat mencuba!

Tuesday, January 19, 2021

Lambchop perap sendiri

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Minggu lepas enche Neezam beli kambing perap frozen 2 kotak. Bila masak... alahai ciputnya... Budak-budak nak makan pun macam terkulat-kulat jer sebab sikit. Tu pun beli 2 kotak, RM30. 

Naluri emak-emak ni kan, bila tengok anak-anak dan suami makan tak puas, kiter pun jadi tak puas hati. Jadinya aku beli kambing slice ni kat pasaraya dan perap sendiri. Harga kambing dalam RM30 jugak, perap sendiri. Alhamdulillah... dapat lebih banyak dan lebih puas hati.


Bahan perap kambing ni tak lah susah nak cari. Aku biasa guna resepi dari blog Azlita Masam Manis. Sejak tau resepi ni, memang ikut ni jer... sebab memang sedap. 

Resepi boleh tengok sini:-

Dah siap perap, Niesreena tolong bakar. Cantik kejadiannya... alhamdulillah...

Untuk kali ni aku buat sos lada hitam.


Dan side dishes Niesreena buat coleslaw dan goreng smiley whipped potato.



Alhamdulillah... puas hati makan.

Sunday, August 4, 2019

Oden den...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Pagi semalam sempat buat ni untuk breakfast.

Oden... Den yang buat. Huhuhu...

Buat sendiri puas makan. Niesreena dan Naufal kata lagi sedap dari kat Family Mart dan Aeon. Huhuhu... Beli jiwa betul... Terima kasih anak-anak!

😘😘😘

Untuk resepi oden ni, bolehlah dapatkan di blog resepi aku yer.

Sila klik kat bawah ni.

https://juliescookingwithluv.blogspot.com/2019/08/oden.html

Selamat mencuba!

Wednesday, June 19, 2019

Resepi | Bubur butir nangka

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sebenarnya dah lama tak share resepi kat blog ni sebab biasanya kalau resepi, aku share kat blog masakan aku #juliescookingwithluv. Tapi kali ni tetiba rasa nak share resepi yang satu ni kat sini. Sebab apa ek? Hahahhaha... sajer...

Bubur butir nangka ni dah beberapa kali aku buat. Memang aku suka... sebab rasa dia sedap dan warnanya yang comel. Huhuhu.

Senang jer nak buat. Jom cuba!

Ni dia, bubur butir nangka. Tapi ni version special sikit sebab ada nangka sekali! Kalau tak nama jer butir nangka tapi tak der kena mengena dengan nangka pun.

Senang jer buat dia. Gentel-gentel sekejap... dah siap!

Bubur Butir Nangka

Bahan-bahan untuk butir nangka:-

Tepung pulut 250 gm
Garam secukup rasa
Air 1 cawan
Sedikit kapur makan - kalau tak letak pun tak per
Pewarna - aku gunakan 3 warna (hijau, merah dan kuning)

Bahan-bahan untuk kuah:-

Santan pekat 1 cawan
Air 2 cawan
Halba 1 sudu kecil
Gula halus 4 sudu atau mengikut selera masing-masing
Daun pandan 1/2 helai
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Kat dalam tepung tu campurkan garam dan kapur dan bagi sebati. Kemudian tambahkan air.

Uli sehingga doh tak melekat.
Bergantung kepada berapa jenis warna korang nak guna, bahagikan sama banyak. Aku bahagikan kepada 3 untuk 3 warna yang aku gunakan iaitu warna hijau, kuning dan merah.

Tips untuk letakkan warna - gunakan penyepit atau chopstick. Jangan terus tuang, takut terlebih warna. Kalau guna chopstick, just celup-celup dalam pewarna kemudian kenakan pada tepung yang telah diuli tu.

Uli sehingga adunan tepung putih tu sebati dengan warna. Kalau rasa-rasa warna pucat sangat, boleh tambah lagi dengan gunakan chopstick.

Nampak tak warna tu, comel jer warna pastel kan.
Di atas dapur, sediakan 2 periuk: periuk (1) untuk rebus butir nangka dan periuk (2) lagi untuk kuah santan.

Untuk periuk 1, rebuskan air dengan daun pandan. Bila air dah mendidih, bolehlah gentel adunan tepung tadi comel-comel dan masukkan dalam periuk. Biarkan sehingga biji-biji tu terapung, maksudnya biji tu dah masak.

Boleh jugak kalau nak gentel siap semua dulu, baru rebus bila dah siap. Tapi aku buat, gentel-gentel terus masuk periuk.

Ok, dalam periuk 2 pula, masukkan air dan santan serta daun pandan. Masak dengan api kecil jer dan sentiasa kacau sebab tak nak santan pecah minyak.

Bila dah mendidih, masukkan gula dan halba.

Gula ikut koranglah, kalau suka manis, bolehlah letak lebih. Aku memang jenis kurang manis, so aku letak lebih kurang 4 sudu besar je.

Butir nangka dalam periuk satu lagi tu, bila dah terapung, angkat dan masukkan dalam periuk santan ni pula.

Dalam resepi aku kali ni, aku masukkan sekali isi buah nangka yang telah dihiris halus.

Tambah sedap bila tambah isi nangka ni. Baru terasa butir nangka tu dan kuah santan tu rasa wangi dan 'bernangka' sangat!

Bila dah siap semua, bolehlah dihidangkan untuk tetamu yang datang!

Alhamdulillah... sekejap jer licin butir nangka hakak.

Selamat mencuba!


Tuesday, April 9, 2019

Resepi | Kerabu daun selom

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

> Dah lama tak kongsi resepi kat blog ni. Tetiba hari ni nak berkongsi plak.

Bukan apa... sebab hari ni try buat kerabu daun selom. First time buat. Dan memang sedap!

Kenal tak daun selom? Daun selom ni rupa dia macam ulam raja. Tapi beza kat batang dia. Kalau batang dia lompong (kosong), tu daun selom dan kalau batang dia berisi, itu daun ulam raja.

Balik kerja tadi, pakcik keselamatan kat office tu bagi banyak sangat daun selom ni. Pakcik tanam dekat depan office. Segar bugar daun selom dia. Aku suka jer makan macam tu je, buat ulam. Sedap jugak. Tapi sebab banyak sangat... kalau makan macam tu jer, dah rasa macam lembu pulak. Huhuhu... Lagipun sayang kalau tak habis makan, layu pulak. Dah tak segar... tak sedap.

So, aku call enche Neezam on the way balik tadi, suruh enche Neezam cari bahan-bahan buat kerabu. Pandai pulak enche Neezam cari. Perfect! Ni aku share kat bawah dengan resepi. Tapi anggaran aku tak letaklah... korang agak-agak jer lah... ikut suka korang... sebab aku pun agak-agak jer.

Kerabu daun selom

Bahan-bahan: -

Daun selom
Taugeh
Kelapa parut (putih sahaja)
Bunga kantan
Bawang besar
Cili merah
Cili padi
Limau kasturi
Kerang

Cara-caranya: -

Daun selom, bunga kantan, cili merah dan cili padi tu racik-racik jer.

Bawang besar dimayang halus.

Taugeh tu buang ekor/akar dia.

Kelapa parut goreng sekejap hingga agak garing.

Kerang tu dibersihkan dan direbus sekejap. Kemudian kopek kulit dia.

Campurkan semuanya. Kemudian taburkan sedikit garam dan perah limau kasturi.

Sedia untuk dihidangkan!

Kalau korang suka, boleh jugak tambah udang kering. Tapi aku tak minat udang kering. Macam ni pun dah sedap! Sangat!

Selamat mencuba!

Thursday, November 1, 2018

Resepi | Redang Ayam Cili Api @ Negeri Sembilan

Halluuu... hallu.....

Rasa macam dah lama tak update blog... Macam nak update tapi tak der mender nak post. Life macam biasa... gi kerja... balik kerja... enche Neezam outstation... kerja tak habis-habis... macam biasa... huhuhu...

So, aku pikir... kiter tepek resepilah... Dah lama tak tepek resepi kat blog ni...

Ok! Siapa suka rendang cili api? Angkat tangan!

Rendang cili api ni merupakan rendang kegemaran aku. Rendang cili api ni jugak dikenali sebagai rendang Negeri Sembilan. Berbanding dengan rendang biasa, rendang cili api ni lebih pedas. Dah namanya rendang Negeri Sembilan kan... mestilah pedas.

Selalu makan rendang warna coklat kan. Kali ni buat rendang warna kuning plak. Sedap jugak kalau makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi panas-panas pun sedap! Nak buat pun senang jer...

Rendang Ayam Cili Api @ Rendang Ayam Negeri Sembilan

Bahan-bahannya:-

Ayam 1 ekor
Cili api (merah/hijau) 5-10 biji, ikut tahap pedas korang
Bawang merah 8/10 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
Serai 3 batang
Kunyit hidup 1 inci
Daun kunyit 2 helai
Santan pekat 1 cawan
Asam keping 3  keping
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyi hidup dan serai dikisar sehingga halus.
Ayam dibersihkan dan dimasukkan ke dalam kuali.
Masukkan sekali bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan garam serta asam keping.

Gaulkan semua bahan.

Masak dengan api sederhana kecil.
Aku masak rendang memang tak tumis dengan minyak. Nanti minyak ayam akan keluar sendiri yang membuatkan rendang ni berminyak.
Masak sehingga kuah menjadi pekat. Sesekali kacau supaya tidak hangit.

Minyak ayam dah keluar.

Masukkan santan dan gula.
Gaul sebati dan biarkan masak lebih kurang 10 minit lagi.
Kemudian masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.

Gaulkan sebati.
Biarkan seketika dan boleh matikan api.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kalau nak tengok lebih banyak lagi resepi, bolehlah ke blog masakan aku yang dah lama gak aku tak update #guilty! Huhuhu...

https://juliescookingwithluv.blogspot.com/

back to top